Friday, November 11, 2016

Nasi Lobak Merah, Udang Goreng Benggala, Kurma Sosej & Acar Padang

Menu yang dah lama dalam draft.. Nasi Lobak Merah ni ..my mum yang request suruh masak lagi nasi ni..so kita lawankan dengan Udang Goreng Benggala yang mana kita pernah juga masak tapi menggunakan Sotong..Then since anak kita yang lagi dua orang, Iqram & Marsya tak makan udang, terpaksalah masak lauk alternative Kurma Sosej..Tak complete kalau tak ada  acar..so buat Acar Padang ..basically repeat menu ..apa2pun alhamdullilah, combinasi yang sedapp..:)

It has been 2 weeks now ..that I have been diagnosed with diabetes..numbness at the feet dah berkurangan .. every morning my breakfast was oats, natural yogurt & water..(overnight oats)..
Honestly I have never touched oats (besides in cookies) as my breakfast sampailah dah kena penyakit ni, baru lah kita makan..I have to take a few pause before I can scoop the next spoon of oats..telling myself I HAVE TO EAT THIS to control the sugar in the blood..although the taste sumpah tak sedap!!..I only eat rice once a day aje..and the portion is one small bowl yang I think baby bowl lagi besar..and I cannot tambah nasi..!.
OMG, seksanya tak boleh makan banyak.. Bayangkan..you are the cook in the house..you cooked for the family..but you cant eat much like you used to..macam tak fair gitu eh..hehe..
Penat aku masak lepas tu dapat cium bau & makan sikit aje...huhu..(lamenting kat sini aje..hehe)..

Nasi Lobak Merah
Sources:-Aini Salim

Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1kg beras beriani-(1kg basmathi rice)
6 biji lada hijau dipecah2-(6 green chillies bruised)
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)-(1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones)
1 cawan minyak kacang-(1 cup cooking oil)
1 sudu besar minyak sapi-(1 tbsp ghee oil)
3 batang lobak diparut -(3 carrots shredded)
300g buah tomato dipotong halus-(300g tomatoes sliced thinly)
*6 biji bawang putih ditumbuk halus-(6 garlics minced)
*2cm halia ditumbuk halus-(2cm ginger minced)
2 biji bawang besar dihirs-(2 large onions sliced)
4cm kayu manis-(4cm cinammon bark)
3 biji buah pelaga-(3 cloves)
3 biji bunga cengkeh-(3 cardamons)
garam-(salt)


Method:-
Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).
-( Measure water at 1,100ml and put aside. Wash rice and drained. Mix with shredded carrots. Heat ghee oil and cooking oil. Saute onions and minced* ingredients, green chillies and cumin powder.Stir well till oil rises up the surface. Add in tomatoes, cloves, cinammon, cardamons and water. When boiles add in rice and salt let it till cooked-(this part I just pour into the rice cooker and cooked as normal.)
                                                              --------------------

 Udang Goreng Benggala
Sources: From annis_lisa@myresepi.com
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
  • 3 suduB butter-(Ayu gunakan 4 suduB)
  • 400 gm udang (+ - je)-(Ayu gunakan 1kg )
  • sebiji bwg besar (hiris)-(Ayu gunakan 2 biji bawang besar dihiris)
  • 3 ulas bwg putih (cincang)-(Ayu gunakan 1 sudu besar bawang putih kisar)
  • 1/2 inci halia (cincang)-(Ayu gunakan sedikit halia kisar)
  • 1/2 suduT biji sawi
  • 1/2 suduB serbuk jintan putih-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
  • 1/2 suduB serbuk ketumbar-(Ayu gunakan 1 sudu besar)
  • 1/2 suduB serbuk lada hitam kasar-(Ayu gunakn 1 sudu besarl)
  • sedikit serbuk kunyit (pewarna je)
  • stok ikan (sye xde so gna 1/2 kiub ikan bilis je)-(Ayu gunakan 1 kiub ikan bilis)
  • 30 sen daun ketumbar (hiris halus)-(sedikit daun ketumbar)
  • garam n gula(perasa)

Cara-cara

  1. cairkan butter dlm kuali, tumis bwg besar, putih n halia
  2. kemudian masukkan biji sawi
  3. masuk pula udang dan grg smpi separuh masak
  4. selepas itu, masukkan sume serbuk dan kiub ikan bilis.... gaul rata
  5. tambah air utk kuah nk byk mana dan bg yg suka boleh campurkan tepung jagung + sedikit air utk memekatkan kuah. Didih bolehla diangkat.
  6. sye hidangkan dgn nasi karet... mmg ngam la. 
                                                      --------------------



Kurma Sosej
Sources:-From mesra.net
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 batang sosej ayam-(Ayu gunakan 10 batang)
2 cawan santan pekat-(Ayu gunakan 1 cawan/kotak aje)
1 cawan air
4 sudu besar minyak sapi

4sudu besar rempah kurma-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
5 ulas bawang kecil (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
Sedikit halia (dikisar halus)

1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje)
3 kuntum bunga cengkih-(Ayu gunakan 2 aje)
2 biji tomato (dipotong 2)
2 tangkai cili hijau (dibelah 2) +beberpa biji cilipadi dicampak aje-(Ayu tambah)
Garam secukup rasa
1 sudu besar ikan bilis (dikisar halus)-(Ayu gunakan 1/2 cube ikan bilis)
3 keping asam keping
-(Ayu gunakan 1 keping kecil)
 
Cara:
Panaskan minyak sapi & tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis sehingga naik aroma. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit
air. Biarkan sedikit matang, masukkan sosej, ikan bilis & asam keping. Campurkan air & santan pekat. Kacau sehingga mesra. Tunggu hingga mendidih, masukkan tomato, cili hijau & garam. Biarkan lagi sehingga mendidih. Angkat & hidangkan.

                            
                                                   --------------------------



Acar Padang
Source:-Bro Rozzan

Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction 
2 batang timun (hiris serong-serong)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)

Bahan Kisar
4 ulas buah keras
3 ulas bawang butih
1 jari halia
1 biji bawang besar

4 biji cili padi -(Ayu tambah)
sedikit kunyit serbuk

Bahan2 Lain
4-5 ulas bawang putih yg kecil (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
8-10 ulas bawang merah (kupas kulit, biarkan sebiji-sebiji)
2 btg cili merah (buang biji dan hiris memanjang)
1 btg cili hijau (buang biji dan hiris memanjang)
gula dan garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menumis

(Ayu gunakan 4 sudu besar cuka, 2 sudu besar gula)
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Bubuh cuka, gula dan garam dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Masukkan pula timun, lobak merah, bawang putih, bawang merah, cili hijau dan merah. Gaul rata-rata dan matikan api.




10 comments:

FirasFirzana said...

Semoga Ayu tabah dengan dugaan ini dan semoga Ayu dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya.

LiNa_Pg said...

Mantap gandingan nasi lobak kak ayu tu...sekali sekala buat udang instead of hayammmmmm manjang kan

Phong Hong said...

Sedapnya hidangan hari ini... Take care Ayu :)

Ayu said...

FirasFirzana
Terimakasih sis..memang kita dah redha & terima dengan dugaan ini..
sedang cuba untuk tukar lifestyle & pemakanan kita...:)

Ayu said...

Linapg
hahaha..tulah lina..sekali2 tukar udang kan..tapi masaalahnya anak2 tak makan udang..kena juga buat lauk lain kurma sosej tu..hayam juga tu..hahaha

Ayu said...

Phong Hong
Hidangan ni actually dah bertahun dalam draft..hehe..
baru ni masukkan..terimakasih PH..will do..:)

chikmi said...

Kanda so sedap nampak nasi n the Geng tu ,kita ni kenapalah Cik lass bnyk sangat ek

Ayu said...

chik mi
dinda blog dinda dah tak ada ke?..
kanda click profile blog tak ada..link lama dah kena telan
dgn blogger kemarin..habis my link semua hilang..
kena cari one by one..

FADILLAH KASSIM said...

Ayu...akak pun baru kena diabetes gak...
and i noticed bila akak minum air delima...
bacaan jadi..6.2....dari 9 or sometime 11
yg akak minum ni brand gulsan...klu kat jb
can get rm 14/bottle....
mmg akak minum this delima dah lame..but
bila akak minum byk at least 1 ltr/day (letak concretrate delima byk sket ) tu yg bacaan turun...inshaAllah...aameen...
..

Ayu said...

Fadillah Kassim
Oh ya ke..samalah kita..
air delima ni jus fresh ke macam sirap kena bancuh dengan air?
bolehlah kita cari nanti kot2 ada jual kat sini..thanks for the info ya..
haish..kena diabetes ni macam kena satu hukuman gitu..hukumannya dah tak boleh makan sembarangan & banyak...