Nasi Kerabu ni memang dah lama sangat dalam list nak masak kita..Bila tengok kat google, macam2 lauk sampingannya..dan pernah terbaca comment dari teman2 ada sedikit leceh nak membuatnya..Kita yang terpanggail dan teruja tu sebab tengok ada 'serunding ikan' dalam tu, atau dalam recipe tulis 'sambal ikan'..
Kita imagine mungkin adakah macam nasi ambeng yang selalu kita jumpa kat sini, yang makan pun dengan serunding juga..dan nak masak pun ada sedikit leceh sebab lauk2nya...
Satu hari, kita masuk JB,(time hantar jahit baju ler hari tu) ada nampak orang jual Nasi Kerabu ni kat foodcourt..kita cakap dgn Mr Hubby, kita nak trylah beli nasi kerabu..kalau sedap nanti nak buat sendiri..Set yang kita order tu..ada sedikit taugeh + kacang panjang hiris, telur asin, keropok, sambal ikan, sambal tumis dan sambal lada serta lawankan dengan ayam goreng tepung kalau tak silap. Bila nasi tiba, kita tengok alamak taugehnya kok mentah ya..dah mulalah jantung gedabak gedebuk..sebab kita ni memang tak reti makan taugeh mentah, kerana dah bayar RM6.50 punya pasal, kita gagahi juga kunyah ulam2 tu dengan nasi dan sambal..Kunyah punya kunyah..eh sedapp lah pulak..wakakaka...ah tu dia..lepas tu laju aje makan..suruh Mr Hubby rasa sikit..dia pun cakap ermm sedap..especially bila dah kena sambal ikan tu..really makes the difference lah..basically side condimentsnya tu memang sesuailah dengan nasi ni..
Memang sebelum kita buat ni kita dah checklistkan bahan2 yang harus ada..salah satunya ialah BUDU(first time makan budu! yes I did it)..:)
Budu kita beli kat pasar Larkin juga..tapi nak cari bunga telang tu memang confirm susahlah..so kita just gunakan pewarna aje..sebab ia untuk warna aje dan bukan perasa...Kita buat sambal ikan tu the day before..so on the day itself, kita baru masak nasinya, sambal tumisnya, rebus telur asin, hiris bahan2 ulam dan just goreng ayam berempah serai..Basically macam kita masak lauk biasa aje. Kita tak buat sambal lada tapi kita lawankan dengan sambal belacan(dah buat lebih awal simpan dalam fridge) aje, ini case dah mula penat dan dah tak kuasa..haha...
Bila dah siap, these are the feedback from rakyat jelata ...
Hasif:- Mama...why the rice looks weird?..Tapi licin juga.
Marsya:- Mama next time can we have PINK rice?..yalah Nak!
Iqram:- Senyap! Tak berdengek tak berdenguk...makan with Iman...hehehe
Mum:- ermmmm..sedap sedap... mak kasi kau 10 over 10!!!...ah tu dia dont play2 ok..
Mr Hubby:- Very Nice! Ini masakan dari mana ni?..dari Kelantan kita jawap.
Dad:- Makan slow dan not so keen sebab kita tak buat kuah(my dad ni kalau makan mesti nak ada kuah kalau tidak dia akan hiccup lepas tu)..hahahaha..sabor ajelah..
Ayu:- Sangat SEDAPPPP, ..kita bertambah nasi 2x...:)- and yes kita makan taugeh mentah juga for this!!..
Overall memang berbaloi dan tak menyesal membuat nasi kerabu ni, walaupun tak cukup syarat sebab tak buat solok lada dan goreng ikan tepung atau ayam goreng tepung, tak apalah lain kali memang confirm boleh buat lagi...Mr Hubby cakap, bolehlah kita buka kedai jual nasi kerabu kat Singapore ni, bila dia dah pencen dari Army nanti..sebab kat sini macam tak ada jual gitu..hehehe....This is the 2nd suggestion yang dia buat lepas Nasi Komok, suruh kita buka kedai jual nasi..(uish terlepas rahsia..ini kira strategy ni...)wakakaka...
Oh ya buat anak2 dia orang manalah makan ulam2 tukan so dia orang just makan Ayam Goreng Berempah Serai, keropok dan sambal tumis aje..dah lama tak buat so kita gandingkan dengan nasi ni...Dalam gambar termiss out keropok, sebab terlupa nak taruk padahal dah siap goreng dah..
Terimakasih banyak2 buat Kak Wan kerana berkongsi recipe yang marvelous ni..sangat2 worth the effortlah pada kita ..sedapp sangat..Minta izin kita panjang2kan recipe kak Wan disini pula ya..
Sambal Lada dan Sambal Ikan
Sources:-From Kak Wan
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan
250gm beras brasmathi-(Ayu gunakan 6 cawan beras brasmathi)
30 kuntum bunga nasi kerabu (ramas dan perah airnya)
Air secukupnya
sehelai daun pandan -(Ayu letak 2 helai)
250gm beras brasmathi-(Ayu gunakan 6 cawan beras brasmathi)
30 kuntum bunga nasi kerabu (ramas dan perah airnya)
Air secukupnya
sehelai daun pandan -(Ayu letak 2 helai)
3-4 helai daun limau purut dikoyak-(Ayu tambah)
1 batang serai diketuk-(Ayu tambah)
Pewarna biru beberapa titik -(Ayu gunakan ini sebab tak ada bunga nasi kerabu)
(Cuci beras, masukkan air dan air bunga,(Ayu gunakan pewarna biru dititikkan dalam air) gaul rata, letak daun pandan, daun limau purut dan serai dan masak nasi seperti biasa)-(Ayu tambah garam & sedikit serbuk perasa)
(Cuci beras, masukkan air dan air bunga,(Ayu gunakan pewarna biru dititikkan dalam air) gaul rata, letak daun pandan, daun limau purut dan serai dan masak nasi seperti biasa)-(Ayu tambah garam & sedikit serbuk perasa)
Sambal Lada
50gm cili padi
100gm cili merah
5 biji limau kasturi
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
(Kisar hingga lumat, perasakan dengan garam dan gula)
50gm cili padi
100gm cili merah
5 biji limau kasturi
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
(Kisar hingga lumat, perasakan dengan garam dan gula)
(Ayu tak buat ni, Ayu cuma lawankan dengan sambal belacan aje)
Sambal Tumis
Bahan A
10 biji cili kering (potong dan rendam dalam air panas, toskan)-(Ayu gunakan 3 sudu besar cili kisar)
10 biji cili padi -(Ayu tambah)
2 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah (kecil)
1 hiris halia
2 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah (kecil)
1 hiris halia
2 batang serai
(Bahan2 kisar)
Bahan B
250ml santan pekat-(Ayu gunakan 2 kotak kecil santan 200ml)
1 cawan air
2 keping asam gelugor
Bahan C
2-3 sudu besar budu
2 sudu besar gula melaka racik-(Ayu gunakan 1 sudu besar aje)
garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka racik-(Ayu gunakan 1 sudu besar aje)
garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Kisar bahan A hingga lumat.
2. Satukan bahan B dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan A dan bahan C dan masak hingga pekat dan pecah minyak.
1. Kisar bahan A hingga lumat.
2. Satukan bahan B dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan A dan bahan C dan masak hingga pekat dan pecah minyak.
Bahan
1/2 biji kelapa parut putih(Ayu guna 1/2 packet dari 250g kelapa parut)
2 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinya)-(Ayu gunakan 3 ekor kembung bakar-letak atas kuali tanpa minyak aje)
5 ulas bawang merah
1 batang serai
1 hiris halia
1 sudu besar gula melaka racik-(Ayu tak letak ni)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :1/2 biji kelapa parut putih(Ayu guna 1/2 packet dari 250g kelapa parut)
2 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinya)-(Ayu gunakan 3 ekor kembung bakar-letak atas kuali tanpa minyak aje)
5 ulas bawang merah
1 batang serai
1 hiris halia
1 sudu besar gula melaka racik-(Ayu tak letak ni)
garam dan gula secukup rasa
1. Sangai kelapa hingga hampir kering tetapi jangan terlalu perang.
2. Tumbuk bawang, serai dan halia hingga lumat, perasakan dengan gula melaka, gula dan garam. Masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati. Masukkan kelapa dan tumbuk sambil di gaul rata.(Ayu kisar halus kering, serai, halia, isi ikan, bawang merah dan kelapa yang sudah disangai)
Bahan Ulam
timun
taugeh
daun kesum
daun serai kayu
kubis jika suka
(Mayang semuanya halus-halus)
timun
taugeh
daun kesum
daun serai kayu
kubis jika suka
(Mayang semuanya halus-halus)
(Ayu gunakan timun, taugeh, kubis, kacang pancang & daun kesum)
Bahan Gandingan
Telur masin
keropok
ikan celup tepung
Sambal Budu
Ayam goreng
Solok lada
Bawang jeruk-(Ayu no like..hehe)
Telur masin
keropok
ikan celup tepung
Sambal Budu
Ayam goreng
Solok lada
Bawang jeruk-(Ayu no like..hehe)
(Ayu gunakan telur masin, keropok, ikan goreng garam kunyit , ayam goreng berempah serai)
Ayam Goreng Berempah Serai
Sources:-From Love2cook@myr
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
Ayam Goreng Berempah Serai
Sources:-From Love2cook@myr
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
- 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
- Bahan2 dikisar bersama:-
- 6 ulas bawang putih
- 7 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 3 batang serai (yang besar)
- ---------------------------------------
- 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
- 2 sb serbuk kari daging
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1/2 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk serbuk ketumbar
- 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)-(Ayu tak letak ni)
- garam dan aji secukupnye
- 3 tangkai daun kari
- Minyak yang menggoreng
Cara-cara
- Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
- Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
- Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
- Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
- Selamat mencuba! ;)
39 comments:
Salam Ayu,
Aduh sungguh menyelarakan hidangan Ayu tu.. tergoda sungguh dengan nasi biru tu :)
Nasi yang tak jemu untuk dimakan...
Nur Hayati - memang menyelerakan yati..nasi kerabu dgn setnya tu..sanagt2 sedap...:)
nas mulia - betul tu nasa mulia..tak jemu dan tak serik untuk dimakan..hehe..nak lagi dan lagi..:)
Meleleh org kat sini tgk dish ni kaka 😭
Ur dad sama ngan my darl mkn nasik Kena berkuah hahaha....
sedapnyaaa....jadi pingin buat nasi kerabu. Seumur hidup belum pernah makan nasi kerabu padahal punya tanaman bunga telang untuk pewarna birunya....
Salam ziarah. Meriah. Tgk pun terliur ni
aduhaiii rajiinnyer...klau nekcik terpaksa tunjuk jer klau nak makan
Assalam Ayu, aduh sedapnya dtg sni terasa lapar hehee.. alaa.. ayu akk ada cuma dok belakang tabir nk masuk umah ayu ni pengawal mcm2 dia suruh wat x reti akk hihii... akk ingt ayu x perasan xingt lgi...apapun tq ya ingt kt akk walau xada blog zila66 :)
hemo hemo hemo meriahnya nasi kerabu dia... macam terbau2 je dari sini... nasi kerabu ni kak, kena buat sendiri baru sedap, kadang2 kalau makan yang beli asyik terkomplen je tak sedap...
sedapnya.....peberet adda nih...
wahh.. tergoda babe.. :)
Salam ayu
Sedapnye nasik kerabu. Dh lama kita tk buat. Kita klau buat yg simple2 and very basic ha3...selalunya lauk kita telo masin dn daging goreng kunyit. Solok lada sambal tumis n budu tk de. Sbbnye solok lada tk de yg mkn excep kita sowang. Sambal tumis kita tk war sbb leceh dgn santan bagai. Budu kita tk mkn wpun cik asben mkn so kita tk buh. Ulam2 ikut suka kita ha3....tauge daun selom munga kantan. Sambal ikan wajib ada. Ank2 semua suka nasik ni excep klong. Sedap2..
Aduhai... meriahnyaaa nasi kerabu ayu ni... akak dtg nak tmbah keropok ikan..
Assalamaualaikum Ayu,
Fuhhh, bila tengok gambar dan baca cerita Ayu, air liur ni dah tergenang dalam mulut, memang teringin sangatla nak makan hasil airtangan Ayu, nampak pun menyelerakan. Akak tak pernah buat lagi sbb nampak mcm renyah sket, tp kena cuba jugaklah satu hari nanti. Sokong sgt cadangan Ayu bukak restoren pelbagai nasi n lauk pauk, pasti jadi yang the best in S'pore....
salam syg k.ayu..
aah lps pencen leh niaga nie..sbb klu zila sndiri sika mkn n.krbu..tiap mggu mesti cari..x rasa jemu..tp klu nk buat tu pikir byk kli..sbb byk keja kn..
lady ayu - hahahha..ya ke sama dgn your darling eh..haha..tulah kalau kering2 makan slow dan selalu tercekik..dan every suap lepas tu lawan air..hahaha..
Rina - cubalah Rina, sedap tau..ah dah ada pun bunga telang tu lagi harus dicuba..hehe..orang kata makan nasi kerabu awet muda, sebab banyak ulamnya....hahaha
Lydia - salam kenal juga buat lydia, terimakasih sdui singgah dan tegur akak ya..:)
nekcik - hahah..nekcik, kalau kat sini ada tunjuk2 kita pun nak beli juga..hehe
tapi alhamdullilah walaupun leceh, tapi puashati masak sendiri..hehe
zila66 - walkslm, kak zila, apa pulak kita tak ingat kak..masih kita baru2 start blogging, akak adalah salah satu silent reader yang pernah tinggakan jejak..sampai sekarang kita ingat tau..kat myresipi pun selalu kita nampak akak comment..hehe..:)
cheq sue - hehehe..oklah cheq sue, buat sendiri memang berbaloi lah kira..kalau beli dah berapa kan..lagipun kat spore ni akak belum nampak lagi orang jual nasi kerabu..:)
adda - samalah dgn akak adda, dah jadi favourite pulak nasi ni..hehe..:)
sheila - hehe..harap2 godaan ku menjadi nyata..haha
ana - walkslm, hahahhaa..tak apalah ana..very basic pun asal nasi warna biru ..ada ulam2nya telur masin dgn daging goreng kunyit pun dah sedap tu..sambal ikan tu yg kasi kelainannya..memang sedap2...:)
dzana - hahaha..keropok ikan kita dah goreng tapi lupa masuk dalam gambar..tak apalah ..keropok ikan cikgu pasti lagi sedap..ok ok...meh sini sikit..hehe
wattie - walkslm, heheh..kita pun pada mulanya tengok macam banyak kerja..tapi kita nikan suka menerai..tak sedar bila buat sampai ketengahari baru siap..haha.. ambik aku..haha...tapi puashati sebab berbaloi sedap...alahai kak wattie, itu cadangan mr hubby aje..suruh kita berniaga..kat sini marketnya very competitive..huhu...
zila - walkslm, heheh zila, hubby akak ni asik suruh akak berniaga...entahlah zila tengoklah mcam mana..heheh..angan2 mat jenin dulu..haha
Assalamualaikum kakkk...berseri2 wrna nsi kerabu akak tuu...jauhnya nasi krabu ni g jejln kan...muahhh...kita pun dh 2-3x wak nsi krabu ni smjak smpai ni...tpi xsmpat nk snap...asik nk cpatt jee...
maz - walkslm, hehe..nasi kerabu dah sampai keselatan..memang jauh perjalanan tu..hehe...aahlah maz..akak pun kadang2 tak sempat nak ambil gambar sebab nak cepat, atau repeat menu..
Weiiiii... nih yang tak menahan nih.... I ada serbuk kaler khas yang org ofis hadiahkan kat I. Dia beli kat kelantan lagi sbb dia tau mmg susah nak cari bunga telang.
I just bought budu or boo-doo as written on the bottle tapi sampai laaaaaa tak buat2 lagi nasi kerabu.
tengok your nasi kerabu mula ler air liur meleleh nih... hadoiiii
It's me - wah dah Ada pun bahan2 Nya tu... Memang Harus dicuba kan..hehehe..kita pun Dulu pernah beli budu..tapi tak berani nak makan sampai lah dia expire.. Ini Kali beli lagi Dan terus Cuba masuk dalam sambal tumis..kalau makan gitu aje pun belum berani lagi..hehe..
Aslmkum Ayu
Wah nasi kerabu mmg menyelerakan...kena ada budu baru ummmppp.
Hai kak Ayu,
ini monica lagi...
Kak Ayu, saya sudah coba resep ayam goreng berempah serai ini..sedap rasanya, saya suka..hanya saja saya bingung, aji itu apa ya? jadinya saya tidak pakai.
Seperti biasa saya sudah posting di blog saya dan sudah link back ke Curlybabe's Satisfaction ya..
Terima kasih resepnya kak Ayu..
Monica
Mamasya - walkslm, baru ku tahu kesedapannya mamasya..hehe..akan ada menu ulang tayang nanti..mayb with complete solok lada dan yg lain2..hehe
Monica - Hi Monica,
terimakasih ya monica, sudi mencuba..oh aji tu ajinomoto(msg)..hahaha..kalau akak panggil serbuk perasa..kalau monica enggak letak itu..ya boleh digantikan dengan gula..sebab ada orang memang tak guna ajinomoto dalam masakannya..:)
saya ada benih pokok bunga telang
Nasi Kerabu ni nasi kegemaran suami dan anak-anak....memang sedap sangat-sangat...
Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Post a Comment