Monday, April 15, 2013

Maggi Goreng Bersosej Kari


Dapat panggilan dari JB, sister in law  dengan anak2nya nak datang during cuti sekolah seminggu kemarin..(Singapore time tu dah buka sekolah)..Kebetulan time tu kita tak masak..dan sibuk buat order kuih talam from another sister in law...so korek2 apa yang ada dalam fridge dan pantry..terjumpa maggi dan sosej serta taugeh dan sawi yang hampir nak kuning daunnya..lepas dipilih mana yang dapat diselamatkan, kita terus ke blog kak Ummi..sebab kita tahu kat dapurnya ada banyak recipe maggi goreng yang belum dicuba lagi..kalau dikira ini kali ketiga kita mencuba maggi goreng kak Ummi yang kesemuanya licin hingga the last taugeh...hahaha...
Alhamdullilah sedapp maggi goreng ni..anak2 saudara kita makan dengan seleranya..lagi2 ada sosej yang budak2 suka kan...Anak2 kita pun sukaa juga...basically lakulah maggi goreng macam ni to them...Terimakasih kak Ummi, for sharing recipe yang marvelous ni..minta izin dipanjang2kan disini pula ya..

MAGGIE GORENG BERSOSEJ KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:- (untuk 6 - 8 orang)

  • 6 paket maggie kosong (dipatah-patahkan kecil)-(Ayu gunakan 10 keping)
  • 5 batang sosej ayam - dipotong kecil menyerong-(Ayu gunakan 7)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 labu bawang besar - didadu
  • 5 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang lobak merah - dihiris halus
  • secekak sawi - dikerat-kerat
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis ABC
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 2 1/2 cawan air atau secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak untuk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau sebentar.
  3. Masukkan kicap, sos cili dan sosej ayam dan gaul sebati.
  4. Masukkan lobak merah dan air secukupnya.
  5. Bila mendidih, masukkan maggie yang dipatah-patahkan tadi dan kiub pati ayam. Gaul rata hingga maggie nampak sudah kembang masak dan mengering.
  6. Masukkan sawi dan garam secukup rasa. Gaul rata hingga maggie benar-benar masak.
  7. Angkat dan hidangkan.

3 comments:

deetha said...

salam kak ayu,
apa kabar?
boleh bagi maggi goreng ni buat buka puasa? hehehe

Ayu said...

deetha - walkslm, deetha, baik alhamdullilah dear..deetha macam mana sihat ke tu?..
boleh dee, ambil lah itu aje yang tinggal..hehe

Ayu said...

oh deetha akak tak boleh comment diblog deetha ya..kerana ada word verifications nya dan tak dapat nak type ..sedih ni..