Friday, March 08, 2013

Ayam Masak Putih

Pernah dengar ayam masak merah, ayam masak hijau, ayam masak hitam, Ayam masak kuning pun ada.. tapi baru ni dengar ayam masak putih...hehehe..asalnya nak cari recipe daging, then terlencong ke daging masak putih, tup2 terus terbekenan dengan ayam masak putih ni..tengok bahan2nya semua ada kat rumah..then nak masaknya pulak senang dan tak renyahlah senang cakap..terus project on..verdict boleh tahan sedap juga..anak2 suka sebab tak pedas especially siMarsyalah...yang suka pedas, boleh tambah cili padilah ya...kita makan dengan sambal belacan ajelah sebab kita ni kalau tak ada pedas memang makan ada sikit slooooww...hehe..tapi lauk ni sedappp...

Recipe asal kita dapat kat dapur Ezzah yang dapat dari temannya, walaupun Ezzah tak kasi sukatannya, kita buat ikut sukatan kat rumah kitalah ya.. well actually agak2 juga ni..so kalau teman2 nak cuba bolehlah adjust ikut selera teman2 ya..Terimakasih buat Ezzah & juga temannya kerana berkongsi recipe ni ya..

Ayam Masak Putih
Adapted from Dari Dapur Ezzah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 ekor ayam dipotong ikut suka basuh bersih dan lumur dengan air asam toskan (untuk menghilang hanyir ayam)
*1 biji bawang besar
*3 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
*1 inci halia
*2 batang cili hijau-(Ayu tambah)
*2 batang cili merah-(Ayu tambah)
(*bahan dikisar)

1 cawan santan pekat
1-2 batang serai dititik
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 biji lada merah dihiris-(kalau nak pedas boleh tambah atau guna cili padi)
2 biji lada hijau dihiris-(kalau nak pedas boleh tambah atau guna cili padi)
air secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Perap ayam dengan garam & kunyit, goreng dan ketepikan.
Kurangkan minyak kalau gunakan minyak menggoreng ayam tadi. Tumis bahan2 kisar bersama dengan serai hingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Tambah air, ikut selera banyak mana,(Ayu tambah air hampir menutup ayam. Biarkan mendidih. Masukkan santan, gaul lagi  sehingga sekata dan masukkan garam & serbuk perasa. Bila agak2 ayam dah meresap, masukkan hirisan bawang besar dan lada merah & hijau tadi . Gaul hingga rata. Rasa apa yang kurang, kalau semua dah ok, matikan api dan siap untuk dihidang..

No comments: