Thursday, February 28, 2013

Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing

Ha..ini pertama kali masak lauk guna tempoyak..sebelum ni..memang tak terbayang atau tak terfikir langsung apa rasa tempoyak ..in fact tak teringin punn, yalah sebab dia asal dari duriankan..paham2  aje ler...hehe..Disebabkan banyak lauk pauk yang dalam internet ni yang kita tengok ada bubuh tempoyak dalam masakkan mereka, jadi teringin pulak nak mencuba..So time kita masuk JB, kemarin..kita ternampak ler tempoyak belilah juga sebab nak try apa rasa tempoyak ni kan..

Surf punya surf terjumpa lauk ni kat dapur Zalinah, kebetulan kita ada beli belimbing buluh dan tercari2 recipe apa yang kena sebab ikan tenggiri pun ada juga, cuma petai aje tak ada..
So terjadilah lauk lemak tempoyak tenggiri & belimbing ni without the petai..

Alhamdullilah, lauk ni habis hingga ketitisannya..hehe my dad suka sangat lauk ni..yalah first because lauk lemak memang dia suka..then ada letak tempoyak lagiii dia suka..hehe..
For me pulak, yang tukang masak, pertama kali makan lauk bertempoyak..boleh tahan sedap ..tak berapa rasa 'kedurianannya' tu..hehe cuma rasa masam ajelah kan..so pass, lain kali boleh dimasak lagi guna tempoyak..:)
Terimakasih buat Zalina kerana berkongsi resipi lemak tempoyak ni ya..sedapp..kita minta izin dipanjangkan disini pula untuk rujukan masa akan datang ya..

Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing
Adapted From Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing Berpetai
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan :
6 keping ikan tenggiri-(Ayu gunakan 4 keping)
3 papan petai-(Ayu tak letak ni)
15 biji belimbing buloh
1 helai daun kunyit - dihiris halus-(Ayu carik2 aje)

2 batang serai - dititik
2 sudu besar tempoyak
4 cawan santan-(Ayu gunakan 1 kotak santan kara, dan sedikit air aje)
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji ciliapi*
1 in kunyit hidup* - semua bahan*dikisar


Cara-cara :
Masukkan santan, tempoyak, serai dan semua bahan yang dikisar halus didalam periuk. Masak diatas api perlahan.
Masukkan ikan dan kacau hingga masak.
Masukkan belimbing buloh dan petai. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit dan tutup api.
Sedia dihidang.

8 comments:

Marsita Yahya said...

mmg terbaekkkk!

Ayu said...

Marsita - betul tu kita baru ni first time makan tempoyak..heheh sedap rupanya kan..:)

ady said...

as-salam kak ayu.
that looks INCREDIBLE!!!!sedapnye lemak tempoyak..kat sini mana ada jual tompoyakkan kak ayu..kalau kat johor tu adalah..

Ayu said...

ady - walkslm,..aah ady akak jumpa tempoyak kat JB..kat sini memang tak tahu kat mana ada jual..mayb geylang ada tak?...ady pandai makan tempoyak ya?..malu lah akak..dah tua2 ni barulah first time makan..kuikui..

skuterlady.blogspot.my said...

huhuuu... sedap giler!!

Sugus said...

Erm kakak, saya tak tau lah kalau saya je yang kena macam ni, tapi setiap kali saya nak buka post kakak, dalam 0.5 minit camtu dia akan redirect ke link lain, contohnya macam ni

http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/2013/02/lemak-tempoyak-tenggiri-belimbing.html#axzz2MGFMjM2v

Ini saya komen pun kena klik link post komen laju laju. Thought of letting you know, mana tau ada apape kan. :)

Ayu said...

lady scooter - heheh suka tempoyak ya..:)

Ayu said...

sugus - thank you ya sugus for the info..akak baru buka blog baru tadi..aah memang that url keluar..akak dah delete ..it comes from the lagu2 punya website..
waduh gelebah sekejap tadi..thanks again dear..muah!!!