Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Tuesday, December 06, 2016

Fishballs Noodles Dry

This is my version of Fishballs Noodle Dry.. Selalu makan kat tempat Foodcourt kat rumah kita .. ..ada satu kedai memang jual noodles ni..ini kira copycat recipe..my trial & error gitu.. Alhamdullilah kena pada tekak my anak2 & hubby..yang lain2 senior citizen(my parents) dalam rumah kita ni..tak makan mee ni..sebab dia orang tengok lain aje tak macam mee2 yang conventional selalu kita buat..so memang pandang ajelah..hehe..
So kita letak aje recipenya kat sini supaya senang kita buat reference untuk masa akan datang..yang mana teman2 yang nak mencuba pun boleh silakan..


Fishballs Noodles Dry
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan-Bahan:-
1 packet mee kantonese ( macam mee wanton) direbus/celur dan ditoskan. Ketepikan
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar bawang besar kisar
1-2 sudu besar sos tiram
Fish cake secukupnya
Fish balls secukupnya
Sawi secukupnya
Garam & aji secukup rasa

Cara:-
Panaskan sedikit minyak, tumis cili kisar, bawang putih & bawang besar kisar. Biarkan hingga naik bau dan garing.
Masukkan sos tiram kacau rata. Masukkan fish cake. Perasakan dgn garam & aji. Gaul hingga sekata. Masukkan mee segenggam atau 2 genggam yang telah direbus/celur & toskan tadi. Gaul lagi hingga rempah dan mee sekata.


Fishballs Soup:-
Boleh guna rempah yg dalam packaging tu.
Cuma tambah air. Bila air mendidih tambah fish balls, sawi secukupnya. Tak payah tambah garam Sebab dah masin. Garnish dgn daun sup/ bawang serta bawang goreng.

Kalau Rempah Sup buat sendiri. Guna chicken cube, tambah air, garam. Masak seperti biasa dan masukkan fish balls, sawi. Garnish dgn daun sup/bawang serta bawang goreng.
Hidang mee dgn sup fish balls panas.

Serta cili padi kicap.


Friday, November 18, 2016

Mee Goreng Pedas

Mee Goreng Pedas ni kita goreng selepas browsing tru my pasts posting under mee.. Rasanya macam nak try goreng mee yang lain sikit dari yang pernah kita masak..so ternampak recipe dari blog Shahriah ni. Kita cuba with some adjustment on my side..Alhamdullilah sedapp..memang pedas pada kita..sebab kita tambah cili padi lagi sikit..tak cukup dengan tu lawan kan pula dengan cili padi jeruk..hehehe..best..
Terimakasih Shahriah..akak share the recipe here ya..:)

 Mee Goreng Pedas

Sources:- The Writers's cooking
Adjusted, Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 1/2 kg mee kuning 
taugeh secukupnya
sayur sawisecukupnya
*5 sudu besar sos tomato
*5 sudu besar sos cili
*1 sudu kecil  minyak bijan
*1 sudu besar cuka
*4 sudu besar besar sos tiram 
*4 sudu  besar kicap pekat
*4 sudu  besar kicap manis
(*bahan sos) 

1 cawan  air
garam dan gula secukupnya 
 minyak untuk menumis 

1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
2 sudu besar cili kisar 

BAHAN KISAR 
1 biji bawang besar 
6 bawang merah
5 Ulas bawang putih 
segenggam udang kering
16 tangkai cili padi 

1cm belacan 

CARA : Panaskan minyak. tumis bawang merah & bawang putih hiris. Masukan cili kisar biar hingga garing.Masukkan bahan kisar . Masukkan Bahan sos. Kacau rata. Masukkan air.Biarkan mereneh sebentar dan sesuaikan rasa. Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan sayuran dan gaul sebati. Siap untuk dihidang.

Monday, June 13, 2016

Mee Talam @Mee Boko

Assalam, kita harap kita tak terlambat mengucapkan Salam Ramadan buat semua teman2, tetamu2 & silent follower yang sudi singgah keblog yang tak seberapa ni walaupun dah masuk seminggu kita menjalani ibadah berpuasa..hasrat dihati nak update earlier tapi macam tak bolehlah gitu..sebab kita sibuk ya amat...ini pun kita bersengkang mata menaip..sementara lagi beberapa jam nak bersahur..sebab kesian teman2 yang tertunggu tunggu entry baru dari kita..macam real eh..hehehe..

Oklah .. kita nak share recipe yang kita cuba sebelum bulan puasa ni..Mee Talam recipe dari Kak Azie..kita tengok dah beberapa kali sis Azie memasukkan entry Mee Talam diblognya... itu yang kita curious, bila kita tengok bahan2nya very2 minimal dan bahan yang digunakan pun lain dari yang lain..iaitu batang kangkung & just mee !..
Kebetulan kita ada beli kangkung itu yang hasrat nak cuba terus dilaksanakan...tapi kita gunakan daunnya sekali sebab macam sayang pulak kalau tidak digunakan...hehe

I tell you..lepas digoreng sedappp tau..kita goreng pedas sikit..then tidak bubuh garam & perasa langsung..rasa pedas, manis & masin dari cili, kicap & air gula melaka tu dah cukup membangkitkan selera dan secukup rasa... of course udang pun play a part sebab rasa manis udang tu pun kasi rasa mee ni very special in its own way...
Terimakasih buat Kak Azie kerana berkongsi recipe yang simple yet sedap ni..am I glad I tried ..another recipe into my collection ..Mohon kita panjang2kan disini pula ya..


Mee Talam @ Mee Boko
Oleh: Azie Kitchen
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan-bahannya; 
1 1/2 peket mee kuning 
1 mangkuk kecil udang  - opsyenal-(Ayu guna udang size medium)
1 ikat kangkung - ambil batang sahaja-(Ayu guna daun sekali sebab sayang hehe..)
1 sudu besar cili kisar -(Ayu guna lebih sedikit)
Garam (Ayu tak bubuh ni & serbuk perasa pun sebab kicap dah masin & rasa gula melaka dah lemak)

Bahan Tumbuk:
5 ulas bawang putih 
9 ulas bawang merah

Bahan masak:
Kicap pekat cap Ikan Mas - guna Kicap Jalen (Ayu guna kicap cap kipas udang aje)
1/4 keping Gula Melaka -(Ayu agak2 ikut citarasa)

Cara cara:
Masak sedikit air dengan gula Melaka hingga gula hancur. Masukkan kicap dan masak sehingga berkilat. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan pula cili kisar. Terus tumis sehingga cili benar benar masak. 
Masukkan udang dan dikacau sehingga udang masak. Masukkan mee dan kacau rata sebelum dimasukkan air kicap dan gula Melaka tadi. Kacau rata.
Masukkan kangkung dan garam, kacau rata. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga sebati. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.

Wednesday, May 18, 2016

Mee Hoon Goreng Ala Kak Senah

Mee Hoon Goreng yang digoreng ini adalah ala Kak Senah, sepupu kita yang kita menumpang dirumahnya about 23 over years ago di Kuala Lumpur bersama dengan anak gadis nya..basically sebelum berumahtanggalah..
Kita dulu bekerja di Segambut Atas..menumpang diFlat Sri Kelantan di Sentul..rasa2nya rumah flat tu dah tak ada lagi kot..yang dekat dengan Pasar Sentul..pun mungkin dah tak ada lagi..anyway..disebabkan waktu itu kita tidak boleh bekerja diSingapura(atas sebab2 imigration,..yang ini kita cerita dilain harilah ya) selepas aje habis my design course, kita mohon kerja diKuala Lumpur..pada mulanya ingat nak tumpang dengan sepupu lagi sorang tapi dia tinggal jauh diSunway..huhu..so dia cadangkan kita tinggal dengan Kak Senah.

Kak Senah ni adalah anak sulung kepada my auntie sebelah my ayah, (kakak my ayah) dari arwah isteri pertama my arwah atok..(confuse?)My ayah pula dari arwah isteri kedua dan dia adalah anak bungsu..Kak Senah ni umur dia lebih kurang or mayb more than my ayah..disebabkan ikut family tree tu..kita ni sepupulah kan walaupun umurnya jauh lebih tua dari kita...uish panjang lebar pulak kita membebel..

Ok, balik ke Mee Hoon Goreng ni..semasa tinggal dengan Kak Senah..dialah yang akan masak untuk kita..(of course kita kasi allowance)..so kadang2 kalau mood dia baik..dia akan bangun lebih awal dan goreng mee hoon macam ni untuk kita bawa bekal...Pagi2 buta dia dah start menumbuk...perencah dia ikan bilis & udang kering serta bawang & cili kisarlah..Teringatkan kesedapan mee hoon goreng  Kak Senah nilah kita cuba tweak balik bahan2nya..of cos kita tambah daging, udang & sotong..So tribute to Kak Senah kita namakan Mee hoon ni atas nama dia..hehehe

Mee Hoon Goreng Ala Kak Senah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
800g mee hoon direndam dalam air sejuk(anggaran 2 packet)
2 biji bawang besar dihiris
*1 biji bawang besar 
*5 biji bawang putih
*5 biji cili padi
*3/4 cawan ikan bilis direndam, basuh toskan
*3/4 cawan udang kering direndam, basuh toskan
4-5 sudu besar cili kisar
(*bahan2 kisar)

250g hirisan daging yang telah direbus
300g udang
2-3 ekor sotong dipotong ikut suka
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
hirisan kobis (optional) kita tak letak
fisball atau fishcake
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis  
garam(jangan banyak sebab ikan bilis, udang kering & sos tiram dah masin) & serbuk perasa

Cara:-
Tumis bawang hiris hingga naik bau, layu dan kuning sedikit. Masukkan cili kisar biar hingga garing. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan kacau rata biarkan hingga pecah minyak. Masukkan sos, kicap, daging udang & sotong,kacau rata. tambah sedikit air kalau perencah kering. Biarkan seketika.Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan mee hoon, sayur sawi, hirisan kobis dan gaul rata hingga perencah sebati. Akhir sekali masukkan taugeh gaul lagi, matikan api. Taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng bila menghidang.

Tuesday, May 10, 2016

Tai Bak Mee Goreng Laksa

Assalam,hari ini..hari terakhir anak2 (Iqram & Marsya) mendudukki peperiksaan pertengahan tahun...semuga semuanya dapat jawap soalan2 dengan betul ..dan mendapat keputusan yang baik..insyaallah, mudah2han.. 
Lepas ni..tengoklah nanti..semuanya minta handphone mereka balik..sebab during exams..handphone kena ban dan letak disebelah katil ayah mereka...padan muka dia orang...hehehe.. kalau tak,..mengadap handphone sepanjang hari...puas kita bising....dengan ayah mereka juga, SEKALI aje suara guruh ..mencecet dia orang jalan..kadang2 kita ketawa sendiri..sebab tengok dia orang jalan macam tak jejak lantai kalau ayahnya bersuara...kikiki...
 
Kali ini kita mencuba another version of 'laksa goreng'..pernah buat disini & disini..
kalau yang dulu penggunaan kerang & udang ..kali ini just ikan bilis & isi ikan..kelainannya yang ini guna santan, rempah kari ikan & kerisek ...versi ini mirip rasa laksa berkuah cuma yang ini  digoreng...sedapp.

Tai Bak Mee Goreng Laksa
Adapted From Laksa Goreng
Sources:- Hajjah Saodah Mohd Salleh
Tried Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2 kg taibak mee(Mee cendol)
1/2kg taugeh
segenggam daun kesum -dihiris
1 ekor bawal putih atau 2 ekor ikan kembung-(direbus, buang tulang & kisar isinya. Air rebusan jangan dibuang, dikisar bersama isi ikan)

sejemput ikan bilis*
1 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 batang serai*
sehiris lengkuas*
(Bahan kisar*)

2 sudu besar kerisik
1 biji bawang besar dihiris
4 batang cili hijau atau merah dihiris(Ayu terlupa)
3 sudu besar cili kisar
1 kotak santan kara 200ml
21/2 sudu besar serbuk kari ikan
4-5 sudu besar jus limau
2 keping fish cake dihiris nipis
5 keping taupok dihiris

Garnishing
telur rebus
hirisan timun
hirisan bawang
daun kesum
cili hiris

Cara:-
Tumis bawang hiris. Masukkan cili kisar biarkan hingga garing dan naik bau. Masukkan bahan2 kisar tumis lagi hingga garing. Masukkan rempah kari ikan, fish cakes serta taupok. Masukkan  isi ikan & air rebusan serta kerisik. Biarkan seketika, masukkan santan, garam & serbuk perasa. Gaul rata. Masukkan mee, jus limau & daun kesum kacau pelahan hingga rempah sekata. Jangan terlalu digodek takut hancur. Akhir sekali masukkan taugeh, gaul rata & matikan api.. Hiaskan dengan bahan2 garnish.

Tuesday, April 05, 2016

Maggi Ketam

Assalam, kita pasti ramai yang suka makan maggi..makanan darurat, budget or saja saja aje...Anak2 kita memang hantu maggi...kadang2 kita dah penat masak ..eh dia nak makan maggi juga...kadang2 siap berjanji dengan kita..'esok nak makan maggi ya ma' kalau hari ni tak dapat..aduh..kira makan maggi ni macam dia orang makan aiskrim..
Kita pulak tak suka dia orang makan instant noodles ni selalu..kalau betul2 kita tak masak atau masih lapar lagi, barulah kita kasi dia orang makan...

Anyway, kali ni kita cuba buat Maggi Ketam. Macam mana kita tahu pasal menu ni?..Oh sebab bila bercuti di Kelantan tahun lepas, ada terbaca diinternet tentang Maggi Ketam ni..salah satu makanan famous di Kelantan yang harus dicuba..walaupun kita taklah pergi ke tempat yang dikatakan famous tu, tapi dapatlah juga merasa Maggi ketam ni disalah satu kedai disana...walaupun ketam yang digunakan tu tak berapa fresh dan bukan ketam batu,  at least kita tahulah macam mana rasa maggi ketam ni..

Rasa maggi ketam ni actually macam kita masak 'maggi bertumis' ..letak bawang, cili & sayur yang biasa tu aje..cuma tambah ketam aje..but one thing selepas ditambah ketam dalam kuahnya memang ada sedikit kelainan lah rasanya...Just make sure ketamnya mestilah yang fresh ya...so below recipe yang kita cuba buat ikut selera tekak kita walaupun kita hanya gunakan ketam bunga...

Maggi Ketam
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction 
8 -10 bungkus maggi perisa kari (Ayu gunakan maggi kari letup)
4 ekor ketam
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 biji bawang putih dihiris nipis
4 biji bawang merah dihiris nipis
1 sudu teh halia kisar
10 biji cili padi dihiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan dibuat paste
8 bungkus perencah maggi kari
air secukupnya (at least cukup untuk 8 bungkus maggi kuahnya)
sawi & kobis secukupnya
telur-(optional)

Cara Kuah Ketam:-
Tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar & halia kisar biarkan hinggga garing. Masukkan rempah kari & perencah maggi. Kacau rata. Tambah air. Biarkan mendidih. Masukkan ketam. Biarkan hingga masak dengan menggunakan api sederhana & tutup periuk. 
Bila dah masak, matikan api dan ketepikan.

Panaskan periuk kecil yang lain untuk masak maggi.
Ceduk kuah  ketam tadi sebanyak yang dikehendaki untuk 1-2 orang.
Bila dah mendidih, masukkan sayuran dan maggi. Pecahkan telur kalau suka(Ayu tak guna telur sebab takut muak). Bila dah masak bubuh ketam .Siap untuk dihidang dan santap.

Thursday, November 27, 2014

Laksa Kedah Special

Ini pun recipe kena cepat2 uploadkan sebab dah tayang kat instagram...hehehe...waduh ..siapa suruh tayang cepat2 ..kan dah kena upload kat blog cepat2 juga...hahaha...
ok ok...laksa kedah ni lebih kurang juga rasanya macam Penang Laksa yang kita pernah cuba dulu...cuma yang ni tak ada letak nenas, lengkuas & petis...
Buat pun guna 1/2 kg ikan parang aje...memang buat untuk satu kali makan, untuk lunch ...
takut tak habis kalau buat banyak2..yalah..hubby kita kalau makan satu kali aje..dinner nak makan lain pula..memang confirm duduk dapur ajelah kalau hujung minggu...hehehe...
Mr hubby mula2 makan, macam tak confident aje kita tengok...sekali dia cakap..bolehlah tambah lagi sepinggan...hehehe..suka dalam hati kita sebenarnya...hehe...

Laksa Kedah Special
Sources:- Tulip77@myresipi 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction  
Bahan-bahan ( 5 org )
  • 2kg ikan kembung - buang ekor & kepala-(Ayu guna 500g ikan parang)
  • 2btg bunga kantan - dipotong dua-(Ayu guna 1 batang)
  • 3 ikat daun kesum-(Ayu guna 1 ikat)
  • 3sb cili giling
  • 10bj cili padi - ditumbuk halus
  • 20 keping asam gelugor-(Ayu guna 6 keping)
  • 20gm belacan
  • garam & serbuk perasa
  • - Bahan-bahan ulam -
  • 1 labu bawang besar
  • 1bj salad buah
  • 1 ikat daun selum-(Ayu tak letak /stok tak ada)
  • 1 btg timun
  • 3bj telur rebus
  • 3bj limau sambal
  • 1 btg bunga kantan
  • Laksa sediakan seperti arahan di pek

Cara-cara


  1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.(Ayu guna 3 keping sebab guna ikan 500g aje)
  2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
  3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
  4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
  5. Masukkan garam & serbuk perasa.
  6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
  7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.