Pertama kali kita cuba masak menu berpetai!! Pertama kali juga kita makan petai!!!!..hehe..Teruja bila tengok ada ikan masin dalam recipe ni..Apa nak kita katakan memang terangkat sedapppp..Memang menu pembuka selera dan menu kalau tak ada lauk lain ....makan dengan nasi panas tak toleh kiri dan kanan ..tunduk aje menyental..hahaha
Sambal Petai Cili Hijau
Adapted from:- Sambal Cili Hijau@sajionline
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2 keping isi ikan tenggiri masin yang dalam botol -diambil isinya sahaja
*6 biji cili hijau
*segenggam cili padi hijau
*1 biji bawang putih
(*bahan dikisar kering halus)
segenggam petai
1 biji bawang besar dihiris nipis
1 sudu kecil cuka
garam & gula secukup rasa
Cara:-
Panaskan sedikit minyak, goreng isi ikan masin dan hancur2kan. Masukkan bawang besar hiris tumis hingga layu. Masukkan bahan2 kisar dan masak hingga naik minyak dan garing. Masukkan garam, gula & cuka, Akhir sekali masukkan petai. Gaul rata agak2 petai dah empuk matikan api. Sedap dimakan dengan nasi putih panas!!..
8 comments:
Ayu...salam.rindu.. percaya tak kak ros tak pernah masak petai seumur hidup ni.Sebab tak makan petai..Selamat hari Raya ya.Sambal tu boleh buat cicah nasi impit ya???ganti kuah kacang!! hihihihi
Kak Ros, salam rindu juga kak..hahahha.kita nilah kali pertama makan petai!!!! dah masuk asar ni tau..hahah ermm not bad rupanya rasanya cuma bau dia tulah yang tak tahna..hahaha..
salam kak ayu...selamat hari raya... nampak sedap sambal tu...
yatiali - walkslm, selamat hari raya to yati juga ya..dah lama tak dengar berita yati..sihat ke tu?..
salam ayu...jaga2 nanti toilet berbau:)
ini kalo makan ngan nasi panas n ikan goreng..lagi sedap kalo ikan pekasam..perghh!
marsita - walkslm, hahah..toilet bau tak kisah sangat..mulut bau tu yang tak boleh angs..hahaha..
faa rosli - memnag sedap ni faa, dalam menu ni dah ada ikan masin lagi lah selera tau..hehe
Post a Comment