Monday, October 13, 2014

Ayam Shahi

Assalam, dah seminggu lebih  rupanya this space kita biarkan.... kalau nak ikutkan macam malas nak menaip..mata pun dah kasi signal, masuk tidur sudahlah .....oh ya..macam biasalah kan..kita prepare draft malam2 esok harinya baru posting keluar eh by the time you all baca dah pagilahkan ..scheduled post ... :)

Kalau nak ikutkan kemalasan memang tak berupdate juga blog kita ni..tapi memandangkan, dah seminggu lebih baik masukkan at least satu entrylah gitu....Ok, macam mana raya Aidil Adha hari tu?..Ramai yang buat korban?..wah mesti ramai yang dapat daging freshkan..kita kat sini tak dapat apa2 pun daging korban..yang dapat daging kat pasar ajelah..hehehe....

Ok sebenarnya kita just nak tayang & share recipe lauk Ayam Shahi ni yang kita gandingkan dengan nasi impit dihari raya Aidil adha yang lalu. Recipe ni kita dapat dari Sis Amni Omar, aka Mumtaj Begum!!..
Do you know who she is?...Dialah seorang pakar masak yang selama ni kita hanya tau dan kenal dari mencuba masakan2nya  yang difeatured dalam buku Mami Asmah Laili- Minta ampun sedapnya!! ..Some of the recipe yang kita dah cuba adalah.. Nasi Minyak & Ayam Maharani...Kari Ayam Bombay ...Dalca Ayam...Pilaf Tomato...dan a few kita dah lupa...
Kita pernah kata kalau kita jumpa nama Mumtaj Begun direcipe tersebut..I will definitely try sebab  most of the time her recipes tidak pernah mengecewakan!..

Ok back to how kita tahu about sis Amni....Well rupa2nya... dalam diam2 sis Amni adalah silent reader kita dan she has been following my blog for quite sometimes...She even left some comments and even emailed me during my difficult times(blog kena rampok & clone) to bertanya khabar about my well being..Bila kita tengok gambarnya difacebook sama & serupa macam gambar yang dalam buku tu..kita tanyalah dia if she is related to the Mumtaj Begum Bte Omar in the book..Well her answer almost made my jaw dropped..She revealed she is THE Mumtaj Begum in the book!!!...Oh my Allah.. I exclaimed...I really feel honoured, rupa2nya seorang yang pandai, pakar & expert dalam masak like her visits my humble blog!...

Sis Amni juga dengan ihklas telah mengemailed  me this recipe & another  for me to try..
Masyaallah, sangat sedap lauk ni tau..sangat sangat sedap itu ajelah yang kita boleh cakap tentang lauk ni well,  to my tekaklah ya....pls follow the steps & ingredients if you were to try ya..cuma kalau nak pedas kena tambah cililah  sebab lauk ni memang tak pedas kalau tak tambah cili padi, and yes daun ketumbar mesti ada baru best..oh and I added kentang to it juga...:)
To sis Amni, thank you very much for sharing this marvelous recipe.. the whole family sangat suka dengan lauk ni..kita makan sampai menjilat jari tau not a single drop of the gravy went to waste!!..bayangkan nasi impit adabi yang 1 ketul besar tu I managed to eat 3/4 of it!!!..Oh dear..macam manalah tak gedempol...


Ayam Shahi 
Sources:-Amni Omar aka Mumtaj Begum Omar
Tried & Tested:- Ayu@ curlybabesatisfaction
Bahan A
1 ekor ayam – dipotong 10 – 12 keping
½ biji lemon – perah jusnya
½ cawan tairu


Bahan B
5 sudu makan ghee
5 sudu makan minyak
1 inchi kayu manis
2 helai daun bay
5 biji buah pelaga
3 biji bawang besar – dihiris
5 batang lada hijau – potong dua dan dibelah-(Ayu hiris)
10 biji cili padi-(Ayu tambah dan hiris)
1 sudu makan pes halia (halia kisar)
½ sudu makan pes bawang putih (bawang putih kisar)
1 biji tomato – didadu
2 pokok daun ketumbar – dihiris
2 sudu makan serbok ketumbar
1 sudu makan serbok lada putih
1 sudu teh serbok kunyit
3 cawan air
2 biji kentang-(Ayu tambah)
garam & perasa – secukup rasa


Bahan C
10 biji badam- (Ayu guna 2 sudu besar serbuk almond)
½ cawan cream-(Ayu guna susu)
½ cawan santan kotak
sedikit air 

Bahan D
1 pokok daun ketumbar – dihiris untuk taburan


Cara:-
Gaul bahan A dan perap selama ½ jam
Kisar bahan C dan ketepikan.
Panaskan kedua dua jenis minyak dan tumis daun bay, kayu manis dan buah pelaga. 
Masukkan bawang hiris dan tumis hingga layu.
Masukkan lada hijau dan tumis hingga bawang kekuningan.
Masukkan pes halia dan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
Masukan pula tomato dadu dan daun ketumbar dan tumis selama 5 minit.
Masukkan kesemua bahan serbok (ketumbar, lada putih dan kunyit).
Tuangkan 1 cawan air, gaul rata, tutup periuk dengan tudungnya dan masak dengan api perlahan selama 10 minit.

Setelah 10 minit, gaul rata dan biarkan masak sehingga pecah minyak

Masukkan ayam  serta kentang dengan bahan perapannya dan garam, gaul rata. Tuangkan baki 2 cawan air dan masak selama 10 minit lagi.

Setelah 10 minit, tuangkan bahan C (yang telah dikisar), gaul rata dan masak dengan api perlahan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat.-(Ayu masak cair sedikit sebab nak berkuah)

Padam api dan taburkan bahan D.


18 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam kak ayu...wah nmpk sedap tu..pestaim dgr nama resepi...nmpk kuah cam ala2ala ayam buttermilk..mayb sebab tairu+lemon tu kot..nnt boleh cuba gak la...anak3 mmg suka sangatttttt makan ayam..jenuh nk cr resepi huhuu

Wani said...

salam singgah kak ..dengar namanya tu dah meleleh dah .. nanti nak cuba resepi ni tq

Ayu said...

Lina - walklsm, akak pun first time dengar nama ni Lina..tapi memang sedap sangatlah pada akak rasanya...:)

Ayu said...

Wani - walkslm, wani..dah lama tak dengar suara..harap wani sihat ya..
cubalah wani..memang harus dicuba ni..:)

Honey said...

Salam Kak Ayu,

Lapar balik saya ni haaaa

tiga lalat said...

Salam. Hee sungguh nampak menyelerakan.

kehidupan sihat said...

nampak sangat sedap..first time dgr menu ni.

thanks forr sharing
:)

Ayu said...

Honey-walkslm,....Ait..then Harus dicuba ni honey..;)

Ayu said...

Tiga lalat- alhamdullilah memang menyelerakan ni...;)

Ayu said...

Kehidupan sihat- alhamdullilah memang sedap..sama..sharing is caring kan..:)

Rose Azadir said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....

Wattie said...

Assalam Ayu,
Tengah mencari resepi ayam utk lauk hari ni. Terpesona pula baca coretan Ayu mengenai resepi ni. Nak Cuba LA! Satgi kita terai test, klu jadi, adala n3 ayam in my blog, he he he. Tq Ayu n Pn Mumtaj.

Ayu said...

Rose Azadir - walkslm, terimakasih sudi singgah dan follow ..nanti akak jenguk pulak ke blog rose ya..:)

Ayu said...

Wattie - walkslm, wah dah malam baru dapat reply...macam mana kak wattie dah cuba ke?..harap kena dgn selera ya...:)

Ismaria Dean said...

assalamulaikum sis.. nak tanya sis guna kan susu ape ya? susu cair atau susu fresh milk? if nak use cream, cream ape eh?

Ayu said...

ismaria~ walkslm...akak guna susu fresh milk yg dalam kotak kurus tinggi tu aje..kalau nak guna cream..guna whipping cream yg buat topping untuk cake tu atau heavy cream yg dalam tin kecik...

Ismaria Dean said...

alhamdulilah sis semlm mask this resepi semua pun suka...terima kasih for sharing the resepi

Ayu said...

ismaria - alhamdullilah shukur...terimakasih ya sis sudi mencuba...:)