Friday, November 12, 2010

Asparagus Goreng Belacan

Salam, asparagus ni telah dimasak pada hari Isnin lalu, disebabkan beli sayur ni sebelum pergi holiday, kita cepat2 masak sebelum dia jadi rosak..Mr Hubby yang letak sayur ni dalam my groceries basket sebab dia teringin nak makan, katanya good for the kidney..betul ke?..apa2 pun sayur omputih ni, kita goreng dengan belacan, jadikan dia sayur melayu..hehehe after cooking dia ratah gitu aje..

Ingredients:-
200g asparagus-dipotong panjang
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar cili kisar
2 cm belacan bakar
sotong & udang
sedikit garam& perasa

Method:-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan belacan.Biarkan hingga garing dan masukkan sotong & udang. Perasakan dengan garam(kalau perlu) & serbuk perasa. Masukkan asparagus dan gaul hingga sayur lembut dan masak. Hidangkan

2 comments:

Kerull said...

Salam k.ayu..wah sedap sungguh makan ngan nasi panas2 tu...mesti rangup..hu hu lapornya...

Ayu said...

kerull - walkslm, ratah2 pun ok juga kerull..hehe..