Thursday, December 18, 2014

Chocolate Sourcream Cake

Assalam, cuti sekolah bulan December ni, tentu ramai teman2 yang dah pergi bercuti..diawal bulan atau diawal permulaan cuti sekolah dibulan November kemarin...kita ni semenjak Hasif dah masuk Polytechnic, cuti sekolahnya dengan adik2 dah tak sama...bila dia bercuti adik2nya pula sibuk mengambil peperiksaan..bila adik2nya pula start cuti dia pula sibuk menghadapi exam...so basically breaknya dah lain2 ni susah kalau plan nak kemana especially kalau nak pergi bercuti...:(

So since the only time, yang dia orang sama cuti adalah waktu  2 minggu terakhir dibulan December.. time tu jugalah kita ingat nak pergi jalan2..Kalau nak ikut perkiraan kali ni kami akan pergi jauh sikit dari holiday2 yang lepas..for the family especially anak2..as of for me paling jauh kita dah pernah pergi was Geneva in Switzerland & Mr Hubby was Canada ...both was because of tugasan kami waktu itu...kalau sendiri jangan harap lah sampai..hehe...
Insya allah kali ni kami akan ke sebuah negara yang terletak diWestern Asia & Eastern Europe..Semuga kami selamat pergi dan balik ...


Actually posting kali ini adalah entry terakhir buat tahun 2014 ni, sebab by the time kita balik nanti dah mula tahun baru .Kita nak letak recipe chocolate sourcream cake  walaupun sebelum ni kita dah beberapa kali  buat disini...Cake yang sangat moist dan sedappp...
Mungkin it will take a while for me to start up blogging again as ada beberapa  family obligations yang harus kita settle ..:(
Disini kita juga ingin memohon maaf sekira kita ada buat  kesilapan dalam berbicara,comment2 yang kita tinggalkan dan reply diblog ini  atau diblog teman2.. 
begitu juga kalau kita telah mengambil recipe teman2  mohon dihalalkan..
Sehingga kita berjumpa lagi insya allah ...:)

Chocolate Sourcream Cake
Sources:- From Alia via Jamie
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan ( 18 cm )-(Ayu buat 2 adunan)

  • 1/2 cawan mentega(pls use good butter ya)
  • 1/2 cawan gula halus-(Ayu gunakan 60g)
  • 1/4 cawan gula perang-(Ayu gunakan 20g)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit garam
  • 1/2 cawan sour cream
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 80g coklat chips
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum 

[ sirap coklat ]
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis-(Ayu tak letak ni)
  • 2 sudu besar fresh milk
  • 30g coklat
  • 1/4 cawan gula perang-(Ayu gunakan 20g)
Cara-cara 
  1. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan bahan-bahan kering. Kacau sebati.
  4. Masukkan sour cream dan esen vanilla
  5. Kemudian masukkan coklat chips. Kacau sebati.
  6. Sediakan sirap coklat. Masukkan semua bahan-bahan untuk sirap. Cairkan dengan kaedah double bowl.
  7. Masukkan 1/2 adunan ke dalam loyang.
  8. Masukkan 1/2 sirap coklat.
  9. Ulang kaedah 7 dan 8
  10. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 55-60 minit.-(Ayu bakar mengikut oven temp sendiri.)



27 comments:

Monica Rampo said...

kak Ayu...
cakenya seperti biasa kelihatan enak..yummy...
selamat liburan ya..kak Ayu n family..semoga sehat selalu jadi bisa liburan...
jangan lupa oleh-oleh ya..he he he...

adda syuhada said...

Sedapnya kek ni K.Ayu... terliur kita tengok pagi2 ni :)

Rosdi Eunos said...

Yang ni confirm sedap.. hahaha. Sebab ada sourcream and gula perang. Dua2 tu is my favourite elements! Geneva? tak sampai lagi ... kita ni neighbouring country penahla sampai. Paling jauhpun down under. Tu pun dah seronok tak terkata. This time kalau Ayu gi holiday...curi curilah resepi negara tu bawak balik share dalam blog ...
Hasif study kat Ngee An ke?

Resh said...

Yumm..cake looks moist and sedap ;)
Btw I have a blog event with Chocolate as the month's ingredient..do join if u can.TQ

http://daily-cuppa.blogspot.com/2014/12/bake-along-challenge-6-chocolate.html

Ayu said...

Monica- terimaksaih Monica, ..semuga begitulah hendaknya..Monica & keluarga juga ya..;)

Ayu said...

Adda- aha adda sedap kek ni...harus dicuba ni...;)

Ayu said...

Rosdi- ya that 2 ingredients are nice combination..hehe..kita down under belum tiba lagi..hehe.
Tulah kena tengok2 juga recipe2 Dari sana..kena kaji selidik..bila order makan nanti..haha..
Yes hasif study kat Ngee ann poly...macam mana tahu?...hahaha

Ayu said...

Resh- thank you for the invitations...but today it's my last post for this year...mayb next time ya Resh...thank you for leaving footprints here too...;)

zila norazila said...

Hppy holiday kak ayu..slmat prgi n kmbali ye..msukkn entry jjln nnt tau.

tun_telani said...

happy holiday kak... tun duk umah je.. tak cuti pon.. huhu

Anonymous said...

Ayu , semoga segala urusan dpermudahkan. jgn lama2 sangat rehat dari blogging eh..rindu tau :)

~ Ddah

Wattie said...

Makan kek sebelum bercuti ya Ayu, best tu. Selamat pergi dan selamat kembali. Happy holiday n Happy nrw year!

fazliana said...

suka kek kreatif cmni.sedapnya kak..nk try la buat sndri.tq sharing

huda said...

tak pernah lagi gune sourcream buat kek, nak tryla...

Mama Arif said...

wowww nmpk sdp tau cake tu..lbh2x lg coklat

Ayu said...

zila - thank you zila...sekarang entry jalan2 akak dah tak masukkan dalam blog..semenjak blog kena rampok kemarin..habis semua dia copy..:(

Ayu said...

tun - thank you tun..tengoklah dah balik hampir 1/2 tahun baru jawap comment tun ni..huhu...

Ayu said...

ddah -..insya allah ddah..bila dah settle semua nanti kita update balik ya...:)

Ayu said...

wattie - thank you kak wattie...dah balik dah ..1/2 tahun baru jawap ..hehehe..sabor ajelah kan..

Ayu said...

fazliana - cubalah..sedap ni..:)

Ayu said...

huda - tulah something differentkan..cubalah...

mama arif - alhamdullilah sedap kek ni...:)

Olie said...

Sedapnya.. Saya tak pandai memasak tapi suka makan.. Mungkin lain kali kena cuba buat pulak..hihi

Wattie said...

Assalamualaikum wbt,
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin Ayu

Anonymous said...

Ayu...bila nak start blogging lagik? missing all your recipe sharing ahhhh

-edar-

vidya said...

Wow, looking yummy, will surely try it,thanks for sharing :) do visit my blog too for more yummy recipes

Aisyah Ghazi said...


Hello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 mmg suke, smua kata sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Ayu said...

Olie
ya bolehlah cuba next time…lagi2 kalau suka makan..hehehe


Wattie
walkslm, waduh maaf zahir batin juga kak wattie..aduhai lama benor nak menjawap ya..heheh

Edar
thank you for leaving footprints here dear..
insyaallah will update nanti…

vidya
thank you too for dropping by..


Aisyah Ghazi
thank you juga sudi mencuba…:)