Friday, September 26, 2014

Talam Roti Gula Melaka

Assalam dah lama tak menalam terasa nak makan kuih talam lah pulak...decided to cuba recipe ni..alhamdullilah sedapp..jadilah buat bekal sarapan untuk Mr Hubby bawa ke ofis..Kita adjusted sukatan air dan santan..sebab kita suka kuih talam yang lembut .. Pada kita kuih ni  rasa macam  Talam Beras pun ada..cuma yang tu..gulanya diatas, yang ini gulanya dibawah...apa2 pun terimakasih buat Kak Fida for this recipe ya..kalau nak buat kuih ni untuk last minute pun boleh juga sebab nak prepare & masak pun all within 2 hours dah siap..:)

Talam Roti Gula Melaka
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfactionBahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 inc. )-(Ayu guna 8x8)
Lapisan Bawah :-
  • 8 keping roti - disiat2 halus
  • 2 biji telur
  • 100 g santan pekat*
  • 130 g susu segar atau air*-(Ayu gunakan 250g air)
  • 100 g gula melaka*
  • 2 sb gula pasir* 
  • sedikit chocolate emulco/coffe emulco-(Ayu tambah)
  • 1 helai daun pandan - disimpul* - (masak bahan bertanda * dan tapis)
Lapisan Atas :-
  • 80 g tepung beras (3/4 cwn)
  • 10 g tepung jagung ( 1 sb rata dan padat)
  • 2 sb gula pasir
  • 350 g santan pekat-(Ayu guna 300g)
  • 250 g air-(Ayu guna 450g)
  • 1/2 sk garam

Cara-cara


  1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan kacau hingga sebati, tambah sedikit pewarna coklat jika adunan pucat. Tuang adunan ke dalam loyang bergris dan kukus selama 25 min atau hingga masak. Sementara itu siapkan bahan2 lapisan atas.-(Ayu masukkan telur kedalam blender. Putar sekejap. Hancurkan roti, tuang air gula melaka yang sudah ditapis, kemudian baru masukkan kedalam blender yang berisi telur tadi dan putar hingga sebati.)
  2. Satukan bahan2 lapisan atas, kacau dan tapis. Masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 20-25 min atau hingga masak.
  3. Sejukkan kuih dan potong sesuai selera.


12 comments:

JUICY CAFE said...

Assalamualaikum sis..
Baru terfikir ada baki roti tak tahu nak buat apa..bisa dicoba ya sis hehehe..

LiNa_Pg said...

Wah menariknya...roti pun boleh buat kuih talam...

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Ayu...

Huwaa... naper goda godi mama dengan talam la pulak. Ingatkan hari ni nak tenangkan jiwa raga tak mo tengok gambar makanan...eh ehhhh... dah termasuk sini la pulak. Jaga ni pun satu, hari ni tak de pulak dia tahan mama bagi masuk rumah Ayu! Hehehe... your talam looks lovely!

Yatie said...

wah talam roti gula melaka plk...boleh cuba ni..Yatie mmng suka kuih2 mcm ni..tq Ayu..

Ayu said...

juicy cafe~walkslm, cubalah sis..tapi make sure at least 8 keping macam dalm recipe ya..kalau kurang lapis bawah & atas tak sama tinggi..;)

Ayu said...

lina~ aah lina..boleh..roti boleh juga dibuat cucur, puding...etc..hehe

Ayu said...

mamafami~ walkslm haha..jaga dia annual leave lah mama. cuti tahun tu...hehe..

Ayu said...

yatie..silakan yatie..samalah kitavpun suka kuih2 talam gini..;)

Nina Mira said...

sedapnya... tambahan lagi part gula melaka. Suka sgt!

Ayu said...

Nina - heheh..alhamdullilah nina..akak pun suka part gula melaka tu..kena pulak dgn lapisan atas yang bersantan tu...hehe:)

zainah mukhtar said...

Assalamualaikum sis.
nampak menarik dan mengiurkan...saya suka kuih talam yg lemak2 ni.nak cuba jg la nanti.saya amik resepi ya.terima kasih.

jemput singgah blog saya juga ya.
http://www.zaizamrichvitashop.blogspot.com/

Ayu said...

Zainah- walkslm, sama lah macam akak suka kuih2 talam ni..silakan sis kalau nak mencuba..terimakasih Sudi singgah ke sini ya..;)