Tuesday, October 18, 2011

Singgang Tumis Asam Jawa

Actually lauk ni adalah gandingan dengan ayam masak bawang putih hari tu..also lauk dibulan Ramadan..Since lauk ayam tu tak berkuah dan senior citizen tak nak makan ayam, kita masak lauk ni for anak2 ambil kuahnya dan isi ikan untuk orang2 dewasa..Biasalah kan..lauk simple2 ginilah yang laju aje time bulan puasa...Terimakasih buat CheMat for sharing lauk yang simple yet sedap ni ..akak mohon dipanjangkan disini pula ya..


Singgang Tumis Asam Jawa
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kerisi, buang sisi, siang, cuci bersih dan toskan
1 batang leek, kerat kecil dan rendam
1/2 cawan jus asam jawa
1 kiub pati ikan bilis "maggi" (optional)
Air secukupnya
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan secubit gula
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
2 biji cili merah, belah 2 setiap satu-(Ayu gunakan beberapa cili padi diketuk)
3 tangkai daun sup, hiris halus
1 biji tomato belah 6

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng, tapi jangan garing, cuma embal2 sahaja. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan serbuk kunyit hingga harum. Tuang air secukupnya. Masukkan leek dan juga kiub ikan bilis, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan, dan juga jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Bila mendidih, masukkan hirisan daun sup (tinggalkan sedikit untuk hiasan), dan juga tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur baki daun sup tadi..

4 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Kalau lauk cam gini..singgang2 atau rebus si shasha n along anak mama mmg antu. Tapi si Nazli tak suka plak kalau nk msk kena msk lauk lain leceh lah Ayu... so mama msk bila Nazli tak de hehehe mcm itek kakak2 dier mkn termasuk lah mak dier sekali :)

Ayu said...

mamahawa - haha..betul tu ma, kita pun suka lauk2 gini ada kuahnya boleh hirup2..kalau lagi pedas lagi best..budak2 kita tak kisah kuahnya apa ma, asal ada lauk ayam goreng to go along they makan diam2 aje..hehe

azizah@cutemamadelicacies said...

Slmt pagi ayu.. suka intai ur blog.. mcm mcm ayu celoteh.. bagus jugak gunakan word "senior citizen" drpd org tua.. tua sngt bunyinya.. hehe

Ayu said...

azizah - hehe..slmt malam kak za, sorry lamabt reply message..thanks kak sudi jengah dapur kita ni..haha..next time nak gunakan word 'warga emas' pulak..hehehh ..pun tak bunyi tua sangat kan..hahaha