Thursday, January 19, 2012

Sambal Goreng Daging

Recipe asal menggunakan ayam, tapi kita dah tukarkan dengan daging..masak ni pun dah lama,so memang confirmlah kita pun dah lupa rasanya..so kalau nak tahu kenalah cuba sendiri, tapi yang pasti..boleh tahan rasanya...buat Noreen, yang dah lama tak keudara, terimakasih ya kita minta izin panjangkan resipenya disini pula...
 
Sambal Goreng Daging
Sources:-From Chef Wan
Adapted source from:-Noreen@noreen homecooking
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan:
12 keping ayam-(Ayu gantikan dengan 500g daging, rebus dulu then gaul dengan kunyit & garam)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam
3 tangkai daun kari
60ml air asam jawa
60ml air
3 biji ubi kentang - dipotong baji dan goreng
2 biji buah tomato - dibelah 4
garam dan gula secukup rasa
minyak

bahan2 kisar:
2 sudu besar cili kisar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1cm halia
1 1/2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

cara:
  • gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
  • gorengkan tetapi jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan
  • tinggalkan 3 sudu besar minyak di dalam kuali
  • tumiskan bahan2 kisar bersama dengan daun kari sehingga naik bau dan garing
  • setelah itu masukkan ayam goreng tadi, air, air asam jawa dan masak sehingga kuah pekat dan ayam empuk
  • kemudian masukkan ubi kentang goreng dan buah tomato
  • gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacau dan biarkan sebentar selama 20 min
  • angkat dan hidangkan bersama2 dengan nasi

6 comments:

Zaliedana said...

Kak Ayu,lauk nih pon nmpk sedap nih,sy amik resepi dulu kak,insyaAllah nnti2 nak try juga..

Ayu said...

zaliedana - silakan ct, recipe asal guna ayam, so pandai2 ctlah nak gunakan yang mana ya..:)

Anonymous said...

Ayu..Ksal tak pernah rasa sambal goreng ayam...rasa seakan2sambal goreng biasake?Nanti nak cuba lah...Ksal...Ayu...ksal dah cuba Nasi pilaf tomato n ayam sosha my family semua suka sedap...terimakaseh recipenya...

Ayu said...

kak sal - sambal goreng ni kita dah lupa rasanya kak..hehe..tapi memang tak samalah macam sambal goreng biasa tu..yang ni macam mana nak cakap eh..alah kak sal kita lupa lah kak sal..apa tak masak tahun lepas ni..huhu..

dah cuba masak nasi pilaf toamto & ayam sosha tu ya..wah best2..kalau family semua suka..kita pun tumpang suka ni kak..terimaksih juga buat kak sal kasi feedback ya kak..

Ismaria Dean said...

Kalau masak daging mesti direbus dulu kan?
Kena goreng tak lepas direbus? Mesti gunakan
Kunyit ya?

Ayu said...

ismaria dean - Actually tengok juga recipe yang nak dimasak dengan daging tu..adakalanya daging dimasak terus dengan rempah2nya..but for this recipe akak just rebus dulu..but actually not much differnce i should say..terpulang pada citarasa masing2..
As for this recipe akak rebus dulu gaul dgn kunyit lepas tu then goreng..:)