Friday, October 31, 2014

Chocolate Orange Marble Cake

Assalam, kalau tengok kat blog kita ni..ada beberapa jenis kek marble yang telah kita cuba..memang kek marble favourite my family..besides dimakan buat sarapan kek ni pun selalunya dimakan waktu petang or when the craving for some sweet soft stuff mendatang...biasalah kan..kek2 jenis macam ni senang untuk dimakan dan sedap pulak tu..This time kita cuba kek marble chocolate & orange..kombinasi yang memang serasi..kita kalau buat kek berperisa chocolate suka gandingkan dengan perisa either orange atau lemon..this two, memang kena betul dengan tekak kita ..kalau perisa strawberry kurang sikit...

Kek ni pun jangka hayatnya sekejap aje dah habis..tak sampai sehari..kita buat waktu malam, the next day dalam tengahari gitu dah habis... berebut last few pieces diantara Marsya & Iqram..siap 'scissors paper stone' lagi siapa yang menang dapat makan the last piece...heheh..itu datang angin nak makanlah..cuba datang angin tak nak..dihonyok depan muka pun tak hairan...sabor ajelah..
Recipe kita adjusted cara membuatnya dengan masukkan telur sebiji sebiji instead of masukkan kesemua bahan2 macam recipe asal...Oh recipe asal ada curah ganache, tapi kita tak buat..sebab dah malam tak kuasa mak nak main curah2...hehehehe...

Chocolate Orange Marble Cake 
Sources:- Good to know
Adjusted,Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:-
175g caster sugar-(Ayu used 130g)
175g unsalted butter, softened
175g self-raising flour
1tsp baking powder
3 large eggs, beaten
1tbsp fresh orange juice-(Ayu used sunquick)
2 tsp finely grated orange rind-(Ayu just used 1 tsp) 
1 tsp vanilla essence
1/8 tsp orange essence -(Ayu added) 
orange colouring (optional)(Ayu added)
1tbsp cocoa powder blended with 2 tbsp hot water(Ayu used 3 tbsp)


Method:-
Put sugar, butter,  in a bowl. Beat with an electric whisk for 3 to 4 mins until pale and creamy. Add in egg 1 by 1. Add in vanilla essence. Fold in flour, baking powder till combine.
Transfer half the mixture into a second bowl. Into this mixture, fold the orange juice, orange
essence, orange colouring and rind. Fold the cocoa paste into the first bowl.
Spoon the two mixtures randomly into a greased, lined 18 x 25cm (7 x 10in) cake tin. Draw a knife through the mixture to create the marble effect.
Bake at 180°C (350°F, gas mark 4) for 35 to 40 mins until firm(Ayu baked at lower temperature of 155c until firm). Remove from the oven and leave to cool in the tin for 5 mins, then turn out and cool completely on a wire rack.


Thursday, October 30, 2014

Asam Pedas Melaka Asli @ Asam Pedas Melaka III

Kita ni..kalau asam pedas memang suka sangat..pantang jumpa recipe asam pedas, mesti nak cuba..kali ni terjumpa asam pedas melaka asli pula katanya...maklum ler, kata orang kalau nak tahu orang tu pandai masak cubalah asam pedas dia..heheh...so nak make sure kita try varieties of asam pedas available yang boleh kita cuba...manalah tahu anak raja mana nak datang meminang kita!.. ...hahaha (agaknya kalau ada pun mesti lari 10 kilometer bila tengok kita...heheh)

Anyway, dulu pernah juga ke Melaka dan cuba asam pedas dipusat makanan didepan museum kapal tu..entah apalah namanya..tapi kita tak sure & tak ingat pula rasanya macam mana..sebab during that time kita makan..tak ada pula terasa kelainannya..mungkin sebab dah lapar, makan pun agaknya tak sempat nak baca bismillah dah terus menyental...makan punya makan sekejap dah habis, tak pula spot any difference..lagipun time tu kita belum ada blog lagi..so hal2 macam ni tak berapa ambil pusing..asal kenyang sudah..tapi tidak pula semenjak kita ada blog ni..tiap kali makan diluar kita akan menganalisa sesuatu dish yang kita order atau makan...mana tau boleh cuba pula buat sendiri dirumah...

Kita terpaut untuk mencuba recipe ni pula..bila tengok review ramai yang dah mencuba ..
Terimakasih buat puan punya recipe ni ya..minta izin kita panjang2kan disini pula..memang asam pedas ni Powerlah pada kita...:)

pss:-Confirm tangan berbau lagi asam pedas ni walaupun dah  dibasuh bersih ..lepas mandi pun masih bau...hehe..so memanglah asam pedas ni Asam Pedas Melaka Asli!!...

Asam Pedas Melaka Asli
Sources:-Dianaajaq
Adjusted,Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:- (Ayu gandakan sukatan sebab nak berkuah lebih sikit)
4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)-(Ayu guna ikan duri cuci dgn jus limau untuk menghilangkan hamis ikan)

3 biji bawang merah -(Ayu guna 8 biji)
1 biji bawang putih -(Ayu guna 4 biji)
2 cm halia -(Ayu guna 1 inci)
1 mangkuk cili kering kisar -(Ayu guna 2 senduk nasi penuh)
3 cm belacan-(Ayu guna 2 inci)
2 cm kunyit hidup-(Ayu guna 2 inci)
1 sudu besar lada hitam 
3 batang serai-(resipi asal dititik)-(Ayu guna 4 batang)
beberapa biji cili padi -(Ayu tambah) 
(Bahan2 dikisar)

1 sudu teh halba
daun kesum + bungan kantan-(Ayu tak letak bunga kantan sebab tak ada stok)
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)-(Ayu guna bendi)
air asam jawa
garam + gula+ perasa
minyak


Caranya :
Panaskan minyak....
Masukkan halba... nampak mcm kuning2 tu then terus masukkan bahan2 yang diblend tadi...
Masak sampai bahan2 kisar tu garing n masak... (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia... nk bagi masak n garing punya pasal..)-(Ayu pun sama)
Dah garing, masukkan gula(Ayu masukkan dalam 1/2 sudu besar aje).. agak2 ye jgn la manis sgt... masukkan daun kesum n bunga kantan..masukkan ikan... kacau2 sket then masukkan air asam jawa....banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair... kalau cair sgt tak sedap pulak... masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr... akhir, masukkan bendi or terung... then perasakan dengan garam & perasa... biar dia mendidih then boleh tutup api....

Petua ala2 Diana

1. asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak... kang aku tak tanggung...
2. kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan... lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu...
3. lagi pekat, lagi sedap...
4. menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah...
5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan... for sure menjadi la tuh.. hehehehe-(Ayu setuju..memang melekat kat tangan ..lepas mandi pun masih bau lagi )

Friday, October 24, 2014

Honeycomb Cannelloni

Actually dah lama nak buat ni..Guna Cannelloni instead of lasagna sheets .. .This one kita jumpa kat Phoon Huat..cheap2 aje..Came across website minah salleh ni..terus bekenan cara assembling dia tu..so end up kita just use my own recipe tapi ikut cara menyusun cannelloninya...Yalah selalunya cannelloni ni dimasak berbaring dalam mangkuk..tapi kali ni kita masak dia berdiri..hehehe...something different for melah...

My kids punyalah jakun..bila tengok ni..dia orang cakap mama masak apa ni?..When I said 'pasta sarang lebah'..they said Eeeeeee...I said..jangan nak eeeee eeeee...dah makan baru tahu sedap ke tidak...hahaha...Ermm lepas tu....Mama nak lagi!!!!..hehee....

Ok sempena kita akan menyambut tahun baru Islam nanti, kita nak ucapkan..
Salam Maal Hijrah 1436H buat semua...
Semuga tahun baru ini memberi sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita ..
Semuga juga Allah SWT..memanjangkan usia, murahkan rezeki dan mengampuni dosa2 kita yang lalu..
Kita memohon maaf pada semua yang mengenali kita baik dialam maya ini...ataupun yang direct contact dengan kita sekiranya kita ada buat salah, silap dan terguris hati teman2 sekalian...:)

Honeycomb Cannelloni 
Ideas From:- Cook Republic
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Inti Kuah Daging:-
Bahan:-
2-3 kotak cannelloni -250g each.(Bergantung pada bekas kaca yang digunakan besar macam mana)
1 botol pregos size besar
500g daging cincang
2 biji tomato dipotong dadu
1 biji lada benggala hijau dipotong dadu
1/2 batang lobak merah disagat halus
1 tin cendawan butang dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dicincang halus
10 biji cili padi dihiris halus-(optional kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang peas
1 kiub stok ayam
1 sudu besar italian herbs
1 sudu besar serbuk lada hitam
air secukupnya
garam & perasa secukupnya


Cara:-
Tumis bawang putih, bawang merah & cili padi hingga naik bau & layu. Masukkan serbuk lada hitam, italian herbs, daging cincang, lobak merah, cendawan, kacang peas gaul rata & biarkan hingga sayur layu & daging bertukar warna. Masukkan sos pregos, kiub ayam & tambah air sukatan sama dengan botol sos. Guna api kecil dan renehkan hingga agak2 pekat berkuah tapi tak cair. Perasakan garam & serbuk perasa. Matikan api.

Bahan Sos Putih(White Sauce)
500 ml susu segar,  (lebih kurang) atau ikut kepekatan yang sesuai atau ikut suka nak cair  atau pekat macam mana.
120g mentega
100 tepung gandum-diayak
1 sudu besar serbuk lada hitam + lada hitam kasar
italian herbs 

Cara:-
Panaskan mentega dalam kuali dan biarkan ia cair. Dengan menggunakan hand whisk, masuk kan  tepung sedikit sedikit dan kacau rata, hingga sebati dan tepung tak berketul. Masukkan susu,  serbuk lada hitam + lada hitam kasar serta sedikit italian herbs, kacau hingga sebati ..Matikan api dan siap untuk curahkan atas kuah daging.



Cara assembling Honeycomb Cannelloni:-
Panaskan oven at 200c. Ambil separuh dari inti kuah daging dimasukkan kedalam mangkuk kaca tahan panas(bakeable) sebesar 10 inci lebar dan 3.5-4 inci dalam. Curah separuh dari sos putih keatas kuah inti daging dan taburkan mpzarella cheese.



 'Cucukan' atau tanam cannelloni kedalam bahan2 tadi. Susun rapat2 dan make sure semuanya berdiri tegak dan penuh satu mangkuk. Curahkan baki kuah inti daging keatas atau kedalam cannelloni itu tadi, making sure semua kena(ini untuk mengelakkan cannelloni itu keras atau mentah bila kita bakar nanti).


Selepas semua dah sekata, masukkan pula baki sos putih, also make sure semua cannelloni kena ya. Akhir sekali taburkan mozarella cheese diatas dan seluruh permukaan cannelloni. Kalau nak kasi 'berlubang' sikit macam gambar dah siap masak tu sebelum dibakar cucuk2 sikit lubang cannelloni, for some opening.Siap untuk dibakar. Bakarlah dengan suhu anggaran dalam 160c atau terpulang pada oven masing2, sehingga cheese nampak golden brown atau ikut suka nak brown macam mana..asalkan pasta didalam semuanya masak. Selamat mencuba.

Thursday, October 23, 2014

Kailan Goreng Tauhu Jepun

Mr Hubby cakap dah lama kita tak beli sayur kailan..asik sawi, kangkung atau bayam aje  ..kita bukan apa malas nak beli sayur kailan sebab tak berapa tahan lama..kalau tak cepat dimasak dia cepat kuning dalam fridge..dah lah tu mahal sikit dari sayur2 yang lain...so this time beli terus masak tak simpan2 lagi dalam fridge..kita gandingkan dengan tauhu jepun ni..sebab stock banyak for this tauhu..since Mr Hubby suka kailan goreng sos tiram, kita adjusted kat bawah ni ikut selera...:)

Kailan Goreng Tauhu Jepun
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2 packet kailan dipotong ikut suka-(1 packet 300g)
2-3 batang tauhu telur Jepun, dipotong bulat dan digoreng ketepikan -(160g each)
10 biji cili padi dihiris
2-3 biji bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
garam & serbuk perasa
air secukupnya

Cara:-
Tumis bahan2 hiris hingga naik bau dan layu. Masukkan sos tiram, kiub ayam dan sedikit air. Biarkan mendidih.Masukkan batang sayur kailan dulu. Biarkan dalam seketika. Masukkan pula daun sayur kailan..kacau rata, perasakan garam & serbuk perasa.Akhir sekali masukkan tauhu jepun yang siap digoreng tadi gaul rata. Hidangkan segera.
 

Tuesday, October 21, 2014

Ikan Merah Masak Stim

Assalam, just a quick update...sewaktu kita masak ni..kita juga masak another western dish for the kids..lauk ni just for the adults aje..as budak2 kita tak berapa sangat makan ikan...
So seekor ikan merah dipotong empat kerat..itu pun kita potong sendiri..disuruh apek siangkan sisek ikan dan dipotong 4..rupa2nya sekor bulat2 dibungkuskan kita..dah balik baru sedar..yalah semasa disuruh siang tu..kita tinggalkan apek dan beli sayur dikedai sebelah..bila balik kekedai ikan tu dia dah siap bungkus dalam plastik..terus bawa balik without checking..huhu...
Terpaksalah kita potong sendiri..dah lah tak ada pisau yang besar nak pelangkong ikan..kita hiris dulu barulah guna gunting..itu yang tak cantik potongannya ...:(
Bila siap dimasak..mak kita tengok lauk ni...'Oh kau masak sup ya?'..Eh taklah mak..itu kita masak stim...Mak kita jawap...ah recipe barulah tu ..kita cuma tesengeh aje..heheh...
Lauk ni seakan macam singgang pun ada..macam tom yam pun ada..sedaplah pada tekak kami..nak masak pun senang leburkan aje bahan2 tu..
Terimakasih buat Dayang  for the recipe..rasa2nya..beberapa teman blogger dah cuba kot recipe ni?...

Ikan Masak Stim
Sources:-From Dayang Jack @myresipi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients
  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)-(Ayu guna ikan merah )
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)-(Ayu lebihkan lagi)
  • 1 sb sos tiram-(Ayu guna 2 sb)
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)-(Ayu guna 5 biji tomato cherry dibelah 2)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis-(Ayu tak letak sebab tak ada srok)
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
Instructions
  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

Friday, October 17, 2014

Gula Melaka Cupcakes

Assalam, kita buat cupacake gula melaka ni, selepas Soft Marble Cake dah habis..then tak ada kek di rumah untuk munch2..kita cuba recipe ni sebab nak rasa macam mana cupcake gula melaka taste like..Nak buat pun senang  ni....tak payah keluarkan mixer...just guna blender aje..hehe..kita sebenarnya malas nak guna mixer bagai sebab malas nak basuh banyak2..haha..yalah kita buat pun selepas habis memasak..so penat dan tak kuasa nak stretch banyak2..hehehe....
Kebetulan tuition teacher Marsya ada datang so kasilah dia makan...Sedapp cupcake ni..tak bedek, lembutt aje....eh selama ni ada ke kita bedek ...hehe...anyway..kita tabur chocolate chips & almond nibs diatas for topping.. 
Funnynya Mr Hubby yang tak suka sangat makan kek, boleh cakap sedap..hahaha....tapi memang sedap lah pada kita..:)

Gula Melaka Cupcake
Sources:-Kak Fida@myresipi
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-

Bahan-bahan ( 24 biji )
  • 200 g gula melaka - dihiris
  • 1 sb gula pasir
  • 1/2 cawan susu segar/cair/santan sedang-(Ayu gunakn santan)
  • 1/8 sk garam
  • 110 g minyak masak-(Ayu gunakan minyak jagung)
  • 2 biji telur A
  • 300 g tepung naik sendiri
  • secukup papercup 
  • sedikit chocolate chips (Ayu guna callebaut dark chocolate chips + sedikit almond nibs untuk taburan atas)
Cara-cara

  1. Masak 4 bahan pertama hingga larut.(Ayu masukkan juga 2 helas daun pandan diikat)Tapis dan biarkan sejuk. Masukkan ke dalam blender bersama minyak dan telur dan kisar hingga sebati.
  2. Ayak tepung naik sendiri ke dalam
  3. mangkuk dan tuangkan adunan yang dikisar tadi sambil dikacau perlahan2 hingga sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam papercup hingga habis.
  5. Bakar pada suhu 160C selama 25 min. atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.(Ayu bakar menggunakan 150c sehingga masak)
  6. Sejukkan kek di atas redai kek. Boleh dihias dengan topping jika suka sebelum dihidangkan. 


Monday, October 13, 2014

Ayam Shahi

Assalam, dah seminggu lebih  rupanya this space kita biarkan.... kalau nak ikutkan macam malas nak menaip..mata pun dah kasi signal, masuk tidur sudahlah .....oh ya..macam biasalah kan..kita prepare draft malam2 esok harinya baru posting keluar eh by the time you all baca dah pagilahkan ..scheduled post ... :)

Kalau nak ikutkan kemalasan memang tak berupdate juga blog kita ni..tapi memandangkan, dah seminggu lebih baik masukkan at least satu entrylah gitu....Ok, macam mana raya Aidil Adha hari tu?..Ramai yang buat korban?..wah mesti ramai yang dapat daging freshkan..kita kat sini tak dapat apa2 pun daging korban..yang dapat daging kat pasar ajelah..hehehe....

Ok sebenarnya kita just nak tayang & share recipe lauk Ayam Shahi ni yang kita gandingkan dengan nasi impit dihari raya Aidil adha yang lalu. Recipe ni kita dapat dari Sis Amni Omar, aka Mumtaj Begum!!..
Do you know who she is?...Dialah seorang pakar masak yang selama ni kita hanya tau dan kenal dari mencuba masakan2nya  yang difeatured dalam buku Mami Asmah Laili- Minta ampun sedapnya!! ..Some of the recipe yang kita dah cuba adalah.. Nasi Minyak & Ayam Maharani...Kari Ayam Bombay ...Dalca Ayam...Pilaf Tomato...dan a few kita dah lupa...
Kita pernah kata kalau kita jumpa nama Mumtaj Begun direcipe tersebut..I will definitely try sebab  most of the time her recipes tidak pernah mengecewakan!..

Ok back to how kita tahu about sis Amni....Well rupa2nya... dalam diam2 sis Amni adalah silent reader kita dan she has been following my blog for quite sometimes...She even left some comments and even emailed me during my difficult times(blog kena rampok & clone) to bertanya khabar about my well being..Bila kita tengok gambarnya difacebook sama & serupa macam gambar yang dalam buku tu..kita tanyalah dia if she is related to the Mumtaj Begum Bte Omar in the book..Well her answer almost made my jaw dropped..She revealed she is THE Mumtaj Begum in the book!!!...Oh my Allah.. I exclaimed...I really feel honoured, rupa2nya seorang yang pandai, pakar & expert dalam masak like her visits my humble blog!...

Sis Amni juga dengan ihklas telah mengemailed  me this recipe & another  for me to try..
Masyaallah, sangat sedap lauk ni tau..sangat sangat sedap itu ajelah yang kita boleh cakap tentang lauk ni well,  to my tekaklah ya....pls follow the steps & ingredients if you were to try ya..cuma kalau nak pedas kena tambah cililah  sebab lauk ni memang tak pedas kalau tak tambah cili padi, and yes daun ketumbar mesti ada baru best..oh and I added kentang to it juga...:)
To sis Amni, thank you very much for sharing this marvelous recipe.. the whole family sangat suka dengan lauk ni..kita makan sampai menjilat jari tau not a single drop of the gravy went to waste!!..bayangkan nasi impit adabi yang 1 ketul besar tu I managed to eat 3/4 of it!!!..Oh dear..macam manalah tak gedempol...


Ayam Shahi 
Sources:-Amni Omar aka Mumtaj Begum Omar
Tried & Tested:- Ayu@ curlybabesatisfaction
Bahan A
1 ekor ayam – dipotong 10 – 12 keping
½ biji lemon – perah jusnya
½ cawan tairu


Bahan B
5 sudu makan ghee
5 sudu makan minyak
1 inchi kayu manis
2 helai daun bay
5 biji buah pelaga
3 biji bawang besar – dihiris
5 batang lada hijau – potong dua dan dibelah-(Ayu hiris)
10 biji cili padi-(Ayu tambah dan hiris)
1 sudu makan pes halia (halia kisar)
½ sudu makan pes bawang putih (bawang putih kisar)
1 biji tomato – didadu
2 pokok daun ketumbar – dihiris
2 sudu makan serbok ketumbar
1 sudu makan serbok lada putih
1 sudu teh serbok kunyit
3 cawan air
2 biji kentang-(Ayu tambah)
garam & perasa – secukup rasa


Bahan C
10 biji badam- (Ayu guna 2 sudu besar serbuk almond)
½ cawan cream-(Ayu guna susu)
½ cawan santan kotak
sedikit air 

Bahan D
1 pokok daun ketumbar – dihiris untuk taburan


Cara:-
Gaul bahan A dan perap selama ½ jam
Kisar bahan C dan ketepikan.
Panaskan kedua dua jenis minyak dan tumis daun bay, kayu manis dan buah pelaga. 
Masukkan bawang hiris dan tumis hingga layu.
Masukkan lada hijau dan tumis hingga bawang kekuningan.
Masukkan pes halia dan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
Masukan pula tomato dadu dan daun ketumbar dan tumis selama 5 minit.
Masukkan kesemua bahan serbok (ketumbar, lada putih dan kunyit).
Tuangkan 1 cawan air, gaul rata, tutup periuk dengan tudungnya dan masak dengan api perlahan selama 10 minit.

Setelah 10 minit, gaul rata dan biarkan masak sehingga pecah minyak

Masukkan ayam  serta kentang dengan bahan perapannya dan garam, gaul rata. Tuangkan baki 2 cawan air dan masak selama 10 minit lagi.

Setelah 10 minit, tuangkan bahan C (yang telah dikisar), gaul rata dan masak dengan api perlahan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat.-(Ayu masak cair sedikit sebab nak berkuah)

Padam api dan taburkan bahan D.