Anyway kita gandingkan nasi ni dengan lauk Ayam Masak Ros dibawah tu....
Nasi ni mula2 ternampak kat IG my friend Affnah..dia masak & posted kat IG nya..macam biasa kita bertanya recipe..dari Fp Rossya rupanya..selama ni kita selalu juga cuba recipe2 dari Fp beliau tapi tak perasan pula Nasi Minyak ni...Terimakasih Affnah for the link & terimakasih juga buat puan punya recipe..:)
Menurut puan punya recipe..nasi ni asal dari Pantai Timur...google juga siapa Puteri Saadong tu...adakah dia seorang legend atau mitos..bolehlah baca ya..Tapi how this nasi comes about kita kurang pasti...yang pasti Nasi Minyak Puteri Saadong sudah ku cuba masak dan selamat kena bedal...:)
Nasi Minyak Puteri Saadong
Sources:- FP Rossya via Affnah
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 gelas beras basmathi
5 gelas air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bawang besar di mayang halus
2 sudu makan gula pasir (optional)
1 sudu makan garam halus (atau secukup rasa)
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan
Cara:-
Panaskan minyak sapi. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Masukkan garam dan gula dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak dan taburkan kismis hitam dan bawang goreng di atas nya.
Terimakasih buat tuan Mamak Haji for
the recipe..kita mohon dipanjang2kan disini pula ya..:)
Bahan:-
- 1 ekor ayam (1.6 – 1.8kg). Bersihkan. Potong 10 bahagian kalau nak berniaga / Potong 12 utk masak sendiri.
- 1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”.
- 3 sudu besar tomato puri/ 1 tin kecil.
- 1/2 Tin Susu cair/sejat.
- 1 helai pandan dipotong 2″ panjang untuk tumis bersama.
- 2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
- 2 btg. kayu Kayu manis berukuran 2″ panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
- 1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
- 1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
- 1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
- 1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),
- 1 sudu kecil garam masala.
- 2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).
- Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.
- 100gm santan pekat tidak kemestian.
- 2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus.
- 1 sudu besar pes ahlia bawang putih.
- Garam secukupnya rasa. Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.
Bahan2 Kisar:-
- 10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
- 1 batang karot.
- 1 biji tomato.
- 1 biji bawang labu besar.
- 1 inci Halia.
- 5 ulas bawang putih
- 100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.
- *Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.
Cara Menyediakan:-
1. Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam
itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan
ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam
kampung disyorkan tidak perlu digoreng.
2. Kisar bawang, halia, dan bawang putih dan asingkan.*
3. kisar karot, tomato dan bersama cili hidup dan asingkan.
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).
5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).
6. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Anda perlu adunkan sedikit utk jadikan pes supaya serbuk tidak menjadi ketulan terapung.
7. Bila kuah mula pecah minyak masukan 100 gm santan pekat.
8. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.
9. Biarkan sebatian mendidih. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.