Thursday, December 01, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang


Assalam dipetang Khamis.... tanpa membuang waktu dan banyak songeh, lauk ayam masak kicap berempah ala mamak Penang ni kita masak a few weeks ago...Nak masak lauk ayam tapi nak cuba recipe baru, so decided on this..Recipe ni kita ambil dari dapur Kak Wattie, .. bila nampak aje terus print..hehe..berkobar2 gitu..Jangan takut dan gerun tengok write up yang banyak kat bawah ni ya..actually semua tu cuma, write up on cara2 tuan punya recipe mengexplainkan cara dia memasak, basically cara2nya semua , lebih kurang sama macam kita masak kicap yang biasa tu, cuma yang ini ada lebih rempahnyalah...apa2pun sedapp lauk ayam masak kicap ni..Thanks Kak Wattie  & tuan punya recipe for sharing..minta izin diletakkan disini pula untuk dikongsi dengan teman2 yang lain pula ya..


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG.
Sources:-From MamakHaji
Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 . 
Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.

3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik. Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.

Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.

1 tsp serbuk lada hitam.

3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.

1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 tsp air limau nipis.
1 tsp Jintan manis.
1 tsp Jintan Putih.
1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).-(Ayu tak letak ni)
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin). -(Ayu gunakan cili kisar)
2 sudu besar rempah kari Daging.
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga 
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.

 Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.

2. Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.

3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.

4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.

Nota: Salam, Jangan terkejut resipi ini banyak menggunakan bahan-bahan. Bahan-bahan yang digunakan adalah pada kebiasaannya setiap dapur memiliki. Untuk resipi nasi kandar anda boleh mula mengumpul rempah-rempah dari kedai Rempah. Jangan membeli rempah ini yanhg terdapat dalam palstik yang rendah mutu. Ujian kesedapan masakan nasi kandar adalah apabila anda buka tuduk penutup …bau rempah mula mengharum dan akan menyelerakan sesiapa sahaja. Kalau kali pertama gagal..cuba lagi. Masakan yang di masak sendiri adalah masakan yang terbaik dan berkualiti disamping itu kita hadiahkan kepada ahli keluarga yang tersayang. Para suami juga boleh mencuba masak resepi – resepi ini untuk kemesraan rukun rumah tangga. Resipi mamak menggunakan kaedah pengalaman bukan sebagai catatan dalam buku resepi yang anda didapati di mana-mana. Mamak bukanlah seorang pakar mengarang resipi tetapi ingin berkongsi dengan anda dalam pengalaman masak. Tujuan blog ini bukanlah ingin mencari nama atau wang tetapi sekadar berkongsi Ilmu di antara insan. Wassalam.

32 comments:

Amie said...

oooh...memang panjang lebar dengan penjelasannya yang lengkap, banyaklah ilmu masak-memasak yang kita dapat di sini, terima kasih ye Ayu, Wattie dan juga mamak yang baik hati.

cik cek said...

Ayuuuuu...
Cam best je ni...tak kisah la resepi pjg berjela...yg penting sedap dimakan kan...masuk list lagi...adoiai! list dah pjg....sumenya nak dicuba...nak masak ntah bilala agaknya....asyik masak...makan...tambah gebu bdn ni...kalau cuti..dok rumah...mulut asyikla nak mengunyah...adoiai!... :D

Zaliedana said...

Kak Ayu,kat dapo kak wattie mmg byk resepi ayam best2 yg kak wattie try kan..ayam nih pon nmpk best,serbuk kas2 kdang wat kari@kurma sy suka letak..

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Kak Ayuuuuuuuuuuuuu....
whot whot....nak tapau.....woish...ni ayu simpan masuk list tau.....mmmmm besok masak ap tu???? Kat sini hujan ar.....nak g wat grocery sopiiiing pun tersgtlah tak kuase....hik3!!!

Ida,Japan said...

slm k'ayu...baru dpt kuar kandang...sibukkk sikit la kak...emmm, sedapnyer nmpk ayam yg akak msk ni...lawan dgn apa2 nasi ni mmg sedap agaknyer
kak..maceh yer di atas ucapan pada n3 ida yg lepas..

maz said...

msuk dpur kak memlm..sure tuan umah tgk nyenyak tidur ni..muahh..msti sdpp ayam tu klu mkn nga nsi lemak kan kak..slalu msk smbal biasa tu je..nti bleh la try..

quinnie said...

banyak tips kat resepi kak wattie ni....rajin la kak ayu masak lauk berempah cam gini....saya kalau lauk2 nasi kandar ni memang suka..hehhehe

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Wah..ini sudah bagus..orang Singapore sudah jadi expert masakan mamak penang. Tabikla Ayu. Akak nak try pula.

Anna Qawina said...

akak...sedapnya nampak..menyelerakan sungguh...nasi tambah kak..hehe

Liza said...

salam kak ayu....mmg menggoda betul la ayam masak kicap tu....nnt Liza nk try jugak la...thnx yer kak..

Ayu said...

amie - hehe betul tu amie, tengok wordingsnya aje orang ingat banayk punya kerja..tapi actually lebih kurang sama juga dengan masak kicap yang biasa cuma yg ini lebih rempahnya..

Ayu said...

cik cek - hahah kak cek..kak cek belum tengok list kita lagi..beribu2 batu dah jauhnya..kena naik kereta kalau nak tengok list2 kita tu..haha..samalah macam kita ni asik masak ambik gambar makan, masak ambik gamabr makan...macam mana badan tak macam guni beras..hehe

Ayu said...

zalieda - aah ct..memnag banayk recipe 2 ayam kat dapur kak wattie, ni ada satu lagi dah buat tapi belum letak entry lagi..haha..serbuk kas2 tu actually akak tak tahu lah dear apa tu..hahaitu sebab tak letak..kiki..

Ayu said...

ayu safieza - masuk ayu dalam listnya tau..hehe..tak pedas ni..so i guessed ustaz kecil boleh makan ni..samalah macam akak dah 2 minggu tak pergi beli groceries..sebab malas..haha

Ayu said...

ida japan - walkslm, heheh..alala..ciannya heheh..uish kandang apa tu ida..hehe..
akak lawan dengan putih aje ida..hehe..your welcome dear..

Ayu said...

maz - heeh tengok time dah pukul 2 pagi..akak dah dialam baqa ler tu maz..haha...
akak belum pernah try pulak makan dgn nasi lemak maz, tapi akak prefer makan dgn nasi putih aje..hehe

Ayu said...

quinnie - akak tahu q mesti suka, sebab ada berempah kan..heheh tu yang akak tayang2 nak goda q ni..haha

Ayu said...

paty's kitchen - wakakakaka ahaks kak paty mengusik kita ya..haha..maklum ler nak makan nasi kandar penang mari punya susah so terpaksalah buat sendiri..hehe..cubalah kak..

Ayu said...

anna - hahaha..boleh ni ambil sepinggan lagi ya..hahaha

liza - walkslm, thank you liza, silakan memang akak suka goda2 suruh liza cuba..hahaha

JUICY CAFE said...

aslmkm sis..eeee nape la sejuk2 nih nmpk lauk2 yg sedapp huhuhu x tahan tgknya sis..

Chik Mimi said...

akakkkkk alahai melepas den nak makan masak kicap ni dengan akak hehehe ,mamak dan rempah mmg tak dapat dipisahkan

Wattie said...

Assalamualaikum Ayu,
Waaaaa....dah sampai S'pore nampaknya ayam nasi kandar Mamak Haji ni....caiyokkkk Ayu, terimakasih sudi cuba resepi ni, sedapkan....hari ni coincident pulak akak letak satu lagi resepi ayam Mamak Haji jugak, jangan mare.......kita nak bagi Mamak Haji glamer sikit....

Ayu said...

juicy cafe - walkslm, heheh..memang sejuk2 asik lapar aje kan shu..hahah..ni tenagh fikir nak makan apa for minum petang..

chik mimi - betul tu mi..mamak & rempahnya memang dah sebati gitu..bagaikan aur dgn tebing..cewah..haha

wattie - walkslm, hahah dah sampai dah kak..naik bas express aje...terimakasih to akak & tuan punya juga sebab sudi share recipe masak kicap ni....tulah kita pun nak kasi glamour mamak haji..sebab nak tayang lauk ni samapi minggu deap..heheh..kita tak boleh nak update blog lah kak..huhu

Nieza said...

Assalam kak Ayu, nieza pun dah try dah ayam masak mamak ni ..tapi lum n3kan lagi malas tul nk update gambarnya.hehe tapi resepi ni memang sedap tq pada kak wattie yg sharekan resepi ni juga:)

dZana said...

sedapnya ayu.. tak yah jauh2 nk ke penang .. prgi dapur ayu jer dah dpt makan ..suke tgok kuah nya yg pekat tu..

Ezadlieza said...

Salam k.ayu...beshnya macam2 menu ayam yg kuar kat dapur akak ni yg belum pernah lieza rasa dan makan..belum cuba ayam samabal utan dah kuar ayam ni pulak...byk tul list nih...

maz said...

slm singah memlm kakk..ingatkan dpur kita je xbrasap..rupenya p sna sinunn..bnyk dpur yg nga menu yg dh hbisss..hehee..biasa la klu wken tu ye kakkk..smua bzzz nga aktvti klrgaa..

Sha said...

Kak ayu, dlm resipi guna bawang besar or bawang merah? Ikut pemahaman saya, bwg merah tu bwg kecil..aka shallots..mane satu ye..onions or shallots? Harap boleh bantu..thanks

Ayu said...

nieza - walkslm, oh ya ke nieza..heeh..ok2 akak nantikan kemunculannya ya..

dzana - hahaha..boleh2 apa salahnya cikgu nak rasa ayam kicap dari..spore tapi recipe dari Penang ya..hehe..

Ayu said...

ezadlieza - walkslm, hahaha.. cubalah lieza, menu2 ayam recipe ni sebab anak2 akak memang hantu makan ayam..heheh ..lagipun itu aje yang senang dimasak..satu lauk dah..hehe

maz - walsklm, sian dia selalu maz datang akak dah tidur ya..hehe..betul maz, weekend memang sibuk sebab semua ada kat rumah

Ayu said...

sha - actually recipenya tulis, bawang besar, tapi mungkin tuan punya recipe just nak differentiate bawang merah dari bawang putih..akak just gunakan bawang besar aje..kalau tak ada bawang besar u can gantikan bawang merah(kecil) tapi lebihkan quantitynya aje...(basically you can just used either ones mana yang availabale kat dapur sha)..Harap i answered your questions?..

Diana @ Melley Mey said...

akak ayu cayang...
lapar ler tgk ayam masak kicap tu akak... sungguh menyelerakan...