Thursday, November 10, 2016

Ikan Goreng Sambal Serai Lada Hidup

Kalau beli ikan kerisi..kat rumah ni suka goreng dan buat sambal berlada macam ni..,pasti laju & tak ada balance ..hehehe..yalah compare kalau masak ikan yang berkuah..yang goreng pasti champion...
Dalam gambar kita curah sambalnya atas ikan..tapi kalau tak nak curah pun boleh juga,waktu nak makan tu cubit isi ikan dan colek sambal tu masuk dalam nasi pun boleh..

Resipi kita combine here & there from the net..memang buat lebih sambalnya..kalau ikan dah habis, boleh dimakan dengan ayam goreng, udang or maybe ikan bilis pun jalan juga.. atau apa2 lah..

Ikan Goreng Sambal Serai Lada Hidup
Tried & Tested; Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan;
6 ekor ikan kerisi dilumur jus limau, garam & kunyit serbuk goreng ketepikan (Atau ikan2 yang sewaktu dengannya)
10 biji cili hijau*
6 biji cili merah*
3 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1-2 batang serai*-(diambil 10 cm dari bawah)
Bahan kisar kering*

3 biji bawang besar dipotong baji
1 tomato biji dihiris nipis
Sedikit air secukupnya
Garam & perasa

Cara:-
Goreng ikan angkat, tos & ketepikan.
Minyak goreng ikan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Mula2 kisar kering bawang besar, bawang putih & serai. Masukkan kedalam mangkuk.
Selepas itu kisar cili hijau & cili merah jangan hancur sangat, biar kasar sedikit. Ketepikan.
Panaskan minyak tumis bawang & serai hingga naik bau.
Masukkan cili hijau & merah. Biarkan hingga layu. Tambah air sedikit kalau kering.
Masukkan tomato hiris & bawang yang dipotong baji tadi. Perasakan dengan garam & perasa. Kacau rata. Bila semua dah sebati & sekata, matikan api. Susun ikan goreng diatas piring, tuang sambal atas ikan, atau asingkan..nak makan baru tuang atas ikan.



4 comments:

PH said...

PH jarang masak ikan. Tapi bila tengok Ayu punya ikan goreng dengan bahan-bahan tumisan tu, teringin pulak nak cuba. Nanti hari Sabtu, PH cuba cari ikan hee..hee..

Monica Rampo said...

Duh, itu sambalnya kak, lihat sambal ikan ini jadi lapar lagi, padahal belum lam tadi sudah makan he he he.. aih2 enaknya dimakan dengan nasi hangat..bisa tambah2 ni kak

Ayu said...

Phong Hong
PH jarang masak ikan sebab tak suka makan ikan ke?..actually my anak2 tak suka makan ikan..they rather suka ayam & daging aje..yang suka ikan my hubby & dad..
so thats why kena varietieskan dia..cubalah PH..cili tu can makan dengan gorengan yang lain seperti ayam, daging or even telur rebus..:)

Ayu said...

Monica
hehehe..betul tu Monica..sedap dimakan dengan nasi hangat..
kalau sekarang akak dah tak boleh makan banyak..kena control nasinya..
sedihnyaaaaa....:(