Wednesday, April 30, 2014

Cempedak Masak Lemak Putih

Semasa kita hantar baju raya hari tu kat JB, kita sempat pergi kepasar Larkin..cari sayur2 kampung dan beli apa2 yang patut..kita nampak sayur nangka muda..tapi bentuk dia tu macam lain sikit..dalam hati ah mungkin ini nangka muda anak lagi..sebab selalu kalau beli dia dah siap potong2 dalam besar tapak tangan or bentuk 3 segi..ambillah 2 belah..kira macam sebiji nangka anak yang kecil...
Sekali bila bawa balik, kita siangkan nangka tu, rupanya itu bukan nangka muda lahhh..itu cempedak muda ler, sebab ada seulas cempedak yang dah jadi buah, tapi masih putih lagi..sabor ajelah.. memang confirm mata aku dah cemehhh!!..tak kenal nangka & cempedak..yalah siapa sangka itu cempedak..sebab dalam hati memang so far jumpa only nangka mahhh....tak pernah kita nampak cempedak muda dibuat sayur..tapikan tapikan..sedapp pulak cempedak sayur ni  buat lauk..lagi lembutlah pada kita...My dad suka lauk ni..eh kita pun..masak lemak putih tapi letak cili padi..selalunya lemak putih just lada hitam ajekan..kita kasi sedikit pedas disitu ..sikit aje...:)


Cempedak Masak Lemak Putih
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction

BAHAN:
1biji cempedak muda (rupa macam nangka muda)
1 kotak kecil santan pekat (200ml)

1 batang serai diketuk
1 sudu kecil belacan serbuk
1 helai daun kunyit disimpul

*5-10 biji cili padi -(ikut kepedasan)
*1 1/2 camca besar udang kering, rendam 
*1 biji bawang besar
*2 bawang putih
*1 sudu kecil serbuk lada hitam

Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

CARA:

  1. Cempedak dipotong sederhana kecil dan rebus hingga empuk. Tambah air dan masukkan, bahan2 kisar* serta serai. Masak hingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan masukkan santan pekat, belacan, serbuk lada hitam dan daun kunyit. Tambah garam & perasa. Kacau rata dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Bila semua dah sebati boleh matikan api. Siap untuk dihidang.

Monday, April 28, 2014

Nasi Minyak II, Daging Haryali & Pajeri Nenas

Nasi berperisa lagi..agak2 kalau dah lama tak masak nasi berperisa, the following week mesti tekak ni menjerit2 nak makan nasi bewarna ni..dulu kita pernah kata Mr Hubby tak minat nasi berperisa macam ni..tapi sekarang uh..dia makan tau..hehehe..kalau dulu kita cakap kita masak nasi minyak ke nasi beriani ke, mesti dia cebikkan bibir dia..tahan dia suruh kita masak 'maggi'..ah sekarang bukan main makan lagi weh!!!..hehe...Tulah dia pukulan kita selalu masak nasi macam ni sebab anak2 suka sangat nasi gini..so the father got no choice dah terikut suka juga..hehe...
ke kita masak sedap ah?..wakakaka...perasan kejap...:)

Kali ni kita cuba pulak masak nasi minyak recipe lain pula..recipe dari Tulip77 kat myresepi tu..Sedapppp..kita lawankan dengan daging haryali dan pajeri nenas.
Daging Haryali resepi asal guna daging kambing..disebabkan kita tak makan kambing..kita tukarkan kedaging lembu..pajeri nenas pula kita buat style macam pajeri nenas orang kahwin kat Singapore ni..tak gunakan rempah tapi just plain natural taste..

Nasi Minyak
Sources:-Tulip77@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(6 orang)
  • 1/4 cawan minyak sapi
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 2 biji bwg besar,dihiris
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji lada putih,ditumbuk
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu cair/fresh milk
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 1/2 cawan kismis
  • 3 helai daun pandan
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam 


Cara-cara


  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan lada putih.Goreng selama 5minit.
  3. Masukkan beras,air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
  4. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.



Daging Haryali
Sources:-Mumtaj Begum Bte Omar
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg daging kambing, cuci bersih dan potong ikut suka hati, tos-(Ayu guna daging lembu)
2.5cm kayu manis
5 biji buah pelaga dititik
4 biji bawang besar dihiris halus
5 batang lada hijau, belah dua jangan putus(boleh lebihkan jika perlu)
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 biji tomato didadu
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili -(Ayu tambah)
1 sudu makan tomato puree-(Ayu tambah)
1/2 cawan daun ketumbar
2 cawan air + 11/4 cawan lagi
1/4 biji kentang(untuk memekatkan kuahnya)-(Ayu gunakan 2 biji hiris tebal)
1/4 cawan badam
1/2 cawan tairu
3 sudu makan santan pekat
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:-
Kisar halus badam, tairu, santan pekat dan 1/4 cawan air. Ketepikan_(Ayu guna blender kering)
Panaskan minyak didalam periuk dan tumis kayu manis dan buah pelaga sehingga meletup-letup.
Masukkan hirisan bawang dan lada hijau dan tumis sehingga bawangnya lembut. Masukkan pula pes halia dan pes bawang putih dan tumis lagi sampai naik bau. Setelah itu masukkan tomato dadu dan kacau rata. Biarkan ia masak selama 5 minit lagi. Barulah dimasukkan bahan2 serbuk dan daun ketumbar. Tuang 1 cawan air, kacau rata dan tutup periuk.

Kecilkan api dan renihkan selama 5 minit, sehingga rempah berpisah dari minyak. Kemudian masukkan daging kambing, kacau rata selama 2 minit. Tuang lagi 21/4 cawan air, masukkan kentang dan garam. Masak lagi sampai daging lembut dan naik minyak. Diperingkat ini hendaklah dikacau selalu. Kemudian matikan api. Taburkan lebihan daun ketumbar, tetapi jangan dikacau lagi. Semasa hendak menghidang barulah dikacau.

Hidangan ini lebih lazat jika disaji sekurang2nya satu jam selepas dimasak. anda boleh juga masukkan kentang sebiji dua jika suka. Masukkan semasa dagingnya sudah masak 3/4 empuk. Paling enak disajikan dengan roti perancis, roti perata atau nasi minyak.


Pajeri Nenas
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 biji nenas dipotong dan buang tempuluhnya
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
4 cengkih
3  biji pelaga
5 biji cili padi merah/hijau
1 biji cili merah dibelah dua
1 biji cili hijau dibelah dua
2cm halia dihiris
2 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil biji sawi
1/4 cawan air
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
garam & serbuk perasa

Cara:-
Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih & pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang besar & bawang putih hiris, biji sawi serta serbuk kunyit. Kacau hingga layu. Masukkan gula, cuka, garam & perasa dan air.Masukkan nenas yang telah dipotong/hiris tadi serta cili. Gaul rata sehingga nenas masak & lembut.

Thursday, April 24, 2014

Italian Nutty Cake

Tahun ni kita tak buat banyak research untuk my own birthday cake..cuma basically nak tukar sikit dari normal chocolate kek ..tak peduli kalau rakyat jelata suka makan ke tidak..tapi nak lari sikit dari coklat..apa2 pun kek sendiri so sendiri decidelah kan..hehehe..Kita decided to try buat kek Italian Nutty Cake ni..actually kita dapat recipe dari Chef Asma, semasa mengikuti klassnya beberapa tahun yang lalu..tapi disebabkan kita salah gunakan loyang untuk buat kek tu..the whole kek tak jadi ler..waktu tu dah jam 8 lebih malam, bahan2 yang digunakan dalam tu pulak ada yang dah habis ..nak pergi ke baking store jauh sikit dari rumah..so nak tak nak kita decided to just use tepung sponge cake aje yang terdapat dikedai berdekatan..cuma kekacang karamel dan buttercreamnya aje kita ikut dalam recipe tu, tapi kita dah adjusted according to my findings....keknya pula kita bagikan kepada 3 perasa, coklat oren & pandan..tengok tu coklat mesti ada juga..hehe..

My mum commented kek kita ni kek macam orang dulu dulu..hehe..sabor ajelah kan..sebab dia kata kek kita gunakan banyak buttercream..Iyoler selain coklat & buttercream/freshcream..itu ajelah kita suka makan..kalau nak guna fondant atau cheese topping..kita tak reti nak deco dan tak berapa gemar rasanya, sebab too sweet for me untuk fondant dan muak untuk cheese dan anak2 pun tak berapa suka sangat....alangkan kita letak sedikit cheese frosting dalam certain cake yang pernah kita buat..anak2 tak berapa makan ler..Basically they only eat cheese yang dalam savoury food aje like spaghetti, pasta or pizza dan lain2..:)

Kek ni & juga Italian buttercream ni sedapp tau..dia tak muak dan tak manis sangat...just nicelah..Kena pulak dengan kekacang karamel..memang sedap sangat..kita suka suka suka..
If you noticed, deco kek2 yang ada kat blog kita ni adalah tidak setaraf  dengan yang arif buat kek...semua deco yang kita buat adalah hasil dari 'squeezing' the idea dari kepala otak sendiri..of cos kita referlah kat internet untuk dapatkan idea...so the outcome apa yang termampu ajelah kan..Kadang2 kita terasa kerdil  dan terasa malu juga nak tayang kek2 yang kita buat kat blog, difacebook or instagram untuk tatapan teman2 dan pengunjung laman2 ni semua...yalah mungkin ada setengah orang akan  berkata..'kek macam tu rupa pun nak tayang juga'.. gulpp..hehehe.....
Ok lets go to the recipe.



Kek Sponge
Adapted from Kek Marble Optima
Sources:-From Kak Fida@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-bahan (Ayu gunakan 3 loyang leper 8 in)
  • 250 g mentega - dicairkan
  • 6 biji telur - A
  • 350 g tepung Optima-(Ayu gunakan Super Sponge Cake Mix or Tepung Campuran Super Sponge)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 -3  warna pilihan - serta perasa pilihan.
Cara-cara
  1. Telur dan tepung dipukul hingga kembang
  2. Masukkan mentega cair dan esen dan kacau hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan 1 sudu besar oren emulco + sedikit pewarna oren. 1 bahagian dicampur dengan 1-2 sudu teh perisa/paste  pandan + sedikit pewarna hijau. 1 bahagian lagi dicampur dengan 1 sudu besar chocolate emulco + 1 sudu besar cocoa powder. Ataupun ikut selera masing2.
  4. Bubuh adunan  ke dalam 3 loyang berasingan dan bakar hingga masak pd suhu 160C-170C atau ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan di atas redai kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
  6. contoh tepung Optima :-boleh lihat disini
  7.  Susun lapis pertama kek ikut suka perasa apa. Sapukan buttercream diikuti dengan  taburan kekacang karamel.
  8. Lapiskan dengan kek seterusnya dan ulangi step no.7, hingga habis. 
  9. Crumb coatkan kek dan masukkan dalam fridge selama 30 minit.
  10. Keluarkan kek dan hiaskan dengan balance buttercream tadi.Kalau nak warnakan ambil sedikit buttercream dan campurkan dengan pewarna kesukaan.

Kekacang Karamel
100g gula kastor
100g kekacang(walnut, almond, kacang tanah)- yang sudah dibakar. -(Ayu gunakan walnut)

Cara:-
Panaskan gula sehingga menjadi karamel, selepas itu masukkan kekacang.
Cepat2 tuang adunan diatas kertas atau silpat mat ratakan dan sejukkan.
Bila dah sejuk boleh dicincang halus.

Italian Buttercream
(A):-
200g gula kastor 
100ml air
Panaskan gula & air sehingga mendidih, gunakan garfu untuk meniup seperti belon.
(Ayu masak gunakan thermometer hingga 110c atau hingga gula larut)

(B):-
3 biji putih telur grade A

(C):-
500g butter- dipotong kecil-kecil(mesti gunakan butter sejuk)
1 sudu teh vanilla essen

Cara:-
Masak bahan (A) sehingga mencapai 110c. Sementara menunggu air gula masak putar (B) putih telur sampai kembang. Apabila air gula dah masak terus tuangkan pelahan2, kedalam putih telur tadi. Putar lagi sehingga adunan sejuk dengan menggunakan whisk. Apabila adunan sejuk masukkan (C) butter sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul sehingga krim sebati dan kembang dan masukkan esen vanilla. Boleh lihat video macam mana nak buat Italian buttercream. Italian Buttercream



Wednesday, April 23, 2014

Terung Goreng Sambal Beraroma

Menu yang dah lama kita masak baru ni nak update..Masak ni  tahun lepas ler....Kita kalau sayur terung suka juga makan, kalau ada beli tu selalunya tak sempat nak buat apa2, selalunya my mum suka masukkan dalam asam pedas atau kari, kalau dia terpingin nak masak lah....so this time, kita beli terung sebab dah aim nak buat lauk ni.. kebetulan Yatie pun ada masak lauk ni waktu tu..so lagilah ternguap2 nak buat..My mum and me suka this dish..dad tak berapa sangat makan terung dan Mr Hubby pulak not in town waktu ni...anak2 jangan haraplah makan sayur..so 3 biji terung share dengan mak..Terimakasih ya puan punya recipe Faudziyah, sedap lauk ni ..minta izin dipanjang2kan disini pula untuk rujukan masa akan datang..:)


Terung Goreng Sambal Beraroma
Sources:-From Faudziyah Hj Ariffin
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN A
6 biji terung sederhana Panjang (dibelah 2)

BAHAN B
4 tangkai daun kari

BAHAN C (Di blend semua sekali tapi jangan terlalu hancur)
2 biji cili merah
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit belacan

BAHAN D
2 Camca besar Sos Tiram
1/2 sudu teh Perencah Maggi 'Cukup Rasa'-(Ayu gunakan serbuk perasa)
 (*Penting. Dengan ada nya perencah ini tidak memerlukan kita menambah asam dan lain-lain bahan tambahan)
sedikit garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung (~ 3 minit saja) dan diangkat.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan Bahan C dan Bahan D. Kecilkan api dan masak sehingga menjadi sedikit pekat dan terbit minyak dari kuah sambal.
4. Angkat dan tuangkan keatas terung yang telah digoreng tadi. Siap


Tuesday, April 22, 2014

Mee Malaya

Menu sarapan, makan tengahari, minum petang atau makan malam..bila2 pun boleh...Mee Malaya recipe ni dari buku yang sama dengan Mee Boyan..kalau diteliti bahan2nya..ia tidak menggunakan bawang putih tapi just bawang besar/merah aje dan gunakan cili hidup instead of cili kering....satu kelainan juga mee goreng Malaya ni, manis bawang dan daging serta airnya dan masam2 dari tomato sos dan tomato potong tu cukup semuanya..masam manis dan masin(garam)...Rasanya macam  mee goreng yang kita pernah beli dulu time nak masuk kerja beli untuk sarapan..heheh..Makcik tu akan bungkus dalam daun pisang harga S$2.50..bubuh telur mata lembu kat atas..perah lime juice ..aduh..slurppsss..makan sekejap aje dah habis...kena makan cepat lagi pun takut boss nampak, masuk kerja bukan nak terus start kerja tapi makan pulak hahaha..


Actually kita dah beberapa kali buat Mee Malaya during my absence  dialam maya ni..sebab bahan2 dalam tu ada daging..itu yang sekejap aje habis bila digoreng..Kalau nak cuba sila2kan lah ya..oh ya Mee Malaya ni tak ada bubuh telur ..maybe kalau nak goreng telur mata lembu then put aside ajelah ya..




Mee Malaya
Sources:-From Aini Salim@Masakan Singapura
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg mee kuning
200g sos tomato-(Ayu agak2 gunakan 4-5 sudu besar )
3 biji tomato dipotong 6-(Ayu gunakan 1 biji besar aje)
300g sawi-(Ayu agak2 aje)
300g taugeh-(Ayu agak2 aje)
1/2 cawan minyak
250g udang dibersihkan
250g daging- dihirs nipis-(Ayu rebus dengan sedikit halia kisar dulu)
250g sotong dibersihkan dan hiris-(Ayu tak ada stok)
*7 tangkai cili merah-(Ayu gunakan 20 biji cili padi merah)
*3 labu bawang besar-(Ayu gunakan 2 biji )
*(bahan dikisar)
1 kiub lembu-(Ayu tambah)
garam & serbuk perasa secukupnya

Bahan Hiasan:-
Limau kasturi dibelah 2
cili hijau
daun sup
daun bawang
*(bahan2 ini kalau ditambah akan  added to the taste, lagi enak)

Cara Menyediakan:-
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan daging dan sedikit air jika perlu.Biarkan seketika. (Ayu gunakan daging yang dah rebus dan gunakan airnya)
Masukkan udang dan sotong lalu balik balikkan.(Ayu masukkan sos tomato dan kiub lembu waktu ni juga) Masukkan garam lalu gaul rata diikuti dengan sawi, taugeh, tomato biji dan mee. Gaul rata dan goreng selama 5-7 minit.
Sewaktu menghidang taburkan dengan bahan hiasan.

Monday, April 21, 2014

Ayam Masak Usik

Ayam Masak Usik  ni diberi nama mungkin sebab bila dimasak kita usik2 dia aje..hehe..Ok actually tak tahu kenapa namanya begitu..apa2pun lauk ayam ni sedappp...haish macam2 masakkan ayam yang telah dicuba dan macam2 nama pulak tu..hahaha..
Senang nak masak ni..campak aje semua bahan2 tu.. 

Mungkin ada tertanya2..sejak 1 minggu yang lalu almost hari2 kita update..macam lain aje..macam tak macam Ayu aje..dah nak pencen ke?..hehe..mungkin ya kot?..mungkin kita nak clearkan gambar2 yang dalam draft/folder kita yang agak boleh tahan juga banyaknya..maklum ler, 6 bulan kemarin tak update so masak2 simpan masak2 masuk draft..so nak postkan as much as possible..
esok2 bila dah tak ada nanti faham2 ajelah ya..slow ajelah tu..atau pun terus lenyap dari alam maya ni..huhu..
Blog pun sekarang tak macam dulu..dah ramai teman2 yang senyap dan yang ada pun dah pencen dan tutup blog..Kita notice ramai blogger baru..mostly adik2 yang baru nak berjinak2 dalam main masak2 ni..Mungkin sekarang ramai yang post difacebook & instagram aje..sebab cepat dan tak payah nak susah2 macam blog yang boleh dikatakan mengambil lebih sikit masa untuk menyiapkan satu2 entry..dan of cos, kalau berblog ni lebih senang guna pc dari handphone..where else, instagram & facebook guna handphone aje dah siap..:)

Ayam Masak Usik
Sources:- None@mesra.net....
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg ayam (bersihkan dan buang kulit)
½ cawan minyak masak
50 gm bawang putih(kisar) -(Ayu gunakan 2 sudu besar)
50 gm bawang merah(kisar) -(Ayu gunakan 3 sudu besar)
50 gm halia muda(cincang halus) -(Ayu gunakan 2 sudu besar)
2 labu bawang besar (mayang)

1 camt serbuk ketumbar
1 camt serbuk jintan manis 
1 camt serbuk jintan putih-(Ayu tambah)
1 sudu besar cili serbuk (Ayu tambah)
1 camb serbuk kunyit
1 batang cili hijau/ 1 btg cili merah
1 biji tomato
garam, ½ camt lada sulah dan serbuk perasa




Cara:-
Gaulkan ayam dengan bawang merah, bawang putih, halia,serbuk kunyit, ketumbar, jintan dan lada sulah. Panaskan minyak, masukkan ayam. goreng hingga setengah masak, tambah sedikit air jika perlu.
Masukkan garam. Masak lagi, apabila hampir masak masukkan bawang besar, cili dan tomato yang telah di potong. Angkat.
Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi putih.

Friday, April 18, 2014

Udang Galah Rica Rica

Hari ni cuti umum diSingapura sebab cuti Hari Easter..anak2 tak bersekolah & Mr Hubby tak bekerja ..so kita mengambil kesempatan dengan cuti yang ada untuk masuk JB pagi tadi lagi kita dah keluar(scheduled postlah ni)..dah lama rasanya tak masuk JB..Masuk pun ada hal nak diuruskan..psst nak hantar jahit baju for raya..hehehe...kita memang suka hantar baju kat JB..besides pertukakaran matawangnya, jahitannya kemas dan cantik...Huish, marah kang tailor orang Singapore kalau baca ni..hehehe...sorry ya..:)

Kita kena hantar siang sebab kalau lambat tailor sana tak nak ambil lagi upah jahit baju...pernah kita lewat tak beli kain dan hantar cepat2..terus auntie tu tak nak walaupun regular customer..kalau nak pun lepas raya baru siap..terpaksalah tahun tu kita beli dah siap untuk satu keluarga, mahal pulak tu..

 Apa2 pun, kita tinggalkan blog kita ni dengan posting lauk udang galah..Recipe dari blog Kak Ummi ..masak ni tahun lalu..huhu...dapat udang galah sebab Mr Hubby & the kids pergi pancing kat kolam dapatlah dalam 1 kg udang galah..so kita surf the net cuba pulak recipe ni..sedapp tau..tak bedek cubalah kalau nak guna udang biasa pun boleh..Terimakasih kak Ummi minta izin dipanjangkan recipe ni disini pula ya..:)


UDANG GALAH MASAK RICA-RICA
Sumber Resepi: Majalah Sedap

Sources:- Kak Ummi @Home Swet Home 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-

  • 500 gm udang jerbung, agak besar (*akak guna udang galah)
  • 100 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air limau nipis (*akak guna lemon)
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 biji cili padi merah (*akak letak 5 biji padi hijau)
  • 1 cmhalia
  • 1 biji tomato merah/masak
Cara Memasak:-
  1. Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Perapkan udang dengan air limau nipis dan garam selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan udang dan kacau hingga berubah warna.
  4. Masukkan air, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  5. Masak sehingga matang dan rempah menyerap.
  6. Tutup api dan hidangkan.

Thursday, April 17, 2014

Ikan Kembung Masak Asam Tomato

Dah lama tak masak ikan masak asam ni..I was conflicting nak masak ni, masak kuali atau nak goreng taucu aje..then my my mum jawab masak asam dah ler..so terjadilah ikan kembung masak macam ni..air asam dalam lauk ni kita dah subsitutekan dengan tomato..sebab stok tomato macam over supply gitu..disebab kan tomato kita beli lebih ..then terdampar didalam vegetable compartment macam makan tempat gitu..jadi kita clearkan lah sikit2..

Bertambah nasi orang2 dewasa makan lauk ni..hehe..Sekali2 lauk simple macam ni masukkkk..hehe..

Ikan Kembung Masak Asam Tomato
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
7 ekor ikan kembung dibersihkan, lumur kunyit dan garam goreng ketepikan
2 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
10 biji cili padi dihiris-(ikut kepedasan sendiri)
2-3 sudu besar cili kisar
2 biji tomato dipotong dadu
air secukupnya
garam & perasa secukupnya


Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga naik minyak dan garing. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia.Gaul rata.Masukkan sedikit air kalau terlalu kering. Kacau sebati. Masukkan tomato dadu dan biarkan hingga tomato lembut. Perasakan dengan garam & perasa.Masukkan ikan dan gaul hingga kuah sekata ATAU curahkan kuah atas ikan.. siap utuk dihidang..

Wednesday, April 16, 2014

Daging Goreng Masak Kicap

In January & February 2014...2 bulan Mr Hubby long  MC sebab he tore his right leg achilles tendon..2 bulan jugalah, kita stress..hehehe..bukan stress apa..stress kena masak pagi petang!..haha..not complaining eh...tapi stress menu yang nak disediakan itu aje..ontop of that of cause 'shag'lah(penat)...

Kita kalau Mr Hubby kerja, masak satu kali aje sehari..yalah sebab malam aje dia makan ...siang sebab dia kerja..so bolehlah relax2 idling one cornerkan...
So bila dah buntu dan short of ideas belah petangnya tu.. kita bantai masak ni pulak..lauk daging favourite Mr Hubby & bujang sulung...

Daging Goreng Masak Kicap
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
800g-1kg daging batang pinang dihiris, rebus dengan sedikit halia kisar hingga empuk. Gaul kunyit dan garam ketepikan.
2 biji bawang besar dipotong bulat-(Ayu gunakan bawang holland)
2 biji cili merah dihiris panjang
2 biji cili hijau dihiris panjang
3 biji kentang dipotong bulat -digoreng ketepikan
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
2 sudu besar  crushed lada hitam 
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
air secukupnya
serbuk perasa kalau mahu

Cara:-
Panaskan minyak goreng daging hingga agak2 garing angkat dan ketepikan. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan bawang hiris & cili hiris, kacau hingga layu. Masukkan kicap dan air serta perasa. Biarkan menidih, masukkan daging goreng dan kentang goreng tadi. Gaul hingga sekata dan biarkan hingga kuah meresap kedaging dan kentang. Matikan api siap untuk dihidang. Tak perlu letak garam sebab kicap dan daging dah masin. Tapi boleh letak kalau perlu.

Tuesday, April 15, 2014

Ayam Goreng Halia & Daun Kunyit

Pada waktu kita masak lauk ni..kita dah kebuntuan idea terus..duduk depan fridge (bersila ok) tengok freezer compartment(bahagian bawah sekali) tu..Tenung ikan, ayam, sotong dan daging yang nyenyak aje dalam tu..huhu..

First fikir kuah apa..kita keluarkan udang ..ini lauk orang dewasa ler..then anak2?..Aduh..keluarkan ayam aje deh..masak apa?..itu nanti baru fikir..keluarkan dulu..
Last2 kita masak Lemak Cili Padi Udang & Cendawan, Peria Goreng Daging Kunyit..
Ayam macam nak goreng aje..tapi..goreng macam mana?..surf net type 'ayam goreng'..terus bekenan yang ni..hehehe.. Tengok recipe halianya dihiris dan bawang putihnya diketuk...kita gunakan halia & bawang putih kisar aje..sebab stok halia yang fresh dah kehabisan..
Alhamdullilah sedap lauk ni..Terimakasih puan punya recipe..:)

Ayam Goreng Halia & Daun Kunyit
Sources:-From Farihafaizal@myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 6 ketul ayam-bersihkan-(Ayu gunakan 12 ketul)
  • 2 jengkal halia-hiris memanjang-(Ayu gunakan 1 sudu besar halia kisar)
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk-(Ayu gunakan 1 sudu besar bawang putih kisar)
  • 1 labu bawang besar-potong bulat-(Ayu gunakan 2 biji)
  • 2 batang serai-tumbuk
  • 1 biji tomato-potong 4  
  • 5-8 biji cili padi diketuk-(Ayu tambah)
  • 1 helai daun kunyit-hiris nipis 
  • 4 sudu besar sos tiram-(Ayu tambah)
  • Sedikit air -(Ayu gunakan 1 mangkuk kecil air) & garam serta perasa
  • Minyak utk menggoreng&menumis

Cara-cara


  1. Goreng kesemua ayam yg telah dibubuh garam & kunyit sehingga kekuningan&masak.Angkat & ketepikan.
  2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak..tumis bawang putih & halia.(Ayu masukkan serai time ini & cili padi)
  3. Masukkan bawang besar juga.(Ayu masukkan juga sos tiram) Masukkan garam(sikit aje sebab sos tiram & ayam sudah digoreng dgn garam) & sedikit air.
  4. Masukkan serai & tomato..kacau seketika,masukkan kesemua daun kunyit.Biar seketika bolehlah ditutup api & tuangkan kuah keatas ayam yg telah digoreng.-(Ayu masukkan ayam dalam kuali dan gaul rata)

Sambal Jantung Pisang

Ini saki baki menu yang last few which was featured in Aroma Magazine..Kita pernah kata, semenjak kita berblogging, kita dah pandai makan beberapa bahan yang sebelum itu tidak terfikir dan terdaya untuk kita makan ..like cencaluk, petai, tempoyak dan jantung pisang ni..bila kita mula makan jantung pisang ni, terasa kesedapannya menyesal tak cuba sebelum itu..hehehe....satu lagi yang kita nak try yalah 'BUDU'..yang itu kita masih belum ada 'guts' untuk try..haha..dah pernah beli tapi kita tak 'sampai hati' nak makan, sebab baunya ler....sampailah dia expire..hahaha
sabor ajelah kan...

Anyway, jantung pisang ni dah banyak juga style kita bagaikan semua memang sedap..kali ni kita cuba style ni pulak..sedap ni..walaupun namanya ada sambal tapi ia seperti masak lemak gitu..Terimakasih buat CheMat kerana berkongsi recipe ni..akak minta halalkan ya mat sebab dah masuk majalah  dan sekarang nak masuk blog baru nak minta izin..hehe..Tak apalah ya..akak tak curi gambar ambil recipenya aje dan dah pun credit ke blog kan kan kan....:)

Sambal Jantung Pisang
Sources:-Florence Tan
Sources:-From CMG@TIFFINBIRU
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah (kalau jantung kecik, guna 2 biji)
8-10 ekor udang sederhana besar
5 biji bawang merah, hiris halus
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus

3 biji limau kasturi, perah jusnya
3/4 camca besar sambal belacan
200 ml pati santan-(Ayu gunakan 3/4 cawan aje)
3/4 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Jantung pisang, dibuang kulit luar hingga jumpa bahagian putih, belah 4 dan rebus dengan 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga jantung pisang lembut. Tos, biar sejuk dan perah kering. Hiris halus dan masukkan dalam satu bekas.
  2. Masak santan tadi hingga mendidih, masukkan udang, sambal belacan, gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan bila udang bertukar warna, matikan api dan sejukkan.
  3. Satukan cili hiris, bawang hiris dan daun limau purut bersama2 jantung pisang. Gaul rata. Tuang no. 2 dan gaul sebati. Tambah perahan jus limau kasturi sehingga mendapat tahap kemasaman yang anda inginkan. Gaul rata dan hidangkan segera.

Monday, April 07, 2014

Chocolate Truffle Cake

Assalam, apa2pun nak masukkan juga recipe Chocolate Truffle Cake for my own reference, senang kalau nak buat lagi, sebab ada sukatan yang telah kita adjust....This cake was for Iqram's birthday on 28th March yang lalu, genaplah 13 tahun bujang kedua kita tu....sedapp pada kami..My mum already ordered untuk buatkan my niece birthday next week..hehe..untuk keluarga dan anak sendiri oklah kita buatkan tapi kalau untuk order orang luar, ada sikit pressure & stress disitu...:)

Anyway, cake ni kita ambil recipe dari buku Martha Stewart..memang seronok tengok recipe2 dalam buku tu..semuanya kasi orang menjejes air liur..hehe..bekenan yang ni..of cos juga dalam gambar cake Martha lagiii lawa compared dgn kita punya, oh tepi kek tu memang kita sengaja buat macam tu tau..hehe....tak apalah kan asal edible dan kita buatlah mana yang termampu...nak deco susah2 memang comfirm kita mati kering buat cake tu..hehe...so here it is for my future reference dan sibuk2 masuk dalam blog sendiri ni ya..:)

Chocolate Truffle Cake
Sources:-Martha Stewart's Cakes
Adjusted, Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
1 cup + 2 tbsp unsalted butter room temperature.
1/2 cup + 1 tbsp best quality unsweetened cocoa powder-(Ayu used Valrhona cocoa powder)
1/4 cup + 2 tbsp boiling water
3/4 cup milk +1/4 cup(Ayu added this)
21/4 cups sifter cake flour(not self rising)-(Ayu used top flour)
3/4 tsp baking soda
1/2 tsp salt
13/4 cups sugar-(Ayu used 200g) -7/8 cup (half the amount of 13/4)
2 tsp vanilla extract-(Ayu used vanilla essence)
3 large eggs lightly beaten

Method:-
Use 3nos 9x2 inch round cake pans.(Ayu used 1 no. 8' round cake pan & cut to 3 slices)
Preheat oven to 180c. Stir cocoa into a medium bowl. Stir in the boiling water until smooth, gradually whisk in milk. Set aside to cool.

Whisk together flour, baking soda and salt in a bowl. With an electric mixer, beat butter until fluffy. Gradually beat in sugar, scraping down sides of bowl. Beat in vanilla.

Add eggs in one by one. beating well after each addition. With mixer on low speed, add flour mixture and reserved cocoa mixture a little at a time in alternate batches, starting and ending with the flour beat until combined. Divide batter evenly among prepared pans, smooth tops with an offset spatula. Bake rotating halfway through, until a cake tester comes out clean, 20-25 minutes. Transfer pans to wire racks to cool 15 minutes. Turn out cakes onto racks to cool completely.

With a serrated knife, trim tops of cakes to level. Place bottom cake layer on a cake stand or platter and spread evenly with about 11/4 cups of whipped ganache, top with second layer and 11/4 cups ganache. Top with third layer. Spread remaining whipped ganache over top and sides of cake to form a crumb coat, refrigerate until ganaches is firm about 30 minutes.(Ayu used own chocolate ganache, and did not whip it)

Chocolate Ganache
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
200ml whipping cream 
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.

Whipped Bittersweet Chocolate Ganache
Sources:-Martha Stewart's Cakes

1 pound bittersweet chocolate finely chopped-(454g)
21/2 cups heavy cream 

Method:-
Place chocolate in a large heatproof bowl. Bring cream to a boil over medium-high heat. pour over chocolate, swirling to cover completely. Let sit 10 minutes. With a flexible spatula or a small whisk, gently stir chocolate and cream until combined.

Refrigerate ganache stirring every 5 minutes until mixture is cool to touch. Whisk ganache until it just barely begins to hold its shape and is slightly lighter in colour. Do not overwhip, or mixture will become grainy(ganache will keep thickening after you stop whisking.)Use immediately.

POURED GANACHE VARIATION:
Omit step 2. At the end of step 1, let ganache sit at room temperature until just thickened, about 15 minutes. The ganache will get thicker as it sits, it should be pourable but thick enough to fully coat the cake.

Rich Chocolate Frosting:- (Ayu used half of this for this cake)

Sources:-Martha Stewart's Cakes
1/2 cup + 1 tbsp unsweetened cocoa powder-(Use normal cocoa powder good enough)
1/2 cup + 1 tbsp warm water
11/2 cups(3 sticks) unsalted butter room temperature
3/4 cup confectioner's sugar
21/4 tsp salt -(If use salted butter DO NOT add this)
11/2 pounds semisweet chocolate chopped melted and cooled.(680g)


Method:-(Sorry just updated 14/4/2014)
Whisk together cocoa and the warm water in a bowl until cocoa disolves.With an electric  mixer on medium speed, beat butter, confectioner's sugar, and salt until pale and fluffy, 3-5 minutes. Gradually beat in melted chocolate and then cocoa mixture until combined. Frosting can be refrigerated up to 5 days in an airtight container. Bring to room temperature and beat on low speed before using.

After covered the cake with rich chocolate frosting, Ayu top with shaved milk chocolate compund..:

Wednesday, April 02, 2014

Ketam Goreng Bawang Putih

Assalam, kalau nak ikutkan rasa hati, macam dah malas nak update blog ni..yalah kita tengok, sekarang semuanya macam seelooowww aje..hehe...tapi memandangkan recipe2 yang dalam draft banyak queueing kerana kita dah cuba....sayang pulak kalau tak dimasukkan kat blog sendiri ni...Tak apalah kita akan masukkanlah juga walaupun mungkin recipe2 biasa aje, untuk rujukan sendiri..:)

Recipe ketam ni actually kita adapted from recipe Ayam Goreng Bawang Putih..cuma kita added some ingredients here and there aje..dan tukar cara memasaknya...Another recipe yang featured dalam majalah Aroma..waduh..tak habis2 lagi ke menu yang featured dalam majalah tu?..heheh..Janganlah boring ya...adalah dalam 2-3 lagi..Menu ini sekarang dah jadi favourite Mr Hubby!!..Asal beli ketam suruh masak macam ni..kalau tidak selalu suruh buat Ketam Masak Kari aje..Masakkan ni kalau boleh pekat dan kering2 sikit ya..kalau cair tak berapa best kata Mr Hubby..iyoler, sebab, kita dah masak ni banyak kali dan yang ada tu tercair sikit..ada pula yang kita terlupa nak letak serbuk ketumbar, pun dia dapat rasa..sabor ajelah kan..

Lauk ni memang sedap buat ratah2 dan makan nasi sikit aje, eh kalau nak makan nasi lebih pun boleh..lawankan pula dengan any sayur goreng ..kita berebut2 makan dengan Mr Hubby..anak2 tak makan ketam..NASIB BAIK kan..hahah..dapatlah mak bapak dia orang makan lebih..haha..my parents pun tak berapa sangat makan ketam..so apa lagi..badokkk ler..hahaha..

Ketam Goreng Bawang Putih
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan.
10 biji bawang putih diketuk
7-10 biji cili padi diketuk -ikut kepedasan
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air anggaran
sedikit minyak untuk menumis
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Tumis bawang putih ketuk dan cili api hingga naik bau. Masukkan lada sulah, kunyit serbuk, serbuk ketumbar dan sos tiram gaul hingga rata. Masukkan  air, perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan ketam, gaul rata dan tutup kuali. Biarkan seketika dalam 2-3 minit, buka penutup dan gaul lagi sehingga rempah meresap dan sekata dengan ketam. Tutup kuali sewaktu memasak  hingga ketam bertukar warna, isinya nampak putih dalam 15-20 minit. Siap untuk dihidang.