Pada mulanya a bit skeptical..sebab tengok ayamnya putih aje ..tak digoreng..maklum ler..my family kureng sikit kalau nasi ayam yang ayamnya putih aje..hehehe..
Kita tengok gambar puan punya recipe terus macam terliur pulak....just got the feeling that it would be nice...Alhamdullilah memang kena dengan selera kami...
Kita masak nasi ni pun perlu berhati2 juga takut berasnya patah dan ayam terlerai dari tulang..Bila arahan, ayamnya dimasak didalam nasi tu macam nasi arab..ada sedikit kebimbangan sebab, sejarah dirumah ni kalau ayam dimasukkan dalam nasi..dengan ayam & nasi sekali semuanya hancur digodek orang yang menyeduk nasi...so this time, kita yang volunteer sendukkan nasi kepinggan mereka..hehe...genyah sikitlah tapi asalkan nasi ayam ku tak hancur ku rela u...hehe...
Acar Kobis tu pun sedap juga tau..tak sangka kobis pun boleh dibuat acar.. trust me..mesti buat dan lawankan dengan nasi ayam ni ya..baru ada umpph...:)
Terimakasih puan punya recipe..akak mohon dipanjang2kan disini pula...
Nasi Ayam Bangkok
Oleh:Nur Alwanie@Buku resepi
Tried &Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2 : Ayam (seekor)-potong ikut suka
Beras 3 1/2 tin susu, (Ayu guna 6 cawan beras basmathi direndam 20 minit dan toskan)
garam, gula, (Ayu guna aji)
5 sudu besar minyak utk menumis
(lihat cara memasak nasi dibawah)
Bahan Tumbuk:
(UNTUK BUAT PASTE NASI AYAM)- masak dalam periuk lain
1 biji buah pala (ketuk amik isi saja)-(Ayu guna 1 sudu kecil serbuk buah pala)
1/2 inci halia, -(Ayu guna 1 inci)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih,
2 sudu teh jintan manis
8 biji bunga cengkih-(Ayu tak tumbuk just campak aje)
1 biji buah pelaga(Ayu tak tumbuk just campak aje)
4-5 biji bwg merah-(Ayu guna 2 biji bawang besar)
2 ulas bwg putih-(Ayu gunakan 5 ulas)
1 inci kulit kayu manis(Ayu tak tumbuk just campak aje)
3 kelopak bunga lawang-(Ayu tak tumbuk just campak aje)
Cara buat Paste Nasi :
Panaskan minyak, masuk bahan tumbuk tadi.(Ayu masukkan cengkih, pelaga, kayu manis & bunga lawang dulu hingga naik bau, kemudian baru masukkan bahan2 tumbuk) Bila pecah minyak, masukan air, biar hingga mendidih. Jangan terlalu cair atau pekat. -(Ayu guna 2 cawan air masak hingga jadi 1 cawan)
Cara Masak Nasi :
Masukkan paste nasi, ketulan ayam, garam serta gula dlm periuk berisi beras, jerang hingga masak.(Ayu masak ayam hingga masak, kemudian masukkan beras, gaul sekejap. Selepas itu baru masukkan semua kedalam periuk nasi dan tambah air lagi, dan masak macam biasa. Tambah garam & perasa kalau kurang.)
(satukan semua bahan-bahan ini dalam rice cooker dan masak seperti biasa. caranya seperti memasak nasi arab, ayam dimasukkan bersama-sama beras. Ayam lebih lembut dan sebati dgn nasi)
SAMBAL
Bahan bahannya:
20 biji cili padi
2 biji cili merah
Seulas bwg putih-(Ayu guna 4 ulas)
1 1/2 biji air asam limau nipis
2 camca besar air
1 sudu besar gula(Ayu tambah)
Cara caranya :
tumbuk cili padi, cili merah dan bwg putih. Kemudian masukkan air asam limau, garam, gula serta air. Gaul sebati. (klu malas blend aje..)-(Ayu blender kering)
BAHAN-BAHANNYA :
Bwg besar sebelah-potong nipis, kobis sejurai- potong panjang, cili merah-potong serong, daun bawang-potong anggaran satu inci, gula, garam, cuka dan air
CARA-CARANYA :
Gaul bwg besar, kobis,cili merah dan daun bawang.
Bancuh gula, garam, cuka dan air.(Ayu guna 1 sudu kecil cuka, 1 sudu besar gula, 1 sudu besar air & garam secukup rasa)
Gaul bersama bahan diatas ( acar ni tidak dimasak cuma gaulkan aje...)
UNTUK ULAMAN:
timun dan salad
* Ayam boleh diganti dengan daging. Cukup untuk 4-6 orang makan.
siap! selamat mencuba...