Thursday, December 16, 2010

Ayam Cencalok

Ayam cencalok, first time kita dengar, lagi2 semenjak dah jadi blogger ni, cencalok pun baru kita nak makan..hehe..memang orang cina cakap suakoo lah gitu...dulu2 jangan harap I nak makan..hahaha...sebab bau cencalok tu itself dah rasa tak nak dah....tapi lepas cuba2 'berani mati' ish sedaplah pulak cencalok ni...memanglah I ni miss some of the best food in life..kan..kan kan.....I've got the cencalok pun sebab beli kat Melaka R&R balik dari KL kemarin ...

This dish is nice to me, it is really something different , satu kelainan lah senang cakap....bayangkan my kids pun makan ayam cencalok ni..hahaha....laju aje dia orang makan...Lauk ni kita gandingkan dengan kacang buncis goreng suun tulah...of course for this kita buat berkuah sikit..Recipe from CMG . Masakkan peranakan according to CheMat..Thanks Che Mat, akak letak recipenya disini pulak ya...


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limua purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...
Sources:-From tiffinbiru.blogspot.com

2 comments:

Mat Gebu said...

salam...tiba2 terkecur air liur...hmm..

Ayu said...

mat gebu - sedap ayam cencalok nikan che mat..thanks for sharing the recipe ya..