Actually dah lama nak buat ni..Guna Cannelloni instead of lasagna sheets .. .This one kita jumpa kat Phoon Huat..cheap2 aje..Came across website minah salleh ni..terus bekenan cara assembling dia tu..so end up kita just use my own recipe tapi ikut cara menyusun cannelloninya...Yalah selalunya cannelloni ni dimasak berbaring dalam mangkuk..tapi kali ni kita masak dia berdiri..hehehe...something different for melah...
My kids punyalah jakun..bila tengok ni..dia orang cakap mama masak apa ni?..When I said 'pasta sarang lebah'..they said Eeeeeee...I said..jangan nak eeeee eeeee...dah makan baru tahu sedap ke tidak...hahaha...Ermm lepas tu....Mama nak lagi!!!!..hehee....
Ok sempena kita akan menyambut tahun baru Islam nanti, kita nak ucapkan..
Salam Maal Hijrah 1436H buat semua...
Semuga tahun baru ini memberi sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita ..
Semuga juga Allah SWT..memanjangkan usia, murahkan rezeki dan mengampuni dosa2 kita yang lalu..
Kita memohon maaf pada semua yang mengenali kita baik dialam maya ini...ataupun yang direct contact dengan kita sekiranya kita ada buat salah, silap dan terguris hati teman2 sekalian...:)
Honeycomb Cannelloni
Ideas From:- Cook Republic
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Inti Kuah Daging:-
Bahan:-
2-3 kotak cannelloni -250g each.(Bergantung pada bekas kaca yang digunakan besar macam mana)
1 botol pregos size besar
500g daging cincang
2 biji tomato dipotong dadu
1 biji lada benggala hijau dipotong dadu
1/2 batang lobak merah disagat halus
1 tin cendawan butang dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dicincang halus
10 biji cili padi dihiris halus-(optional kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang peas
1 kiub stok ayam
1 sudu besar italian herbs
1 sudu besar serbuk lada hitam
air secukupnya
garam & perasa secukupnya
Cara:-
Tumis bawang putih, bawang merah & cili padi hingga naik bau & layu. Masukkan serbuk lada hitam, italian herbs, daging cincang, lobak merah, cendawan, kacang peas gaul rata & biarkan hingga sayur layu & daging bertukar warna. Masukkan sos pregos, kiub ayam & tambah air sukatan sama dengan botol sos. Guna api kecil dan renehkan hingga agak2 pekat berkuah tapi tak cair. Perasakan garam & serbuk perasa. Matikan api.
Bahan Sos Putih(White Sauce)
500 ml susu segar, (lebih kurang) atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair atau pekat macam mana.
120g mentega
100 tepung gandum-diayak
1 sudu besar serbuk lada hitam + lada hitam kasar
italian herbs
Cara:-
Panaskan
mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Dengan menggunakan hand whisk, masuk kan tepung sedikit
sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan
susu, serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian
herbs, kacau hingga sebati ..Matikan
api dan siap untuk curahkan atas kuah daging.
Cara assembling Honeycomb Cannelloni:-
Panaskan
oven at 200c. Ambil separuh dari inti kuah daging dimasukkan kedalam
mangkuk kaca tahan panas(bakeable) sebesar 10 inci lebar dan 3.5-4 inci
dalam. Curah separuh dari sos putih keatas kuah inti daging dan taburkan
mpzarella cheese.
'Cucukan' atau tanam cannelloni
kedalam bahan2 tadi. Susun rapat2 dan make sure semuanya berdiri tegak
dan penuh satu mangkuk. Curahkan baki kuah inti daging keatas atau
kedalam cannelloni itu tadi, making sure semua kena(ini untuk
mengelakkan cannelloni itu keras atau mentah bila kita bakar nanti).
Selepas semua dah sekata, masukkan pula baki sos putih, also make sure semua cannelloni kena ya. Akhir sekali taburkan mozarella cheese diatas dan seluruh permukaan cannelloni. Kalau nak kasi 'berlubang' sikit macam gambar dah siap masak tu sebelum dibakar cucuk2 sikit lubang cannelloni, for some opening.Siap untuk dibakar. Bakarlah dengan suhu anggaran dalam 160c atau terpulang pada oven masing2, sehingga cheese nampak golden brown atau ikut suka nak brown macam mana..asalkan pasta didalam semuanya masak. Selamat mencuba.
15 comments:
menarik, macam batang2...
Salam Kak Ayu,
Saya minta maaf ye jika Kak Ayu ada terasa hati sepanjang kita kenal ni.
Assalam Ayu, kita pun da lama beli benda dlm kotak tu, dari PH jugak! Masih terletak di atas kabinet dapur, blm simpan pun! Ingat nak buat versi yg terbaring, nampaknya semua kena berdirilah... :D
salam rindu ayu..wah x pernah lg try mamam cannelloni ni..nmpak menarik!
Nasa mulia-hehe..macam batang2?....lain aje..hahaha
Honey- walkslm, sama2 ya honey akak pun begitu juga ya..kalau honey terasa hati...;)
Faeez-walkslm..oh ya ke..heheh..aah cubalah yang berdiri punya version..hahahah..kita pun lama beli tapi baru ni lah buat project ni..hehehe
Inahar Ali-Salam rindu juga buat puan doc...cannelloni ni sama aje rasanya dengan jenis pasta Atau lasagna tu..
masuk list la kak..kita nk try jgk la..best pulak tgok pacak2 mcm tu.cantik..mesti sedap ne.
Ya Ampun...pasti sedap ni !
tks for sharing Ayu :)
~ Ddah
Assalamualaikum n Salam Maal Hijrah buat Ayu sekeluarga, maafkan daku zahir dan batin.
Fuhhh terpacak menarik cannelloni tu Ayu, so creative. Ada masa mesti mau cuba nih...Btw kita mai bawak ayam masak shahi nak tukar sikit dengan pasta ni, boleh ker...
zila - cubalah zila..jenis yang pacak2 ni hehehe...sedap pada akak ni..:)
Ddah - sama2 ddah..cubalah ya..:)
Wattie - walkslm, salam maal hijrah juga buat kak wattie,cubalah kak pacak2 cannelloni ni..hahaha...
wahhh..dah masak pun ayam shahi tu ya..thank you thank you kak,..mehlah nak tukar dgn pasta pacak2 ni..heheh
Salam Ayu.
Saya rubiah.
Bila nampak gambar ni, nampak sedap . Macam nak try buat. Nak tanya, cannelloni ni tak perlu rebus dulu,ya?Terus pasak macam gitu?
Post a Comment