Friday, September 28, 2012

Burger Bakar

Pernah dengar Burger Bakar, tapi tak pernah dapat merasa..katanya kat JB ada, tapi bila kita tanya adik kita yang duduk Johor, dia pun tak tahu..huhu..(ini confirm tak JJCM tau!!)..Bila kita google apa sebenarnya yang dimaksudkan burger bakar ni..rupanya daging burger tu digrill atas api macam bakar satay instead of di goreng diatas kuali leper, eh betul ke ni?......So rasa teringin pulak nak buat, tapi tak tahu apa bahan2 yang digunakan..so kita improvise sendiri ramuannya dengan menggunakan recipe Inti Turkish Pide dan kita adjust mana yang sesuai..Kalau nak tahu serbuk cajun boleh tengok kat situ juga ya..

I made this burger dah 2x..the first time kita buat, Hasif, Mama & Iqram dapat makan 2 burger seorang, Marsya tak makan..kita tinggalkan Mr Hubby satu for breakfast and my parents satu(they shared half half sebab tak teringin pun nak makan, bila dipelawa ..biasalah benda baru selalunya dipandang remeh..heheh)..Sekali bila dah makan, my mum cakap Eh! sedaplah..kau buat lagi Yu!!!! Then kita cakap daging kisar dah habis..dia cakap tak apa aku pergi beli lagi!!..Ah tu dia mak kita ni..kalau sedap time tu juga dia suruh kita buat lagi..cuba kalau tak sedap..berhari2 kita kena ngomel tau..hahaha...Or nanti bila2 dia teringat dia cakap lagi  oh kau masak yang hari tu tak sedap..lain kali jangan masak lagi..aduhai...kan kita cakap pengkondem no 2 adalah my mum, pengkondem no 1 adalah Mr Hubby..yang lain tu biasa2 ajelah..hehe..


Burger Bakar-(8 keping daging burger)
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction 

Bahan:-
500g daging kisar(lembu) dibasuh dan ditoskan
1 biji tomato di potong dadu
11/2 bawang besar dipotong dadu
daun bawang & sup secukupnya
3-4 genggam mozarella cheese 
1 biji telur dikacau sedikit
2 tsp hot cajun powder
2 tsp serbuk lada
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp crushed lada hitam
sedikit garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bawang esar hingga layu. Masukkan serbuk lada hitam, crushed lada hitam, hot cajun, serbuk lada, garam & perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang, masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat tos, ketepikan.
Didalam mangkuk besar, satukan tomato, daun sup bawang dan mozarella cheese dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata dan masukkan telur kedalam adunan gaul hingga sebati.

Bentukkan bulat macam dalam gambar. (Ayu timbang dalam 100g each) dan masukkan dalam acuan bulat dan leper2kan diatas loyang pembakar. Buat hingga habis. Let rest dalam fridge selama 1 jam atau lebih. 

Bakar dalam oven selama 40 minit, bila agak2 dah masak, keluarkan biarkan ia sejuk dalam 5 minit baru ditebalikkan daging burger tu (ini supaya daging tu tak hancur atau terburai bila ditebalikkan) dan bakar lagi  menggunakan api atas dan rak yang paling atas sekali. Masak kejap aje just to make sure bahagian bawah tu sekata masak.

Bila dah berpuashati keluarkan dan biarkan ia sejuk seketika(tak terburai) sebelum boleh diletakkan diatas roti burger. Siap untuk dimakan bersama potongan tomato, timun daun salad dan cheddar cheese dan juga chili sauce(Ayu gunakan chili sauce lingham's), atau ikut suka citarasa..


Note:- Penggunaan cheese dalam recipe ini adalah wajib, kerana cheese tu membuatkan bahan2 daging cincang dan yang lain tu sebati or 'glued' (melekat) together, dan bila sejuk sikit dia tak berderai..

14 comments:

zila norazila said...

salam syg kak ayu,
camner rasanya tue..terus kecur kita kak..tgok bger akk nie.x thn tgk pic tue..smalm bru mkn samurai bger kt mcd..tp tgk bger bakar nie lg mgancam :)

Ayu said...

zila - walkslm, alahai zila..burger bakar versi akak aje ni..kalau zila dah cuba buat turkish pide yang hot suatu tika dulu..sudah pasti zila tau rasa nya..sebab inti turkish pide tu sedap dear...:)

Wani Sukarno said...

salam kak ayu... dah famous burger bakar ni .. tapi x pernah la rasa kat kedai tu.. nanti pelan2 naik la menu burger bakar kat blog hihi.. kecur dah tengok !

Ayu said...

wani - walkslm, tulah akak selalu juga dengar teman2 diseberang ada membeli burger bakar, so far belum pernah cuba yang real punya itu yang teringin nak cuba buat sendiri..jadilah kan lepas kan kempunan..hehe

Anonymous said...

Adek Ayu..burgernya nampak gemok kalau nak makan bagi2..Ksal pun ada dengar mengenai burger bakar..tapi kita tunggu orang bawalah..tapi ok Ayu cuba buat dan dapat pujian dari Mak Ayu sendiri...Ksal..

tun_telani said...

Salam kak ayu.. wah! ada mozarella dlm daging burger, mesti extra sedap nih!

Mas said...

TAK PERNAH LAGI TRY BUAT BURGER BAKAR...
MASUK LIST DULU LA...HE3

Unknown said...

Something new! Very innovative.

Ayu said...

Kak sal - heheh burger nampak gemuk sebab kita letak timun dan tomato banayk...hehe..tulah pernah dengar burger bakar tapi belum pernah cuba yang originalnya.. mak kita kalau burger yang dah siap tinggal goreng aje dia tak makan kak sal..yang buat sendiri ni dia makan pulak..hehhe..

Ayu said...

tun telani - walkslm, akak memnag suka mozarella cheese compared dari cheedar & parmesan tu..sebab mozarella ada lemak2 sikit dan juicy bila di bakar..hehe

Ayu said...

Mas - hehe ini versi akak aje mas..yang versi original tak tahu lagi rasanya macam mana..hehe

Ayu said...

Gk Arusuvai - thank you GK, yet to tr the original ones in Jb..hehe

ana said...

Nak wat. Nak wat.... Masuk list dulu huhuhu...

Ayu said...

anna - hehe..excitednya kita dengar..suka i tau..hehe