Pertama kali kita dengar sambal ni bila ternampak lama dulu kat blog Izahdaut, tapi tak berapa sure lagi..then nampak lagi kat blog Madiha@Ratna dalam hati kalau dah famous among the 'Pahang-ians' sedap kot sambal ni..
So bermulah, 'pemburuan' belimbing buluh!..haha....puas my mum & me cari kat pasar basah cause definitely kat supermarket tak ada punya...sekali satu hari tu my mum terjumpa nonya(Ah Soh), jual longgok2 gitu depan pasar..bayangkan nonya yang jual, abang melayu pun tak ada jual..hahaha...
terus my mum, grab lah dapat lah dalam 35-40 biji...macam dapat berlian gitu bila terjumpa belimbing buluh ni kat sini....kakah...Kita bahagikan untuk beberapa bahagian sebab nak masak a few lauk2 lain yang gunakan belimbing buluh ni..so lepas tolak bagi sifar darap..heheh..kita dapat dalam 11 biji untuk sambal ni.. Setengah cawan dalam recipe tu bila kita kira2 dalam 10 bijilah..so 1 biji tu kita ketepikan, bukan buat apa tapi untuk deco kat atas tu..hahah..begitu berharga betul....tengoklah deco pun kemut aje..hiris nipis2..Bila dah jadi memang sedap sambal hitam pahang ni..ada macam ala2 serunding pun ada..& memang betul pun kalau nak lawankan dengan sambal ni dengan lauk2 yang berkuah pun sedap juga...of course lagi pedas lagi best..kat bawah tu 1/2 cawan cili padi kita lebihkan lagi tau..hehe..So Madiha, kita minta izin letak recipenya disini pula ya...Thanks for sharing, your family recipe ni..
Sambal Hitam Pahang
Sumber :Madiha's mother in law
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)-(Ayu tambah lagi )
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa-(Ayu gunakan 2 sudu besar kicap manis + 2 sudu besaa kicap masin)
garam & gula secukup rasa-(Ayu gunakan garam + serbuk perasa)
1 cawan minyak masak
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok. MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!
Sources:-From http://mamawandiha.blogspot.com
7 comments:
salam ayu
hari ni kak ilah pun masak sambal hitam pahang dlm minggu ni dah 2 kali..minggu lepas sekali.. sedap..kak pun amek resepi dr izah..
tapi kak masak basah2.. kami semua sekeluarga suka..abg smpai tmbah 3kali..kalu kering tahan lama kot..
masa dok kedah dulu dgn nenek pokok tpi umah jer buat main2 masak2..tak reti buat sambal hitam.. kalu tau mmg habis kot sepokok hehe.. selalu buat pincok dan sambal belacan biasa jer atau masak2 ikan ke..bestkan sambal hitam ni..
kak ayuuuu..
kak ayu bikin saya ngencess la...dah menjejes air liur terasa kepedasan sambal neh,.mmemang best makan ngan gulai lemak apa apa la..pembuka selera.tapi kalau mak kat kg buat sarapan pepagi makan ngan nasi putih beras wangi.tu je la sarapan nya..mmg sedap..
Ayu,
My eldest sister's house ada pokok belimbing buluh ni..tapi selalu digondolkan by my family sebab we nyonyas memang selalu guna in our cooking especially dalam sambal tahi minyak.Anyway,I nak tanya you if guna yang frozen,you rasa okay tak?Kat NZ ni yang frozen from Vietnam berlambak..murah pulak tu.Thanks.
ilahjy - walkslm, oh ya ke kak..memnag sedap sambal hitam pahang ni..haha..tulah bila benda ada depan mata kita tak tahu kegunaannya..bila tak ada kita cari macam nak rak..heheh..dulu2 kita pun tinggal rumah kampung,ada juga pokok ni..tapi kecik2 mana lah kita tahukan.....hehe
izahdaut - betul izah, memang ngam dengan apa jenis lauk yang berlemak..akak pun dah bedal dengan macam2 lauk dah..hehe..lagi pedas lagi bestkan..
shereen - wah i baru 1st time dengar belimbing ada yang frozen punya juga ya....kalau u defrost it , dia jadi lembik kan?..I guessed masih boleh lagi..as long the juice in there still remains...?
Salam Ayu..
terima kasih yer sudi cuba resepi warisan orang Pahang ni.. memang sedapkan? Rasanya makan dengan pulut kuning pun best jugak! kat PJ sini pun sama... agak susah nak dptkan belimbing buluh ni... agaknya.. tak ramai yg suka buah ni kot ataupun mungkin org malas nak jual sbb buah ni tak tahan disimpan lama.. kadang tu ternampak jugak pokok belimbing buluh ni dgn buah yg bergayut2 kat rumah org kat taman2 perumahan sini.. tapi.. takkan nak buat muka tak malu nak minta beli.. segan jugak.. hehe..
Assalamualaikum.....
Pertama kali makan / rasa sambal hitam Pahang semasa menghadiri kenduri kawin di Putrajaya ( host - Mak & bapa pengantin mmg asal Pahang ). Setelah menikmati nasi briani. Hendak mengambil "dessert" ternampak satu pinggan (besar), isi nya mcm rendang , warna kehitaman... ambil sket, rasa - WOW sedappppp... maklumlah dah abis makan, so....ambil sambal hitam ni, makan ngan salad....perhhhh, betul2 kawwww...
Dengar cerita d pasar minggu d Kuala Lipis , belimbing yg telah siap d rebus (warna hitam) bole d beli, dan kita cuma "do the rest" ...o.k that's how i got to know this dish.... Highly recommended to those who hv not tasted.
Aranijoe ( Kuala Lumpur )
madiha - walkslm, first thing mungkin ramai yang tak tahu kewujudan menu ni ..kalau ada yang tahu pun sikit aje, mungkin orang2 pahang aje lah..itu sebab tak berapa dikenali..maklum juga, kita duduk dibandar yang land spacenya banyak dah kena tutup dengan cement..so memanglah jarang2 jumpa belimbing ni..hehe
Aranijoe - wlkslm, wah quite unik juga ya..dimajlis kenduri kahwin ada sambal pahang ni..memanglah bertambah2 nasi kalau makan..menu lauk kampung kot for the majlis..mesti best kan..ha kalau ada yang dah siap direbus belimbingnya tu lagilah senang..should try siapa2 yang belum mencuba..thanks Aranijoe for dropping by my humble blog..
Post a Comment