Showing posts with label Awards. Show all posts
Showing posts with label Awards. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Award Dari Dapur Nasya..

Thanks Moni, Candy :) 
Dah lama rasanya tak dapat award...Tahun 2013 nilah award pertama yang kita dapat
Dari Dapur Nasya
Terimakasih ya Nasya..sudi dan ingat kat akak..
Rasanya ramai yang dah dapat dan tayang diblog masing2..
Like what I said kat profile tu..my blog not the best blog..
but who cares..
Since ada orang nak kasi ni so kita terima ajelah ya..hahaha..
Thanks again ya Nasya..
Buat yang ingin tahu lagi siapa Nasya,
sila klik ke link di atas tu ya..
banyak juga recipe2, menu2 dan information yang hebat2 disana..:)


Friday, September 30, 2011

The Versatile Blogger Award From Kjee



First nak ucapkan terimakasih buat Kjee for the thoughts by awarding me this..
As Kjee cakap she dont think she deserves this, 
ooo..lagilah kita ni who is just
a blogger masakan biasa2 aje..
but then I accepted this with my open heart...
Thanks Kak, really appreciate so much..

Updated, 
kita pun dapat award ni dari Amie , 
yang memberi tugasan yang sama, so I just updated kat sini ajelah ya Amie,
Terimakasih banyak2 for the thoughts untuk kita
kita hargai so much..thanks again dears..

As the syarat no 3 & 4 are  a bit berat...kita skip that ajelah ya..as for most of the blogger friends deserve this award too..so sudi2lah kiranya angkut ya..

There are rules to this award...
1. Thank and link back to the person who gave you the award.
2. Share seven things about yourself on the post.
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.

1. Thank and link back the person who gave you this award
    (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
    (Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
    (Hubungi semua yang menerima)
1 Siap!

2. a) Orang Melayu - darah Cina campur Melayu sebab ayah kita Melayu..hehe.
    b) Satu2nya anak perempuan dalam keluarga kita sebab kita dua beradik aje..hehe
    c) rajin memasak tapi tak suka menjahit
    d)suka makan makanan yang ada banyak cili padi..hehe
    e) takut nak talipon orang
    f)tak suka  argue
    g)lebih suka beli perkakas kuih dari beli baju..hehe

3. Waduh..Tak larat nak buat ni..sorry ya..
4.Dipersilakan siapa yang sudi ambil..

Sunday, September 04, 2011

Himpunan Kad Raya AidilFitri 2011 dari Teman2

Kad Raya dari Curlybabesatisfaction.blogspot.com yang baru siap lepas seminggu beraya..heheh..Printer ink tak cukup itu sebab kena postpone lepas raya baru siap..
Dibawah himpunan Kad Raya 2011, dari teman2 GMM yang sempat kita ambik dari dapur masing2 yang sudi kedapur kita ni..
Thank you dear all for the cards ..


Dari AlongRoz
Dari Cikgu Zanariah

Dari Kak Ummi Kuantan Pahang            
Dari Kak Ros
Dari Cheq Sue
Dari Mashitah
Dari Quinnie         
Dari Kak Wattie
 Dari Amie  
 Dari Kak Nuridah   
 Dari Cik Manggis
    Dari IzahDaut
Dari Juwita 
Dari Ady
Dari Noorsha


Wednesday, July 20, 2011

Stylish Blogger Award


Bila kita dapat message dari Kak Wattie, suruh ambik award ni..kita telan air liur sebuku..heheh..bukan apa..memang pun macam Kak wattie cakap, baru lepas buat karangan panjang lebar hari tu ..dah dapat lagi ..heheh part nak memikir apa yang nak disharekan tu makan masa beberapa jam..hahaha..nak celoteh buat  normal entry pun terkebil2, inikan buat karangan..haha..
Thanks Kak Wattie for the  thoughts tu ya..kita angkut award ni dengan senang hati..
Latest update baru dapat Dari Ct Delima yang manis, cun & slimm aje..
Thanks Ct for the award tu juga ya..
Very very latest  update hampir2 tetelan air liur dua buku
bila dapat award ni dari Kjee,
blogger yang peramah, lagi friendly, although we know she is an artist(pelakon),basically tak sombonglah..dan sudi berkawan dengan siapa saja..
Thank You Kjee for this award, dont mind I just linked up here aje ya..

Kali ni tak susah sangat..sikit aje tak susah..
yang lebih tu susah juga sebab nak kena cari 8 orang kasi award ni..
nanti kita kayuh basikal pelan2 siapa yang kena pulak.
 

Monday, July 11, 2011

Award & Tag From Mamahawa, Cheiza & Kak Cek

Assalamualaikum, bersua kembali dipagi Isnin yang sunyi aje kat daerah rumah kita ni..semalam, malam tengok kat facebook ada tag dari Mamahawa suruh ambik award didapurnya
then masuk blog ada comment pula dari Cheiza pun suruh ambik award yang sama..
so dah confirm dah tak boleh nak escape..hehe..
Then semasa kita menaip entry ni dapat pula message dari Kak Cek..
ermm memang tengah menyiapkan pun so sekali lah ya..heheh
Oops latest update, baru dapat lagi dari Kak Gee..
Terimakasih ladies for the thoughts tu ya..
Ingatkan memang tak kenalah sebab kita pun ada curi2 masuk tengok beberapa blog dah kena tag  so kita  tak pressure sangatlah kan..heheh...
Tapi tak apa for the fun of it apa salahnya kalau teman2 nak tahu serba sedikit tentang diri ku ini
walaupun dah tau serba sedikit ditag2 yang lalu..

Award ni comes with a tag iaitu 7 perkara yang orang belum tahu tentang diri kita ni.
  1. As sedia maklum kita ni anak pertama dari 2 beradik aje..1 perempuan dan 1 lelaki(adik)..Walaupun kita ni kakak tapi orang selalu ingat my adik tu abang..hehe..jarak umur kita dengan adik kita tu 21/2 tahun aje..mungkin sebab dia tak cukup rambut kot..hehehe..dulu2 kat Singapore ni kerajaan ada berkempen 1 keluarga tu 2 anak cukuplah..jadi my parents kira ikut juga berkempen "two is enough'..wakaka..tak adalah actually keluarga kita dulu bukanlah dari orang yang berada, my dad's salary kira cukup makan aje so my mum yang tak nak ada anak ramai2 sebab takut tak tertanggung..heheh..Kita ni sebenarnya half Chinese. My mum adalah dari keturunan Cina..Semasa my mum bayi lagi dia diambil oleh keluarga Melayu,so dari kecil lagi dia diberi asuhan , didikan agama basically macam orang melayulah juga..so kalau orang tanya tau berbahasa cina tak sepatah haram dia tak tahu..Sama juga macam kita ni..dulu2 sebelum bertudung,orang selalu mistaken kita ni Chinese girl, selalu orang akan berbahasa Cina dengan kita..hehe..Hinggakan pernah suka dengan Chinese boy tau..haha..alah time sekolah2 dulu aje ler...(cinta monyet)..
  2. Semasa disekolah menengah subject yang paling kita benci adalah Maths. Dari menengah 1 hingga empat tak pernah pass selalu dapat F9 aje!!!..tapi bila 'O'level kita pass pulak itu pun dapat C6..hehe..entahlah kita ni bila nampak numbers aje kepala terus pusing tau..terus mata pun jadi julinglah gitu...Dulu2 kita ada juga subject Home Economics, bila part sewing, kita selalu suruh my mum yang jahitkan..sebab kita tak suka menjahit!! Bayangkan hingga kehari ni kalau butang baju my kids tertanggal I rather dia orang pakai baju lain dari pergi jahit butang yang tanggal tu..heheh...tapi bila part cooking kita sukaaaaaaaa sangat, sebab dapat makan..hehe
  3. Minat kita dari kecil adalah melukis, minat tu bermula bila kita didarjah 1 lagi..time tu Cikgu cakap lukisan siapa yang paling cantik, akan dapat 5 cent..then lukisan kita terpilih, so basically moral very high lah then minat tu terus hingga ke sekolah menengah dan selepas tu..disekolah menengah kita ada juga memenangi beberapa peraduan melukis di peringkat sekolah dan daerah..Lepas sekolah menengah, kita ambik kursus Jurusan Hiasan dalaman, sebab suka melukislah tu..tapi bila dah dapat diploma,kerja dibidang lain sedikit dari jurusan yang diambil iaitu Pereka gerai pameran pulak..
  4. Kita pernah bekerja di Kuala Lumpur selama 21/2 tahun kerana ingin menimba pengalaman disana..dulu2 kita menumpang dirumah sepupu diSentul, dan berkerja di Jln Segambut, then lepas tu office berpindah ke Damansara.. Kalau siapa2 yang tinggal di Damansara mesti tau PICO..lepas beberapa bulan berpindah office,  kita pulang ke Singapaura untuk persediaan nak berumahtangga dengan jejaka pilihan hati...hehe..masa tu bakal hubby pun baru pulang dari Brunei sebab was attached dengan camp di sana...Oh kita bertunang lama tau..3 tahun(kalau tak 4 tahun ah)!! so basically masa bertunang nilah kita berjauhan dengan bakal hubby..heheh.satu di Kuala Lumpur satu di Brunei..
  5. Kalau nak ikutkan kita ni berkahwin lambat..then dapat anak pun lambat..itu sebab kawan2 yang sebaya dengan kita , kebanyakkan dah mempunyai anak yang dah masuk usia awal 20an..walhal, anak sulung kita baru 16 tahun this year dan yang bungsu baru 5 tahun this year..percaya tak, pada satu hari, ada seseorang ni tanya kita 'Ini cucu kah?'.(referring to my Marsya)..mak ai!!!..muka kita blushed ler..tak tahu apa nak cakap..hahah..(dalam hati TUA sangat ke muka aku ni?)..uish ..huhu..confirm kena renovate muka kita ni..hahaha....
  6. Kita ni jenis orang yang tak banyak  colok..My late mother in law pernah kata, banyak2 menantu dia yang tak banyak songeh yalah kita..heheh..kembang montot makcik sekejap tau..hehe..yalah,sebab kita tak pernah larang my hubby kalau nak pergi rumah mak dia, nak kasi duit bulan berapa banyak, nak belikan mak dia apa2 yang dia nak, basically kita tak pernah sekat apa2lah.. kita kasi dia duit bulan lagi ada time kita kerja dulu lah..tapi sekarang semua tu dah tinggal kenangan...kalau kat tempat kerja, kita ni jarang2 show my temper..heheh..kalau ada masaalah atau tidak kepuasan dalam hati kita diam aje..tapi kalau kita dah tak boleh tahan kita terus hantar resignation letter, itu yang selalu management kelam kabut dibuatnya, sebab tak ada angin tak ada ribut terus nak berhenti kerja....wakakaka..tapi lepas kena pujuk rayu kita tarik balik surat tu..hahaha..
  7. Ok kita sebenarnya ada licence untuk memandu, tapi kita takut nak bawa kereta..kita macam tak confident nak bawa..heheh..kita tak reti berenang juga, sebab cuba try asik tenggelam aje...last ni mesti ramai dah tau..kita suka makan makanan yang ada cili padi..kalau tak ada rasa tak bestlah...my home consumption of cili padi kat rumah ni 1 kg per month!!..

 Ah, sekarang dah tau serba sedikit tentang  diri ini..sekarang giliran 5 lagi teman2 yang lain..waduh..ramai yang dah kena so kita decided yang kat bawah nilah ya..harap teman2 yang kena tu jangan marah ..saja aje nak kasi extra kerja and for the fun of it heheh..
Mereka yalah:-
  1. Ratna aka Madiha
  2. Kak Nuridah
  3. Puan Ros
  4. Kak Wattie
  5. Mamasya

Tuesday, May 24, 2011

Follower Award Dari Amie

  Got this follower award dari 
yang duduk jauh nun di  Sabah.
Orang Selangor tapi sudah menetap di Lahad Datu..
Banyak menu yang sedap2 diblog Amie ni..
kebanayakkanya mempunyai nama yang unik2
tapi nampak menyelerakan tau..
Terimakasih Amie, for the award..
diharap persahabatan dialam maya ini akan kekal lama hendaknya ya..
Insyaallah.

Thursday, May 05, 2011

Chocolate Cake For Mothers Day From Puan Ros & Award From Paty's Kitchen


 This was the chocolate cake that was sent to me through the wires for the coming Mother's Day 2011..
Thank you Puan Ros for the delicious rich moist cake!!
Wow, bukan apa I am imagininng the taste sebab tak dapat rasa pun
hehe..
A 'heart' shape symbol cake represents love
to all mothers, mother's to be &
grandmothers..
May this year and all the years to come and
not only on  Mother's Day that we celebrate this ..
but 
everyday being a mother to your loving kids 
are mother's day itself..
Happy Mother's Day to ALL..

 
**************


Just updated
Got 'The Sisterhood of the world Bloggers Award'
from Paty's Kitchen 
May the sisterhood in world of blogging will last forever..
There goes to the rest of my friends too.
Thank you Kak Paty for the lovely award..

Tuesday, May 03, 2011

Gold Card From CT Delima, & Giveaway from Moscow by Miszlullaby

Bukan senang nak dapat Credit Card ..kena gaji ribu2 baru dapat apply..kalau gaji bagus, dapatlah merasa, silver platinum card kalau gaji lagi atas. ..dapat gold card....heheh
tapi yang ni tak perlu ada gaji... kita dapat FREE...
inilah card dari bank DDCT, International..
with compliments dari

Thank you Ct for the card, kita nak gunakan card ni nak beli loyang, acuan kuih, cookie cutters dan sewaktu dengan nya bolehkan..haha





Terima satu tugasan dari Diana@Melley Mey
yang duduk di Sabah..negeri yang belum pernah kita jejak..
Terkujut makcik, bila dapat ni..heheh
Anyway, ada giveaway yang sedang berlaku 
Kalau ingin hadiah dari Moscow, bolehlah cuba2 nasib kan..
Lepas dijenguk2 rasa2nya nama kat bawah ni masih belum kena tag..
so sila2kan lah ya..


Just a little update the latest tag was also given to me by Noorsha
@1001 Cerita 1001 Rasa.
Thank you dear.
" Giveaway from Moscow by Miszlullaby"
Tag 5 orang rakan blogger 

Thank you Diana for the thoughts 
& 
penganjur Giveaway ni..Miszlullaby..


Thursday, April 28, 2011

Award Dari Saza Haiza, Adiwieyah & Tahniah Buat Antan Bertingkah

Rolls of awards  from friends..
 Saza Haiza, Adiwieyah & Antan Bertingkah

Award dari
Saza Haiza  
kalau pergi keblog Saza, 
banyak tips2 & petua2 yang menarik yang tak terfikir diakal kita
yang boleh dibuat panduan..
Another award for follower dari Saza Haiza juga..Thank you 
Saza for the nice award.

  Next award come from
Adiwieyah@Fie
tanda persahabatan  dan persaudaraan..
Semuga hubungan ini berkekalan hendaknya..insyaallah..
Thanks Fie for the award..

Tahniah buat
Yusaniza@Antan
kerana menyambut 1st Blogversarynya baru2 ini..
Semuga Blog  Antan Bertingkah akan lebih success
dan teruskan perkongsian ilmu & recipe2 yang menarik di masa akan datang..
Thanks for the thoughts juga ya..

Tuesday, April 12, 2011

Happy 1st Blogversary to Nieza & Mas & Award dari Mama Noor

 Happy 1st Blogversary to 2 of my good friends
Buat

Buat

Semuga perkongsian ilmu ini diteruskan hingga bila2 dan 
hopefully more to come..
its nice to have you as my friends.
Congratulations to both of you..


Updated:-
Award ini khas datangnya dari Mama Noor
untuk followersnya.

 Thank you ya mama for the thoughts.

Friday, April 08, 2011

Award From Friends

Got this award from the ladies below..

The award came from
Mamafami @ Mamafami's Spice nSplendour,
Hani@Sembang Dapur
dan juga dari
Kak Cek@ cekvisonhomes

Thank you girls for the award.
Really appreciate the thoughts!!

Here are rules to abide accepting this award :
1. Post linking back to the person that gave you the award
DONE
2. Share 7 random things about yourself 
  • seorang wanita yang sudah masuk asar- linkungan 40-an
  • -(ha siapa2 tak tahu tu, sekarang baru tahukan ..hehe)
  • By now, kawan2 mesti dah tahu yang kita ni seorang yang pendiam & pemalu.. dalam blog aje berani nak tulis itu dan ini.by real fact kita tak pandai nak menyusun kata2..
  • seorang yang tak mudah marah, tapi kalau dah meletup..habis semua meja kena terbalik..hehehe-(acah aje)..
  • seorang yang penakut-especially nak talipon orang..
  • more interested in cooking/baking gadgets then any other gadgets..
  • penggemar cili padi
  •  lebih suka tengok computer dari tengok TV.
3. Award 15 recently discovered blogs
I saw dah ramai dah yang dapat award ni..so for this siapa2 yang sudi terima ambil ajelah ya..
:

:

Award seterusnya was actually lama dok simpan dalam store..

Award Stylish Blogger ni dari
Nieza
@http://nurniezza.blogspot.com
yang jauh di Finland
 sorry ya Nieza baru sekarang sempat nak gantung,
jangan ingat akak lupa tau..hehe
Thank u sudi berikan award ni kat akak..
it is really an honour..

Wednesday, February 09, 2011

My favourite Blog Award - From Hana Memories


Sebelum kita start berblogging dulu, bila masuk keblog masakkan I've spent so much time, browsing one by one blog2 ni..melompat dari satu blog kesatu blog..hingga lah terjumpa blog2 masakkan seperti sifu2 Che Mat Gebu, Kak Ummi Kuantan, Anawahid, Mamafami, Jun@yummylicious, Bro Rozzan, Diana dan salah satu daripadanya adalah blog HANA .. merekalah yang membuat dunia masakkan begitu colourful & fun...then  dengan adanya Myresipi.com lagilah membuat I nak mencuba apa saja yang dipostkan..
Sungguhlah I  rasa banyak yang dipelajari since blog2 nilah yang memberi kita inspirasi, resources & knowledge yang kata orang, tak kan jumpa diluar .. mereka dengan ikhlas berkongsi recipe2,... yang banyak juga I cuba hingga ke hari ini...and mostly sedap2 & kena dengan selera my family..

Terasa siapalah kita didunia masak memasak ni..lagi2 kita dengan almost zero knowledge... bila post comment kat shoutbox, beberapa kali masuk check tuan punya dah jawap kebelum..hehe..bila dah jawap sukalah kita..
Then bila ada blog, sudi pulak mereka melinkkan blog kita..tapi tak sangka juga,  salah satu blog favourite dari sifu Hana  kat atas tu tercatat nama blog kita yang tak seberapa ni..
SUNGGUH2 TERHARU!!!..
tak terfikir dan terimagine langsung..begitu tersentuh sekali..Walaupun Hana ni jauh lebih muda dari kita,  I really salute to her for her great skills, creativity & quick thinking in whatever she do..akak bayangkan diusia semuda Hana time akak dulu satu habuk pun akak tak reti masak..heheh...memang jauh perbezaannya kalau compare Hana dengan akak dulu..memang pun bak kata orang tinggal sendiri dengan tinggal dengan mak lain...
(adik2 dengar tu..hehe)

Updated:- 
Award ni diterima dari
Yat Maria
&
Ayu Safieza
juga..
lagi2lah terharu..sebab dapat lagi award ni dari
both of you
Terimakasih semuanya, kerana sudi berikan award ni buat akak..
Dibawah ni rulesnya for this award..

1. Copy gambar atas ni di entry. Letak kat atas sekali.

  • Done
2. Nyatakan dari mana dapat tag ni.

3. Listkan 5 blog yg menjadi favorite serta sebabnya.
  •  Actually my favourite lebih dari 5 ..kalau nak tulis kena bukak blog baru lagi satu ..hehehe..Each blog mempunyai ciri2 yang tersendiri & keunikkan, so favourite, nice, like or dont like is subjective to each of us..Boleh dikatakan blog2 yang dilinkkan, blog2 yang I follow tapi tidak dilinkkan juga my favourite..so thats it..

3. Tagkan ke 5 blog tu jika kamu mahu - tiada paksaan.
  • Silakan siapa yang sudi ambik award ni dan letakkan diblog anda,
4. Letak link entry kamu di blog insan yg tag kamu tadi.
  • Kalau dah ambik yang ni jangan lupa ..hehe

Friday, January 14, 2011

Creative Blogger Award & Tag Jom Berkenalan Dari Mr Mama & Adiewieyah

 

Salam, sebelum lupa, baik saya letakkan award yang saya terima 
dari Mr MAMA yang duduk 
di Kota Kinabalu, Sabah.
Baru terima juga dari HANI yang
duduk di Bentong 
Latest update dari Kak Am dari seroja kitchen.
Terimakasih saya ucapkan untuk kedua2nya kerana, 
sudi menghadiahkan award ini kepada saya..
Rasanya saya tak layak kot, 
sebab saya ni just a normal blogger & follower
tak ada yang creativenya..
Tapi tak apa saya terima jugalah..hehe

Peraturan tuan pemberi award nie kena
diberikan kepada 5 orang. 
Sebelum itu bacalah 
'PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI'
kat bawah tu dulu yee......

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FORWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

THE AWARD GOES TO:-
All bloggers yang mengenali diri ini.
Sudi2lah terima cause to me you guys rock..

-


-

TAG JOM BERKENALAN
 
 

Masih lagi dari pemberi award yang sama. 
 Mr MAMA
Sorry ya Mr Mama, 
akak buatkan sekali harung dalam satu posting ni ya..
maklumlah kita nak jimat kertas..
save the world.. 
mesti react, recycle dan reuse
hahaha..
Selamat berkenalan dan dibawah tu 
akak jawap soalan2 yang ditanya.
Harap Mr Mama 
berpuashati  dengan jawapan yang diberikan ya...
Just updated,
21.4.2011
Award ni pun kita dapat dari 
Adiewieyah (Fie)
Shah Alam Malaysia
Thank you Fie, sebab sudi nak mengenali akak ya..

Apakah status anda??
Married
&
A Stay At Home Mum

Ceritakan tentang diri anda...
Nothing special actually, biasa2 aje..macam manusia lain juga..ada kekurangan, kelemahan dan ke2 yang lain lah..
Suka makan, itu sebab suka masak..
Anak yang sulung dari 2 beradik. 
Pernah bekerja sebagai pereka pameran selama 14 tahun.
Dah hampir 4 tahun makan anggur dirumah..
sebab nak focus dengan anak2 yang membesar..
Seorang yang pemalu dan tak banyak songeh..
Ok dah sikit2 aje..
tak boleh banyak2 nanti susuk jatuh..hehe

 Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)
Blog yang tak disengajakan..
Mula2 ingat just post apa2 yang telah dicuba untuk
tatapan sendiri, tapi lama2 ingin berkongsi dengan teman2 diluar sana.
Blog yang mempamerkan masakkan harian saya, 
recipe2 baru  yang telah dicuba,
trial & error 
dan juga some perjalanan hidup saya..

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog ni sesuatu yang keep u up to date
apa2 yang terbaru disekeliling anda?..
betul ke ni? Bantai ajelah haha..

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Actually  tak reti nak kasi nasihat sebab saya pun masih terkial2 dengan blog sendiri..hehe..

 Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Unik?..rasanya tak ada yang unik, sebab pengunjung &  follower
tak ramai mana pun..kalau nak bandingkan dengan blog yang 
jauh mencicah beribu kunjungan dan follower..
Anyway, let the guests, friends and visitors yang judge sendirilah ya..

 Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selagi ada waktu, tenaga dan resources untuk terus mencuba masakkan2 yang ada akan terus juga mengupdate blog yang tak seberapa ni..InsyaAllah.

Friday, December 31, 2010

Award From Anna Qawina

Award yang ini pulak dari Anna Qawina 
Thanks Ana, for the award..
Akak sebenarnya bukanlah paling coolest,
kalau ada award paling gabra itu yang layak buat akak..haha
sebab akak ni mudah gelabah..
Anyway, akak terima dengan senang hati ya..


1. Apa Benda Paling Cool Dalam Hidup Korang?
Aircon kot?..hehehe

2. Siapa Orang Paling "Cool" Pernah Korang Jumpa?
My Mr Hubby,
No matter how difficult situation, he faces especially at work..dia tetap relax..
itu sebab white hair dia banyak ..hehehe
There's a saying, he is like a duck,
looked OK on top, but actually he is paddling hard below the water..
3. Pass Kepada 3 Bloggers
Will get back to this.. 

Award & Tag From Yatie & Akma

Saya terima award ini bukan 1 tapi 2 sekali dari teman blogger
So saya rasa saya jawap untuk 2 sekalilah ya..
Terimakasih buat this 2 ladies yang sudi
memberikan award ini untuk saya.
Rasa2nya saya belum layak dipanggil Chef apatah lagi
the Awesome Chef..
Tapi since sudah dihadiahkan saya terima dengan senang hati..
Dibawah ini, saya jawap soalan2 yang ditujukan 
Harap2 Yatie & Akma
berpuashaati ya..

1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda
Seriously, sejak berhenti kerja 3 tahun lebih yang lalu eh nak masuk 4 tahunlah..sebelum tu ada juga masak tapi masak yang very very simple dish...Maklumlah my job dulu tak ada yang boleh balik on the dot, ikut office hours, as my job requires to meet dateline and I have to present designs according to time, schedule & clients requirements. So normally, reached home pukul 9-10 malam everyday, So bilalah saya ada masa nak masak, kalau nak tunggu saya masak pukul 11 baru dapat makan kot?..hehe...Duduk dengan my mum, so hari2 pergi kerja balik tau  MAKAN aje..heheh..Masakan pertama saya dah lupa ler pulak...by right it should be telur goreng, and saya bungkus tangan saya dengan tuala sebab takut merecik minyak rasanya time darjah 6..hahaha..

2. Sapa yang menggalakkan anda masak.
Tiada siapa yang menggalakkan , cuma minat sendiri dan kerana ingin nak mencuba recipe2 baru..
lagi2 dah duduk dirumah, lebih baik learn something new.


3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
Saya suka masak apa2 yang berasaskan mee...so I guessed, they also got no chocie lah..hahaha

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. 
Ramai yang sepatutnya saya tag, tapi rasa2nya tak payahlah part yang ini ya..

Monday, December 13, 2010

Award & Tag From Fiza

Award & Tag from
Fiza of Live.Life .Joy
Thanks Fiza, for the award, 
Tag yang agak panjang nak jawap
..nasib baik simple questions..hehe
1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
~Makanan Bertelur 
~Any kind of Mee
~Mesti Pedas Gilers

2.2 jenis air apa yg korang paling suker?
a)Ice limau
b)Orange & Apple Juice

3.Which type of food yg korang prefer,pilih 3... malay,chinese,japanese,westren,italian,mexican,arabian?
~Malay, Thai, Western,
4.Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'
~Spaghetti & Lasagne
5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
~S$50 pernah dulu (sebab bekerja)
sekarang tak SANGGUP beb
6.Beri nama restorant favourite.apa makanan kt situ yg paling sedap?
~International Buffet Lunch @ Hotel dah lupa
7.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak.mana satu yg korang suker?klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.
Ayam, Burung Puyuh & Seafood
8.Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?
Swensens..
Tak salah fish & chips & baked potatoes
9.Apa makanan yg selalu remind korang trhadap pasangan korang?kenapa?
~banyak sangat so tak ada specific food..
10.Klu pegi umah orang,korang brharap org tue hidang apa?
~Apa2 pun boleh, tak kisah..
11.Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung.samada x sedap/tekak korang dh kembang.
~belut & sashimi
12.Menu raya yg paling disukai.
~sambal tumis ayam
13Jajan/cekedes favourite?
~prawn crackers
14.Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
~Burung Puyuh Masak Lemak Padi Kering

15.Makanan paling pedas yg korang mkn.sapa masak?
~Masak lemak cili api..
sayalah yang masak sendiri
16.Korang klu jumpa org yg TAGG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?
~Tak nak belanja, nak orang yang Tag akak yang belanja..hehe
(bukan kedekut ya tapi kerana dah kena buat homework jadi orang ni yang patut belanja..boleh gitu...wakakaka)
17.Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?
~Tak baik paksa2..siapa yang rajin boleh lah buat ya..

 Harap Fiza berpuashati dengan jawapan akak ya.

Monday, November 29, 2010

Award Dari Yatie & Love2cook

Salam would like to hang this award which I've got from Yatie & Love2cook.
Walaupun blog kita tak adalah cantik mana dan tak selovely..,
  I accept it with  open heart..
Thank you both for awarding me these..

Award from Yatie,
Thank you dear, with this award comes with some tags
so here it goes..nasib baik tak panjang..hehe
Nickname untuk tuan empunya blog :
  • Curlybabe or Ayu Singapore
Ucapan untuk yang memberi award :
  • Terima kasih banyak2 dan 
  • Terharu sebab sudi berikan pada kita...
6 fav artist / singer / group
Errm macam tak ada..hehe

The next award was given to me 
from  Love2cook Kuala Lumpur

Thanks again semuanya sebab ingat kat kita...for the rest of blogger friends,
sudi2lah ambik the awards above..

Tuesday, October 26, 2010

Long Kept Awards

This are a few of long kept awards to be displayed here in my blog..
Sorry ya ladies for the delay..


Award Dari MamaHawa of Singapore


Award Dari Aeinio of Kertih Terengganu
Sorry juga sebab tak buat tagnya..kita ambik gambarnya aje..
Thank you sebab ingat kat kita ya..

Friday, August 13, 2010

Award & Tag From Deetha & Faradean


Dapat Tag & Award From
Deetha yang berada diIndonesia
&
Faradean yang berada di Malaysia
&
baru terima lamaran dari
Azatie yang berada di Malaysia
Sakit kepala tiba2 bila dapat tag ni..haha.. Although I did my best to finish up the homework, but sorry   I could only answer some part of it aje ya. 
Hope semuanya dont mind k..

Soalannya :
Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
Jawab : Yes banyak punya hot!..
Bulan ni banyak budget dah lari..

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?
Jawab : Gambar biasa aje- the dessert
Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?
Jawab : nothing special, just easier for the icons on the desktop to be seen.

 Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Jawab : Last week, sebab malas nak masak..order from Rite Pizza-(prefer this then 
Pizza Hut)

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
Jawab : Song from my blog playlist - Korean song
'Dont Forget Me'

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Jawab : Tengah jenguk2 my girl punya school bus dah sampai belum.


Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawab : tak ada kot

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
Jawab : Sorry akak has to stop here..
manyak kerja nak kena buat ni..
(Dalam hati deetha & fara menyesal kasi kak ayu agaknya..hehe) 

Soalan2 yang lain dah tak payah lah ya..since dah stop here.
Thank you both ladies for the thoughts..