Thursday, May 31, 2012

Udang Harimau Masak Hijau

Inilah udang yang kita maksudkan earlier..kita memang dah plan nak masak udang ni gunakan recipe pari masak hijau tulah...gunakan udang pun sedappp sangat ..serupa juga sedapp dengan menggunakan  ikan pari tu...
My mum, cakap pun sedap... kita pernah kata my mum ni susah betul nak dapat pujian dari dia..lepas makan tu..dia tanyalah letak apa dalam lauk ni..kita explainlah sikit2..kita cakap letak sambal belacan..then kita pun cakap lauk ni kita pernah masak dulu tapi gunakan ikan pari...mungkin dah lama dia tak ingat lah tu..ha, kalau dah tanya tu that means dia interested dan nak belajarlah dari kita..so that next time dia boleh masak sendiri kalau dia balik JB..hehehe...cause sometimes, she just cant accept new recipe introduced..you know what i meant? Maklum ler she still believe lauk2 lama lagi sedap pada dia...:)
Udang Harimau Masak Hijau
Adapted from Ikan Pari Masak Hijau
Sources:-From Cooking programme in Suria Channel
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:- 
1kg udang harimau besar-dibersihkan, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2-3 sudu besar sambal belacan-(Ayu gunakan belacan bakar sebesar 3cm-4cm+ 4 lada merah + 5 biji cili padi)
2-3 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya

Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng udang embal2. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan udang. Matikan api. Siap untuk dihidang.

4 comments:

Azie said...

Udang ni kalau masak apa pun, sedap pada kami. We love seafood.

Ayu said...

Azie - betul tu Azie, udang kalau masak apa pun sedap...samalah macam kita suka makan seafod berbanding dg my hubby lebih suka makan daging..heheh

Subhie Arun said...

hmm..i lov udang..tempting na kak masak!

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/

Ayu said...

Subhie - hi5, me too suka udang..hehehe..