Wednesday, August 27, 2014

Tart Nenas

Mungkin, ada segelintir teman2 yang follow my blog akan tahu yang kita ni tak suka makan kuih tart!!..Dari dulu lagi..kalau mak kita buat kuih tart, kita akan merengus tak suka...atau kalau mak kita beli yang dah siap..kita akan cebikkan bibir dan tak rela nak pandang atau pandang sebelah mata aje..bayangkan betapa kita benci kuih tart...Mungkin 'first taste' lasts..ini disebabkan mungkin dulu kecik2..kita termakan kuih tart yang tak sedap, tepungnya yang rasa tepung aje dan fillingnya yang keras & terlalu manis serta tak dapat diterima oleh tekak kita waktu tu...So dari situ, kita benci kuih tart!!..Bila hari raya, orang sibuk buat kuih tart..aku tak ada kisah punn..hehe..tetapi, sejak setahun dua ni..hati ni terbuka untuk mencuba...lagi2 mak kita suka beli yang dah siap, tiap kali ke seberang..

Dulu pernah juga buat Kuih Tart Cream Cheese..lepas tu macam senyappp aje..tahun kemudian tak buat lagi..hehe...actually tahun lepas kita dah start buat kuih tart..orang bagi recipe verbally tanpa sukatan (dulu dia berniaga kuih tart tapi sekarang dah pencen)..ha ambik kau..godehlah sendiri..hahaha..main agak2 ajelah...Turned out bolehlah tahan, tapi macam tak berapa satisfied dengan kejadiannya & rasanya.....

Sekali, terjumpa dengan recipe dari dapur Mina ni..well am I glad kita jumpa recipe yang pada kita really a keeper.. Mak & Mr Hubby puji sebab sedappp sangat..the tart just melts in your mouth!!...Imagine kita yang tak suka makan tart, boleh berketul2 kita telan...The unique part about this recipe yalah ia dibakar dengan menggunakan api bawah sahaja..Masyaallah...sedap sangat...:)..Rupa tart kita ni tak cantik, kita sempat ambil gambar ini aje..tak sempat nak posing2 sebab dah sibuk dengan nak menyiapkan menu berbuka dan sebagainya..tapi, tak kisahlah kan..asal rasanya sedap..hehe
Ribuan terimakasih buat Mina kerana berkongsi recipe yang sedap ni..Kita mohon dipanjang2kan disini pula untuk reference kita dimasa akan datang...Insya allah will just stick to this until further
notice...hehehe...

ps:- Jem Nenas Ayu gunakan yang readymade. Beli kat Phoon Huat. Ayu masak balik dan tambah air serta sedikit butter & pewarna.
     -Ayu gunakan a good butter for this too..:)
 
Tart Nenas
Sources:-Dari Dapur Mina
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
 Bahan-bahan utama: (Ayu buat 21/2 adunan dan inti nenas1kg ngam2 )
200 gm mentega (mina guna yang masin)-(Ayu pun sama & gunakan goldenchurn butter)
1 sudu besar minyak sapi
2 biji kuning telur
3 sudu besar gula ising
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan tepung gandum 
jem nenas.

Langkah pertama: 
Masukkan mentega, minyak sapi dan gula ising. Pukul guna senduk hingga sebati. Tidak perlu lama-lama. Asalkan gula sudah sebati dan cair bersama mentega dan minyak sapi sudah memadai. masukkan kuning telur. Pukul lagi.

Langkah kedua: 
Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Uli menggunakan tangan hingga menjadi doh yang sempurna. Jika doh masih lembik, tambah sedikit tepung lagi tetapi jika doh sudah elok cantik, tidak payah habiskan baki tepung tersebut. Doh yang sempurna adalah doh yang sebati dan tidak melekat di tangan. 

Langkah ketiga: 
Sediakan plastik pengalas, penggelek doh dan penerap. Bahagikan doh pada beberapa bahagian. Ambil bahagian pertama dan mula canai. Bahagian doh yang lain hendaklah ditutup dengan kain supaya doh itu tidak kering. Canai dengan ketebalan sederhana. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. Yang sedang-sedang sahaja sudah memadai. Jika hendak lagi faham, sila rujuk pada gambarajah yang telah Mina sediakan ini.

Langkah keempat: 
Setelah terap cengkerangnya, sumbatkan pula jem nenas ke dalam lubang yang tersedia. Pastikan jem nenas itu telah anda bulatkan atau gentel terlebih dahulu. Jangan malas-malas tau, nanti Biskut Tart Nenas anda jadi bersememeh dan tidak cantik.

Langkah kelima:
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah Celcius selama 25 minit atau sehingga masak. Mina hanya menggunakan api bawah sahaja.


Jem Nenas ReadyMade
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction

1kg jem nenas readymade
3-4 cawan air
2 sudu besar mentega
sedikit pewarna kuning atau oren
1 sudu kecil vanilla essence (sorry just edited 8/9/2014)

Cara:-
Campurkan jem nenas dengan air, vanilla essence dan butter.Tambah pewarna. Masak jem nenas hingga pekat. Sejukkan dan siap untuk digentel inti kuih tart.


Ini tart nenas yang kita buat tahun lalu..Kita cepit tau..hehehe...lepas tu pinggang rasa nak patah...hahaha..itu yang tahun ni kita main terap aje...tak kuasa mak..:)

15 comments:

mai has said...

saya suka tart mcm ni.lebih klasik!:-)

Mummy Dina said...

sedapnye tart nenas..tahun ni saya memang cari tart nenas je kat umah orang bile g beraya..baby dalam perut ni teringin kot..hehe

nasa mulia said...

cantik bulat2...inti banyak mesti sedap.

Ayu said...

mai has - betul tu mai..akak pun begitu juga..kalau yang pattern lain tu..macam sayang nak makan..hehehe

Ayu said...

mummy dina - ah bagus tu..mummy dina pun suka makan tart ya..mungkin juga baby pun suka tu..hehe

Ayu said...

nasa - inti tu..yang makan masa nak bulat2kan...hehe

Rosdi Eunos said...

surprisingly that saya pun memang tak minat tart until some years ago bila housemate buat kat rumah sewa ... rasa macam sedap pulak. then based on dia punya resipi saya alter ikut selera saya. Anyway, your tart cantik giler!

Ayu said...

Rosdi - wahhh....sama ganglah kita ya..hehehe..betul tu nak cari kuih tart yang sedap susah actually..
nak kena test satu rumah ke satu rumah..heheh..alhamdullilah..i've found mine...:)

Anonymous said...

Assalammualaikum Ayu, utk sukatan sudu besar, guna sudu sukatan metric ya? Terima kaseh. Kak Siti.

Ayu said...

Kak siti- walkslm, ya kak..kita guna kan sukatan Sudu metric...;)

Anonymous said...

Assalammualaikum Ayu, Tkaseh. InsyaAllah nak cuba in. Salam, kak siti.

Ayu said...

kak siti~..walkslm...sama2 kak..nanti kalau dah cuba feedback kat kita ya...;)

Anonymous said...

Salam Ayu,

Saya Hasna, saya nak tanya sikit, kalau kita pakai jam instant kita kena tambah butter, vanilla esscence. so kalau biken yg parut punya kita kena campur bahan tu juga ke? i kurang pasti

Ayu said...

Hasna- walkslm, kita selalu guna jem instant aje..Dan tambah sedikit butter & vanilla essence..
Kalau inti tu hasna biken sendiri, itu terpulang pada hasna nak letak ke tidak...tapi rasa2nya setahu kita
Ada recipe yg add vanilla essence aje tak payah letak butter pun boleh..pucuk pangkal, kita yg buat dia...hehehe

hasna said...

ok i will try biken dgn parut punya. Terima Kasih sayang selamat berpuasa....