Monday, August 08, 2011

Kerabu Ikan & Belimbing Buluh

 Kerabu ni kita lawan kan dengan telur goreng kicap kat bawah ni..budak2 tak makan ni..so they just makan telur ajelah..since tak masak lauk lain kerabu ni pun dah jadi side dish sebab ada ikan didalamnya.. sedappp..!!!!..

Kerabu Ikan & Belimbung Buluh
Sources:-From Sambal & Kerabu
Bahan2:-
1/2 cawan isi ikan keli bakar- (Ayu gunakan 2 ekor ikan kembung, dibersihkan dan dilumur dengan garam & kunyit, then dibakar dalam oven dan ambil isinya)
3 sudu besar kerisek
1 biji limau nipis-(Ayu gunakan 2 biji limau sambal)
6 biji belimbing buluh dihiris
1 batang bunga kantan dihiris-(Ayu gantikan sikit daun kesum dihiris)
taugeh secukupnya -(Ayu tambah)
10 tangkai cili padi dihiris
1 tangkai cili merah dihiris-(Ayu tak letak ni sebab cili padi ayu dah lebihkan)
3 ulas bawang merah dihiris
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara Membuat:-
Campurkan isi ikan bersama semua bahan hirisan, kerisik, garam & serbuk perasa secukupnya. Gaul rata hingga sekata.  Hiaskan dengan daun ketumbar dan cili hiris.Sedia dihidang.

Note:- Kerabu ni sedap dimakan selepas beberapa minit digaul..sebab bahan2 sudah meresap & taugeh dah tak rasa mentah..

6 comments:

ijayuji said...

Alaaaaaaaa...mak ayu niii manalah nak dpt belimbing buluh kat siam niiii dah lah mmg dah lama mengidam belimbing buluh! huh! mak ayu poskan pokok belimbing buluh ke siam ok! ahahaha..dapnyerrrr!!! Sian PAKWE dgn adik ipar kena paksa makan telur kicap jerrr yaa wakakaka...

mawarseri said...

aduhaiiii...terliurnya kita, kat india ni pun x dak belimbing buluh....ikan pun susah nak dpt coz skang monsoon...**mlm td baru mimpi pokok belimbing buluh kat kg berbuah byk...n kalau buat sambal belacan pun sodapppppp

TopsyTurvyMum said...

Haiyakkk!

Gambar camtu boleh meleleh air liur.hehe Kak sini takde belimbing buluh. Teringin gak belimbing buluh buat sambal hitam together2 ngan kerabu ikan ni.

Ayu said...

ijayuji - wakakakak...biorkan dia ..makan telur kicap aje..hahah..susah sangat nak kasi makan..cerewet semuanya tu ika..heheh
wah pos pokok belimbing ini belimbing pun jiran kasi akak..heheh

mawarseri - ooh mawar kat india ya..
memang pun kat sana susah nak dapat ikan ya..akak dulu pergi india asik menu ayam aje..susah nak dapat seafood..memnag betul buat samabl belacan pun sedapp..

ttm - ah nanti kalau ttm balik pahang ambiklah bawa balik ke oz..eh boleh ke bawa balik?..i heard nak bawa makanan ke oz ada susah sikit kan?..

Cheq Sue said...

hummmmm... sedey nih akak...mane nak cari belimbing buluh ni...

Ayu said...

Cheq Sue - oh kat tempat sue pun susah dapat ya..akak ingat kat sini aje..hhuhu