Tuesday, April 02, 2013

Bingka Ubi Lemak Tanpa Telur

Bingka Ubi ni actually dah banyak kali buat..tapi tak masukkan sebab gambar2 semuanya tak berapa cun..hehe ..inilah yang terbaik so far gambar yang diambil..Kali ni kita cuba bingka ubi tanpa telur..to me & my mum we prefer this one dari yang ada telur, sebab rasanya lagi sedap dan terbayang macam kat kampung..hehe.. ..well pada tekak kamilah ya..
Bingka ini juga, kita pernah buat yang gunakan gula pasir(kuning) juga.. Cubalah kalau nak rasa ya..terimakasih to Kak Fida for sharing the recipe ..minta halal juga sebab kita dah buat order for this..:)

Bingka Ubi Lemak Tanpa Telur
Sources:-From KakFida@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan (loyang 9')
  • 1 kilo. ubi kayu parut - ditapis,buang airnya dn ambil sagu yang mendak
  • 1 cawan padat kelapa parut putih
  • 600 ml santan 
  • 300 g gula melaka - racik halus-(Ayu gunakan 240g)
  • 100 g gula pasir-(Ayu gunakan 30g aje)
  • 3 helai daun pandan
  • garam secukup rasa 
  • 2 sudu butter/minyak masak -(Ayu tambah)

Cara-cara

  1. Santan,gula melaka,gula pasir,garam dan daun pandan dimasak hingga gula larut.Tapis dan sejukkan.
  2. Ubi parut dan kelapa parut dikisar dengan sirap gula tadi hingga halus(akak kisar 1/2 bahagian ubi parut saja).
  3. Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas daun pisang jika suka dan digris.
  4. Bakar selama 1 jam atau hingga garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong dan dihidangkan.
  6. ***Untuk resipi yang sama boleh hanya menggunakan gula pasir dengan menggantikan sukatan gula melaka dan tambah sedikit pewarna kuning jika inginkan bingka ubi yang kuning.Gula pasir boleh dikurangkan jika suka ikut selera... :)

4 comments:

Rozita said...

sedapnya... kalau beli mahal kuih ni.. nak try buat sendiri la.. tq Ayu

Ayu said...

Rozita - cubalah ita..memang betul kalau beli mahal sikit..Your welcome dear.

ana said...

Salam ayu.
Wah byk nye n3.... Rajin nye masak. Sedapnye kueh ni. Kita suka. Dulu masa arwah mak ada kadang2 dia wat kan. Skrg kena le wat srndiri to tk pandai sgt. Ni dah ada resepi kita nk try wat la. Adunan ni kalau wat lepat bole tak? Kita klau kueh2 ubi ni lepat n bingka kita suke sgt... Bingka ni klau bakar garing2 lg sedap kerak dia hihihi....

Ayu said...

ana - walkslm, haha..entry2 ni semuanya sebelum tu kita dah siap masuk draft ana..type sikit2 then save ke draft..tutup computer, bila ada waktu baru sambung balik..begitulah seterusnya..itu yang sekali masuk berderet2..hehe..bukan apa, kita nak masuk sekali harung sebab senang nak manage my blog..kalau hari2 masukkan kita tak ada waktu nak jawap soalan dan balas kunjungan keblog teman2..
so dengan buat macam ni kita jawap pun sekali there & that..dulu baru2 blog memang hari2 update..huhu..

recipe ni kita rasa boleh dibuat lepat ubi jugalah..cuma buat lepat dikukus kan..buat bingka ni my mum makan banyak juga kita tengok sebab dia suka ...cubalah ana, kalau satu adunan banayk juga dah habis kan..tapi kalau kat rumah ramai orang oklah kan..:)