Wednesday, April 16, 2014

Daging Goreng Masak Kicap

In January & February 2014...2 bulan Mr Hubby long  MC sebab he tore his right leg achilles tendon..2 bulan jugalah, kita stress..hehehe..bukan stress apa..stress kena masak pagi petang!..haha..not complaining eh...tapi stress menu yang nak disediakan itu aje..ontop of that of cause 'shag'lah(penat)...

Kita kalau Mr Hubby kerja, masak satu kali aje sehari..yalah sebab malam aje dia makan ...siang sebab dia kerja..so bolehlah relax2 idling one cornerkan...
So bila dah buntu dan short of ideas belah petangnya tu.. kita bantai masak ni pulak..lauk daging favourite Mr Hubby & bujang sulung...

Daging Goreng Masak Kicap
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
800g-1kg daging batang pinang dihiris, rebus dengan sedikit halia kisar hingga empuk. Gaul kunyit dan garam ketepikan.
2 biji bawang besar dipotong bulat-(Ayu gunakan bawang holland)
2 biji cili merah dihiris panjang
2 biji cili hijau dihiris panjang
3 biji kentang dipotong bulat -digoreng ketepikan
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
2 sudu besar  crushed lada hitam 
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
air secukupnya
serbuk perasa kalau mahu

Cara:-
Panaskan minyak goreng daging hingga agak2 garing angkat dan ketepikan. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan bawang hiris & cili hiris, kacau hingga layu. Masukkan kicap dan air serta perasa. Biarkan menidih, masukkan daging goreng dan kentang goreng tadi. Gaul hingga sekata dan biarkan hingga kuah meresap kedaging dan kentang. Matikan api siap untuk dihidang. Tak perlu letak garam sebab kicap dan daging dah masin. Tapi boleh letak kalau perlu.

6 comments:

zila norazila said...

sedapp..goreng kering2 kn.

Ayu said...

zila - sedap zila.ni akak goreng garing sikit tapi lepas dah gaul dengan kicap dah jadi lembut balik lah....lain sikit dari biasa akak masak daging kicap ni..:)

rostina76 said...

sama dgn ros….masak sekali je malam. lunch hanya ros & anak2 kira perangat je apa yg patut. heheh tapi bila time cuti, kena keja lebih shif…..btw daging kicap juga favourite kami anak beranak. simple tp sedap

Ayu said...

Rostina - tulah ros, hubby akak kalau ada kat rumah whole day..kena masak 2x..sebab dia tak nak makan same lauk at night..so kena work extra lah kalau dia ada ..hehe..
kadang2 akak mals nak masak 2x..akak cakap malam beli atau makn luar sudah..hahah..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Ayu..sht?Lama atie tak singgah kat sini.Kat rumah atie pon suka menu daging..tp jarang gak membelinya.

Ayu said...

azatie - walkslm, alhamdullilah sihat atie..thank you sudi jenguk kat sini ya..samalah atie, kat rumah ni suka daging..beli pun 2-3 kg sebulan aje..tak boleh lebih2..hehe