Suka makan peria..cuba masak style gini pulak...selalunya peria kita suka goreng dengan telur aje..recipe yang dah lama dalam genggaman..baru ni mencuba...Kalau diberi pilihan, kita lebih suka beli peria katak dari peria yang besar tu..kita suka yang kecil2 ni sebab kalau goreng dia akan rasa rangup sikit compare dengan yang besar dia macam lembik bila dah digoreng..walaupun yang kecil2 ni lebih pahit dari yang besar, selepas direndam dalam air garam, ramas2kan dia lepas tu bilas dah tak pahit sangat..
Peria Masak Lemak
Sources:-Rossyabakes
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 biji peria - dihiris dan diramas dengan air garam
600g udang hidup
2 ulas bawang putih dimayang
3 ulas bawang merah dimayang
5 sm halia dimayang
4 biji cili merah dimayang
4 biji cili hijau di mayang
1 cawan pati santan
1/4 cawan air asam jawa
garam dan serbuk perasa
gula jika suka
1 sudu besar cili boh digaul dengan 5sm belacan
Ambil 1 senduk minyak dan tumis cili boh hingga wangi. Masukkan pula bahan-bahan yang dimayang dan goreng hingga sebati.
Selepas itu bubuh udang, peria, santan, air asam jawa pekat. Bubuh garam dan serbuk perasa dan gula jika suka.
2 comments:
Sedap tu! PH suka makan peria. Biasanya goreng dengan telur juga. Peria is good to control blood sugar.
Phong Hong
Samalah kita suka makan peria..yes..that I was told ..good to control blood sugar...;)
Post a Comment