Thursday, May 30, 2013

Asam Pedas Daging Dengan Kentang

Asam Pedas Daging Berkerisek pernah buat dulu, Then ada juga cuba Asam Pedas Daging Salai..kali ni cuba pula Asam Pedas Daging berkentang..Sedap!! Mr Hubby makan bertambah2..normally Mr Hubby kalau tengahari dah makan lauk tu..bila malam for dinner he will not eat the same dish again..Kenalah masak another side dish for him..but this time, he can go for the same lauk ..hehehe..imagine 1kg daging my 3 boys(hubby + 2 sons) makan habis licin..
Recipe dari dapur CMG, kalau nak buat rujukan on asam pedas ..boleh singgah kedapur beliau ya..all kinds of asam pedas ada disana..

Asam Pedas Daging Dengan Kentang
Sources:-From CMG@Tiffinbiru.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang (atau daging tetel)-(Ayu gunakan 1kg daging batang pinang)
3 biji kentang saiz sederhana
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu-(Ayu tak ada ni)
2 batang serai, dititik-(Ayu titik 1 &  kisar 1 lagi)
1 cawan jus asam jawa-(Ayu gantikan air biasa dan gunakan 2 keping asam aje)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 1/2 senduk cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah +1 biji bawang besar-(Ayu tambah sebab nak kuahnya pekat)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dading dihiris nipis, cuci dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus, serai titik hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan daging dan kacau rata. Biar daging kecut sedikit. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata.
  3. Tuang air secukupnya dan tambah daun kesom, kacau dan masak hingga kentang dan daging lembut. Masukkan jus asam jawa dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biar mendidih.
  4. Tambah bunga kantan, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula bagi mengimbang rasa pedas dan masak. Biar masak sekejap lagi, rasa dah jika ok boleh matikan api.

6 comments:

Norzila Zakaria said...

superb kak ayu...terliur sekejap..teringat zila dlm esbok ada roti cnai frozen..kena asam pedas akak ni meletup..

rostina76 said...

salam k.ayu…..terliurnya. nak buat gak la

ana said...

Salam ayu..
Sedapnye masak asam. Kita suke masak asam tetel yg byk urat. Ada yg suke masak tetel yg byk lemak. Kita tk suke sbb cepat beku. Msk asam mmg feberet kita. Org melaka kannn mana bole tinggal msk asam ni. Tp skrg dh jarang msk asam sejak mak kita tak de sbb tk de geng nk mkn hu3....

Ayu said...

Norzila - wah ada roti canai frozen!!..memang kena tu zila makan cicah kuah asam pedas daging ni..bukan meletup aje..terus kebabooom..heheh

Ayu said...

rostina - walkslm, cubalah ros..sedap asam pedas daging berkentang ni..

Ayu said...

ana - walkslm, ana..oh suka tetelan ya..kita tetel tak makan..hahha...sebab selalu kunyah2 lambat nak hancur....heheh..kita kalau hiris daging sikit lemak ke tetel ke..kita mesti asingkan, part yang itu normally kita buat mee rebus gunakan tetelan tu..Oh ana orang melaka ya..wah ini kira kalau masak asam pedas memang terorlah kan..pasti terangkat pumya..oh arwah mak ana duduk dengan ana ya dulu..