Thursday, May 29, 2014

Kaswi Jagung

Kejadian kaswi jagung ni adalah hasil  tidak kepuasan hati percubaan buat kali pertama yang tak menjadi, disebab kesalahan sendiri....kaswi nya keras to my liking...so oleh kerana suka nak cuba the concept of letak jagung dalam kaswi, kita ambil recipe Kaswi Gandum yang pernah kita cuba dulu dan gandingkan dengan jagung dalam tin.Alhamdullilah sedap..dah tentu2 kaswi gandum yang ni sedapkan, so kita adjusted sikit recipenya dan tambah apa yang patut dan campurkan jagung dalam tin tu..Semua suka, when I said semua suka tu my parentslah ya... got a thumbs up  dari ayah kita....anak2 memang tak pandanglah kan, dia orang kirim salam ajelah..hehe...so semua suka except Mr Hubby..sebab dia tak suka jagung!! Entah kenapa cukup benci betul dia dengan jagung..Kalau beli apam balik kat luar kan..mesti dia cakap tak nak jagung..just kacang aje..kalau kita masak bayam & jagung, dia cuma makan bayamnya aje..pop corn makan pulak ya..haha..

Anyway, terubatlah rasa, bila dapat makan kaswi jagung ni..satu kelainan for me..sudi2lah ya kalau nak cuba..siapa2 yang kadhaq puasa hari ni..kalau nak buat untuk berbuka..masih boleh ni...:)

Kaswi Jagung
Tried, Tested & Adjusted:- Ayu@curlybabesatisfaction

BAHAN A
51/2 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka
1 cawan gula pasir-(boleh kurangkan sikit kalau takut manis sebab jagung dalam tin dah manis, tapi Ayu tak kurangkan, maybe next time buang 1 sudu besar)
1/2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat 

BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
11/2 camca teh air kapur
Sedikit garam

Kelapa parut putih secukupnya-(dikukus dgn 1-2 helai daun pandan dan sedikit garam dalam 15 minit, gaul rata)

BAHAN C
1 tin sweet cream corn atau secukupnya -(Kalau nak kisar separuh pun boleh terpulang nak macam mana)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna cokla.
  3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang no. 2 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapis adunan tadi dan masukkan air abu(air kapur), kacau rata. Masukkan sweet cream corn ikut suka nak banyak mana. Kacau & gaul  sekata.
  4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30-35 minit atau hingga masak.Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih.

10 comments:

Anonymous said...

Wah! Tengok mcm sedap je. Nak cuba buat la! Hubby mesti suka
-Siti Hazlan

Honey said...

Salam Kak Ayu, meh ler anta sikitttttttttt!

kausar said...

salam kenal.bloghopping jumpa resepi ni.unik kuih ni..boleh cuba nanti bila mood rajin mai hehe

HomeKreation said...

Aslmkm Ayu cayang. Sebak ler pulak dgn komen Ayu tadi..... makna nya dah lebih 5 tahun gak lah kita berblogging dan bersahabat... tak terasa kan.

Nuridah said...

Ayuuuu cakk!!

something new..very interesting..kak Nur minta izin ambil resepi ya..when I'm free will come back again here to take down the recipe.But one thing I feel very sad..u susah payah adjust recipe here and there, org lain pula yg dpt nama instead u.Credit will goes to their suku kaum kerabat....redha aja lah ya..Mudah2an Allah saja yg dpt memberi credit yg berlipat ganda pada Ayu. Ok Aya have a nice weekend wif ur family.

Ayu said...

siti Hazlan - cubalah ..kalau suka jagung harus buat ni..:)

Ayu said...

Honey - walkslm, alahai..dah habislah honey...nak hantar kesana..hehe

Ayu said...

kausar - salam kenal juga..thank you sudi singgah & tinggalkan comment..silakn kalau nak cuba..:)

Ayu said...

HomeKreation - walkslm, along, aah dah 5 tahun kita kenal..how time flies kan..nice knowing you along:)

Ayu said...

Nuridah -cakkkk balik kat knur..
cubalah knur kuih ni sedap pada kita....haish knur, tak apalah...kita nak cakap apa kan orang tanak nak mention apa nak buat..tengok ajelah kerenah dia orang..redha ajelah..yang pencuri gambar satu hal yang cuba recipe tapi tak mention pun satu hal....insya allah..mudah2han ya knur..org tak kasi credit tak apa..Allah kasi jadilah...u take care ya knur...:)