Monday, November 21, 2016

Ayam Grill Mushroom Sos


Assalam, menu western ni kita buat bila dah rasa jelak nak makan nasi atau buntu nak masak apa..hehe..ternampak recipe ni lalu kat fb wall juga..tengok dishare kat satu page ni..terus print screen kat handphone kita..terlupa pulak nak snap page apa..So macam biasa kita type nama menu ni..banyak pula yang keluar..lepas ditapis kita jumpa rupanya recipe asal dari Lina Penang..terimakasih Lina for sharing this recipe..memang sedappp..Anak2 suka biasalahkan...ayammm..hehehe

Sini dah start cuti sekolah...siaplah fridge dah kena ada  stok untuk anak2 burung..yang kejap2 lapar.. Abang sulung tak masuklah sebab dia balik on weekends aje ...yang Marsya tak berapa sangat makan nasi..but more of tidbits & roti sapu nutella..yang bujang kedua nilah si Iqram yang kejap2 lapar...in fact dialah yang paling pemakan dalam rumah kita..Marsya called him 'rubbish dump'..hahahah sebab semua dia bedal..kalau Marsya tak habis..he will tolong habiskan...baguslah juga tak waste food kan..hahaha..but for him no matter how much he ate still almost under weight he said..hahaha..


Ayam Grill Mushroom Sos
Sources:- Linapg
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4) -(Ayu guna dada ayam)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar) -(Ayu guna halia kisar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-caranya:-
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel. 
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
Kalau nak kelar pun boleh juga.Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.
Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)
Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.atau boleh perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
Bakar daging sehingga masak.guna pan  jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api

2 comments:

Phong Hong said...

Yummy! Very delicious grilled chicken especially kalau ada mashed potatoes. Selalu kat sini, orang yang menolong orang lain habiskan makanan, we call them "Dewan Bandaraya" LOL!

Ayu said...

Phong Hong
hahahaha..new word for me 'Dewan bandaraya'..tapi budak2 kat sini tak tahu apa tu dewan bandaraya..haha...tak apalah mak dia orang tahu itu apa...basically kat sini 'Town council' gitu..hahaha