Showing posts with label Crustaceans. Show all posts
Showing posts with label Crustaceans. Show all posts

Thursday, December 08, 2016

Lemak Ketam Belimbing Buluh

Bila dah buntu & jelak makan daging & ayam...serta nak cepat masak especially kalau pergi pasar dan sampai rumah dah almost lunch time..kita akan beli ketam for lauk tengahari tu...
ni kira lauk untuk adults lah..sebab anak2 tak makan ketam.. so anak2 kita normally masaklah simple2 dulu hayammm ler apa lagi..hehehe...

Masak lauk ni pun kebetulan jumpa belimbing buluh..kita kalau nampak belimbing buluh ni..pasti kita cekup dulu..sebab susah juga nak dapat kalau belum musim dia...terjadilah lauk ni..sebab ketam bunga Mr Hubby suka masak lemak aje..

Lemak Ketam Belimbing Buluh
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
10 ekor ketam bunga (lumur sedikit jus limau)

20 biji belimbing atau ikut suka
*Segenggam cili padi atau anggaran 30 biji cili padi
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*2 inci kunyit hidup
*sedikit belacan
(*bahan dikisar)

1 kotak santan
2 Asam keping
air secukupnya
garam & perasa 

Cara:-
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar biar hingg naik bau dan garing.
Masukkan santan cair/air dan masak hingga mendidih.
Masukkan ketam. Gaul rata. Tutup tudung periuk. Biarkan ketam dalam 10 minit.
Masukkan garam bersama pati santan,  dan kacau hingga mendidih. Masukkan belimbing buluh. biarkan sekejap. Matikan api.

Tuesday, November 22, 2016

Rendang Kerang Kelantan

Beli kerang ni bila tengok penjual dah bersihkan..cantik aje..kalau tak, berlumpur lagi memang malas nak beli..so ceduk punya ceduk dah terambil 1kg..balik rumah terus rebus dan ambil isinya..fikir punya fikir nak masak apa kerang banyak tu..ingat nak buat sambal aje..tapi macam boring aje kan.asik sambal aje..so browse through nampak Rendang Ayam Kelatan kat dapur Kjee..terus idea datang tukarkan ayam ke kerang..Terimaksih Kjee for sharing the recipe..kita panjang2kan disini pula ya.


RENDANG KERANG KELANTAN
Adapted from Rendang Ayam Kelantan
Sources: Kjee
Tried & Tested: Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)-(Ayu guna 1kg kerang direbus ambil isi ketepikan)
15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar(Ayu guna 2 biji bawang besar)
4 ulas bawang putih-(Ayu guna 2 biji)
halia sebesar ibu jari
10 biji cili merah (tapi kjee tambah 5 biji cili api dan 5 biji cili kering utk pedas)-(Ayu guna 25 biji cili padi)
2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut-(Ayu tak guna ni)
2 batang serai
2 cawan pati santan(Ayu guna 1 cawan)
1 sudu besar cili kisar (Ayu tambah)
1 keping asam keping(Ayu tambah) 
garam
sedikit gula

CARANYA:

Potong ayam ikut suka. Kisar semua bahan tumis kecuali serai(Ayu kisar sekali dengan bawang) daun limau purut dan daun kunyit. Tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk. Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam. Gaul sampai sebati dengan rempah. Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut.(kerang)
Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan sedikit gula. Masak lagi sehingga kauhnya pekat. Jika inginkan ia berkuah atau suka yang kering, adjust sendiri masa memasak.
Apabila sudah masak, padam api dan taburkan daun kunyit.

Walaupun resipi ori tidak letak asam keping, kadang-kadang Kjee letak jugak. 

Wednesday, November 16, 2016

Lokan Goreng Cili Padi

Sesekali kita suka beli cenkerang macam ni buat lauk..itu kalau dah boring masak ayam, daging atau ikan..lagi pun nak masaknya senang dan normally kita beli kat pasar or supermarket, fresh2 kita terus masak..tak simpan dalam fridge pun..kali ni masak lokan ni goreng dengan cili padi...actually sebelum ni pun pernah juga goreng dengan cili padi..tapi kali ni kita tambah daun sup & bawang tu..lagi sedaplah pada kita..cubalah kalau dah buntu nak masak apa tu kan..makan dengan nasi panas(oops kita kena kurangkan ler) pun dah boleh jalan terussss.....:)

Lokan Goreng Cili Padi
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1 kg lokan/lala/siput buluh dibersihkan & tos ketepikan
*4 biji bawang putih
*2 biji bawang merah 
*1 biji bawang besar
*1 inci halia
*5-10 biji cili padi ikut kepedasan sendiri
(*bahan dikisar)
4-5 biji cili padi diketuk
2 tangkai daun sup & bawang dipotong 1 inci panjang
garam & serbuk secukup rasa

Cara:-
Tumis bahan2 kisar* hingga naik bau & pecah minyak. Masukkan lokan yang telah dibersihkan, gaul rata. Perasa dengan garam & aji, kacau lagi. Tutup periuk/kuali dan biarkan ia masak hingga kulit lokan terbuka. Tambah rasa apa yang kurang. Masukkan cili padi ketuk,  hirisan daun bawang & sup, gaul rata. Siap

Tuesday, April 05, 2016

Maggi Ketam

Assalam, kita pasti ramai yang suka makan maggi..makanan darurat, budget or saja saja aje...Anak2 kita memang hantu maggi...kadang2 kita dah penat masak ..eh dia nak makan maggi juga...kadang2 siap berjanji dengan kita..'esok nak makan maggi ya ma' kalau hari ni tak dapat..aduh..kira makan maggi ni macam dia orang makan aiskrim..
Kita pulak tak suka dia orang makan instant noodles ni selalu..kalau betul2 kita tak masak atau masih lapar lagi, barulah kita kasi dia orang makan...

Anyway, kali ni kita cuba buat Maggi Ketam. Macam mana kita tahu pasal menu ni?..Oh sebab bila bercuti di Kelantan tahun lepas, ada terbaca diinternet tentang Maggi Ketam ni..salah satu makanan famous di Kelantan yang harus dicuba..walaupun kita taklah pergi ke tempat yang dikatakan famous tu, tapi dapatlah juga merasa Maggi ketam ni disalah satu kedai disana...walaupun ketam yang digunakan tu tak berapa fresh dan bukan ketam batu,  at least kita tahulah macam mana rasa maggi ketam ni..

Rasa maggi ketam ni actually macam kita masak 'maggi bertumis' ..letak bawang, cili & sayur yang biasa tu aje..cuma tambah ketam aje..but one thing selepas ditambah ketam dalam kuahnya memang ada sedikit kelainan lah rasanya...Just make sure ketamnya mestilah yang fresh ya...so below recipe yang kita cuba buat ikut selera tekak kita walaupun kita hanya gunakan ketam bunga...

Maggi Ketam
Tried & Tested:- Ayu@curlybabesatisfaction 
8 -10 bungkus maggi perisa kari (Ayu gunakan maggi kari letup)
4 ekor ketam
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 biji bawang putih dihiris nipis
4 biji bawang merah dihiris nipis
1 sudu teh halia kisar
10 biji cili padi dihiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan dibuat paste
8 bungkus perencah maggi kari
air secukupnya (at least cukup untuk 8 bungkus maggi kuahnya)
sawi & kobis secukupnya
telur-(optional)

Cara Kuah Ketam:-
Tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar & halia kisar biarkan hinggga garing. Masukkan rempah kari & perencah maggi. Kacau rata. Tambah air. Biarkan mendidih. Masukkan ketam. Biarkan hingga masak dengan menggunakan api sederhana & tutup periuk. 
Bila dah masak, matikan api dan ketepikan.

Panaskan periuk kecil yang lain untuk masak maggi.
Ceduk kuah  ketam tadi sebanyak yang dikehendaki untuk 1-2 orang.
Bila dah mendidih, masukkan sayuran dan maggi. Pecahkan telur kalau suka(Ayu tak guna telur sebab takut muak). Bila dah masak bubuh ketam .Siap untuk dihidang dan santap.

Tuesday, December 09, 2014

Kerang Bersambal Cencaluk

Bila tengok gambar ni kita macam nak tergelak pun ada...sebab mengenangkan semasa kita masak lauk ni kemarin..Akibat dari terliur dek tengok recipe ni dari dapur Uda, terimakasih ya Uda for the recipe..kita mohon dipanjang2kan disini pula...

Kita pun belilah cencaluk..Sewaktu kita tengah tumis bahan2 tu..kita ambil botol cencaluk yang belum dibuka kita bersihkan dulu .Slowly kita buka penutup botol...tapi tak fully buka..just buang anginnya aje...then slowly lagi buka lagi..ingat anginnya dah keluar semua sekali kita terus buka penutup tu..dengan tak sempat nak mengucap..isi perut cencaluk  memancut2 keluar dari dalam botol yang kurus tinggi tu!!!... Habis cencaluk tersembur dibaju, rambut, muka dan mata kita!!!..

Ceiling dapur kita cabinet dan lampu serta pinggan yang berada dirak2 pinggan kena cencaluk!!..Dengan muka dan mata yang dah dimasuk cencaluk.. mata kita dah pedih dah tak nampak dah keliling kita..teraba raba cari paip air..semua dilumuri udang geragau...nak teriak pun suara dah tak terkeluar...nak tak hendak bersihlah sorang2 kat dapur...heheh....
Lesson learnt kalau nak buka botol cencaluk next time kita nak buka dalam plastik besar ler...
Tak sangka ia boleh terjadi kat kita sebab sebelum ni buka botol cencanluk no problem...tapi kita pernah dengar juga cencaluk meletup.. hehehe...


KERANG BERSAMBAL CENCALUK

Sources:- Duhai Hati 
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahannya:
Semangkuk kerang (dah direbus dan kulit dibuang separuh je)-(Ayu buang kulit semua)
2 biji bawang putih(cincang)
sedikit halia(cincang)
3 sb lada mesin
1 tangkai lada hijau(potong2)
5 tangkai cili padi(potong2)
2 helai daun limau(hiris2)
2sb cencaluk-(Ayu guna 1 sudu besar aje)
1sb sos cili 
1/2 biji bawang holland(didadu)


Caranya:
1. Tumis bawang putih dan halia.Dah wangi, masukkan lada mesin, tumis hingga garing.
2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, daun limau, sos cili, masak hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan rasakan masinnya. Kalau tawar tambah garam sebab
biasanya tak perlu tambah garam sbb cencaluk dah masin.

Wednesday, September 24, 2014

Kacang Botor Goreng Kupang

Bila nampak kupang kecil2 ni kat supermarket kita pun beli 1 kg..balik terus rebus dan ambil isinya...kebetulan kacang botor beli ingat nak goreng biasa aje...then terus tergerak nak goreng aje dengan kupang ni..so tambahlah ikut selera..side dish sayur kita  ni...
Lauk sahur during puasa hari tu..

Kacang Botor Goreng Kupang
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
10 batang kacang botor dihiris serong sederhana kasar
1 cawan isi kupang rebus
*cili padi ikut kepedasan
*2 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
*1 batang serai
*1 sudu besar ikan bilis direndam sekejap
sedikit kunyit serbuk
garam & perasa secukupnya

Cara:-
Panaskan minyak dan tumis bahan2 * kisar hingga naik bau dan garing. Masukkan isi kupang rebus dan sedikit kunyit serbuk. Kacau rata..biarkan sekejap. Bila kupang dah masak, boleh masukkan kacang botor, garam & serbuk perasa. Gaul sekata jangan terlalu lama  dan matikan api. Siap untuk dihidang.
 

Saturday, July 19, 2014

Rendang Kering Kupang

Lauk ni kita masak sebelum Ramadan..beli kupang fresh  kita rebus dan ambil isinya...buat rendang kering..recipe asal gunakan ayam, kita tukar main ingredientsnya...boleh tahan sedap juga...:)
Kita memang suka dengan recipe ni...sekarang kalau buat rendang ayam memang guna recipe ni..so for this just nak tukar selera aje dan adjust mana yang patut....:)

Rendang Kering Kupang
Adapted from :- Rendang Ayam Kering
Tried, Tested & Adjusted:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
2kg kupang direbus dan ambil isinya
1 kotak santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 helai daun kunyit
garam & perasa secukupnya
gula melaka sebesar ibu jari

Bahan Kisar Kering:-
30 tangkai cili kering
15 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
sehiris lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 batang serai
2 biji buah keras

Cara membuat: Bahan kisar hendaklah dikisar kering.
Satukan santan, bahan kisar, kupang, kerisik, dan asam keping
Jerang atas dapur hingga hampir kering.
Masukkan garam dan gula melaka dan kacau hingga kering.
Sebelum angkat taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
Kacau sebati, bolehlah diangkat.

Wednesday, April 02, 2014

Ketam Goreng Bawang Putih

Assalam, kalau nak ikutkan rasa hati, macam dah malas nak update blog ni..yalah kita tengok, sekarang semuanya macam seelooowww aje..hehe...tapi memandangkan recipe2 yang dalam draft banyak queueing kerana kita dah cuba....sayang pulak kalau tak dimasukkan kat blog sendiri ni...Tak apalah kita akan masukkanlah juga walaupun mungkin recipe2 biasa aje, untuk rujukan sendiri..:)

Recipe ketam ni actually kita adapted from recipe Ayam Goreng Bawang Putih..cuma kita added some ingredients here and there aje..dan tukar cara memasaknya...Another recipe yang featured dalam majalah Aroma..waduh..tak habis2 lagi ke menu yang featured dalam majalah tu?..heheh..Janganlah boring ya...adalah dalam 2-3 lagi..Menu ini sekarang dah jadi favourite Mr Hubby!!..Asal beli ketam suruh masak macam ni..kalau tidak selalu suruh buat Ketam Masak Kari aje..Masakkan ni kalau boleh pekat dan kering2 sikit ya..kalau cair tak berapa best kata Mr Hubby..iyoler, sebab, kita dah masak ni banyak kali dan yang ada tu tercair sikit..ada pula yang kita terlupa nak letak serbuk ketumbar, pun dia dapat rasa..sabor ajelah kan..

Lauk ni memang sedap buat ratah2 dan makan nasi sikit aje, eh kalau nak makan nasi lebih pun boleh..lawankan pula dengan any sayur goreng ..kita berebut2 makan dengan Mr Hubby..anak2 tak makan ketam..NASIB BAIK kan..hahah..dapatlah mak bapak dia orang makan lebih..haha..my parents pun tak berapa sangat makan ketam..so apa lagi..badokkk ler..hahaha..

Ketam Goreng Bawang Putih
Sources:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan.
10 biji bawang putih diketuk
7-10 biji cili padi diketuk -ikut kepedasan
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air anggaran
sedikit minyak untuk menumis
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:-
Tumis bawang putih ketuk dan cili api hingga naik bau. Masukkan lada sulah, kunyit serbuk, serbuk ketumbar dan sos tiram gaul hingga rata. Masukkan  air, perasakan dengan garam & serbuk perasa. Masukkan ketam, gaul rata dan tutup kuali. Biarkan seketika dalam 2-3 minit, buka penutup dan gaul lagi sehingga rempah meresap dan sekata dengan ketam. Tutup kuali sewaktu memasak  hingga ketam bertukar warna, isinya nampak putih dalam 15-20 minit. Siap untuk dihidang.

Wednesday, February 20, 2013

Ketam Percik

Kalau beli ketam, asiklah masak kari...sekali2 ubah rasa, kita cuba masak ketam percik ni...bila singgah kat dapur Kak Zana, terus terpikat dengan menu yang ditayang.. The following weekend, kita suruh Mr Hubby cari ketam, sebab dalam kepala nak cuba masak lauk ni pulak..Alhamdullilah, kita berdua bedal ketam just for lunch aje, sorang 2 ekor..my parents pulak tak ada ..then budak2 memang tak makan ketam..
kenyang awak..tersandar kekenyangan ler petang tu..hehehe..

Kita masak ketam ni, hingga agak pekat so lama juga ler..dengan menggunakan api kecil dan tutup periuknya..basically hingga santannya tu macam nak jadi tahi minyak sikit gitu..Terimakasih to Kak Zana for this recipe, minta izin dipanjangkan disini pula ya..:)

KETAM PERCIK
Sources:-From @blogsurirumah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
3 ekor ketam, siang dan bersihkan-(Ayu gunakan 4 ekor mud crab)
1 cwn santan pekat -(Ayu tambah air sedikit sebab takut kering sangat dan hangus)
3 sudu cili kering atau cili tumbuk
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 labu bawang besar
1 btg serai, di titik-(Ayu guna 2 batang serai)
sedikit kunyit hidup dan halia
garam dan gula -(Ayu guna perasa + 1 sudu kecil gula)

Tumis bahan kisar iaitu cili kering yg di mesin, bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, halia dan kunyit.
Setelah naik baunya, masukkan santan pekat dan serai.
Masukkan ketam dan kecilkan api.
Masukkan garam dan gula.
(kakpb tak guna kerisek)
-(Ayu masak tutup kuali dan menggunakan api yang kecil, sehingga kuahnya pekat dan ada  seakan akan nak jadi tahi minyak, baru Ayu matikan api.)
Bila ketam dah masak, bolehlah di angkat.

Thursday, October 25, 2012

Ketam Masak Lemak Dengan Timun

Kalau nak ikutkan bahan yang kita gunakan dalam lauk ni seharusnya dipanggil Ketam lemak cili padi, sebab kita gunakan cili padi kesemuanya dalam bab cilinya tu..biasalah..kita kan kebal part cili padi ni, mesti nak menyengat baru ada kick & terasa..hehe..jangan ikut kita ya.. Terimakasih ya Che Mat, akak panjangkan recipe ni diblog akak pula ya..untuk rujukan akan datang sebab sedapppp. Berpeluh2 Mr Hubby makan lauk ni..hehe..

Ketam Masak Lemak Dengan Timun
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (yang sepit biru), atau apa2 jenis ketam pilihan anda
2 biji timun, buang kulitnya, kerat 3 dan belah 4 setiap keratan.-(Ayu gunakan 1 biji aje)
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah-(Ayu tak letak ni)
8 biji cili padi (optional)-(Ayu gunakan segenggam)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulitnya, potong kaki2 kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. Jika saiz ketam besar, kerat dua untuk setiap satu. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk. 
  2. Masukkan bahan2 kisar, serai titik dan asam gelugor ke dalam periuk berisi ketam tadi. Gaul rata dan masak atas api hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair dan kacau perlahan. Biar mendidih.
  3. Masukkan timun dan daun kunyit. Kemudian tuang pati santan. Kacau perlahan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu, masak hingga timun lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...

Friday, June 29, 2012

Tumis Kerang Kicap

This recipe kita dah print quite sometime ago ..so bila nak masak ni kita just refer to the print out in hand..Then bila kita nak cari balik kat myresipi tak ada pulak posting on this dish for me to link this post to the original..So below just the name of the owner ajelah yang dapat kita pamerkan..

Cuba kerang masak kicap pulak..sekali2 ubah rasa oklah kan..asik masak sambal aje pun boring juga..hehe..uish orang rumah kita tak boring tapi kita yang boring..haha..not bad I should say..boleh tahan lah rasanya..Terimakasih to puan punya recipe for this..minta izin dishare disini pula ya..

Tumis Kerang Kicap
Adapted from Tumis Kerang Kicap @ diaz lisya@myresipi.com
Bahan:-
500g isi kerang-(Ayu gunakan 250g isi kerang +a few isi scallop)
2 biji limau nipis ambil jusnya
3 sudu besar minyak
2cm halia diketuk-(Ayu hiris)
3 helai daun limau purut dihiris nipis
1 helai daun pandan disimpul
3 sudu besar kicap manis-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
2 sudu besar kicap masin
8 biji bawang merah-(Ayu gunakan 4 biji)
4 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 2 biji)
2 biji lada merah dibuang biji-(Ayu gunakan 3 biji + 5 biji cili padi)
1 sudu kecil lada sulah

Cara:-
Kisar bawanng merah, bawang putih, lada merah dan lada sulah sehingga hancur.
Lumurkan isi kerang dengan air limau untuk elakkan bau hanyir. Perap selama 10 minit, tos dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar, halia dan limau purut dan daun pandan hingga wangi. Masukkan kerang dan gaul rata. Tuangkan kicap manis dan kicap masin. Masakkan hingga kerang sebati. Angkat dan sajikan segera.

Friday, March 23, 2012

Tumis Kupang Belacan

Kalau dah boring makan ayam, daging or ikan..kita suka masak macam ni...then goreng sayur sikit ...masak kuah pun ala kadar, basically masak air ler..heheh...then makan dengan nasi panas..fuh...tak sedar bertambah nasi ku..sedapp..Mr Hubby pun suka masak macam ni..kunyah cili padinya tu..dah tak payah buat sambal belacan dah..

Recipe dari CMG, yang tak asing lagi..disitulah tempat ku mengadu nasib..nak masak apa hari2..hahaha....Mat macam biasa ya..terimakasih banayk2 akak letakkan recipenya disini pula...

Tumis Kupang Belacan
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan isi kupang segar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris + beberapa cili padi (Ayu tambah)
1 inci belacan*
1/4 cawan air*(*larutkan)
1 camca besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan belacan dan asam jawa tadi, kacau rata dan masak hingga pekat, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan kupang, gaul rata dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan lauk2 lain

Thursday, November 10, 2011

Ketam Masak Kari

Ketam masak kari yang dah lama kita masak..kalau u all perasan, the title & logo curlybabe tu adalah versi yang lama ...hehe..So sebelum kita terlupa baik kita masukkan gambar dan recipe for this ketam masak kari..This ketam masak kari actually kari yang tak berkuah banyak ..just sikit aje kuahnya so please adjust sukatan air tu ya...

Ketam Masak Kari
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Ingredients:- 
3-4 ekor ketam dibersihkan

3 sudu besar rempah kari ikan*
2 sudu besar bawang besar kisar*
2 sudu besar cili kisar*
1 sudu kecil bawang putih kisar*
1 sudu kecil halia kisar*
(gaul rata untuk dijadikan pes)

1 biji bawang besar dihiris nipis
2 biji lada hijau dibelah jangan putus(optional)
2 -3 batang daun kari
1 sudu kecil penumis ikan atau halba
2 sudu kecil asam jawa dicampurkan dengan  air
6 sudu besar santan pekat
air secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya

Method:-
Tumis bawang hiris hingga layu dan masukkan penumis ikan dan daun kari.dan biarkan hingga naik bau. Masukkan pes* dan gaul rata.Masukkan santan dan air asam jawa, air dan kacau hingga sebati, dan biarkan hingga mendidih. Perasakan dengan garam & serbuk perasa dan masukkan ketam yang telah dibersihkan tadi. Kacau rata tutup kuali dan biarkan ketam hingga masak, sekali2 gaul supaya tak hangus.Bila sudah msaak, bolehlah dihidang.

Tuesday, October 18, 2011

Gulai Pedas Nenas & Kupang

Lauk yang dah lama kita masak, basically dah lupa bila..hehe..also dari dapur Che Mat..suka sangat tengok lauk2 kat dapur mat yang kebanyakkannya lauk2 kampung yang sentiasa menjadi pojaan hati ku...maklum ler, lauk2 evergreen lah kira..tak lekang dizaman(eh betul ke ni, peribahasanya tu)..lauk harian macam ni lah yang selalu kita buntu nak masak hari2 kan..kan..kan....selalu ada aje yag dibagaikan oleh Mat ni dengan bahan2 yang ada dan very creative in creating & combining the ingredients to make a very delish dishes for the family..thank you Mat akak pohon share2 pula disini ya..

Gulai Pedas Nenas & Kupang

Sources:-From CMG@Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji nenas Sarawak @ nenas madu..
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 /2 cawan pati santan (mat guna santan kotak jee)
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan*
2 biji cili merah*
6 biji cili padi*(*dikisar halus)-(Ayu lebihkan lagi sikit)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nenas, bahan kisar halus, serai dan air secukupnya dalam periuk, kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan kupang dan juga sedikit garam serta gula. Masak hingga nenas lembut.
  2. Tuang santan tadi, kacau perlahan dan kecilkan api, biar mendidih perlahan dan tambah asam gelugor. Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...

Tuesday, July 19, 2011

Asam Pedas Hijau Ketam Batu

Assalam dan selamat malam..masih ingat kita lagi tak?..hehehe..ni Ayu tau..alah Ayu Curlybabe  tuuu ler..
rasa lama sangat tak kedapur kita ni ..jenguk2 juga tapi tak sempat nak berupdate & berblogwalking....semua pasti dah kenyang makan kek coklat fudge tu ya..heheh..ai, dengan lilin2 sekali kena telan ke?..ish3x....(jadilah kan..ayat pembuka tirai posting kita for today..haha...)

Sebelum kita merepek meraban dan syok sendiri..Sebenarnya, I have been busy lately sebab minggu lepas  ada bacaan tahlil dan juga bacaan sempena Nisfu Syaaban dirumah kita, walaupun jemput tak ramai orang tapi, masak tetap masak jugalah although sikit ajekan, menu yang kita sediakan nak tahu apa? Ah tak nak tahu kita nak kasi tahu jugak..tak ulik..heheh..Nasi Ketumbar & Rendang Ayam Bandar, Sambal Udang, Acar timun, & Acar Nenas, as for the kuih2, kita buat Kuih Jagung Bakar, Kek Gula Hangus, Serimuka Pandan dan Steam Coconut Blossom....cuma acar timun & acar nenas my mum yang buat and she made Pau kacang juga untuk tambah2kan kuih...maaf kita tak ambik gambar for all the above except the Steam Coconut Blossom yang kita akan masukkan pun bilalah tu..heheh..

Ok kita cakap pasal lauk asam pedas hijau ni pulak ya yang kita masak minggu lepas..Actually kita dah gunakan recipe asam pedas hijau ni for ikan juga tapi yang tu pun  nanti2lah ..Recipe dari dapur  Kak Ummi, yang  minat dengan warna hijau ..hehehe..kita mengagak aje ni..haha sebab kita pernah cuba maggi goreng hijau dulu dan rasa2nya ada pernah nampak lauk lemak hijau juga kot?..jangan main2  semuanya sedap2 belaka..I loike!..Mr Hubby pun suka so basically semuanya satisfied customer..hehe..
Thanks Kak for this recipe, macam biasa minta izin ditempekkan disini pula ya untuk rujukkan masa depan..


ASAM PEDAS HIJAU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan besar (kerat 3) -(Ayu gantikan dengan 3-4 ekor ketam batu)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji timun - belah dua dan buang bhg tengah
  • 2 kuntum bunga kantan - belah dua
  • secekak daun kesum
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 8 tangkai cili padi hijau/cili thai hijau-(Ayu tambah lagi)
  • 2 tangkai cili besar hijau
  • 1/2 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 2 cm kunyit hidup muda (jgn guna yg kuning tua tu, nnt jadi kuning pulak kuahnya

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk/caserol, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  2. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biar mendidih.
  3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biar sebentar.
  4. Masukkan ikan dan timun, diikuti dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Reneh kuah hingga semuanya cukup masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan.

Friday, June 03, 2011

Kerang Masak Sambal

Lauk sampingan kita ..kerang masak sambal tapi yang ni tak gunakan cili pes, tapi gunakan cili hidup atau cili padi...recipe dari rumah KNur ..bila nampak Knur publish kan hari tu..terus hari tu jugak masak..hehe ...ada sikit2 lebih kurang macam Kerang Mak Tom yang pernah kita post dulu..sedapp..Terimakasih Knur ..minta halal recipenya ya..nak letak kat sini pula untuk penggemar2 kerang..boleh lah cuba jugakan..

Kerang Masak Sambal
Sources:-From Kak Nuridah@My little Kitchen
Bahan-Bahan
900gm kerang dicuci bersih dan direbus sebentar
4 biji cili padi dikisar-(Ayu bubuh lebih)
4 biji cili merah dikisar-(Ayu tak gunakan ini, sebab gunakna cili padi semuanya)
6 biji bawang merah kecil dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 batang serai diketuk
sedikit belacan dikisar
sedikit air asam
Secukup minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-Cara
1. Ambil isi kerang yang direbus dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan serai dan juga bahan kisar.
3. Tumiskan hingga naik bau dan terbit minyak.
4. Masukkan air asam dan juga garam.
5. Akhir sekali masukkan kerang, gaul rata dan masak sebentar saja.

Wednesday, May 25, 2011

Siput Gong Gong ....Again & Again

Musim siput gong gong datang lagi...kali ni kita dapat yang fresh & live punya...kalau masih ingat, dulu I pernah cakap yang my mum tak suka makan ni...Mr Hubby jangan cakap lah now & forever tak favour sangat  siput gong gong ....since ada musim I actually dah masak beberapa kalilah juga..offered my mum, ..I cakap cubalah  ..then dia try lah rasa...uish..dia cakap eh sedap lah!!!..
Ah kan dah kata..sedap..lepas tukan..esoknya dia sanggup pergi pasar cari lagi siput ni...hehehe...

Kalau siapa2 yang belum pernah makan siput gong gong ni..cubalah kalau jumpa tu ya..mesti nak lagi ..wa cakap sama lu..ah..hahaha..Macam biasa I copy & paste from my last entry ..I ambik recipe dari blog Diana, yang sekarang dah tak boleh masuk....mungkin juga sudah diprivatekan ..

Siput Gong Gong
Sources:- From http://resipidiana.blogspot.com

Ingredients:-
2kg siput gong gong(washed & cleaned, a few times cause slimy)
1 big onion sliced
1 lemongrass crushed-(Ayu added 2)
1 red chili sliced
3-4 birds eye chillies (Just throw inside)-(Ayu added more)
1 tbsp belachan (mashed)-(Ayu used belacan granules aje)
water to estimate as long cover the gong gong
2-3 dried tamarind sliced
salt and msg to taste

Method:-
Add all the ingredients in a pot and put to boil. Boil till cooked and use the toothpick to 'cungkil' the isi.(According to Diana, dip in sambal belachan. But for me I just eat like that with rice pun sedap.)

Disini I letakkan cara2 nak cungkil gong gong yang kita selalu buat..
  • dengan menggunakan pencungkil gigi, "jolokkan' ke 'montot' siput.
  • masukkan dan rasa isi gong gong dan terus cucuk 
  • bila dah agak2 dapat 'mencucuk' isinya kuis kekanan perlahan2 sampai isi semua terkeluar..
  • siap untuk dikunyah..sedapppp!! macam sotong kenyal2 gitu isinya..

Thursday, April 28, 2011

Kupang Merah Ala Thai

 Lauk yang dah lama dalam folder tapi baru ni nak dimasukkan ...recipe asal menggunakan daging, tapi telah diolah oleh Nor Terengganu menggunakan kerang..Recipe ni juga telah dipublishkan di majalah Jelita..baru2 ni...Ada nampak didapur Mamahawa kalau tak silap di dapur Sofea pun ada.. 
Biasalah, ini lauk kita orang tua..budak2 tak makan pun, only thing kita pulak lagi derhaka menggunakan kupang instead of kerang....heheh..basically untuk tambah2kan lauk or side dish aje..Sedap juga  kupang dimasak macam gini ..satu kelainan lah kira...thanks ladies for the idea and sharing..

Kerang Merah Ala Thai
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)-(Ayu gantikan dengan 1 kg kupang direbus)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
beberapa cili padi diketuk -(Ayu tambah)
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

*K.Nor suka masukkan daun ketumbar yg dihiris dlm masakan ni dr menggunakan daun saderi atau daun bawang. Sbb daun ketumbar mmg gandingan yg cukup ngam kalau adanya penggunaan sos ikan dan lebih menyerlahkan lagi rasa masakan thai.
Sources:-From http://secubitgaramnor67.blogspot.com

Tuesday, April 19, 2011

Baked Mussels

Assalam, just a quick update, kita masukkan baked mussels pulak ..Pun senang juga nak membuatnya...Dah selalu juga buat benda ni..sebab case tak cukup makan kat Swensen'snya baked mussels..Actually kita tak ada recipe , tapi kalau nak cuba2 apa salahnya kan..this was how I did my version.. dulu I pernah added white sauce lepas curahkan pregos sauce then taburkan cheese, but this time, tak taruk pun ok jugalah..lagi senang..basically all the ingredients adalah balance dari buat lasagna or spaghetti sauce... 1kg kupang  ni kita boleh habiskan sorang2..


Ingredients:-
  • 1kg kupang yang besar2 atau boleh gunakan yang dah siap direbus dalam kotak
  • tomato/mushroom prego's sauce secukupnya- dalam botol, boleh just terus scoop atau balance dari kuah spahetti or lasagna
  • parutan mozarella cheese secukupnya
  • parutan cheddar cheese secukupnya

Method:-
Rebus kupang hingga masak. Toskan. Buang kulit sebelahnya aje. Susun kupang rebus diatas loyang pembakar.Sudukan pregos's sauce keatas kupang rebus, taburkan cheddar cheese diikuti dengan mozarella cheese. Bakar dalam oven hingga cheese cair dan keperangan. Siap untuk dimakan. Hidangkan segera.


Sudukan sos, keatas kupang rebus.Taburkan, mozarella & cheddar cheese.Masukkan dalam oven dan bakar hingga golden yellow. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera.
Sesuai untuk snacking.

Friday, April 15, 2011

Ketam Lemak Merah Berjintan

Lauk nilah untuk mak bapak, sebab anak2 tak makan jadi kenalah masak lauk ayam kat bawah tu untuk dia orang...Ketam ni pun dah macam2 gaya kita buat..sama macam sotong juga..masih tercari2 lagi new ideas untuk masak ketam..so kali ni cuba pulak masak lemak merah berjintan ni..boleh tahan lah juga rasanya...dapat pulak ketam yang fresh manis aje rasa kuahnya tu..


Actually kita tak ada plan langsung nak masak ketam time tu..tapi pasal kita pergi pasar, the fishmonger tu ngoyok suruh ambil satu bakul ketam ..dia kasi discount lah kira sebab dah tengahari dia nak balik ..hehe..ha pecah rahsia, pergi pasar dah tengah hari ya..haha tak lah sebenarnya at that time baru balik dari sekolah Iqram ada parents meeting, so lepas tu kita singgah sekejap cari apa yang ada.. nampak ketam, terus right hand signal berhenti kejap itu yang terus terbeli..hehe..ketam pulak kalau dah beli tak sedap disimpan so balik tu terus ajelah masak...

Bahan:-
5 ekor ketam ( dibersihkan dan potong 2)
Sebiji kelapa ( 1 mangkuk santan )
Sedikit garam, gula dan perasa
sedikit minyak untuk menumis

Dikisar:

4 sudu kecil ketumbar
4 sudu kecil jintan manis
6 tangkai cili kering( bersihkan dan rendam air panas) -(Ayu lebihkan lagi sikit)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit 


Cara:-
1. Masukkan minyak dalam periuk dan tumis bhn yg dikisar. Tumis hingga agak garing dan wangi.
2. Setelah itu masukkan santan hingga mendidih dan masukkan ketam. Kacau hingga ketam masak. Angkat dan hidangkan

Sources:-From amy@resipi.mesra.net