Friday, July 29, 2011

Indonesian Walnut Butter Cake

I baked this cake, after my mum requested if I have any recipes on walnut butter cake.. Well it all started, when Mr Hubby got a Bengawan Solo Voucher to collect 'A Walnut Cake' for attending a 'full month' invitation one of his colleague who has just became a father..So instead of giving  red eggs and some kuih like those were the  days, we got to collect the cake at any outlet and thats it..

So after cutting and tasted the cake..we just cant stop eating till Marsya, also requested for me to make one for her..Googled for walnut butter cake and yes!! I have hit the jackpot when saw this recipe at Aimei's kitchen..Bookmarked it and here it is!!..very nice cake for me & family..very soft & moist although it looked crumbly but I tell you!! it sure worth the search & try!!..Thank you Aimei, I put up the recipe here for the rest to try it too ..This recipe is definitely a keeper..Planning to bake this for Hari Raya!!..

As for my Muslims friends out there,
Wishing you ALL,
Salam Ramadan.
Selamat menyempurnakan  puasa dengan penuh ketakwaan.
Tingkatkan ilmu, teguhkan iman dan lahirkan keihsanan.


Indonesian Walnut Butter Cake
Sources:-From Aimei@ My Baking Cottage

Ingredients: 
250g Butter
200g sugar (I reduced to 150g)-(Ayu also used 150g)
4 eggs, separated
200g Plain/cake flour-(Ayu used 190g +10g to mix walnut & chocolate chips)
4g baking powder
30g chocolate chips-(Ayu used 60g +20g for topping)
150g walnuts-(Ayu used 100g + 20g topping)
vanilla essence (optional)-(Ayu used this)


Method:
  1. Prepare and line a 9-inch cake pan -(Ayu used 8"pan)
  2. Chop walnuts and lightly toast in an oven for about 5 minutes. Be careful not to over toast it.
  3. Sift flour and baking powder. Set aside.

  4. In a large mixing bowl, cream slightly softened butter with half of the sugar  using an electric beater until light and fluffy.
  5. Add egg yolks, one by one and cream and cream till well mixed.

  6. Add in flour mixture slowly (You may use a wooden spoon manually or if you are using an electric beater, to use low speed). Set aside.
  7. In another mixing bowl, beat egg whites using an electric beater. Add the other half of the sugar slowly and continue beating until the egg white reaches stiff peaks (When you lift the beater, the tip droop slightly, and beaten egg whites becomes stiff and shiny).
  8. Add toasted nuts and chocolate chips into the cake batter.
  9. Fold in beaten egg whites into the cake batter, in two to three additona, until egg whites is well-incorporated into the batter.
  10. Pour batter into prepared pan.(Ayu sprinkled some walnuts & chocolate chips on top) Bake in preheated oven at 160C for about 50 minutes to one hour (I used 45 minutes).

Asam Daging Belimbing

Kalau daging  & ayam memang laku kat rumah kita ni..lagi2 bulan puasa nanti..mesti ayam & daging tak jauh, yang seafood udang & sotong ..kalau ikan ada sikit slow..lagi yang berkuah..so kalau nak hidangkan lauk ikan bulan puasa kena goreng ikan tu atau masak kering2..baru boleh jalan maklum ler, kita sefamily makan nasi time sahur aje..berbuka lebih suka pada mee, atau roti, atau something yang tak bernasilah..hahaha...

Lauk yang dah lama kita masak, kan dah kata, entries kita ni jumble up semuanya..lauk tak kira bila masak..kita masukkan ikut suka hati  bila2 .hahaha..Anyway, another lauk dari dapur CheMat,yang sedap ni pun sesuai dibuat sahur atau berbuka puasa..Terimakasih Mat, akak letakkan didapur akak pula ya..


Asam Daging Belimbing
Sources:-From CheMat Gebu@Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Utama :-)
500 g daging lembu, potong sederhana besar, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
10 - 15 biji belimbing buluh, belah dua tapi jgn putus
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan2 kisar, tumis hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan daging dan gaul rata, kecutkan daging dengan rempah. Tuang air secukupnya untuk melembutkan daging. Biar mendidih.
  2. Masukkan daun limau purut dan renihkan hingga daging lembut. Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih, kacau rata. Akhir sekali masukkan belimbing buluh dan masak sebentar. Sesuaikan rasa dan jika kurang garam tambah sedikit lagi. Jika ingin kuah lebih, boleh tambah air....

Tauhu Goreng Daun Kari

Lauk side dish or appetizer..tauhu actually makan gitu2 aje pun dah sedap..found this recipe here, so thought gave it a try, just to kasi perasa kat tauhu tu..oklah sedap juga for tambah2kan lauk..Thank u dear owner for the recipe, minta izin dipost kan kat sini pula ya..


Tauhu Goreng Daun Kari
Sources:-From Syafiza wordpress
Bahan2:-
4 biji tauhu
50 gm cili kering -(Ayu gunakan 7-8 biji cili kering digunting)
5 gm daun kari-(Ayu gunakan 3-4 tangkai)
5 ulas bawang merah (hiris)-(Ayu guanakn 1 biji bawang besar)
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
4 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit-(Ayu tambah, dalam cara2 ada letak, tapi bahan2 puan punya mungkin terlupa nak type in)
Garam secukup rasa + serbuk perasa-(Ayu tambah)
sedikit air -(Ayu tambah)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng tauhu kemudian potong empat. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah kemudian masukkan halba campur, cili kering dan daun kari.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit serta serbuk kari ikan dan tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan tauhu dan garam dan gaul rata.

Thursday, July 28, 2011

Sambal Sardin Jantung Pisang

Assalam, dah petang baru dapat bersiaran...settlekan anak2 baru boleh relax kat sini..kalau tidak, hermmm.... nak habiskan satu entry punya write up kena berhenti 10 kali..hehehe..mana nak itu dan ini, terpaksa bangun dari tempat duduk ...will never get to blog in peace..

Anyway, hari ni nak masukkan lauk yang kita masak 2 hari lepas..lauk yang berbulan2 masih tertangguh lagi tau..sebab kita nak masukkan entry ni kerana kita excited ... nak share lauk sambal sardin yang sedapp..bertambah dengan adanya jantung pisang didalamnya..satu kelainan pada kita yang baru tahu sambal sardin pun boleh dimasak dengan jantung pisang....believe me I just makan lauk ni aje dengan nasi putih panas2 yang kita masak sedikit lembik(memang sengaja)sebab suka macam tu..

Recipe dari dapur Kak Cek yang selalu sudi singgah kedapur kita yang tak seberapa ni...Kombinasi jantung pisang yang lembut dengan isi ikan sardin tu memang ngam, so I recommend, cubalah recipe dari Kak cek ni memang berbaloiiiii....Terimakasih banyak2 Kak Cek, izinkan dipanjangkan recipenya ni disini pula ya..

Sambal Sardin Jantung Pisang
Sources:-From Kak Cek@ Kitchen is my world
Bahan2nya:-
  • 3 tin sardin Ayam Brand saiz sederhana....-(Ayu gunakan 1 tin sederhana saja)
  • 2 - 3 biji jantung pisang....dikopek bhgn luarnya ...amik bhgn dalamnya.....dibelah atau dipotong sederhana kecil....rendam bersama air dan 1 - 2 kpg asam keping....-(Ayu gunakan sebiji jantung pisang aje)
  • 1 biji bawang besar  *
  • 9 - 11 biji cili api/cili padi  *
  • 2 ulas bawang putih  *
  • 1/2 inci halia  *
  • 3 sudu besar cili kering paste + 2 sudu besar-(Ayu tambah)  *                  
  • 1 keping asam keping +( 1 keping lagi + 1 biji jus limau sambal-Ayu tambah)
  • Garam..bahan perasa....gula secukup rasa...
  • Minyak secukupnya...untuk menumis...
  • Sedikit air...
    1 biji bawang besar dihiris-(Ayu tambah)

Cara Penyediaannya:-
  • Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
  • Panaskan minyak didalam kuali...
  • Tumiskan sume bahan2 kisar.....sehingga naik bau dan pecah minyak....(Ayu tumis bawang hiris hingga layu baru masukkan bahan kisar)
  • Cuci jantung pisang yang telah direndam bersama asam keping tadi....masukkan kedalam bahan2 tumisan...kacau sebati....tambahkan sedikit air....agak2 ya...jgn byk sgt....perlahankan api....biarkan jantung pisang lembut .....
  • Kemudian masukkanlah sardin bersama sosnya sekali....kacau sebati ....tambahkanlah serbuk perasa ...gula dan garam secukup rasa...dan jugak asam keping (+ jus limau sambal)...biarkan kuah agak pekat....siap dah....tutupkanla api....

    *Note, Ayu buang tulang ikan sardin ni..sebab anak2 tak reti makan tulang takut tercekik..hehe

Wednesday, July 27, 2011

Chocolate Chips Bread Puding

Assalam, kalau anda rasa anda tersalah masuk dapur Curlybabe sebab nampak puding2 yang boleh dikira posting tentang puding kat dapur ni, dont be alarm!!..Betul lah ni dapur Ayu..heheh..tak salah masuk pun..tengok teman2 buat puding kita terkebil2 aje tau..lagi2 yang cantik2 & cun2 belaka..bukan apa rakyat jelata kat rumah ni not into puding ler..tapi kita tak ulik kita buat juga, bila nampak kat dapur My Lady, kita terus print, sebab nak buat pun tak makan masa, sekejap aje dah siap, adding to ada sedikit balance roti yang almost expire...tapi kita buat pun 1/2 adunan dari bawah ni..itu pun kita terkial2 menghabiskan sorang2 + my mum rasa sikit aje..my mum siap tanya puding ni ada susu tak?..Kita jawap tak mak!!(sebab kalau kita cakap ada susu dia tak nak makan..so bohong sunat, hari raya minta maaf..wakakaka)..

This puding is nice tau, manisnya pun ok pada kita..pada teman2 yang minat dengan puding dan cara membuatnya pun senang cubalah..Thank you Mylady for sharing this nice recipe..my puding tak segebu your puding as I forgot to ambik gambar lepas baked tu. Ni dah lepas masuk fridge baru teringat nak ambik..

Chocolate Chips Bread Puding
Sources-From MyLady@Ibunda Delights
Bahan-bahannya
250gm roti
100gm choc chips
*mylady add sket kismis untuk tambahkan kesedapannya.. -(Ayu pun ikut juga)
2 tbsp gula pasir
Bahan A
500ml susu cair (full cream) *mylady bancuh susu tepung jek-(Ayu gunakan susu kotak tu aje)
125ml double whipped cream *mylady pakai whipped cream biasa jek-(Ayu pun sama)
40gm gula perang
3 biji telur
*campur semua bahan diatas, dan whisk hingga sebati


Cara-caranya :-
1. Gris bekas dengan butter
2. Roti di potong cube dan susun didalam bekas yang di gris
3. Taburkan choc chips & kismis diatas cube roti
4. Tuang Bahan A perlahan2 keatas semua permukaan roti *tuang perlahan2 untuk make sure roti dapat serap Bahan A dan juga supaya roti tidak terapung kalau dituang secara cepat
5. Taburkan gula pasir rata2 diatas roti tadi *untuk mendapatkan permukaan yang brownish dan agak rangup
6. Biarkan selama 30 mins *memandangkan pakai roti Gardenia jek, mylady skip step ni
7. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit
8. Bila nampak permukaan dah keperang2an, dah boleh dikeluarkan dari oven, dan sedia untuk dinikmati
Selamat Mencuba...

Ikan Goreng Belacan

Lauk ikan goreng belacan yang juga dah lama kita masak....tak tahu apa nak cakap nii..uish..recipe dari dapur Che Mat as usual ..suka lauk ni sedap...sebab ada belacan..hehe lauk ni kita makan dengan sup sawi & daging kat bawah tulah..Thanks ya Mat as usual minta izin letak disini pula..

Ikan Goreng Belacan

Sources:-From CheMatGebu@ Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan "japanese mackeral" (atau apa2 ikan yang anda suka)-(Ayu gunakan 1 ekor ikan tenggiri)
4 biji cili hijau, hiris+ beberapa cili padi
2 biji cili merah, hiris
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci belacan*
1/2 cawan air*(*dilarutkan)
Garam dan sedikit gula
2 keping asam gelugor
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan lumur dengan sedikit kunyit serta garam, gorang ikan tadi hingga masak, tapi jangan garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu. Masukkan serbuk kunyit dan juga asam gelugor, kacau rata.
  3. Masukkan belacan yang telah dilarutkan tadi, kacau rata. Masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan denga nasi pana

Sup Sawi & Daging

Lauk 3-in-1, berdaging + berkuah untuk anak2 dan sayur + berkuah untuk dewasa..this is one of those recipe yang kita sempat print dari dapur Diana, kertas pun dah kuning...lauk buat sahur pun ok ni..

Sup Sawi & Daging
Sources:- http://resipidiana.blogspot.com
Bahan2:-
1 ikat sawi, dibersihkan-(Ayu gunakan sawi pendek)
100g daging dipotong nipis
1 silinder tauhu sutera, dipotong empat - ( Ayu hiris dan goreng sekejap)
1 liter air
bawang goreng secukupnya
garam + serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan unuk dikisar:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara2nya:-
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan daging dan tumis sehingga ia masak. Masukkan garam, serbuk perasa dan juga air. Bila kuah telah mendidih masukkan sawi dan tauhu sutera. Taburkan dengan bawang goreng. Dah pun siap untuk dihidang.

Monday, July 25, 2011

Chocolate Choclairs Muffins

Chocolate Choclairs Muffins ni actually dah lama nak buat semenjak dari nampak Kak Ummi buat lagi.. terus kepantry cari choclairs ni sebab kita confirm memang ada stok choclairs time tulah..tapi bila tengok alamak blueberry punya flavour pulak..anak2 tak makan kalau chocolate ada flavour2 ni, macam mana choclairs blueberry ni ada kat pantry kurang siasat pulak siapa yang bawa balik..hehehe..so terpaksalah tangguh dulu hajat dihati..lepas tu nampak kat rumah Sheila, terus tak boleh tahan cari choclairs ni kat supermarket yang berperisa hazelnut milk chocolate, siap buat masih belum sempat nak post entry lagi maklum ler tunggu queue number dan juga puan tanah asik tak boleh nak update sebab sibuk memanjang..then nampak kat rumah Hasue, beberapa hari yang lalu ...so this time kita post kat sini pulak..maklum ler bulan puasa pun dah nak dekat..muffins2 ni time bulan puasa rasa2nya macam ada sikit slow kat rumah kita..melainkan si Marsyalah..

I buat muffins ni,. for the choclairs tukan I tak potong empat tapi masukkan sebiji2 dalam each muffins..
itu yang tak meletup keluar lavanya macam teman2 yang lain...tapi meletup kat dalam instead..bantai ajelah asal dalam ada rasa choclairs ni oklah kan..then my chocoolate chips pun macam sikit aje kita tengok next time nak lebihkan biar kat atas tu cantik sikit..hehe..Apa2pun muffins ni pun sedap juga dan manisnya pun ok pada kita..Terimakasih to Yani again for sharing and thanks to the ladies for the ideas..


Chocolate Choclairs Muffins
Sources:-From Yani@ Deco Coco

Bahan-bahan:
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 20gm serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 45gm gula perang
  • 45gm gula kastor
  • 100gm mentega
  • 100ml susu segar
  • 50gm chocolate chips
  • 10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4)-(Ayu tak potong ayu masukkan sebiji2)
Cara-cara:

  1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
  2. Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
  3. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau. Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung kmdn susu. Akhir sekali tepung.
  4. Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
  5. Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Gulai Kari Udang & Pisang

Lauk beberapa bulan yang lalu, yang baru ni tiba gilirannya..pertama kali pisang kita masak gulai kari macam ni..selalunya kita masak lemak cili padi or asam aje..so this time cuba ...sedap juga digandingkan dengan udang yang sememangnya my favourite..recipe dari dapur Jasmeen, yang kita bongkar bila kita dapat tahu dia ada blog lagi satu other than blog keknya tu..banyak juga recipe2 yang best2 di situ..walapun diblognya ada tertera, recipe untuk rujukan sendiri & anak2, tapi rasa2nya..boleh juga menjadi rujukan teman2 blogger or siapa2 yang ketandusan idea nak masak masakan seharian..
Buat Jasmeen, kita minta izin diletakkan recipenya disini pula lah ya..harap Jasmeen dont mind...


GULAI KARI UDANG DGN PISANG..
 Sources:-From Jasmeen's kitchen

 Sesikat pisang sayur muda (siat kulit & potong serong)- (Ayu rebus hingga empuk)
½ kg udang basah-(Ayu gunakan 350g)

Bahan tumis (kisar halus)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas-(Ayu gunakan sehiris aje)
2 biji buah keras
Sedikit cili kering (optional)-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
2 btg serai (ketuk)
1 biji bawang besar dihiris-(Ayu tambah)

Serbuk rempah kari (bancuh dgn sedikit air > jdkan paste)-(Ayu gunakan 4 sudu besar)
Daun kari
Santan pekat-(Ayu gunakan 2 cawan santan + air)
Minyak untuk menumis
Garam / Gula / serbuk perasa.

Cara :-
1- Panaskan minyak & masukka bahan tumis.
2- Masukkan daun kari & serai..tunggu hingga wangi
3- Masukkan kari paste...tumis sehingga pecah minyak.
4- Masukkan pisang & sedikit air...tggu sehingga sedikit empuk & masukkan udang.
5- Kacau rata...tggu sehingga udang masak...& masukkan santan.
6- Perisakan dgn garam & gula.
7- Siap...

Cucur Tauhu & Cendawan

Assalam, semuanya..comes Monday aje, dah start routine balik..sekejap aje dah seminggu sekejap aje dah nak masuk bulan puasa..rasa macam semalam aje kita gantung itu langsir..walhal, it was last year!!...kiki..1 tahun itu langsir tak ada turun dah babe..bayangkanlah betapa rajin nya kitakan..sebab rajinlah kita pilih langsir colour gelap2 sikit jadi tak nampak kegelepan habuk tu..hehe...ni bulan puasa baru bawa turun, terus gantung langsir untuk raya..hahah....

Walaupun dah masuk lunch time sekarang, I just post this cucur ajelah ya...mana tahu boleh juga buat minum petang nantikan..kali ni cuba pula cucur tauhu dari Yani, ex- puan tanah myresipi tu ya..Kita adjust ikut selera dan tambah apa2 yang patutlah ..guna tauhu lembik pun 2 sebab itu aje yang ada..so kita tambah tepung, sebab adunan ada sedikit lembik..Apa2pun cucur tauhu ni sedap lagilah ada cendawan, oops, cendawan butang pun kita tak ada so gunakan cendawan tiram aje, then kita cicah dengan sambal tumis , best!!! ...Terimakasih to Yani for sharing, akak panjang2kan recipenya  kat sini pula ya..


Cucur Tauhu & Cendawan
Sources:-From Yani@Deco Choco
Bahan-bahan:

  • 2 sudu kecil pati ayam knorr-(Ayu gunakan 1-2 sudu kecil concentrated chicken stok)
  • 4 keping tauhu putih dilenyek-(Ayu gunakan 2 keping tauhu lembik/putih aje)
  • 1 biji telur dipukul
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil lada putih-(Ayu gunakan 1 sudu kecil)
  • 3 sudu besar tepung jagung-(Ayu gunakan 4-5 sudu besar)
  • 5 ulas bawang kecil dihiris
  • 100g cendawan butang dihiris ( xbuh pong.. xde stok)-(Ayu gunakan cendawan tiram 2pkt)
  • 1/2 btg lobak merah dihiris halus
  • 5 batang kucai dipotong sepanjang 2cm. ( ganti dgn daun bwg + sup)-(Ayu gunakan sama dgn yani)
  • 2 biji bawang besar dihiris-(Ayu tambah)
  • beberapa cili padi dihiris-(Ayu tambah)
  • 11/2 cawan tepung gandum-(Ayu tambah)
Cara-cara:
  1. Masukkan tauhu, telur, serbuk pati ayam dan bahan-bahan perasa di dlm mangkuk
  2. Masukkan tepung jagung dan gaul rata
  3. masukkan bwg kecil, cendawan butang, lobak merah dan kucai. 
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana besar. Goreng campuran sebesar 1 sudu kecil sehingga perang keemasan. Tos dan hidangkan dengan sos cili..-(Ayu hidangkan dengan sambal tumis)

Wednesday, July 20, 2011

Nasi Lemak Kukus, Sambal Kerang & Ayam Goreng Bawang

Nasi lemak kukus ni menu dah lama juga..kita dah lupa bila..Disebabkan tekak nak makan yang betul2 ikut steps & recipenya....Kita buat lagi nasi lemak ni..the first time buat dulu kita tak rendam satu malam pun dan kita kukus atas daun pisang dalam steamer bulat besar gedabak kita ..this time, kita rendam semalaman then kukus diatas kain bersih (kain lampin of cos yang bersihlah ya..heheh)  tapi didalam trio steamer kesayangan kita ..memanglah berbaloi dan muai sebab nasinya lembuttttt dan peroi aje dan yang lebih penting tak berkerak!..tengok nasi yang dikukus pun putih melepak aje..yalah sebab dibasuh, then direndam then dikukus then direndam lagi..apa tak cantikkk aje nasinya....pernah buat disini dan ditranslatekan.. So sesiapa yang nak cuba nasi lemak kukus ni kalau nak makan esok, malam nanti bolehlah direndam beras tu Ok..terimakasih buat puan punya recipe minta izin diletakkan disini sekali lagi..

Nasi Lemak Kukus
Sources:-From noya@myresipi
Bahan2 (4-5 orang)
  • 5 cawan beras-(Ayu gunakan beras basmathi)
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa 

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak. 


********************  
Sambal Kerang
 
Sambal kerang ni actually recipe asal menggunakan sotong, tapi kita pun sudah menggunakan recipe ni untuk sambal2 yang lain..one of them Sambal Udang yang kita buat untuk majlis tahlil minggu lalu tu ler..tapi sayang kita tak ambik gambar pulak for that..

Suka dengan sambal kerang ni sebab ada tomato biji..semua suka dengan rasanya, bila kita cakap semua, tu Mr Hubby, my parents lah..(pengoment/pengkondem number 1.. .heheh)..memang sesuai makan dengan nasi lemak kukus kat atas ni..thank you dear owner for this nice & marvelous recipe..we love it very much!!

Sambal Kerang
Sources:-From Singapore Local Favourites

Ingredients :
  • One lb(450g) small or med-sized fresh squid, clean the squid by laying it flat on the chopping board and gently pulling out the head in one direction. Empty the cavity of the squid. Wash it clean. Discard the head  except for a small portion of the tentacles. Slice the squid to thin rings. -(Ayu substitute 1kg of cockles boiled and discard shells)
  • 4 tbsp peanut or vegetable oil
  • One large onion, sliced
  • Two ripe tomatoes, quartered
  • One tbsp tamarind paste
  • One cup water
  • 1-2 tsp palm sugar or dark brown sugar
  • salt
  • 8-10 shallots
  • 2 tsp belacan, also spelt belachan or blacan [dried shrimp paste]
  • 4 cloves garlic
  • 5 tbsp chili paste
  • 4 candlenuts [buah keras/kemiri nuts] [Substitute: macadamia nuts]
(Items in red are to be ground/blended)

To Prepare :
  • In a small bowl, using your fingers, mix together tamarind paste and water, then strain and discard seeds
  • Using a mortar & pestle or blender, grind shallots, garlic, belacan, candlenuts, chili paste into a paste
  • In a heated wok, add oil, stir-fry ground paste until quite toasted and oil starts to ooze, about 5 mins
  • Add onions, tomatoes, tamarind, sugar and salt to taste
  • Cover, reduce heat to med, simmer till tomatoes are well stewed (mash with spatula) and sauce thickens
  • Add squid, stir fry till just opaque - do not overcook as they will become chewy!
  • Dish into a serving dish, allow to sit 10 mins or so, for squid to absorb flavors
  • Served Sambal Sotong over a banana leaf with steamed rice or Nasi Lemak (Coconut Rice)

 ***********************
Ayam Goreng Bawang
Ayam goreng bawang ni SEDAPP!!..Pertama kali nampak kat rumah Sofea Penang, recipe asal dari dapur Kak Paty , kalau nak tengok stepsnya bolehlah kesini ya. Terimakasih kak for this nice recipe, my family puji  sedap ayam goreng macam gini..another nice recipe of ayam goreng into my collections!!..
Basically the whole combination of lauk2 memang ngam..Untuk translation melayu kita dah simplify kan kat bawah tu..

Ayam Goreng Bawang
Sources:-From Kak Paty@Paty's Kitchen 
INGREDIENTS
1 whole chicken cut into 12 / 1 ekor ayam potong 12
1 cup yogurt / 1 cawan yogurt atau tairu
3 tbsp meat curry powder / 3 sdb serbuk kari daging
2 tbsp paprika / 2 sdb serbuk paprika
3 tbsp garlic-ginger paste / 2 sdb pes halia-bawang putih
1 tbsp turmeric powder / 1 sdb serbuk kunyit
salts and sugar to taste / garam dan gula secukup rasa
sufficient oil to fry chicken / Minyak untuk menggoreng ayam.

Mix all ingredients. Marinade well and keep for 12 hours or overnight. Deep fried till brown, drain oil and keep aside./ Campurkan semua bahan dan perap slama 12 jam atau semalaman.

For the caramelized onions

3 large onions - slice thinly see the process below / 3 biji bawang besar potong nipis - lihat langkah menyediakan di bawah
1 tsp honey / 1 sdt madu
5 strand curry leave / 5 tangkai daun kari

 Methods for caramelized Onions:-
  1.  To caramelize an onion, we used 3 medium onion, 6 tablespoons cooking oil or butter, a pinch of salt, a pinch of black pepper (optional), and a pinch of sugar (optional).
  2. Slice the top off of your onion. Cut the onion in half from top to bottom and peel it.
  3.  Place half of the onion, flat side down, on a clean, flat cutting surface. Slice the onion into half-rings. The thickness of the slices is not important, although thinner slices will cook faster. If you prefer a more rustic look and feel, make the slices very thick.
  4. Place a large skillet or saucepan on the stove and add a small amount of fat. Heat the oil to a medium-high temperature.We used 6 tablespoons of oil. Butter is also delicious, but it tends to burn more easily, so be sure the pan doesn't get too hot.  
  5. When the fat begins to ripple, the oil is hot enough.
  6. Add the onions to the hot oil.
  7. Stir the onions until they are coated with oil.
  8. Adding a pinch of salt seasons the onions at the same time it speeds up the caramelizing process. The salt will suck moisture out of the onions and eventually evaporate. Be cautious not to add too much salt. If you would like, add a pinch of ground black pepper and a very small amount of sugar or honey.
  9. Continue to stir the onions. After a minute or so, you will notice that they might have begun to stick to the bottom of the pan and turn dark in color. This is okay--in fact, it's what should happen.
  10. Continue stirring and watch as the onions' color turns darker and darker.
  11. If you feel that the onions are sticking to the bottom of the pan too much, add a very small amount of water, broth, or wine to the pan and stir vigorously; this is called "deglazing." The water will evaporate almost immediately while loosening the onion slice.
  12. Continue this process of cooking and deglazing until the onions have reached the color, flavor, and texture you desire. Caramelized onions are perfect to use as the flavor-base of an onion soup, or to garnish sandwiches and other dishes. For this recipe at in the curry leaves at this stage.

Malay version (yang sudah digooglekan)..
1.Untuk caramelize bawang, kita menggunakan 3 bawang saiz sederhana, 6 sudu masak minyak atau mentega, sedikit garam, secubit lada hitam (optional), dan secubit gula (optional).

2. Hiris bawang.Hiris bulat ikut ketebalan sendiri, ketebalan tidak penting, walaupun nipis akan lebih cepat masak. Kalau nak lebih terasa hiris tebal lah.
3. Panaskan minyak didalam kuali besar atau periuk, dengan menggunakan api sederhana besar. Masukkan 6 sudu besar minyak. Boleh gunakan mentega(dikatakan lagi sedap), tapi ia akan cepat hangit dan pastikan kuali tidak terlalu panas.


4. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang yang telah dihiris tadi Kacau rata hingga semua hirisan bawang disalut minyak.


5. Tambahkan secubit garam diwakktu yang sama untuk mempercepatkan 'caramelizing', garam
akan menyedut kelembapan daripada bawang dan akhirnya menguap. Berhati-hati untuk tidak menambah terlalu banyak garam. Jika anda mahu, tambahkan secubit lada hitam dan jumlah yang sangat kecil gula atau madu

6. Terus kacau bawang. Selepas satu minit atau lebih, anda akan dapati bahawa bawang mungkin telah mula melekat pada bahagian bawah periuk dan berwarna gelap. Ini adalah okay - sebenarnya, apa yang sepatutnya berlaku.

7. Teruskan kacau dan boleh lihat warna bawang bertukar menjadi lebih gelap dan gelap.

8. Jika, bawang yang melekat kepada bahagian bawah periuk terlalu banyak, tambah jumlah air yang sangat kecil, sup,  untuk menyorot dan kacau dengan bersungguh-sungguh, ini dipanggil "deglazing." Air akan menyejat dengan serta-merta di samping melonggarkan hirisan bawang.
 

9. Teruskan proses memasak dan deglazing sehingga bawang telah mencapai warna, rasa dan tekstur yang anda inginkan. Bawang Caramelized yang sempurna untuk digunakan sebagai asas rasa sup bawang, atau sandwic hiasan dan hidangan yang lain. Untuk resipi ini masukkan daun kari  pada peringkat ini. -(Setelah masak, Ayu masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.)

Note:-* If you don't want it hot, you can just marinate the chicken with turmeric powder and salts / Kepada yang tidak berminat dengan pedas, ayam tu boleh digoreng dengan garam kunyit aje.

Stylish Blogger Award


Bila kita dapat message dari Kak Wattie, suruh ambik award ni..kita telan air liur sebuku..heheh..bukan apa..memang pun macam Kak wattie cakap, baru lepas buat karangan panjang lebar hari tu ..dah dapat lagi ..heheh part nak memikir apa yang nak disharekan tu makan masa beberapa jam..hahaha..nak celoteh buat  normal entry pun terkebil2, inikan buat karangan..haha..
Thanks Kak Wattie for the  thoughts tu ya..kita angkut award ni dengan senang hati..
Latest update baru dapat Dari Ct Delima yang manis, cun & slimm aje..
Thanks Ct for the award tu juga ya..
Very very latest  update hampir2 tetelan air liur dua buku
bila dapat award ni dari Kjee,
blogger yang peramah, lagi friendly, although we know she is an artist(pelakon),basically tak sombonglah..dan sudi berkawan dengan siapa saja..
Thank You Kjee for this award, dont mind I just linked up here aje ya..

Kali ni tak susah sangat..sikit aje tak susah..
yang lebih tu susah juga sebab nak kena cari 8 orang kasi award ni..
nanti kita kayuh basikal pelan2 siapa yang kena pulak.
 

Tuesday, July 19, 2011

Asam Pedas Hijau Ketam Batu

Assalam dan selamat malam..masih ingat kita lagi tak?..hehehe..ni Ayu tau..alah Ayu Curlybabe  tuuu ler..
rasa lama sangat tak kedapur kita ni ..jenguk2 juga tapi tak sempat nak berupdate & berblogwalking....semua pasti dah kenyang makan kek coklat fudge tu ya..heheh..ai, dengan lilin2 sekali kena telan ke?..ish3x....(jadilah kan..ayat pembuka tirai posting kita for today..haha...)

Sebelum kita merepek meraban dan syok sendiri..Sebenarnya, I have been busy lately sebab minggu lepas  ada bacaan tahlil dan juga bacaan sempena Nisfu Syaaban dirumah kita, walaupun jemput tak ramai orang tapi, masak tetap masak jugalah although sikit ajekan, menu yang kita sediakan nak tahu apa? Ah tak nak tahu kita nak kasi tahu jugak..tak ulik..heheh..Nasi Ketumbar & Rendang Ayam Bandar, Sambal Udang, Acar timun, & Acar Nenas, as for the kuih2, kita buat Kuih Jagung Bakar, Kek Gula Hangus, Serimuka Pandan dan Steam Coconut Blossom....cuma acar timun & acar nenas my mum yang buat and she made Pau kacang juga untuk tambah2kan kuih...maaf kita tak ambik gambar for all the above except the Steam Coconut Blossom yang kita akan masukkan pun bilalah tu..heheh..

Ok kita cakap pasal lauk asam pedas hijau ni pulak ya yang kita masak minggu lepas..Actually kita dah gunakan recipe asam pedas hijau ni for ikan juga tapi yang tu pun  nanti2lah ..Recipe dari dapur  Kak Ummi, yang  minat dengan warna hijau ..hehehe..kita mengagak aje ni..haha sebab kita pernah cuba maggi goreng hijau dulu dan rasa2nya ada pernah nampak lauk lemak hijau juga kot?..jangan main2  semuanya sedap2 belaka..I loike!..Mr Hubby pun suka so basically semuanya satisfied customer..hehe..
Thanks Kak for this recipe, macam biasa minta izin ditempekkan disini pula ya untuk rujukkan masa depan..


ASAM PEDAS HIJAU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan besar (kerat 3) -(Ayu gantikan dengan 3-4 ekor ketam batu)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji timun - belah dua dan buang bhg tengah
  • 2 kuntum bunga kantan - belah dua
  • secekak daun kesum
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 8 tangkai cili padi hijau/cili thai hijau-(Ayu tambah lagi)
  • 2 tangkai cili besar hijau
  • 1/2 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 2 cm kunyit hidup muda (jgn guna yg kuning tua tu, nnt jadi kuning pulak kuahnya

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biar mendidih.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biar sebentar.
  4. Masukkan ikan dan timun, diikuti dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Reneh kuah hingga semuanya cukup masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan.

Thursday, July 14, 2011

Chocolate Fudge Cake

Waduh, actually bila baca kat comments2 yang diberi dari teman2 blogger..hari tu about Marsya's birthday cake..kita telan air liur aje tau gulp!..heheh..alahai kek yang dibuat tak glamour lah you..kek biasa2 aje..this time kita tak sempat nak buat 'research'  dan think more about Marsya's cake, sebab asik sibuk aje dengan the kids homework and other stuffs lah..so decided pun last minute dan gunakan bahan2 yang ada kat rumah aje..

Bila tanya Marsya nak kek apa dia jawap nak kek 'Dora'..check jugalah ineternet cake dora macam mana, tapi mostly 'kek kepala Dora' atau edible image of "Dora'..lepas congak2 kita cakap dengan dia, 'Adoi kek Dora susah buat lah Marsya'..mama tak tahu buat..flip buku for some ideas, ingat nak buat 'Princess Castle'..pun susah dan lagi banyak kerja wei..hahaha..memandangkan hari birthday Marsya tu half of the day kita kat luar..bila balik tak sempat nak fikir lama2 terus aje buat kek ni...sebab sebelah malamnya nak potong  kek bila Mr Hubby pulang dari office..so kita decided on this number '5' cake since she is 5 years old..hahaha..Marsya smiled with satisfaction bila mama dah siap deco kan, shukurlah tak banyak songeh, asal ada kek jadilah kan..haha... Chocolate Fudge Cake ni kita pernah buat  here.. last year for Iqram's giant lego's cake..Nak buat dia pun senang aje...for this recipe kita gunakan 11/2 adunan - 1 loyang kek chiffon 7" + 1 loyang empat segi  5".. kek ni very moist, very chocolatey dan lembut aje..memang sesuai siapa2 yang sukakan kek coklat..

Chocolate Fudge Cake
Sources:-From Aunty Yochana
                                                                Ingredients for Sponge Cake:-(A)
120 gm. Superfine flour-(Ayu used Cake flour)
1/4 tsp. Baking powder
1/4 tsp. Bicarbonate of soda
1/4 tsp. salt
85 gm. sugar-(Ayu  used 75g)
4 egg yolks
50 gm. cooking oil (any brand)
40 gm. water
1 Tbsp. chocolate emulco / paste
35 gm. cocoa powder + 60 gm. hot water

(B)
4 nos. egg white
1/4 tsp. cream of tartar
85 gm. castor sugar-(Ayu used 75g)


Ganache:-
250 gm. dairy whipping cream
300 gm. cooking chocolate
50 gm. butter

Method:
(1) Mix all the ingredients (A) together into a smooth batter.
(2) Whisk (B) till until stiff peak.
(3) Fold (A) and (B) together, taking care not to overmix. Pour into a 9" round cake tin and bake at 175C for about 45 mins. or till cooked. Remove cake from oven and let it sit on the cooling for 3 mins. before removing from the tin.
(4) For Ganache, heat up the dairy whipping cream, pour into the chocolate and stir till chocolate melts, then add in the butter. Stir till smooth and let it set until it's or a spreading consistency.
(5) Slice sponge cake into 3 layers. Spread ganache on every layer and sandwich them together. Cream the whole with ganache and decorate as desired.

* This chocolate fudge cake is using ganache and it's not the custard-like fudge cake.



Maggi Goreng Tomato

Assalam, terlebih dahulu nak ucapkan berbanyak2 terimakasih pada semua aunties & uncle dan juga kakak yang telah mengucapkan selamat hari lahir untuk  Marsya..Semuga doa2 yang dipanjat kan menjadi kenyataan dan begitu juga hendaknya. Amin..
Menu maggi goreng ni kita buat hari Ahad lepas untuk sarapan..sunnguhlah sedap sangat pada kita & family..suka rasa tomato yang masam2 dan cili yang pedas2 manja juga kombinasi kicap manis & masin.
Basically semuanya cukup rasanya..sedap sangat, lagi ada daging dan udang memanglah kena dengan citarasa Mr Hubby & anak2..Recipe dari dapur Kak Ummi yang manis jelita..dah lama juga kita aim nak buat maggi goreng  tomato ni..akhirnya tercapai juga..Terimakasih buat Kak Ummi, dan minta izin diletakkan disini pula ya..

MAGGIE GORENG TOMATO 
Sources:-From  Kak Ummi@ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 bungkus maggie (buangkan perencah sediada) - dipatah2kan sedikit-(Ayu gunakan mee maggie yang kosong tu aje)
  • 200 gm daging - dihiris halus dan basuh bersih.
  • 10 - 12 ekor udang - dibersihkan
  • 4 biji cili merah - dikisar -(Ayu gunakan 11/2 sudu besar cili kering kisar)
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato - didadu
  • 1 kiub pati lembu
  • 1 batang lobak merah - dipotong batang mancis
  • sedikit hirisan kobis- Ayu tambah
  • 1 ikat sawi - dipotong-potong
  • 2 mug air-(Ayu gunakan 1 cawan air)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumis :-
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan daging, perlahankan api dan kacau hingga daging 3/4 masak.
  3. Masukkan cili kisar, sos tomato, tomato puree, kicap dan kiub pati lembu. Kacau rata dan sebati.
  4. Masukkan udang, lobak merah dan batang sawi. Kacau.
  5. Masukkan air dan garam. Biar didih sekejap.
  6. Masukkan maggie dan tomato dadu, kacau balik rata-rata hingga nampak kembang dan lembut sikit.
  7. Masukkan sayur sawi dan kacau lagi hingga maggie nampak kering dan sebati dengan bahan lain.
  8. Setelah sebati dan maggie lembut. Tutup api dan hidangkan dengan cili jeruk/perahan limau nipis.

Monday, July 11, 2011

Award & Tag From Mamahawa, Cheiza & Kak Cek

Assalamualaikum, bersua kembali dipagi Isnin yang sunyi aje kat daerah rumah kita ni..semalam, malam tengok kat facebook ada tag dari Mamahawa suruh ambik award didapurnya
then masuk blog ada comment pula dari Cheiza pun suruh ambik award yang sama..
so dah confirm dah tak boleh nak escape..hehe..
Then semasa kita menaip entry ni dapat pula message dari Kak Cek..
ermm memang tengah menyiapkan pun so sekali lah ya..heheh
Oops latest update, baru dapat lagi dari Kak Gee..
Terimakasih ladies for the thoughts tu ya..
Ingatkan memang tak kenalah sebab kita pun ada curi2 masuk tengok beberapa blog dah kena tag  so kita  tak pressure sangatlah kan..heheh...
Tapi tak apa for the fun of it apa salahnya kalau teman2 nak tahu serba sedikit tentang diri ku ini
walaupun dah tau serba sedikit ditag2 yang lalu..

Award ni comes with a tag iaitu 7 perkara yang orang belum tahu tentang diri kita ni.
  1. As sedia maklum kita ni anak pertama dari 2 beradik aje..1 perempuan dan 1 lelaki(adik)..Walaupun kita ni kakak tapi orang selalu ingat my adik tu abang..hehe..jarak umur kita dengan adik kita tu 21/2 tahun aje..mungkin sebab dia tak cukup rambut kot..hehehe..dulu2 kat Singapore ni kerajaan ada berkempen 1 keluarga tu 2 anak cukuplah..jadi my parents kira ikut juga berkempen "two is enough'..wakaka..tak adalah actually keluarga kita dulu bukanlah dari orang yang berada, my dad's salary kira cukup makan aje so my mum yang tak nak ada anak ramai2 sebab takut tak tertanggung..heheh..Kita ni sebenarnya half Chinese. My mum adalah dari keturunan Cina..Semasa my mum bayi lagi dia diambil oleh keluarga Melayu,so dari kecil lagi dia diberi asuhan , didikan agama basically macam orang melayulah juga..so kalau orang tanya tau berbahasa cina tak sepatah haram dia tak tahu..Sama juga macam kita ni..dulu2 sebelum bertudung,orang selalu mistaken kita ni Chinese girl, selalu orang akan berbahasa Cina dengan kita..hehe..Hinggakan pernah suka dengan Chinese boy tau..haha..alah time sekolah2 dulu aje ler...(cinta monyet)..
  2. Semasa disekolah menengah subject yang paling kita benci adalah Maths. Dari menengah 1 hingga empat tak pernah pass selalu dapat F9 aje!!!..tapi bila 'O'level kita pass pulak itu pun dapat C6..hehe..entahlah kita ni bila nampak numbers aje kepala terus pusing tau..terus mata pun jadi julinglah gitu...Dulu2 kita ada juga subject Home Economics, bila part sewing, kita selalu suruh my mum yang jahitkan..sebab kita tak suka menjahit!! Bayangkan hingga kehari ni kalau butang baju my kids tertanggal I rather dia orang pakai baju lain dari pergi jahit butang yang tanggal tu..heheh...tapi bila part cooking kita sukaaaaaaaa sangat, sebab dapat makan..hehe
  3. Minat kita dari kecil adalah melukis, minat tu bermula bila kita didarjah 1 lagi..time tu Cikgu cakap lukisan siapa yang paling cantik, akan dapat 5 cent..then lukisan kita terpilih, so basically moral very high lah then minat tu terus hingga ke sekolah menengah dan selepas tu..disekolah menengah kita ada juga memenangi beberapa peraduan melukis di peringkat sekolah dan daerah..Lepas sekolah menengah, kita ambik kursus Jurusan Hiasan dalaman, sebab suka melukislah tu..tapi bila dah dapat diploma,kerja dibidang lain sedikit dari jurusan yang diambil iaitu Pereka gerai pameran pulak..
  4. Kita pernah bekerja di Kuala Lumpur selama 21/2 tahun kerana ingin menimba pengalaman disana..dulu2 kita menumpang dirumah sepupu diSentul, dan berkerja di Jln Segambut, then lepas tu office berpindah ke Damansara.. Kalau siapa2 yang tinggal di Damansara mesti tau PICO..lepas beberapa bulan berpindah office,  kita pulang ke Singapaura untuk persediaan nak berumahtangga dengan jejaka pilihan hati...hehe..masa tu bakal hubby pun baru pulang dari Brunei sebab was attached dengan camp di sana...Oh kita bertunang lama tau..3 tahun(kalau tak 4 tahun ah)!! so basically masa bertunang nilah kita berjauhan dengan bakal hubby..heheh.satu di Kuala Lumpur satu di Brunei..
  5. Kalau nak ikutkan kita ni berkahwin lambat..then dapat anak pun lambat..itu sebab kawan2 yang sebaya dengan kita , kebanyakkan dah mempunyai anak yang dah masuk usia awal 20an..walhal, anak sulung kita baru 16 tahun this year dan yang bungsu baru 5 tahun this year..percaya tak, pada satu hari, ada seseorang ni tanya kita 'Ini cucu kah?'.(referring to my Marsya)..mak ai!!!..muka kita blushed ler..tak tahu apa nak cakap..hahah..(dalam hati TUA sangat ke muka aku ni?)..uish ..huhu..confirm kena renovate muka kita ni..hahaha....
  6. Kita ni jenis orang yang tak banyak  colok..My late mother in law pernah kata, banyak2 menantu dia yang tak banyak songeh yalah kita..heheh..kembang montot makcik sekejap tau..hehe..yalah,sebab kita tak pernah larang my hubby kalau nak pergi rumah mak dia, nak kasi duit bulan berapa banyak, nak belikan mak dia apa2 yang dia nak, basically kita tak pernah sekat apa2lah.. kita kasi dia duit bulan lagi ada time kita kerja dulu lah..tapi sekarang semua tu dah tinggal kenangan...kalau kat tempat kerja, kita ni jarang2 show my temper..heheh..kalau ada masaalah atau tidak kepuasan dalam hati kita diam aje..tapi kalau kita dah tak boleh tahan kita terus hantar resignation letter, itu yang selalu management kelam kabut dibuatnya, sebab tak ada angin tak ada ribut terus nak berhenti kerja....wakakaka..tapi lepas kena pujuk rayu kita tarik balik surat tu..hahaha..
  7. Ok kita sebenarnya ada licence untuk memandu, tapi kita takut nak bawa kereta..kita macam tak confident nak bawa..heheh..kita tak reti berenang juga, sebab cuba try asik tenggelam aje...last ni mesti ramai dah tau..kita suka makan makanan yang ada cili padi..kalau tak ada rasa tak bestlah...my home consumption of cili padi kat rumah ni 1 kg per month!!..

 Ah, sekarang dah tau serba sedikit tentang  diri ini..sekarang giliran 5 lagi teman2 yang lain..waduh..ramai yang dah kena so kita decided yang kat bawah nilah ya..harap teman2 yang kena tu jangan marah ..saja aje nak kasi extra kerja and for the fun of it heheh..
Mereka yalah:-
  1. Ratna aka Madiha
  2. Kak Nuridah
  3. Puan Ros
  4. Kak Wattie
  5. Mamasya

Wednesday, July 06, 2011

Muffin Kokocip

Macam biasa, juga, bila part buat muffins ni mesti nak bercoklat..kalau tak, tak ada orang yang sudi makan..waste my current aje..hehe..bayangkan nenek cucu2 pun suka kalau bercoklat2 ni..hahaha...this time kita buat muffins dari recipe Kak Fida..pun dah lama juga buat tapi menanti queue number untuk perform kat blog ni..hahaha..tak salah ada nampak kat one of the blogggers lately dah lupa pulak blog siapa pun dah mencuba recipe ni..memang sedap this muffins, part sukatan gulanya kita tak adjust pun memang just nicelah kemanisan nya tu.. penuh dengan rasa coklat chips kat dalamya itu yang buat muffins ni terasa kecoklatanya..nak buat pun sekejap aje dah siap..
Anak2 pasti akan comeback for more..tengoklah kat gamabr bawah tu..coklat chips manyak oo..


Muffin Kokocip
Sources:- From Kak Fida@myr.com
Bahan2nya:-(85-90kpg)
  • 3 biji telur-A
  • 125 g gula kastor-(1/2 cwn rata)
  • 50 g serbuk koko *-(1/2 cwn rata)
  • 200 g tepung naik sendiri*-(1 1/2 cwn rata)
  • 1/2 sk rata baking soda *
  • (ayak bersama bahan yg bertanda * di atas)
  • 3/4 cawan susu segar
  • 100 g choc chip -(3/4 cwn)
  • 125 g mentega - cairkan (1/2 buku)
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara

  1. Semua bahan di atas kecuali susu dan mentega cair, di jadikan satu di dalam sebuah mangkuk.
  2. Tuangkan susu sedikit2 sambil di gaul rata.
  3. Masukkan pula mentega cair dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit adunan ke dalam paper cup atau muffin cup.
  5. Bakar hingga masak pd suhu 160c selama 15-20 min. atau ikut kepanasan oven masing2. 




Peria Goreng Bertaucu

Ok, menu sayur yang digandingkan dengan Sotong Goreng Santan tu...ni confirm budak2 tak makanlah..sebab pahit..tapi kita suka makan peria tau..compare peria katak dengan peria biasa, rasa2nya peria katak lagi pahit..as for this, kita rendam  dengan air garam lama  juga..alhamdullilah dah tak pahit sangat..Kalau biasa kita goreng dengan telur aje, tapi this time cuba pula masak dengan taucu...I like this dish..itu saja yang dapat kita luahkan..heheh


Peria Goreng Bertaucu
Sources:-From Juadah Warisan Nenek
Bahan2:-
1/2 biji peria-(Ayu gunakan 5 biji peria katak)
200g udang basah
100ml air-jika perlu
3 biji cendawan kering/rendam hingga lembut dipotong nipis-(Ayu gunakan segenggam cendwan tiram)
1/2 biji tomato dipotong baji
1/2 biji bawang besar hiris

*2 biji cili merah-(Ayu tambah macam biasa cili padi)
*2 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*2 sudu besar taucu-(Ayu bilas)
(*Bahan2 kisar)

1 sudu besar sos tiram
garam + serbuk peraa jika perlu
minyak masak secukupnya

Cara2:-
Potong kecil buah peria dan buang bahagian tengahnya.(Ayu rendam dalam air garam buat seketika, bilas) Ketepikan
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris &  bahan dikisar hingga wangi.
Masukkan udang, gram dan sos tiram. Gaul rata. Masukkan cendawan, peria dan sedikit air. Masak hingga lembut. Akhir sekali mkan tomato, gaul rata . Siap untuk dihidang

Sotong Goreng Santan

Semasa, kita menaip entry ni..lidah tiba2 jadi kelu sebab tak tahu macam mana nak mulakan entry masak2 hari ni..dah beberapa hari tak dapat update rasa macam something is wrong some where ..hehe..semua kita buat serba tak kena..makan tak kenyang, mandi tak basah..tidur tak lena..macam orang sedang bercinta dan merindui seseoranglah gitu...wakaka....Kalau Mr Hubby baca ni ada yang kena lempar dengan senduk..hahaha..

Well at least lepas kita type ayat2 kat atas ni, keluar jugalah ayat pembuka jalan kan..hahaha..
Sotong Goreng Santan ni..adalah salah satu menu yang telah dicuba beberapa minggu yang lepas..in fact masih ada lagi 2-3 menu sotong yang belum sempat kita update lagi..tapi hari ni kita masukkan yang ini dululah ya..


Sotong Goreng Santan
Sources:-From Resipi Masakan Sotong
Bahan2:-
1kg sotong besar
1 biji kelapa diambil santan pekat -(Ayu gunakan 6 sudu besar saja)
minyak untuk menumis
2 sudu besar air asam jawa
air secukupnya
garam, gula & serbuk perasa secukupnya

Bahan2 Giling:-
15 tangkai cili kering-(Ayu gunakan 2 sudu besar cili kisar)
2 cm halia
2cm kunyit
8 biji bawang merah
2cm belacan

Cara2nya:-
Sotong dibuang kulit nipisnya, dibersihkan dan sejat. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan2 giling hingga wangi. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata. Masukkan sotong dan santan pekat. Apabila mendidih garam, gula dan serbuk perasa. Masak hingga kuah pekat.