Assalam teman2..been busy this few days..maaf pada yang tinggalkan comment the last entry, kita lambat reply..apa2 pun..nak update juga hari ni sebab lepas ni akan sibuk untuk beberapa hari lagi..
Oh kat sini dah seminggu anak2 cuti sekolah..sekarang cuti pertengahan tahun selama sebulan..Nanti sibuk start bulan puasa, sibuk ler, anak2 masuk sekolah balik...
Kalau dah cuti tu..tak adalah chance kita dapat duduk lama kat depan pc ni..sebab pagi2 lagi dah ada 'hantu' tertungguk kat sini mengadap pc..siapa lagi kalau bukan Iqram..erm main game ler tu..tak apa, cuti sekolah kasi chance..kalau waktu sekolah memang this is 'restricted area'..alahai tapi kalau tak dapat main pc..tengok handphone atau Ipad lah pulak..samalah dengan si budak perempuan Marsya..sambil layan youtube kat Ipad atau phone, sambil hisab jari..ermm...budak2 zaman sekarang begini pulak permainan mereka...jauh beza dari zaman kita kecik2 dulu...macam mana mata tak rabun...ermmm...
Ok kita tinggalkan ragam anak2 ni dulu..memang tak habis kalau nak ceritakan pasal dia orang...
Kita nak share kesedapan makan Nasi Ayam Hadramaut dari Lydia Honey ni dengan teman2 yang sudi singgah sini..Kita masak ni early this year..Tengok recipe memang menarik sebab memang teringin sangat nak makan nasi arab ni dah lama dah.. Kalau kita ke Kuala Lumpur dah berapa kali dah lalu depan restaurant Arab disana yang ada jual Nasi Hadramaut ni..tak pernah masuklah..tapi nama ada Hadramaut so I assume samalah kot..wakakaka...So kita decided to go for this first sebab pernah nampak juga Mamasya pun ada share kat blognya.. .Kita tak sure rempah arabic spices tu macam mana, then kebetulan rempah Kabsa masih ada lagi..so kita gunakanlah..kalau tak ada rempah ni, boleh buat sendiri recipe ada disertakan juga..or mayb can omit aje..sebab sukatannya pun tak banyak 1/4 camteh aje..:)
Apa2pun nasi & set sedapp sangat..macam terasa kita dinegeri Arab bila makan tu..hahaha boleh gitu..Pada kitalah ya.. kalau tak nak buat maraq pun ok juga..kita buat sebab kesian my dad yang makan tak ada kuah..kering aje kan..so nasi, ayam dan salsa dah cukuplah kalau malas nak buat kuahnya tu....
My mum dan Mr Hubby suka pulak makan maraq ..hehe sebab banyak sayur dan sedap pada mereka..
Maraq ni kalau kat sini kita definasikan macam dalca sayur gitu..
Terimakasih buat Lydia Honey kerana berkongsi reseipi yang marvelous ni..Akak minta izin dipanjang2kan disini pula ya...:)
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan untuk merebus ayam
1/2 ekor ayam – potong -(Ayu gunakan 1 ekor ayam)
pinch of nutmeg powder
1/4 cmt cardamom powder -(Ayu gunakan 2 biji pelaga)
1/4 cmt arabic mix spices -(Ayu gunakan rempah kabsa)
1-2 helai daun bay
1/4 camt kayu manis powder
2 kuntum bunga cengkih
1/4 camt coriander powder
pinch of serbuk lada hitam
1/4 camt cumin powder
1/4 camt ginger powder
1 biji tomato yang ranum- dibelah 4
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji lada hijau - belah 2 –tk letak sbb tak ada stock ari ni
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam.
Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 30 minit.
Masukkan garam pada 15 minit terakhir.
Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis air/kuahnya.
Bahan untuk memasak nasi
2 biji cardamom pods*
1 helai daun bay*
1 batang kulit kayu manis*
2 kuntum bunga cengkih*
1/4 camt coriander powder*
1/4 camt serbuk lada hitam*
1/2 camt cumin powder*
1/4 camt ginger powder*
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji lada hijau - belah 2*
garam secukup rasa
4 camb cawan minyak masak
11/2 cawan beras basmati
21/2 cawan air/air rebusan- (1cwn beras=11/2-2 cawan air bergantung jenis
beras)
Tumiskan bahan bawang hingga transparent.
Masukka bahan bertanda* dan terus menumis hingga terbi baunya.
Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratus hingag transparent dalam
2-3 minit.
Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning.
Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan
tutupkan dengan penutup periuk.
Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuning bersama
sedikit air panas dalam 1/4 cawan air(dicampur bersama baru tuang atas
nasi)tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api.
Tanak seperti biasa hingga nasik
benar benar masak.
Bila nasi dah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan
sedikit dengan garfu.
Taraaaaa… Nasi siap untuk dihidangkan…
NOTE:-sementara menunggu nasik masak bakar ayam
Cara-cara masak ayam
1 biji bawang besar-didadu kasar2 ulas bawang putih-dicincang halus
2 camb minyak masak
2 biji tomato fresh-didadu kasar
1/2 cawan chopped fresh coriander
1 biji capsicum hijau- didadu kasar-(Ayu tak letak ni)
1-2 biji cili hijau/ cili api kalau nak pedas (Lydia boh cili merah sbb abis
stok)-(Ayu campak cili padi dalam 10 biji)
2 camb tomato paste
1/4 camt ginger powder*
1/8 camt nutmeg powder *
2-3 biji cardamom pods
1 batang kulit kayu manis
1/2 camt coriander powder *
1/4 camt serbuk lada hitam *
1/2 camt cumin powder *
1/4 camt arabic mixed spices *-(Ayu gunakan rempah kabsa)
1/4 camt kunyit powder*-dicampur bersama, & add sikit air, gaul sebati
Sedikit air rebusan ayam-ikut suka nak banyak mana kuah
garam secukup rasa .
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga transparent.
Masukkan bawang putih, biarkan hingga naik baud an mauskkan rempah* (yg
dicampur bersama), cardamom pods , cili dan kulit kayu manis.
Kacau hingga naik bau wangi rempah ratus.
Masukkan fresh tomato, mask hingga tomato layu.
Masukkan capsicum dan gorengkan sebentar hingga sedikit layu dan masukkan
tomato paste, masakkan sehingga sedikit kering dan masukkan ayam, kaacau hingga
ayam bergaul rata dengan tomato dan tambahkan sedikit air biarkan sebentar
hingga kuah pekat.
Tutupkan api dan taburkan dengan fresh coriander.Hidangkan dengan nasi.
Selamat mencuba.
Note:- Tak yah masak lama ayam tu sebab, ayam dah pon masak just nak
bagi mesra ngan rempah ratus/sosnya saja. Sos tu pula kering/lembab cam ayam
masak merah jer tau bukan macam kari.
Salsa
2-3 biji buah tomato masak
cili hijau/cili api(ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
lemon jus lemon (semasam yang anda suka)
garam secupup rasa sedikit air untuk blend bahan
Blend kesemua bahan dan simpan dalam peti sejuk selaam 30 minit sebelum dihidangkan.
Maraq
1 biji bawang besar-di dadu halus
2 ulsa bawang putih- dicincang halus
4 camb tomato paste
1-2 biji cili hijau
2 biji medium fresh tomato- kupas kulitnya & didadu kasar
sayur (bendi@terung@carrot@zucchini@labu@potato@buncis)-pilih yg mana suka atau
masukkan semua/ pilih 2-3 jenis sayur masak bersama- dadu kasar
air rebusan ayam
1 camb lemon jus
1/2 camt arab mix spices*
1/2 camt cumin powder*
1/2 camt corainder powder*
1/4 camt cardamom powder*
1/4 camt black paper powder*
2 camb minyak masak
Garam secukup rasa
sedikit chopped fresh corainder-utk tabur
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingag transparent.
Masukkan cili hijau dan gorengkan sebentar.
Masukkan bawang putih dan bahan bertanda, biarkan sebentar hingga terbit bau.
Masukkan sayuran dan gorengkan sebentar dan masukkan fresh tomato dan gorengkan
hingga tomato layu.
Masukkan tomato paste dan kacau sebati.
Masukkan air/ chicken stock, biarkan mereneh hingga sayuran masak Dan masukkan
jus lemon serta garam.
Offkan api dan taburkan dengan fresh
corainder leave.
Hidangkan dengan nasi..