Biskut yang sedap pada kami...kita kena buat 2 adunan untuk 2 kali for this..lepas raya seminggu adun lagi cookies ni dan Biskut M&M yang lagi satu tu..Tahun ni juga kita ada buat biskut florentine tapi..itu tak payah recipe kot, sebab kat packaging dah ada recipenya..ada juga 1-2 recipe baru yang kita cuba..tapi not so on demand sangat macam cookies yang ni..bila kita cakap not so on demand tu..kukisnya lambat habis dan anak2 tak berapa suka sangat makan...sabor ajelah kan...well that is the risk kalau try recipe baru kan..either they like it or hate it...huhu...
Biskut M&M Oats Monster
Sources:- From Kak Wan
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan
100gm gula kaster
100gm gula perang
115gm mentega
1 biji telur A
120gm peanut butter halus atau kasar-(Ayu guna yang kasar sebab nak terasa kacangnya bila digigit)
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam
250gm oats-(Ayu kisar kasar dan bakar sekejap, sebab Ayu menggunakan oats yang belum dikisar)
120gm mini m&m
120gm chocolate chips
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kaster, gula perang hingga berkrim. Masukkan telur dan putar sebati.
2. Masukkan peanut butter, esen vanila, baking soda dan garam. Putar hingga bergaul rata.
3. Masukkan oats, mini m&m dan chocolate chips, putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
1. Pukul mentega, gula kaster, gula perang hingga berkrim. Masukkan telur dan putar sebati.
2. Masukkan peanut butter, esen vanila, baking soda dan garam. Putar hingga bergaul rata.
3. Masukkan oats, mini m&m dan chocolate chips, putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
4. Scoop adunan ke dalam dulang
pembakar yang beralas baking paper / silpat. Jarakkan adunan kerana
biskut ini akan mengembang.-(Ayu susunkan m&m, diatas cookies bila nampak dah separuh melambak)
5. Bakar pada suhu 160C dalam
oven yang di panaskan dahulu di rak tengah selama 10-15 min (bergantung pada
oven)
6. Keluarkan dari oven,
biarkan biskut mengeras di atas dulang pembakar. Biarkan sejuk dahulu
sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
4 comments:
dah terbau sampai ke seberang tambak biskut raya ni.. hehehe...
rosdi- haha...wah!..bukan main kuat lagi bau cookies ni ya sampai keseberang dah berbau....hehe
huhuu..sedapnya kukis ada m&m..ruginya x g beraya umah akak ari tu..klu x bleh gak mkn kukis nii hihii.. ^__^
Yana - hahaha...tulah akak tunggu juga Yana datang..hehehe..tak apalah..boleh buat sendiri kukus ni..hehehe
Post a Comment