Tuesday, April 15, 2014

Sambal Jantung Pisang

Ini saki baki menu yang last few which was featured in Aroma Magazine..Kita pernah kata, semenjak kita berblogging, kita dah pandai makan beberapa bahan yang sebelum itu tidak terfikir dan terdaya untuk kita makan ..like cencaluk, petai, tempoyak dan jantung pisang ni..bila kita mula makan jantung pisang ni, terasa kesedapannya menyesal tak cuba sebelum itu..hehehe....satu lagi yang kita nak try yalah 'BUDU'..yang itu kita masih belum ada 'guts' untuk try..haha..dah pernah beli tapi kita tak 'sampai hati' nak makan, sebab baunya ler....sampailah dia expire..hahaha
sabor ajelah kan...

Anyway, jantung pisang ni dah banyak juga style kita bagaikan semua memang sedap..kali ni kita cuba style ni pulak..sedap ni..walaupun namanya ada sambal tapi ia seperti masak lemak gitu..Terimakasih buat CheMat kerana berkongsi recipe ni..akak minta halalkan ya mat sebab dah masuk majalah  dan sekarang nak masuk blog baru nak minta izin..hehe..Tak apalah ya..akak tak curi gambar ambil recipenya aje dan dah pun credit ke blog kan kan kan....:)

Sambal Jantung Pisang
Sources:-Florence Tan
Sources:-From CMG@TIFFINBIRU
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji jantung pisang nipah (kalau jantung kecik, guna 2 biji)
8-10 ekor udang sederhana besar
5 biji bawang merah, hiris halus
3 helai daun limau purut, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus

3 biji limau kasturi, perah jusnya
3/4 camca besar sambal belacan
200 ml pati santan-(Ayu gunakan 3/4 cawan aje)
3/4 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Jantung pisang, dibuang kulit luar hingga jumpa bahagian putih, belah 4 dan rebus dengan 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga jantung pisang lembut. Tos, biar sejuk dan perah kering. Hiris halus dan masukkan dalam satu bekas.
  2. Masak santan tadi hingga mendidih, masukkan udang, sambal belacan, gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan bila udang bertukar warna, matikan api dan sejukkan.
  3. Satukan cili hiris, bawang hiris dan daun limau purut bersama2 jantung pisang. Gaul rata. Tuang no. 2 dan gaul sebati. Tambah perahan jus limau kasturi sehingga mendapat tahap kemasaman yang anda inginkan. Gaul rata dan hidangkan segera.

No comments: