Friday, August 05, 2011

Sambal Serai Bebola Ayam

Assalam , dan selamat pagi..eh dah tengahari..hari ni nak masukkan beberapa menu yang seharusnya dah dimasukkan semalam..tapi kerana kepenatan dan mengantuk kita masukkan apa yang sempat ajelah ..macam biasa masih tengah fikir apa nak buat untuk berbuka hari ni..huhu..

Ok ini adalah menu sahur untuk puasa hari ketiga hari tu..actually dah pernah buat sebelum ni tapi belum sempat diuploadedkan, then kali ni buat lagi..so here it islah..menu 'sekali harung'..untuk my 2 boys & orang dewasa pun masuk sekali lah..hehe..recipe dari Naz, nampak Naz buat recipe ni menggunakan ayam juga..nampak pedas tapi kita dah kurangkan sukatan cilinya so oklah pada tekak kami..Thank you Naz for the recipe, tengoklah dah 2 kali buat baru sempat nak upload..
SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM

Bahan-bahan kisar :
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 30 batang cili kering (direndam)
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 6 batang serai (dihiris kasar)-(Ayu gunakan 2 batang aje)
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan lain :
  • 20 biji bebola ayam-(Ayu gunakan 10 biji aje)
  • 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)-(Ayu tak letak ni)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
  • 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.

7 comments:

ijayuji said...

Makkkkkkk ayuuuuuuuuu!!!!!!!! kita penatttttttt hihihi... baru balik dr bank terkejar kejar budak balik sekolah lagi kang nak hantar ank bujang g umah kwn jalan kaki lah pulak tuuu pheewww... kita bwkkan mak ayu kuih ni takut petang2 tak sempat singgah kuih serimuka felangiiiiiiiii :D selamat berbuka ya!

Yatie said...

Assalamualaikum Ayu,
menyelerakan sungguh sambal bebola ayam tu...terasa harum je bau serai tu..hehehe...berangan lama nak masak mcm ni tapi tak buat2..adoyai terliurlah plk..

Watierman said...

Assalam Ayuuuuuuuu Akak tak makan ayam tapi kalau buatkan untuk isi rumah yang ada tentu dia orang makan...nantilah Akak cari bahan2nya dulu...hehehe...nampak mengancam!

hazila said...

Salam Ayu,
saya suka masakan bersambal cam ni..

cik cek said...

Ayuuu...

Sedapnya menu sahur...emmmm...mesti selera budak2 mkn....Kak cek sahur memang tak mkn nasi...cukup secawan air kopi ngan 2 keping roti bakar...Wah!...:)

Mylady said...

Salam Ayu..

Ermm..salah satu menu sahur yang menarik ni..bolehlah mylady cuba nanti..hehehe..:-)

Ayu said...

ijayuji - ika!!!!..thanks for the kuih tu ya....sedap anak antu ni bikin..wah hari ni round the world ya..penat bertambah lagi sedang berpuasa kan...take care ajelah ika ya..

yatie - walkslm, heheh..yatie , cubalah kita dah 2x buat..anak2 suka..so lauk sekali harung untuk orang dewasa..hehe..memang harum bau serai tu yatie..

watierman - walkslm, heheh..kita tau akak bukan peminat ayam..hehe..cubalah kak..simple2 aje ni..hehe

hazila - walkslm, kita pun suka zila..simple dan cukup untuk lauk ni dah..hehe

cik cek - wah kak cek tak makan nasi untuk sahur ya..padanlah nampak badan slim & cantik aje..kita ni macam tong kak cek..sahur kena makan nasi..kalau tak siang lembik aje..hehe

mylady - walsklm, cubalah mylady..simple aje..heheh..