Thursday, November 04, 2010

Bihun Goreng Kunyit

Ok since esok holiday, bolehlah goreng mee hoon kunyit ni for breakfastkan...I made this last Sunday, first time tengok,dari dapur Madiha yang pandai masak walaupun sibuk bekerja dan beranak kecil, lepas tu ambik order lagi masih sempat masakkan keluarga masakan yang sedap2 (kalau kita dah lama pengsan..hehe)..... terus terpikat dan terus buat the following day...

Sedap mee ni sebab kelainannya menggunakan kunyit.....selalu nasi goreng kunyit, ayam goreng kunyit, dan lain2 yang berkunyit tapi mee goreng kunyit?..inilah pertama kali  kita buat...Thanks ya Madiha...my mum tanya kenapa kita tak goreng mee ni dulu2..Then I said, sebab baru terjumpa recipe ni..haha....then I also said, this was from the same blogger yang kasi recipe mentarang tulah....
 Semua bertambah2 makan mee ni..dari ke Mr Hubby to my parents to my boys... Kuali dah basuh bersih ada orang tanya mee ada lagi tak..hahaha....

Ok, mungkin ni entry terakhir minggu ni sebab this weekend kita nak pergi jalan2..Since budak2 dah habis periksa,  ingat nak drill Mr Hubby drive jauh sikit..hahaha....yalah kita pun nak distress juga..ingat orang duduk rumah tak stress ke?..hehe..


Bahan2
1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) -(Ayu gunakan semua)

2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal
2 biji telur
1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
1 ketul brokoli -potong floret

2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
6 ulas bwg merah - hiris
3 ulas bwg putih - hiris/ketuk

1 s/ kunyit serbuk -(Ayu bubuh 1 sudu besar)
1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)-(Ayu gunakan 1 kiub ayam)
garam & perasa
minyak utk menumis
1 s/k  lada sulah (jika suka) 

2 cawan air-(Ayu gunakan 1 cawan aje)

Cara2
-Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah  hingga wangi.
-Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata. Masukkan semua sayuran & air sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.) Sedia untuk dihidangkan Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar.
Sources:-From mamawandiha.blogspot.com 

14 comments:

Cik Kamoo said...

Salam. Nampak mcm sedap jer bihun grg nie. Blh la cuba...thanks sbb share resepi

fara dean said...

salam kak..
ooo jenama tu ke? sy tgk kat kitchen shop yg silicon tu..pastu harganya ..bole buat hubby marah..huhu..

akak..tgk mihun ni bg sy idea nak masak apa tghari ni..hihi

leen hussain said...

salam....sedapnya bihun nii....

Ayu Safieza said...

Kekandaaaaaaa....adinda Ayu datang ni....sekarang asal bihun jer cliche betul sbb asyik merah...brown....goreng pedas or kicap....but this one...is awsome.....mmm ada lagi tak?????:))))

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ayu..

alhamdulillah.. ada gak yg sudi nak mencuba resepi sempoi kita tu yer.. hehee.. kita suka masak gitu sbb senang bahan2 semua main hiris2 jer.. yg penting semua anak2 boleh mkn sebab tak pedas.. anyway.. kalau nak buat versi pedas.. just masukkan jelah cili padi yg dipotong halus.. tentu lebih kick.. kita kena tunggu anak2 semua dah boleh mkn pedas so bolehlah tukar versi pedas pulak nnt.. wt sementara ni.. msk jelah versi gini sbb dah mlas nak buat 2 versi....hehehe..

PearlnScarf said...

wahhh sgt kreatif resepi nie

Peri PiA said...

salam ziarah,salam kenal

enak nya ;)

Ayu said...

cik kamoo - walkslm, silakan cik kamoo, thanks sudi keblog kita yg tak seberapa ni ya..recipe kat sini memang untuk dikongsi bersama..

faradean - walkslm, hehe..akak beli, pun kena kumpul duit allowances 2-3 bulan baru boleh dapat 2-3 loyang..harganya memang mahei gila, tapi, alah membeli menang memakai..hehe

leen hussain - walkslm, thanks sudi keblog akak yg tak seberapa ni ya leen, cubalah leen bihun goreng kunyit ni, mana tahu kena dgn selera leen & family..

ayu safieza - yesss dindaaaa..mee dah lama jadi baja pokok..hehe..pokok pun dah nak berbuah dah..hahah..memang satu kelainan this mee hun goreng kunyit..

madiha -walkslm, sempoi2 tapi sedap madiha, kita suka recipe yg begini..simple but nice!..hehe..of cos, kalau nak ikut tekak kita ni mesti nak yg pedas lah..tapi still oklah yg ni..kita suka, thanks madiha sudi kongsi ya..

pearlnscarf - heheh..thanks to madiha ya fiza, bila2 cubalah dear sedap..

peri pia - walkslm, thanks sudi keblog kita yg tak seberapa ni ya..

Cloud E said...

sedapnye....macam nak cuba je nanti

Helnie said...

Salam Ayu,
Bersemangat saya nak buat bihun ni, termasuk dgn kek gula hangus tu... thx for sharing...

Ayu said...

cloud E - Cubalah cloud, adjust mana yang patutlah ya..thanks juga sudi keblog akak ni ..

helnie -oo..ur welcome dear, lama tak dengar suara..cubalah helnie, nanti feedback kat kita ya..

Helnie said...

ye le Ayu,suara berbunyi tulisan.:-D

Anonymous said...

Ahha... Malangnya family sy xsuka... Thanks for sharing:) sy mencuba...

Ayu said...

Anonymous - Oh ya ke..apa2 pun terimakasih kerana sudi mencuba dan leave a feedback ..jangan serik mencuba ya..
maklum ler selera masing2kan berbeza..:)