Friday, October 14, 2016

Quiche Lorraine

Assalam, apa khabar teman2 disana...dah beberapa hari kita rasa nak update blog ni..tapi waktu tak mengizinkan..hari ni macam line clear gitu..so cepat2 on computer & downloaded gambar2 yang ada dalam camera..bila lama tak jenguk blog..tengok2 my bloglist hilang in thin air..waduh..kemana perginya ..nak track balik ..banyak kita tak tahu url nya...so yang mana ada kat bawah tu..itu aje yang dapat kita track balik...kena kayuh pelan2 cari balik..memang makan masa..apahal pulak blogger.com ni sudah buat ..betul2 kasi up my blood..lagilah kita ni blogging curi2 masa..dia kasi kita banyak kerja pulak kena track balik ishhh...so teman2 yang ada terbaca ni..janganlah berasa hati kalau blog teman2 tak ada kat blog list kita..bukan kita yang buang ya..tapi blogger.com  yang telan..huhu...maybe boleh tinggalkan jejak so that at least boleh ikut balik link to your blog...

Anyway..kita nak cepat2 masukkan recipe quiche lorraine ni sebab dah 2 kali buat ..dan kita rasa kita harus masukkan dalam blog kita untuk rujukan akan datang..sebelum recipe yang kita print atas kertas hilang.. Recipe asal dari Kak Jun yang kita dapat dah lama..bila cari linknya balik tak jumpa..so at least kita mention her name & blognya..terimakasih Kak Jun for the recipe. Recipe Kak Jun, gunakan quichenya from scratch iaitu short crust pastry...kita pula guna instant prata aje maklum ler orang rajin..hehe..anyway kita just type recipenya just in case siapa2 yang nak buat from scratch boleh refer to the recipe..as for the fillings..kita adjusted from the original & added bahan2nya  ikut my selera..Alhamdullilah anak2 suka sangat..bayangkan buat pun within 2 weeks masih tak jelak lagi..hehehe..so I guessed its worth to masukkan dalam blogkan...:)

Quiche Lorraine
Sources:-From Cupcakekasih
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahannya :
Base Quiche(short crust pastry)
250 g tepung gandum
125 g salted butter

1tsp bijan(optional)
2 tbsp susu tepung* (Kak Jun tambah supaya lebih lemak)
Air secukupnya


Cara:-
Campur semua bahan diatas(kecuali air)
Gaul supaya menjadi crumble.
Tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh sebati.
Canai nipis dan letak dalam acuan, masukkan filing.
Tuang sos salt royale kedalam quiche.
Hias dengan bahan hiasan
Bakar 25 minit + 150 darjah C

Ayu gunakan PRATA INSTANT untuk Quichenya.. 
Beberapa keping prata instant
masukkan kedalam bekas, tekankan ikut acuan, bila dah tekan
cucuk2 dengan garfu. Bakar 1/2 masak keluarkan. Bila sudah sejuk, baru masukkan filling, tuang salt royale kedalam, tabur cheese & susun bahan hiasan. Bakar hingga masak. Siap untuk dihidang. Quiche sedap dimakan waktu dia suam2 panas.

Resepi Filling
1 biji bawang besar dicincang dadu(Ayu hiris aje)
150g mix vegetable(optional)-(Ayu used this)
1 tbsp tomato puri-(Ayu gunakan 2 tbsp tomato sauce)
150g chicken meat-(Ayu used 250-300g chicken meat dipotong dadu)
1 helai daun salam(bay leaf)-(Ayu tak gunakan ini)
100g mozarella cheese
50g parmesan cheese(Ayu guna cheddar cheese)
10 swiss mushroom sliced or 400g sliced fresh/button mushrooms-(Ayu added this)
6-8  cili padi sliced-(Ayu added this)
1 big tomato diced-(Ayu added this)
daun sup & daun bawang chopped-(Ayu added this)
1 tsp italian herbs-(Ayu added this)
salt & pepper secukupnya-(Ayu guna 1 tbsp pepper)
150g butter

Cara:-
Panaskan butter dan tumis bawang, cili padi hingga naik bau & wangi. Masukkan chicken meat, mix vegetables, kacau rata. Bila chicken meat dah empuk, masukkan tomato sauce, tomato dadu. Biarkan hingga tomato layu, masukkan cendawan, italian herbs dan perasakan dengan garam & pepper dan sedikit aji.Bila semua sudah sekata, masukkan daun sup/bawang, gaul,  matikan api dan ketepikan biar sejuk.

Salt Royale
Bahan-bahan:-

 250 ml susu segar
50 ml whipping cream (emborg brand- dairy)

3 biji telur
garam dan pepper secukupnya


Cara membuatnya:-
Campurkan semua bahan dan pukul dgn garfu supaya sebati.
Tuang dalam quiche tadi. 

Bahan hiasan:-
cherry tomato
sedikit hirisan cendawan
Hias dengan daun sup + bawang.
tabur dgn cheese mozarella & parmesan(Ayu guna mozarella & cheddar cheese)

10 comments:

Monica Rampo said...

Kak Ayu... akhirnya kak Ayu update blog lagi..wuih quiche lorrainenya sangat menggiurkan kak..praktis ya kak kalau pakai prata instant
oh iya kak, berapa waktu lalu saya coba nasi lemak ikut resep nasi lemak kak Ayu yang santan dimasak dulu..ai ai memanglah sedap ya kak.. as usual credit to your blog ya Kak.. thanks for the recipe ya Kak Ayu

Ayu said...

Monica
ya Monica, hari tu update ..tak sempat nak jalan2 ..lepas tu lama tak jenguk blog..sekali jenguk bloglistnya sudah hilang...
ya quiche ini akak guna instant prata aje..sebab lagi cepat dan ringkas..hehehe..
sedap pulak tu..:)

oh Monica sudah cuba masak nasi lemak yg santannya dimasak dulu ya..wahh...thank you thank you..nanti akak singgah ya..nasib baik link nya ada ni..hehehe..

LiNa_Pg said...

Assalam kak ayu..
sungguh menggiurkan quiche tu..makan ni dah kenyang ni..eh type br baca..sama plak ngn komen yg first tu hahaa..

seb baik kak ayu BW saya pun terlupa link blog ni

FirasFirzana said...

Sedapnya...saya salin resepi ya...:)

Unknown said...

Wah teruja la sngt tengok quiche ni Ayu
Twpi nk buat mcm banyak songeh jugak kan
Tunggu mood rajin dulu lah
Thanks Ayu menjejaki kaknoor
Kaknoor kdg tk terjalan jua

PH said...

Oh, hari tu my blog list pun lesap. I thought I was the only one. Saya suka quiche lorraine tapi malas nak buat the pastry part.

Ayu said...

Lina
walkslm, lina.. aah makan ni kenyang dah..
tulah.nasib baik akak clik (blog hopping) dari satu blog kesatu blog..
untuk ke blog lina..blog yang dah lama tak update..terus akak tak jumpa lagi..huhu

Ayu said...

FirasFirzana
Alhamdullilah..sedap pada kami ni..silakan dear..
kalau nak salin resepinya ya..:)

Ayu said...

Nooriah
hehehe..aah ada sedikit leceh..tapi bila part makan tu tak leceh kak noor..heheh
ngap aje terus..hahaha..kita pun sama kak..mana yang sempat ajelah kita singgah...:)

Ayu said...

Phong Hong
tulahkan Phong Hong..dah lama tak buka blog...sekali buka bloglst semua lesap
tak tahu kenapa..before that followers pun banyak lesap sekali one shot..hahaha...
this quiche lorraine senang aje kulitnya tu..I used instant prata ..senang kerja..:)