Friday, August 12, 2011

Sotong Berkuah Telur

Lauk sahur, untuk puasa 9..sotong berkuah telur..layan ajelah ya..banyak nak kena catch up ni..heheh
baru iftar 8 huhu...thank you puan punya recipe for sharing  recipe  sempoi tapi sedap ni..

Sotong Berkuah Telur
Sources:-From Rohaisha@myr.com
Bahan2 (Hidangna untuk 7 orang)
  • 600 gm sotong (potong kecil)
  • 1 biji telur (boleh tambah telur jika mahu)
  • 1 biji bawang besar (hiris memanjang)
  • 5 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 4 biji cili besar merah (2 utk ditumbuk dan 2 lagi untuk hiasan)
  • 2 cm halia (dihiris halus/memanjang)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 @ 1 cawan air
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • Minyak masak untuk menumis
  • *Boleh titikkan serai untuk menambah rasa wangi
  • *Bahan yang ditumbuk tidak perlu ditumbuk terlalu halus

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besar dan halia.Biarkan seketika.
  2. Masukkan pula bahan yang ditumbuk dan biarkan sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit gula.kacau rata.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup kuali dalam masa 2 minit sahaja. (*jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat).
  4. Masukkan garam dan kemudian pecahkan telur.Kacau sebentar dan tutup api.Taburkan Hirisan bawang merah.

4 comments:

Anawahid said...

bini tua!!!... kuarkan lg apa menu yg dok simpan dalam tudung saji tu, kat sini og dh start jual mercun, jan sampai bini tengah ni antor mercun kat bini tua... hahahaha...cepat kuarkan lg... hihihi

hazila said...

Ayu, saya tak pernah masak lauk untuk sahur lagi. Bangun sahur hanya minum hot drinks dengan biscuit saja.

ijayuji said...

Bini tuaaaaa haaa... wakakakaka sekeh kak anawahid :D sotong my fev! sedapnyer kak, kalau lah berjiran kan kak, eh? bukan kalau lah serumah kita tolong basuh pinggan jerr kikiki...

Ayu said...

anawahid- wah!!! bini tua tadi terketar2 menaip..kelam kabut ler..nak siapkan untuk iftar..jam dah pukul 4..hapak pun belum siap lagi..haha..

hazila - oh rumah kita kalau sahur kena makan nasi, sebab kalau tak makan nasi..nanti siang semua muka lembik lotek..hahah..kita berbuka mee itu sebab sahur kena makan nasi..

ijayuji - oooo..anak antu aka bini muda..tolong basuh pinggan aje ya..
cubalah kalau tak kena reject nasib..wakakaka..kena tolong masak tau lain kali..hahah