Thursday, August 16, 2012

Cocoa Sesame Biscuits

This is another favourite of mine..cookies yang lain sikit dari yang lain..the gabungan sesame seeds(bijan) dan oats sangatlah memberi kelemakkan pada kukis ni..Just to remind the doh ada sikit peroi bila kita dah gaul tu, no worries..bila kita cekup2 gunakan ice cream scoop yang paling kecil tu kita still ambil dan genggamkan lagi supaya adunan tu padat dan bila didalam oven I slightly flattenkan dia sikit menggunakan spatula..Biskut ni rangup dan kalau tak nak ikut macam kita buat  atas tu you can drizzle melted chooclate on the cookies tu ya..

Rasanya this would be my last entry before Raya..cause lepas ni dont think will have the time to update lagi..Gambar2 kek would be after Rayalah macam biasa...

Dikesempatan ini juga kita nak ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 
(Maaf Kad Raya Tak Siap lagi..dah order tapi tahun depan baru siap..hehe) 
 
Khas pada semua teman2, rakan blogger, guest, silent reader dan siapa2 saja yang sudi kedapur kita yang tak seberapa ni. 
Maaf dipinta sekiranya  ada salah bicara, bergurau senda, dan salah sangka..Mohon juga dihalalkan recipe2 yang telah dikongsi dan cuba.dan juga mana2 link yang kita tak perasan nak linkkan sebab tak sure recipe asal dari mana, entries sebelum ini yang dulu2
 (yang kita tak berapa sure nak linkkan sebab tak tahu)..
Mohon maaf juga sekiranya ada recipe2 yang tidak mengena dengan citarasa..sesungguhnya kita hanya mencuba dan berkongsi recipe..maklumlah blog ini pun bukannya blog orang yang pandai masak,
blog ini adalah, blog rujukan sendiri, trial & error dan blog berkongsi
recipe dengan seadanya..
recipe2 yang kita cuba ni pun nasib2 ada yang sedap ada juga yang tak berapa kena pada setengah2 orangkan..so basically subjecktiflah kan..mungkin pada kita sedap tapi tidak pada orang lain..pada kita manis tapi tawar pada orang lain..
so, maaflah dipinta..
Hingga bertemu kembali insyaallah..

Cocoa Sesame Biscuits
Sources:-From Biscuits & Slices 
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
3/4 cup plain flour
1/4 cocoa powder
3/4 cup rolled oats
1 cup sesame seeds
3/4 cup caster sugar
100g unsalted butter
2 tbsp golden syrup
1 tbsp boiling water
1 tsp bicarbonate of soda
185g milk chocolate melts melted

Method:-
Preheat oven to moderately slow 160C. Line biscuits trays with baking paper.
Sift flour with cocoa into large mixing bowl. Add oats, seeds and sugar: make a well in the centre.
Combine butter and golden syrup in a small pan. Stir over a low heat until butter is melted and mixture smooth: remove from heat. Pour boiling water into small bowl: add soda.
Stir until soda has dissolved. Add to golden syrup mixture. Using a metal spoon, fold mixture into the dry ingredients. Stir until well combined.
Drop three level tablespoons of mixture onto prepared trays, allowing room for spreading.(Ayu used ice cream scoop the smallest size) Flatten each one slightly with fingertips. Bake 12minutes(or follow your oven temp) and cool biscuits on trays for 5 minutes before transferring to a wire rack to cool completely. Spread approximately one teaspoon of chocolate into 3cm round in the centre of each biscuits.

Hints:- For extra chocolate flavour, you can add 2 tablespoons of dark chocolate chips to mixture, or drizzle the biscuits with melted dark chocolate. Cocoa powder varies in colour: the darker the colour, the richer the flavour will be.


Black & White Cookies

Inilah dia cookies yang lagi satu yang kita ambil recipe dari dapur Maklang..sedapp cookies ni..tapi pada kita kalau letak kekacang lagggii sedap..Bau dia aje dah macam cookies famous amos yang double chocolate pecan yang harganya  S$4.00 ++ per 100g tu..Favourite anak2, lepas berbuka dia orang makan satu satu masuk mulut...
Mama ada seram2 sejuk juga takut habis sebelum raya..hehe..sebab malas nak buat lagi bukan apa..hahaha Anyway Terimakasih Maklang dan pemilik recipe asal for this recipe minta izin dipanjang2kan disini pula..

Black & White Cookies
Sources:-From Sarah Jasmine(rNet)
Sources:-From Maklang Azie
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan
113g butter
80g brown sugar
50g granulated sugar
1 egg 
1 tsp vanilla
140g all purpose flour }
30g coco powder }
½ tsp baking powder } ayak
¼ tsp baking soda }
1/8 tsp salt }
200g white choc. chips


Cara
1. Pukul butter & gula…campur telur dan esen. (kacau ngan whisker je)
2. Campur semua bahan yg diayak ke dalam adunan.
3. Masukkan white choc.chip
4. Bakar dengan suhu suhu 175C selama 20’ - ikut oven masing2 wokeyyy…) 

Batik Aloha

Kukis ni, kita buat sekejap aje dah siap, cuma part nak drizzle dengan coklat cair ajelah yang makan masa sikit, sebab kena tunggu dia kering baru boleh disusun dalam botol.. Pertama kali gunakan coklat yang berperisa macam kat atas ni..Bila double boiled tu coklatnya rupanya ia adalah chocolate compund which i bubuh dengan sedikit butter & whip cream macam nak buat chocolate ganache yang biasa tu..kalau tak dia lambat sangat cair..
The coklat biasa tu kita gunakan normal cooking coklat yang sekejap aje dah cair bila didouble boiled..Not bad juga kukis yang ni..

Batik Aloha
Sources:-From Puan Aini Salim
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
130g mentega
65g gula aising
70g tepung jagung
100g biji gajus(kisar)
130g tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
coklat cair secukupnya
coklat berwanrna pink- perasa strawberry secukupnya-(Ayu gunakan cooklat berwarna oren-perasa oren)
kuning telur secukupnya untuk hiassan
biji gajus secukupnya untuk hiasan
Cara:-
Kaccau rata mentega, gula aising dan esen vanila.Kemudian masukkan gajus, tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga rata.
Canai lalu perapkan selama 1-2 jam. Tekap ikut suka pattern macam mana, sapu kuning telur dan hiaskan dengan biji gajus.
Biarkan lebih kurang 10-15 minit didalam oven dengan suhu 160c.
Picitkan coklat cair dan coklat berwarna. Biarkan sebentar disimpan

Crunchy Oat Delight

Ini adalah biskut pertama yang kita buat untuk tahun ni..google for cookies recipes dah lama dah..terjumpa recipe ni kat dapur Maklang..ada lagi satu cookies yang kita cuba juga dari dapur maklang ni..kedua2nya sedap2 belaka...yang tu nanti kita masukkan juga ya..meantime jamu2 matalah ya..kalau sudi cubalah sedapp..kita suka yang ini..sebab dalamnya ada koko krunch dan  oats...Buat maklang yang dah mewar2kan recipe ni yang asal dari Chef Zu, Terimakasih diucapkan minta izin dipanjangkan disni pula ya..

CRUNCHY OAT DELIGHT
Sumber : Chef Zu
Sources:-From MaklangAzie
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction

Bhn A
120g butter
1sb shortening
80g gula castor
1/2 st capucino emulco-(Ayu gunakan coffee emulco)
1/2 st soda bikarbonat

Bhn B
30g oats -bakar dan kisar
30g kokocrunch - kisar halus

Bhn C
130g tepung gandum
30g tepung jagung
1sb tepung beras


Hiasan : coklat masak dan pcup hitam
putih telur dan oats


Cara
Sebatikan A
Masukkan B dan C dan uli sebati hingga jadi doh
Ambik skit adunan dan gentel,(Ayu weigh dalam 7g sebiji) celupkan dlm putih telur dan golek dlm oats
Bakar 160C selama 20'
Dah sejuk celupkan hujung biskut dlm coklat yg telah dicairkan dan msk dlm pcup.


Biskut M & M

Alahai jangan marah ya..another favourite anak2 ni..begitulah kan..kita buat cookies normally ikut citarasa anak2 lah kan..bukan apa, kalau buat lain sikit dari selera dia orang cookies yang kita buat tak gerak2 membazir dan juga buat penat ajekan..Pernah tak cookies yang teman2 buat duk tak gerak2 sampai keChristmas?..hehe ..kita pernah tau tapi DULU..itu pun kuih beli punya...cookies ni senang aje nak buat gentel bulat2 kita timbang dalam 10g each..tanam m&m dan dikelilingi dengan chocolate chips aje..then bakar..siap..
I bet you anak2 pasti comeback for more..

Biskut M & M
Sources:-From Resipi Ceria Keluarga
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1 egg-(1 biji telur)
200g butter-(200g mentega)
150g corn flour-(150g tepung jagung)
50g almond minced-(50g badam serbuk)
150g powder/icing sugar-(150g gula icing)
200g plain flour-(200g tepung gandum)
80g optima flour-(80g optima flour/sponge cake mix flour)-(kalau tak nak gunakan tepung ni boleh gunakan tepung top atau cake flour, tapi kena tambah sedikit gula dan serbuk penaik,)
chocolate chips and M&M to estimate-(chocolate chips & chocolate M&M secukupnya)
a bit of chopped almond-(sedikit badam cincang)

Method:-
Add butter, egg and sugar and mix well. Add in plain flour, optima flour, corn flour, minced & chopped almond till Incorporated. Roll small balls with hands (when rolling the balls don't make too big or too small as the mixture will rise when baked)(Ayu weighed 10g each). Top with M&M and chocolate chips around the balls. Preheat and bake in oven at 170 degrees Celsius till cook or in a medium heat so as not to melt the chocolates. Let it cool in wire rack before storing in container.-(Pukul mentega, telur & gula hingga rata & kembang. Masukkan tepung gandum, tepung optima, tepung jagung, badam serbuk & cincang gaul hingga rata. Ambil doh sedikit dan bulat2kan. Jangan buat terlalu besar atau kecil kerana doh akan mengembang bila dibakar.(Ayu timbang 10g each). Selitkan M&M ditengah dan dikelilingi dengan chocolate chips.Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan disuhu 170C dan bakar hingga masak menggunakan api sederhana supaya chocoalte tidak cair. Biarkan biskut sejuk diatas redai sebelum dimasukkan kedalam bekas.)

Green Peas Cookies

Sebab cookies ni mendapat sambutan yang hangat tahun lalu, so this year kita buat lagi lah..ia mendapat sambutan dari Auntie(part time helper) dan juga beberapa orang yang datang bertandang kerumah kita time raya dan juga time open house..Ia juga  menjadi cookies kegemaran adik kita, sebab cookies ni masuk mulut ia tak payah nak kunyah banyak2..dan the reason dia suka ialah kerana dia tak ada gigi..hahaha...harap dia tak baca tulisan kita ni..uish anak2 dia ada juga skodeng dapur maya kita..maafkan maklong jangan bilang ayah kamu ya....hehe

Disebabkan kat tempat kita ni tak ada tepung green peas yang boleh buat cookies ni kita gunakan kacang hijau yang dikisar according to the recipe..Nak tengok kacang hijau yang macam mana yang digunakan boleh kesini ..

Green Peas Cookies
Sources:-From farrahaiza@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2:-
250 gm kacang hijau ( beli di kedai yang dh ada garam)
250 gm tepung gandum ( i used cookies flour) -(Ayu gunakan tepung top flour)-(Ayu ayak)
125gm gula icing-(Ayu ayak)
150gm-160gm minyak jagung Daisy- adjust ikut kesesuaian doh-(Ayu gunakan 160g)


Cara-cara: 
1. Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk
2. Campur dengan tepung dan gula
3. Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. Or masukkan sume bahan-bahan dalam mixer dan mixer sebatikan hingga menjadi doh
4. Bentukkan bulat-bulat.(Ayu timbang dalam 10g each) Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan
5. Untuk steps yang ini puan punya tak letakkan dibakar atau tidak..so Ayu google dan nampak beberapa blog masakan kaum cina yang bakar dalam oven  175C selama 20-25 minit, so please adjust ikut suhu oven sendiri ya..

Honey Cornflakes Again

Tahun ni kita buat honey cornflakes ni 2 kotak besar..patah pinggang makcik sampai kesahur buat ni sorang2..Nak cepat punya pasal kita dah tak gunakan sudu, tapi kita gunakan 'sudu manual' kita iaitu cekup pakai tangan aje..dengan menggunakan disposable gloveslah kan..cookies yang harus ada disetiap rumah sebab anak2 pasti suka..termasuklah anak2 kita..:)

Honey Cornflakes
Sources:-From wannorbaya@resipidiana.blogspot.com -(tak boleh link)
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan A
100 gram cornflakes
100 gram bubble rice-(Ayu gunakan cornflakes aje)
100 gram badam/ kacang (dicincang dan dibakar sedikit)-(Ayu gunakan gajus, pistachios dan sedikit badam)

Bahan B
110 gram mentega
90 gram gula halus
5-6 sudu besar sirap kencana/madu

Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan B dan masak diatas api yang kecil selama beberapa minit.
2. Masukkan gula, mentega, sirap kencana/ madu dan gaul rata.
3. Setelah bergaul rata masukkan Bahan A dan gaul sebati.
4. Masukkan sesudu adunan kedalam paper cup.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C dan bakar selama 5 – 7 minit atau sehingga ia masak.
Sources:-From wannorbaya@resipidiana.blogspot.com

Monday, August 13, 2012

Kari Ikan Malayalam Style

Assalam teman2...pastinya, sekarang kita dapat bayangkan betapa sibuk nya suri2 rumah yang sedang bersilat judo, taekwando & akido dan silat2 yang sewaktu dgnnya..didapur menyediakan menu berbuka puasa dan at the same time menyiapkan kuih2 raya juga..well itulah yang kita senyap aje last week..kita buat kuih raya dan ada juga buat 1-2 jenis kek  yang boleh bertahan lama..

Dalam sibuk2 buat kuih tu menu berbuka normally yang biasa2 aje..sebab dah tak larat nak fikir dan nak mengerjakan menu2 yang susah2..hehehe..sabor ajelah kan..itu yang kita masak kari ni aje buat berbuka puasa..kari ni kita gandingkan dengan prata instant aje ler..
dan kari ni jugalah kita buat lauk sahur makan dengan nasi..to me kari sangat mirip dengan kari ikan mamak yang kita beli roti prata kat kedai kopi kat rumah kita ni ....yes this is definitely a keeper juga..

Kari Ikan Malayalam Style
Sources:-From Mama Fayyadh@myresipi

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • • 4 ketul ikan tenggiri (ikan merah pun sedap)
  • • 1 sudu kecil halba + Jintan kasar-(Ayu gunakan penumis ikan)
  • • 1 inci halia dihiris halus
  • • 2 biji bawang merah dihiris halus tapi saya suka guna bawang besar-(Ayu gunakan 1 biji bawang besar)
  • • 2 biji bawang putih dihiris halus
  • • 1 tangkai daun kari
  • • 3 sudu besar serbuk kari ikan (baba's @ alagappa's)
  • • 3 sudu besar lada kering yg dimesin
  • • 1/2 cawan pati santan
  • • 1 cawan air asam jawa(dibancuh cair)
  • • garam secukup rasa 
  • (Ayu gunakan 2 cawan air untuk kuahnya)

Cara-cara

  1. 1. Tumiskan halba+jintan kasar, bahan-bahan yang dihiris serta daun kari hingga naik bau
  2. 2. Masukkan serbuk kari dan lada kering yg digaul tadi hingga naik minyak.
  3. 3. Masukkan air asam kacau hingga menggelegak.(Ayu masukkan ikan waktu ni)
  4. 4. kemudian masukkan pati santan.
  5. 5. Dan diikuti bendi. boleh juga masukkan tomato dan lada hijau jika suka.
  6. 6. Jangan lupa garam
  7. 7. Kacau dan biar menggelegak.
  8. * sedap dimakan dengan idli juga paratha
  9. (Ayu tambah beberapa biji bende dan sebiji tomato)

Thursday, August 02, 2012

Tumis Udang Kucai Cencalok

Lauk sahur yang senang nak dimasak dan pasti menyelerakan..Macam biasa skodeng dapur CMG..terjumpa yang bekenan ..manis udang tu lagilah menambahkan kelazatan lauk ni....Terimakasih ya Mat dan akak mohon dipanjangkan disini pula ya..

Tumis Udang Kucai Cencalok
Sources:-From CMG@Tiffin biru
Sources:-From Ayu@curlybaesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
3/4 cawan isi udang-(Ayu gunakan 20 ekor udang sederhana besar)
1 cekak kucai, kerat pendek
4 biji cili hijau, hiris + beberapa cili padi -(Ayu tambah)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cencalok, toskan-(Ayu gunakan 2 sudu besar cencalok)
Sedikit sos ikan-(Ayu tak letak)
Sedikit gula-(Ayu tak letak)
Ayu gunakan garam & serbuk perasa macam biasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum dan layu. Masukkan cencalok, tambah udang dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Masukkan kucai, kacau dan tambah sedikit sos ikan (jangan banyak2, sebab cencalok dah masin), juga sedikit gula, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas....hmmmm...

Bubur Som Som II

Ramai yang dah mencuba recipe dari kak fida ni..memang menjadi...lembut aje ..kita buat ni for iftar ke2..Mr Hubby suka makan ni..bila ditanya..nak yang hijau ke yang putih warnanya..dia cakap nak yang putih..so I adjusted kat bawah tu dan cuma letak sedikit pandan flavour aje..Dulu2 Bubur Som Som, selalunya my mum yang buat..sebab kita ni tak minat sangat dengan bubur yang manis2 macam ni..kan kita ni lebih suka kuih2 savoury dari yang manis..bukan apa nak cepat kenyanglah kiranya..hehe..
Ok walaupun recipe tak suruh dikukus..tapi my mum preferred ia berkukus..so kita kukus dalam 30 minit gitu..
Terimakasih Kak Fida for the recipe.Minta  dipanjangkan disini pula untuk rujukan akan datang..

Bubur Som Som
Adapted from Bubur Som Som Pandan
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan2(Tergantung acuan atau loyang)
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)-(Ayu gunakan 1,700ml)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)-(Ayu tak buat ni)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit gula -(Ayu tambah)
  • sedikit pewarna hijau (opt)-(Ayu tak letak ni)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.(Ayu tak tunggu hingga letup2..agak2 dah pekat Ayu masukkan kedalm acuan dan terus kukus selama 30 minit bila dah masak sejukkan dan biarkan dalam petiais, bila nak makan baru keluarkan)
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Ps:- Untuk reference sendiri..buat 1/4 adunan diatas tambah gula dalam 2 sudu teh for the adunan.

Jemput Jemput Udang Cendawan Enoki

Kita nak masukkan recipe jemput jemput udang cendawan enoki ni dululah sebelum my scribble kat kertas tissue ni hilang..hehe....Idea nak buat jemput2 udang cendawan enoki ni timbul bila ternampak didapur Aenio hari tu..bila tengok namanya aje dah buat kita teruja nak mencuba, sebab kita suka udang dan juga cendawan... oh baru teringat the same day kita buat ayam golek impiana .. buat jemput2 ni pun nak tambah2 side menu aje dan nak kasi jiran2, bukan apa seganlah kan kalau jiran kasi makanan dan kita tak balas walaupun dia tak mengharapkan balasan, unless betul2 tak adalah..hehe....

Walaupun tak ada  sukatan berapa banyak mana, kita ikut bahan asasnya dan  adjust ikut keperluan keluarga kita ajelah ya..Kita catat sukatannya as I went along menyediakan jemput2 ni..Alhamdullilah memang sedap jemput2 ni..the first time kita buat was on Monday, dapatlah juga diberikan pada 2 rumah, tak sangka juga  response yang sangat menggalakan dari orang rumah ni sampai tidak kecukupan tau..hehe ..semalam my dad suruh buat lagi..habis satu adunan kat bawah ni..untuk kita aje... Jemput jemput ni rangup diluar lembut didalam..


Jemput Jemput Udang Cendawan Enoki
Sources Adapted from:-Aenio@home
Bahan:-
350g tepung gandum
1 packet cendawan enoki dipotong 1cm panjang dan dilerai2kan
1 biji lada merah dibuang biji dihiris halus
1 biji lada hijau dibuang biji dihiris halus
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 keping roti disiat2kan
10-15 ekor udang dibuang kulit dan dipotong dadu
1 biji telur
2 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu kecil lada sulah
daun bawang dan daun sup secukupnya
garam + secubit perasa aje
air secukupnya

Cara:
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkuk besar dan gaul rata.
Masukkan air sikit2. Adjust consistency adunan jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
Bila dah sekata, ketepikan dan biarkan sekejap dalam 20 minit. Goreng dengan minyak penuh. Siap untuk dihidang.