Bila surf the net, actually ada satu cara lagi membuat bingka ambon ni..dia dimasak atas dapur..tapi mesti ada acuannya untuk membuat cara begitu..
Cerita nya begini...kita ada beli majalah 'Sedap' ni dah lama jugalah..tapi tak berapa perasan rupanya dalamnya ada recipe bingka ambon yang dimasak atas dapur..a few recipes on bingka ambon ni tau, some of them 'Bingka Ambon Keju', Bingka Ambon Kapucino', Bingka Ambon Badam',..wah tengok macam senanglah membuatnya tapi sayang kat mana kita nak cari acuan yang digunakan dalam gambar majalah tu..fikir punya fikir, teringatkan kita pernah nampak acuan ni di Ailin Bakery@Tanjung Katong Complex, time bulan puasa tahun lepas,..then one fine weekend, kita telah menslow talk dengan Mr Hubby to bring me there..heheh..maklumlah..kita ni nak kemana mesti nak ada transport kalau tak memang susah juga nak bergerak..bukan apa sibudak perempuan kita tu mesti nak mengekor..leceh kalau bawa dia..nak balik cepat aje kalau dia penat berjalan...kalau tak nak dukung!..semput makcik..
Back to jalan cerita..hehe..so alangkah bertuah rasanya kerana acuan tu masih ada, dan itulah saja yang tinggal..acuan tunggal lah kirakan..heheh..acuannya berat & harganya boleh tahan juga-(lebih kurang harga nordicware sebelum kita tau kita kena conned) ..haha..since that is the only acuan kuih lumpur yang available dan tak mungkin akan kita jumpa kat mana2 kat Singapore ni kita terus TER beli..hehehe..mungkin kat Indonesia ada banyak jual acuan ni..or Malaysialah..tapi kita tak ulik..tutup mata tahan nafas ajelah..
So kita pun mencuba recipe Bingka Ambon Pulut Hitam yang pertama menggunakan acuan tu, ..memang senang membuatnya no heart pain..cuma memanglah baru2 1-2 kuih tu ada sedikit melekat, but after that dah tak ..ok aje..seronok pulak membuatnya macam kita masak pancake gitu..hehe.
As for this recipe, kejadian kuih ambonnya sangat lembut.. tapi taste wise, I would still prefer the normal ambonlah..huhu..since I dah tahu cara2 nak membuat kuih ambon, next time nak cuba yang biasa tu pulak ada juga recipe diberi..cara2nya semua lebih kurang sama..Cuma kena take note that bila menguli tu kena make sure you gunakan pemutar yang betul..Pemutar spiral & Pemutar telur..
100g tepung gandum
125ml air
1 bungkus yis segera
Bahan:-
300ml santan daripada 1 biji kelapa
15 helai daun limau perut, dicarik-carikkan
2 batang serai, dititik
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
250g gula pasir
7 titik pewarna ungu
150g tepung sagu, ayak
75g tepung pulut hitam, ayak
7 biji telur
Cara membuatnya:-
- Kacau rata bahan yis. Biarkan selama 15 minit.
- Rebus santan, daun limau purut, serai, daun panadan, garam dan gula pasir. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan perwarna ungu. Kacau rata. Tapis. Sukat sebanyak 475ml.
- Campurkan tepung sagu, tepung pulut hitam dan bahan yis. Uli dengan menggunakan Pemutar Spiral sehingga rata.
- Masukkan telur satu persatu sambil diuli rata menggunakan alat Pemutar Spiral.
- Masukkan rebusan santan suam sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan dengan menggunakan alat Pemutar Telur selama 15 minit. Biarkan selama 2 jam.
- Panaskan acuan kuih lumpur dengan dimasukkan kelapa parut sehingga berminyak. Buang kelapanya dan bersihkan dengan kain bersih.
- Panaskan semula acuan dengan api besar. Tuangkan adunan sehingga setinggi 3/4 acuan. Kecilkan api. Biarkan sehingga kelihatan berlubang-lubang. tutup dan biarkan sehingga masak.




















