Lawankan dengan lauk Kurma Ayam Merah kat bawah tu..First time dengar kurma yang dimasak warna merah..itu yang teruja nak cuba..sebab normally kurmakan warnanya tak merah dan tak gunakan cili kisar..Sedapp!!!!.. memang gandingan yang serasi dan mantop..haha..Di sebabkan tak cukup bahan2 nak buat salad, kita potong timun, tomato dan daun salad to go with the set dan goreng keropok poppadum..beres..
Buat puan punya recipe terimakasih kerana berkongsi recipe yang sedap ni..minta izin dipanjang2kan disini pula ya..
Nasi Tomato
Sources:-From Puan Zaharah Roziz-Cik Bedah
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg beras basmathi-(Ayu basuh bersih rendam sekejap dan toskan)
4 sudu makan minyak sayur
1/2 cawan susu cair
*150g halia-(Ayu gunakan 25g aje)
*1biji bawang besar
*8 biji bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji aje)
(*bahan dikisar)
1 tin kecil tomato puree-(Ayu gunakan dalam 3 sudu besar)
2 biji tomato biji dhiris
1 cawan sayur campur-(Ayu tak letak ni)
1/2 cawan daun pudina-(Ayu tak ada ni Ayu gunakan daun ketumbar aje)
4 helai daun pandan
50g gajus goreng dan dikisar-(Ayu gunakan 40g aje)
4 sudu teh air mawar-(Ayu gunakan 2 sudu teh aje)
garam + perasa secukup rasa
1 kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang
Cara:-
Panaskan minyak, tumis daun pandan sebentar. Masukkan kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang dan tumis lagi. Apabila naik aromanya, masukkan rempah kisar dan tomato puree. Masak sehingga rempahnya merah. Masukkan air, susu, air mawar, daun pudina, gajus, sayur campur, tomato dan garam. Tunggu sehingga mendidih, (Ayu masak sehingga mendidih dan tuangkan bahan2 tadi kedalam periuk nasi eletrik yang mengandungi beras yang telah dibasuh & tos tadi dan masak seperti biasa)kemudian masukkan beras. Masaklah sehingga tanak.
Kurma Ayam Merah
Sources:-From Periuk Tanah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
A)
1/2 ekor ayam saiz besar- dipotong kecil-(Ayu gunakan 1 ekor ayam)
garam dan kunyit secukupnya
B)
4 ulas bawang merah dihiris-(Ayu gunakan 8 biji)
2 ulas bawang putih dihiris-(Ayu gunakan 4 biji)
1/2 inci halis dihiris nipis
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan 1/2 sudu teh jintan manis+ jintan putih biji
minyak untuk menumis
C)
2 sudu besar rempah kurma ayam/daging- bancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu besar cili kisar-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
2 sudu besar tomato puri
1 sudu besar susu cair atau 1/2 cawan santan-(Ayu gunakan santan)
garam, gula dan
air secukupnya
*** tambahan jika ada, 3 biji badam ditumbuk halus, dan 1/4 sudu teh serbuk kas-kas-(Ayu tambah 5 biji gajus ditumbuk halus)
Cara membuatnya:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separa garing. Ketepikan.
2.
Sambil tu, panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, halia dan
rempah ratus hingga keperangan. Masukkan rempah kurma dan cili kisar.
3. Tumis lagi hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan dan kacau sekali-sekala agar rempah tidak hangus.
4.
masukkan tomato puri, susu cair/ santan, 1 cawan air dan ayam yang
telah digoreng tadi. Biarkan mendidih dan kuah nampak pekat dan berwarna
merah cantik. Kacau sekali-sekala. Masukkan garam dan gula secukup
rasa.
5. Jika ada badam dan serbuk kas-kas,
masukkan ke dalam kurma merah dan kacau sebati. Tambah air lagi jika
ingin kuah yang banyak. Masak hingga kuah pekat.
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi putih..
****lauk-pauk berempah sebegini, memang lebih sedap jika dimasak lebih lama...
7 comments:
Assalmualaikum kak ayu hrp sihat...wahh meriah tu ada nasi tomato ngan aym kurma msk merah....sejak dua menjak ni jadi fv pulak nasi tomato di rmh sy masing2 suka mkn...boleh lah cuna resepi aym kurma merah ni.. npk menarik sure ada rasa tomato, kurma gitu..:-)
Sheila - Walkslm, sihat alhamdullilah sheila..terimaksih sudi singgah dan bertanya khabar....aah rumah akak pun semenjak dua menjak ni asik masak nasi berperisa lah pulak..hehe..cubalah kurma ayam merah tu memnag sedap pada kami..:)
Ayu i must admit tat ur combo is so syok....if i can be ur neighbour lagi syok...:-)
Gk - hahaha..alahai..marilah pindah kat depan rumah kita ni Gk..hari2 boleh exchange dishes kan..hehe
Salam ayu..brpa sukatan air utk nasi tomato tu..tq
Hanim
walkslm, normally kita guna beras basmathi..
beras yang kita guna tu kita selalu sukat kalau 6 cawan beras air kita guna 7 cawan air kalau letak susu + 1 cawan susu..so total 6 cawan beras + 7 cawan air + 1 cawan susu.
Post a Comment