Tuesday, March 11, 2014

Nasi Beriani Ayam Hyderabad

Nasi Beriani Ayam Hyderabad recipe asal menggunakan Ikan tapi kita tukar ke ayam, sebab anak2 burung kat rumah kita tak berapa sangat makan ikan..(macam mana mata tak rabun)..so manjang ayammmmm aje ler...
Nasi beriani ni sedap dan lauk ayamnya memang kenalah gandingannya tu..Bahan tomato dalam lauk ayam ni..gives a natural masamness dan jus ayam yang keluar dari ayam tu bergabung jadi lauk yang sungguh sedap pada kita..
Menu ini juga adalah salah satu menu yang dimuatkan dalam majalah Aroma Jan 2014 yang lalu..selama 6 bulan tak bersiaran kita dah masak menu ni adalah dalam 2-3 kali...

Oh ya..kita disini sentiasa mengikuti perkembangan tentang pesawat Malaysian Airlines... MH370 yang hilang beberapa hari yang lalu....Kejap2 akan memantau the latest update dari BBC, CNN, TV1, CHANNEL NEWS ASIA..Harap2 dapatlah segera ditemui pesawat tu..Kita yang tiada kaitan atau saudara yang terlibat pun berasa risau dan sedih apatah lagi keluarga mangsa ..Semuga segala usaha untuk mencari & menyelamat pesawat yang hilang itu dipermudahkan so at least apa2 findings dapatlah they put a closure to the incident. Insyaallah..My heart & prayers goes to MH370...:(


Nasi Beriani Ayam Hyderabad
Adapted From:- Nasi Beriyani Ikan Hyderabad 
oleh Hjh Mariyam Gafoor
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
7 cawan beras beriani -(basuh, direndam 30 minit dan toskan)
7 cawan air
1/2 cawan susu
1 batang kayu manis
2 helai daun pandan
garam & sedikit perasa

1 ekor ayam jumbo dipotong 16 atau ikut suka, basuh bersih dan toskan
*1 biji jus lemon
*garam 
* kunyit secukupnya
*(gaulkan dan biarkan seketika)

4 biji tomato dipotong baji
1 biji bawang besar dihiris nipis
*4 biji bawang besar dikisar
*11/2 sudu besar halia kisar
*11/2 sudu besar bawang putih kisar
(*bahan dikisar)
 
*segenggam daun pudina
*3 pokok daun ketumbar
*5 biji lada hijau
*segenggam cili padi hijau
*(dikisar halus)

1 batang kayu manis
4 bunga cengkih
3 pelaga
3-5 genggam bawang goreng
200g tairu
1 sudu teh garam masala
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu makan tomato puree

1 cawan air(optonal)-(Ayu tak letak sebab lauk dah nampak berkuah)
garam
serbuk perasa
1 sudu besar gula

Cara:-
Panaskan minyak. Tumis bawang hiris sehingga garing. Masukkan bawang putih, halia kisar dan tomato. Tumis sebentar. Masukkan serbuk kayu manis, cengkih dan pelaga, bawang kisar, serta semua bahan kisar dan rempah yang lain. Tumis sehingga rata. Masukkan ayam, tairu, jus lemon dan renehkan hingga ayam masak dan empuk. Masukkan bawang goreng dan garam & perasa. Masak sehingga naik minyak. Matikan api. 

Cara Masak Nasi:-
Dalam periuk, masukkan 7 cawan air 1/2 cawan susu,  sebatang kayu manis, daun pandan garam & sedikit perasa. Rebus 1/2 masak. Tapis. Masukkan semula kedalam periuk nasi 1/2 bahagian nasi itu. Renjiskan sedikit pewarna kuning/oren. Tuang atasnya  rempah kuah yang baru dimasak dan ratakan. Atur kepingan ayam , diatasnya dan timbuskan dengan nasi.(Ayu cuma curahkan kuahnya aje). Renjis sedikit lagi pewarna kuning/oren, dan curahkan sedikit kuah ayam lagi diatasnya. Taburkan bawang goreng, daun ketumbar dan daun pudina. Biarkan nasi benar2 masak. Siap untuk dihidang. 

22 comments:

Liza said...

salam rindu kak Ayu...sedap nmpk nasi tu, panjanggg....hihihi

ana said...

Assalamualaikom ayu. Kita dtg bawak pinggan....he3...ank2 burung kita pun kureng mkn ikan. Kita sowang2 je mkn. Tu yg susah nk mask ikan. Ayam3...sama la kita.
Kita pun sama ayu. Walaupun tk de kena mngena dgn mh370 tp sedih sbb tk tau apa yg jd hingga kini. One of the pax tu ex staff our agency. Different departmen but kenal this sis. Kesian dia. Siang tu last day keje. Midnite naik flight then hilang pulak. Ya Allah semoga diberi petunjuk dan dimudahkn urusan mencari mh370 ini. Amkn

zana fahmi said...

Waaaaa....bnyk panjang itu beras!

zila norazila said...

akk slalu guna basmti brnd apa..dapnya ..keep resepi..

Ayu said...

Liza - walkslm, rindu juga dgn Liza..lama tak dengar suara..:)

Ayu said...

ana - walkslm, waduh bawa pinggan ya..hehe..tulah ana..asik ayam ajer kan..kita yang masak pun naik boring..hahha..
Semuga mh370 dijumpai cepat kan ana..kita yang dengar hari2 pun naik risau dan tertanya2 apa sebenarnya yang terjadi..

Ayu said...

zana fahmi - heheh..yes panjang2kan kak pb..:)

Ayu said...

zila norazila- akak guna beras basmathi cap jasmine PUSA EXRA long rice..silakan zila ..:)

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Ayu

Kita nak follow fb kakak, tapi tak tahu nama.

: Siti

MamaFaMi said...

Salaam Ayu...
Tadi kan, sebelum mama masuk sini, mama rasa kenyang je. Bila tengok gambar nasi briani ni, kompas pusing ke arah L.A.P.A.R. Cemana tuh. Dahlah tak ada air. Malas nak masak. Huwaaaa....

Ayu said...

Siti - walkslm, hehe siti nak follow my facebook..nama Rahayu Hassan gambar kasut boot..hehe
kalau instagram ayucurlybabe...thank you dear..:)

Ayu said...

mamafami - walkslm, mama!!!..hehe..
kompass tu pandai lah mama..dia tahu detect makanan ya..hahaha.. tulah kita dengar juga beberapa kawasan kat selangor ada catuan air ya..memang susahkan mama kalau air tak ada...kita dulu duduk KL, kat flat sentul..ada kala tak ada air terus sampai beberapa hari..tingal dgn cousin time tu..tingkat 12..kebetulan lift rosak..so bayangkan kita pergi kerja, nak mandi tak ada air..kena ambil air di masjid berdekatan..1 baldi air angkat samapi tingkat 12..mandi pun cermat2 air..waduh azab time tu..

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Umie Jazz said...

Assalamualaikum ayu aduh la[par bile singgah kt dapur ayu ni....

Honey said...

Hi Ayu!


Lama sungguh tak singgah sini. Nak jalan-jalan jap kat rumah Ayu ni.

ilahjy said...

Salam ayu pa khabar.. lama kak x bw.. semoga ayu sihat.. masakan ayu mmg cantik2 dan mengancam belaka..hikhik puji ada makna hehee x laaa

maz said...

Assalamualaikum kakkk...duk wakpe tuu..meriahnya npak nsi bryani kak tuu...maz main bli je tiap2 mnggu...bila la nk try mask sdri plak...

Ayu said...

Muhammad Taufiq - thank you ya sudi singgah sini..saya pun suka baca blog awak..:)

Ayu said...

Umie Jazz - walkslm, hehe....sudi2kan lah ya Umie Jazz..apa2 yang ada tu..:)

Ayu said...

Honey - wah dah lama tak dengar suara...tengok2lah ya honey apa yang ada..:)

Ayu said...

ilahjy - walkslm, khabar baik kak ilah..alhamdullilah kita sihat kak..begitulah juga diharapkan buat kak ilah & family ya...hahha puji ada makna tu ya..hehehe

Ayu said...

maz -walkslm, inilah maz..dah malam2 baru boleh languk sikit kat sini..itupun semua dah tidur..nasi beriyani kat sini mahei.. 1 bungkus at least s$6..bengkok akak kalau nak beli 7 bungkus..heheh itu yg masak sendiri..kalau kat sana murah, then its worth it to beli aje kan maz ..ingin nak makan nasi beriyani orang arab masak..hehe