Tuesday, April 02, 2013

Gulai Daging Terengganu Style

Kita masak lauk ni sebab, ada rempah yang kita dapat dari teman yang baik hati, yang sudi menghantar oleh2 ni dari Terengganu..rempah ni dan ada lagi rempah yang dikirim kesini..This time kita cuba pula masak dengan menggunakan rempah gulai cap bunga ros ni..Memang sedaplah sangat..sama juga dengan rempah Kerutup Ayam yang kita masak hari tu..

Gulai daging ni sedap dia pun tak terexplain..sebab bila makan tu..aduhai..rasa macam tak nak berhenti mengunyah..walaupun dah sendat perut...samalah juga pekena dengan cili padi dikunyah dengan daging tu perghh....adehh..kecur pulak bila menaip ayat ni..hehe.. Ok apa2 pun kita cuba recipe gulai daging Terengganu style ni, dari Sunkist..dah lama tak dengar khabar sunkist..harap2 sihatlah ya..Akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya dear..

Gulai Daging Terengganu Style
Sources:-From Sunkist@myresipi
Tried & Tested Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan(3-4 orang)


  • 300 gram daging segar - direbus sehingga agak empuk-(Ayu gunakan 1kg daging)
  • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
  • 11/2 sudu besar rempah masak cap bunga rose
  • 1 sudu kecil rempah kari daging cap baba's
  • 5 biji bawang merah-(Ayu gunakan 7-8 biji bawang merah)
  • 2 biji bawang putih-(Ayu gunakan 5 biji)
  • 1/2 biji bawang besar Holland
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 kotak kecil santan+(Ayu gunakan 2 kotak air)
  • 1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang,(Ayu gunakan 1 biji aje) 2 biji buah pelaga & 3 biji cengkih
  • 2 lada hijau & merah - dibelah dua-(Ayu gunakan cili padi dicampak aje)
  • 1 biji bawang besar Holland - dibelah empat
  • 1 biji asam keping
  • 2 sudu kecil kerisek 
  • 3 biji kentang -(Ayu tambah)
  • Garam, gula & bahan perasa 


Cara-cara


  1. Daging direbus hingga empuk. Air daging jgn dibuang.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia & lengkuas. Letak sedikit air sahaja untuk mengisar supaya bahan2 kisar tersebut menjadi pekat & tak cair.
  3. Campurkan cili boh, rempah gulai & rempah masak cap bunga rose serta rempah kari daging ke dalam bahan2 kisar tersebut. Adun hingga sebati.
  4. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan bahan kisar yang telah dicampur dgn cili boh & rempah2 tadi. Masak sehingga naik minyak & garing.
  6. Masukkan daging & air daging. Kacau perlahan2 sehingga sebati bersama2 dgn rempah tersebut.
  7. Masak sehingga naik minyak. Kemudian campurkan santan & kerisik.
  8. Masukkan asam keping, cili hijau & merah yg telah dipotong dua & bawang besar yg telah dipotong empat. Boleh juga dimasukkan ubi kentang jika suka.
  9. Akhir sekali, perasakan dgn garam, gula & bahan perasa.
  10. Selamat mencuba!

1 comment:

Anonymous said...

Rempah ni juga sedap kalau dibuat gulai nasi dagang. Mmg setiap kali balik Terengganu akan beli stok utk bwk balik KL. Thanks for sharing.