Kejadian kaswi jagung ni adalah hasil tidak kepuasan hati percubaan buat kali pertama yang tak menjadi, disebab kesalahan sendiri....kaswi nya keras to my liking...so oleh kerana suka nak cuba the concept of letak jagung dalam kaswi, kita ambil recipe Kaswi Gandum yang pernah kita cuba dulu dan gandingkan dengan jagung dalam tin.Alhamdullilah sedap..dah tentu2 kaswi gandum yang ni sedapkan, so kita adjusted sikit recipenya dan tambah apa yang patut dan campurkan jagung dalam tin tu..Semua suka, when I said semua suka tu my parentslah ya... got a thumbs up dari ayah kita....anak2 memang tak pandanglah kan, dia orang kirim salam ajelah..hehe...so semua suka except Mr Hubby..sebab dia tak suka jagung!! Entah kenapa cukup benci betul dia dengan jagung..Kalau beli apam balik kat luar kan..mesti dia cakap tak nak jagung..just kacang aje..kalau kita masak bayam & jagung, dia cuma makan bayamnya aje..pop corn makan pulak ya..haha..
Anyway, terubatlah rasa, bila dapat makan kaswi jagung ni..satu kelainan for me..sudi2lah ya kalau nak cuba..siapa2 yang kadhaq puasa hari ni..kalau nak buat untuk berbuka..masih boleh ni...:)
Kaswi Jagung
Tried, Tested & Adjusted:- Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN A
51/2 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka
1 cawan gula pasir-(boleh kurangkan sikit kalau takut manis sebab jagung dalam tin dah manis, tapi Ayu tak kurangkan, maybe next time buang 1 sudu besar)
1/2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat
BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
11/2 camca teh air kapur
Sedikit garam
Kelapa parut putih secukupnya-(dikukus dgn 1-2 helai daun pandan dan sedikit garam dalam 15 minit, gaul rata)
BAHAN C
1 tin sweet cream corn atau secukupnya -(Kalau nak kisar separuh pun boleh terpulang nak macam mana)
CARA MEMBUATNYA :-)

- Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
- Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna cokla.
- Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapis adunan tadi dan masukkan air abu(air kapur), kacau rata. Masukkan sweet cream corn ikut suka nak banyak mana. Kacau & gaul sekata.
- Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30-35 minit atau hingga masak.Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih.