Monday, May 06, 2013

Nasi Goreng USA & Daging Masak Merah II


Nasi Goreng USA, dah lama dengar..tapi baru nilah nak cuba..Kebanyakkan yang buat nasi goreng ni..selalunya kita tengok dia orang gandingkan dengan lauk daging masak merah..Kebetulan bila kita masak ni..kita memang dah buntu dan malas betulll nak masak..dan lauk dalam fridge tinggal daging alat2..so tercetus terus nak masak ni..Orang goreng telur cantik aje..kita goreng telur tak pass lagi..heheh..Walaupun ramai yang dah cuba masak ..tapi kita nak letak juga recipenya disini sebab untuk buat rujukan sendiri dan masa akan datang..Terimakasih Raidah for the recipe yang sedap ni, minta izin dipanjangkan disini pula ya..

Nasi Goreng USA
Sources:-From Resepi Raidah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan nasi:
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)

1/2 cube ayam-(Ayu tambah)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.


Daging masak merah yang ni kita rebus dengan pewarna merah..compared to the last Daging Masak Merah which I did not add pewarna..This time, bila kita add warna merah..my mum cakap 'takut aku nak makan merah sangat'..adeh sabor ajelah kan..hahah tapi anak2 kita suka sangat combination of Nasi Goreng USA kat atas tu memang ngam betul..Terimakasih puan punya recipe ya..sedapp..:)

Daging Masak Merah II
Sources:-From Dyna@myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction 
Bahan (2-4 orang)

  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 bijik bawang besar dimayang
  • 1 bijik cili capsicum hijau-(Ayu gantikan lada hijau aje)
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili
  •  2 s/b sos tomato 
  •  2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
  • garam secukup rase...
  • klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...-(Ayu letak kacang panjang)

Cara-cara


  1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
  2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
  3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
  4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
  5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
  6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA

5 comments:

Norzila Zakaria said...

assalamualaikum kak ..pepagi dah post tegoda zila

Ayu said...

Norzila - walkslm, heheh pagi2 post auto publish ni zila..hehe..

Anonymous said...

Nti sy nk cuba la..

fazliana said...

great recipe..i want try it..ty sharing

mama iman said...

Must try this reccip