Monday, May 06, 2013

Bubur Lambuk

Hajat dihati nak masak bubur lambuk Terengganu style..tapi bila tengok bahan2 daunnya tu semua confirm kat sini tak jumpa dan tak ada..plus kita tak kenal..heheh..then tengok juga beberapa recipe kat internet ni..dan mostly gunakan rempah..in fact my mum punya style pun gunakan rempah..entah macam mana kita  terpaut pulak nak gunakan recipe dari dapur mina kat bawah ni..first mungkin ia ada dedaun yang boleh didapati kat sini dan mungkin juga ada sikit macam bubur lambuk Terengganu ..then kita tengok cara2nya senang dan ringkas..so terhasil lah bubur lambuk versi yang ini..

Masak ni dah petang juga...bila my dad sound dari dapur ..'tak ada kisah nak masak ke???' hari dah petang.. heheh maklum ler..hari tu kita goreng nasi aje for lunch..so confirm malam kena masak apa2lah kan...So dek kerana kena pressure dengan my dad suruh masak cepat (sebab time tu tengah berfacebooking heheh.)..kita terus ambil beras dan basuh dan terus jerang atas dapur..then half way kita perasan, when baca seterusnya recipe ni rupa2nya kena tumis bahan2 kisar dan beras tu actually kena basuh dan toskan dulu...Lah!! kita dah termasak berasnya....tapi masih tunjuk cool kat depan mak kita..haha..
Terus idea pun datangggg..kita tumis darat ler bahan2 kisar tu dan segala bahan yang harus dimasukkan dalam bahan tumisan dan lepas semuanya layu kita tuang bahan2 tumisan kedalam beras/nasi yang telah mendidih tadi..SELAMAT!!! dalam hati makcik berkata..heheh

Alhamdullilah bubur lambuk pun jadilah..sedappp ..Terimakasih buat Mina kerana berkongsi recipe bubur lambuk  yang simple yet sedap ni ya..Minta izin dipanjang2kan disini pula .. 

Bubur Lambuk
Sources:-From Dari Dapur Mina
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan :
2 pot beras-(Ayu masak 3 cawan) terover sukat actually...dahlah jadi banyak..:(
1/2 kg daging
1/2 kg udang basah
1 biji karot
50 sen daun kesum-(Ayu agak2 aje)
50 sen daun selasih-(Ayu agak2 aje)
2 helai daun kunyit-(Ayu gunakan 3 helai)
RM 1 santan-(Ayu gunakan 2 kotak santan pekat)
50 sen daun bawang
50 sen daun sup
bawang goreng
2 biji telur ayam
lada hitam
garam + serbuk perasa 
1 cube ayam -(Ayu tambah)
minyak untuk menumis.

Bahan-Bahan Kisar : 

1/2 inci halia
2 biji bawang putih -(Ayu gunakan 4 biji)
1 labu bawang besar.-(Ayu gunaka 2 biji)
Beras perlu dibersihkan dan ditos, daging perlu dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk.(Ayu rebus dengan sedikit halia kisar) Air daging akan dimasukkan ke dalam masakan bubur nanti. Udang perlu dibuang kulit semuanya dan dicuci lalu ditoskan. Daun kunyit perlu dihiris halus. Daun kesum dan daun selasih perlu dicabut sehelai-sehelai, karot perlu dipotong dadu. Lada hitam perlu ditumbuk. Telur perlu digoreng dadar nipis dan dipotong nipis. Daun bawang dan daun sup perlu dimayang halus.


Kaedah Memasak : 

Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga berbau. Masukkan udang dan kacau sebentar. Masukkan pula air. Masukkan beras yang telah ditos tadi. Masukkan daging yang sudah empuk bersama airnya sekali. Masukkan daun kesum, daun selasih, daun kunyit dan karot. Masukkan santan dan jika kurang air, sila tambahkan air lagi. Masukkan garam dan serbuk perasa. Jangan lupa taburkan lada hitam yang telah di tumbuk tadi. Kaedah memasak Bubur Lambuk ini Mina namakan  'melebur' atau 'mencampak'. Tunggu hingga nasi menjadi bubur. Kemudian sila rasa tahap kemasinan dan kesedapannya. Jika semuanya sudah tip top, bolehlah dipadamkan api dapur tersebut.

Cara Menghidang :

Masukkan Bubur Lambuk ke dalam mangkuk hidangan. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang. Kemudian, taburkan pula hirisan telur dadar. (Ayu tambah hirisan cili merah + kacang tanah goreng)Taraaaaaaa...Hidangan Bubur Lambuk anda telah pun siap. Selamat Mencuba!!

10 comments:

It's me... said...

my mum nyer style bubur lambuk pun mcm nih gak but without the santan. simple and yet satisfying. tu yang tak sedar 3 mangkuk terus... hehehehehhe

Ayu said...

its me - oh ya ..kita kalau makan bubur pun gitu juga tak sedar dah surut aje periuk tu..hehe..memang peminat bubur kita ni..:)

ana said...

Sedapnye... Kita suka bubur lambok esp bulan posa. Tp skrg byknye benda yg tk leh nk mkn. Sian kita...
Tgk cara masak dn bahan2 dh tau mesti sedap. Lemak2 masin manis air daging...heee ngenjes kita...hihihi...rajinnye ayu masak macam2.
** Ayu tk de plan nak join kelas chef asma ke tahun ni?:)

Ayu said...

ana - samalah macam kita suka makan bubur..kalau ada bubur bermangkuk2 kita telan..haha..memang sedap bubur lambuk ni..kita suka sanagt..
Ana dah ok ke tu?..Ana sakit apa sebenarnya dear?..
Nampak gaya tahun ni macam tak bolehlah ana..Hubby kita bulan June ni kena pergi Brunei..3 minggu kat sana..then the last week mungkin ada kelapanganlah tapi tak tahu lagi macam mana plannya..:(

ana said...

Ayu - kita dh email to u. If free bole le baca email sya yg panjng lebar tu hehehe...
Tu la ayu. Kita ingt nk g kelas puff dia on jun ni. Mcm best je tp rasa mcm tk free. Kelas yg sama on feb,mac n mei bru ni sya tk dpt g. Feb hri tu dh penuh. Mac n mei sya lak tk free huhuhu...

Ayu said...

Ana- oh Ana dah email ya..ok ok nanti kita baca ya..kita ni email dah lama tak buka.. Tulah Ana.. Memang kalau diikutkan memang nak masuk selalu class chef asma tu..pakkal Jauh kalau dekat memang kita tak pedulik...Korek tabung ayam jugak... Hehe.. Kita Ada aim class continental keksnya tu..;)

Ms Lia said...

As-Salam Ayu!

Nampak sedap sekali bubur ni! Mcm bubur Asyura yg selalu my mum masak time bulan Muharram.

Ayu, nak tanya...kalau kita buat coconut blossom tapi tak gunakan ovalette, boleh tak eh? Lia tgh malas nak mencapai ovalette dia Phoon Huat ni, sebenarnya...

Ayu said...

Ms lia- walkslm,.. Lia kalau nak buat coconut blossom tu tak nak guna ovalette takut kuihnya tak lembut.. There is a method kalau tak Ada ovalette boleh guna kuning telur tapi kita tak sure ler nak advice guna kan method tu..
Takut kang tak jadi.. Sayang bahan2 yg lain tu..
Sebab Bahan ovalette ni kasi kuih atau kek kita spongy.. Alahai tunggu beli baru buatlah lia..;)

Anonymous said...

sedappp

Ayu said...

Anonymous - Thank you dear..:)